You are on page 1of 1

Bahaya Minyak Masak Yang Di Gunakan Berulang Kali

Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali
boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya
digunakan lebih dari sekali

“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak
meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya
di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The
Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq
Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai
supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram

p/s:kita selalu buat kan? hehehe.. :)

You might also like