You are on page 1of 6

(A) Pernafasan Manusia

1. Bernafas merupakan satu proses hidup manusia.


2. Peparu ialah organ pernafasan yang menjalankan pertukaran oksigen
dan karbon dioksida.
3. Organ yang terlibat semasa pernafasan: Hidung, Trakea, Peparu.
4. Semasa menarik nafas
1. Udara masuk dari: Hidung -> Trakea -> Peparu.
2. Peparu mengembang.
3. Dada naik dan mengembang.
4. Diafragma mengendur dan turun ke bawah.
5. Semasa menghembus nafas,
1. Udara keluar dari: Peparu -> Trakea -> Hidung.
2. Peparu mengempis.
3. Dada turun dan mengempis.
4. Diafragma mengecut dan naik ke atas.
6. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun
dalam masa satu minit.
7. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.
o Kadar pernafasan rendah: tidur, membaca
o Kadar pernafasan sederhana: bermain boling, berbasikal
o Kadar pernafasan tinggi: berenang, berlari
8. Semasa melakukan aktiviti cergas, badan memerlukan lebih banyak
udara. Oleh itu, peparu memerlukan lebih banyak udara dan
menyebabkan kadar pernafasan bertambah.
9. Hubungan: Semakin cergas aktiviti yang dilakukan, semakin tinggi
kadar pernafasan.
10. Kesimpulan: Setiap orang mempunyai kadar pernafasan yang
berbeza.
(B) Perkumuhan
1. Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada
badan.
2. Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak disingkirkan
daripada badan.
3. Terdapat 3 organ perkumuhan: Ginjal, Kulit dan Peparu.

(C) Penyahtinjaan
1. Penyahtinjaan ialah proses menyingkirkan sisa-sisa makanan keluar
melalui dubur sebagai tinja.
2. Penyahtinjaan berlaku kerana ada sisa-sisa makanan yang tidak dapat
dihadamkan oleh perut kita.
3. Perkumuhan dan penyahtinjaan penting bagi badan kita.
4. Jika hasil perkumuhan dan penyahtinjaan tidak disingkirkan, bahan
tersebut akan terkumpul dalam badan kita dan menjadi toksik atau
beracun.
5. Pelbagai penyakt boleh berlaku jika perkumuhan dan penyahtinjaan
tidak berlaku:
1. Jika tidak berlaku perkumuhan, kita boleh menghidapi
masalah batu karang atau kencing berdarah.
2. Jika tidak berlaku penyahtinjaan, kita boleh menghadapi
masalah kanser usus, radang usus atau usus tersumbat.
(D) Gerak Balas Terhadap Rangsangan
1. Rangsangan ialah keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh
manusia.
2. Gerak balas ialah tindakan yang diambil terhadap rangsangan.
3. Manusia dapat mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan
dengan menggunakan organ-organ deria, iaitu lidah, mata, hidung,
telinga dan kulit.
4. Gerak balas terhadap rangsangan penting bagi manusia untuk
mengesan perubahan dan mengelakkan diri daripada bahaya,
kecederaan dan sebagainya.
5. Contoh gerak balas terhadap rangsangan:
1. Menggunakan payung untuk mengelakkan diri daripada cuaca
panas (kulit).
2. Memakai tuala tebal dalam keadaan kesejukan (Kulit).
3. Mengangkat dan menarik kaki apabila terpijak benda tajam
(kulit).
4. Menggunakan cermin mata gelap semasa cahaya matahari terik
(mata).
5. Menutup hidup apabila terhidu bau kuat (hidung).
6. Terkejut apabila mendengar bunyi kuat daripada hon kereta
(telinga).
6. Kesimpulan: Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
(E) Pewarisan
1. Pewarisan ialah ciri-ciri yang diwariskan oleh ibu bapa mereka.
2. Anak-anak mewarisi ciri-ciri persamaan daripada ibu bapa mereka,
seperti:

1. Rupa Paras
2. Warna kulit
3. Jenis rambut
3. Ciri-ciri pada anak juga boleh diwarisi daripada keturunan.
4. Contoh penyakit Keturunan:
5. Kencing Manis (Diabetis)
1. Asma
2. Albino
3. Buta warna
4. Down syndrome
5. Hemofilia

(F) Tabiat yang perlu Dielakkan


1. Tabiat buruk mengganggu proses hidup dan pertumbuhan manusia.
2. Antara kesan utama amalan tabiat yang buruk ialah:
1. Memudaratkan kesihatan
2. Mengganggu tumbesaran
3. Melambatkan gerak balas terhadap rangsangan
3. Contoh tabiat buruk dan kesannya:
(G) Amalan Hidup Sihat
1. Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan
badan.
2. Contoh amalan gaya hidup sihat:
1. Membawa bekal makanan yang berkhasiat ke sekolah.
2. Mengambil makanan yang seimbang.
3. Minum lapan gelas air sehari.
4. Menonton televisyen dan berehat bersama-sama keluarga.
5. Tidur yang mencukupi.
6. Meluangkan masa untuk bersukan dan berjoging bersama-sama
rakan-rakan.
7. Menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi dan mandi.
8. Mengelakkan tabiat-tabiat yang buruk.

You might also like