You are on page 1of 1

PANDUAN PERATURAN BILIK SUKAN

PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


SK SERTING HILIR KOMPLEKS

1. Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru


Pendidikan Jasmani & Kesihatan sebelum mengambil peralatan
sukan yang diperlukan. Dilarang mengambil peralatan sukan
tanpa kebenaran.
2. Setiap peralatan sukan yang diambil perlulah direkod ke dalam
buku rekod Bilik Sukan PJK.
3. Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke Bilik Sukan PJK
dengan bersendirian tanpa memaklumkan pada Guru
Pendidikan Jasmani.
4. Gunakan peralatan sukan mengikut kesesuaian dengan sebaik-
baiknya. Dilarang penyalahgunaan peralatan-peralatan tersebut.
5. Peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan
mengikut susunan asalnya. Pihak Bilik Sukan PJK berhak
menuntut ganti rugi daripada kelas terbabit atas segala
kerosakan atau kehilangan peralatan sukan yang digunakan.
6. Bagi mengelakkan berlakunya kehilangan pada peralatan-
peralatan dan kemudahan yang ada di dalam Bilik Sukan PJK,
pastikan pintu Bilik Sukan PJK ditutup setiap kali sebelum
beredar.
7. Berhati-hati ketika menggunakan atau membawa peralatan
sukan yang tajam dan berat.
8. Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan Bilik
Sukan PJK, kutip apabila ternampak sampah dipersekitaran dan
buang ia ke dalam tong sampah.
9. Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang
masa di Bilik Sukan PJK.
10. Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum beredar keluar.

“UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA DAN RAKAN-RAKAN ANDA”

You might also like