You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TERIANG HILIR,

72400 SIMPANG DURIAN, JELEBU,


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL: 06-4914411
FAX: 06-4914879

Rujukan Kami :
Tarikh : 25 Februari 2018
Encik Anuar bin Rahim,
Penolong PPD Kemanusiaan,
Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan.

Tuan,

MESYUARAT PANITIA DAERAH PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 1/2019


Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Panitia Daerah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan , Daerah Jempol dan Jelebu
akan mengadakan mesyuarat seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 26 Februari 2013 (Selasa)


Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Muafakat, SMK Teriang Hilir
Agenda :
1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Mesyuarat
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Pembentangan Kertas Kerja / Aktiviti / Pelaporan / Isu
4.1 Pembentangan Dasar KPM (Pengerusi Panitia Daerah)
4.2 Pembentangan Program KPM / JPNS / PPD Bagi 2019 (Pegawai Mata
Pelajaran)
4.3 Pembentangan Perancangan Aktiviti Memperkasakan Panitia Daerah
(Pengerusi Panitia Daerah)
4.4 Pembentangan Perancangan Aktiviti Peringkat Sekolah (Semua Ketua
Panitia)
5.0 Hal-hal lain
6.0 Ucapan Penutup.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan menghadiri mesyuarat tersebut.

Kerjasama dan keperihatinan daripada pihak tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


‘BERSIH . MUAFAKAT . SEJAHTERA’

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………….

You might also like