You are on page 1of 1

Tempoh Masa Mengemukakan Tuntutan

Elaun Gangguan
Code 41114753 Author Super User
Created Date 2017-08-15 09:48:05 Last Update 2017-08-15 09:55:32
Rating Votes 3

Soalan :

Pihak Jabatan telah menerima tuntutan elaun gangguan daripada pegawai yang bertukar daripada
Semenanjung Malaysia ke Sabah. Walaubagaimanapun, setelah diteliti pegawai melaksanakan
pertukaran pada tahun 2012 dan hanya mengemukakan tuntutan pada tahun 2016. Adakah tuntutan
ini boleh dibayar?

Jawapan :

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4


Tahun 1995 (Pekeliling lama) dan Pekeliling Perbendaharaan 1PP WP 1.2 (Pekeliling baru)
adalah dirujuk.

Tuntutan Elaun Gangguan perlu dikemukakan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan melalui tempoh
masa yang munasabah iaitu setelah arahan pertukaran dikeluarkan dan sebelum perpindahan
berlaku atau dalam satu tempoh yang munasabah dari tarikh arahan pertukaran. Berdasarkan
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995, tempoh masa berhubung Elaun Bertukar/ Berpindah
Rumah yang ditetapkan adalah 3 bulan, manakala Pekeliling Perbendaharaan 1PP WP 1.2,
Perenggan 3.1.1.17 mensyaratkan tuntutan pertukaran hendaklah dibuat dalam tempoh satu tahun
daripada tarikh melaksanakan arahan pertukaran tersebut.

Sehubungan itu, Audit berpandangan, pegawai berkenaan adalah tidak layak membuat tuntutan
Elaun Gangguan tersebut. Bagaimanapun, sekiranya terdapat perbezaan pendapat, Pekeliling
berkaitan dan pihak Perbendaharaan hendaklah dirujuk.

You might also like