You are on page 1of 1

PERATURAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN DI BILIK SUKAN.

1- Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru pendidikan jasmani


sebelum mengambil peralatan sukan yang diperlukan. Dilarang mengambil
peralatan sukan tanpa kebenaran.

2- Setiap peralatan sukan yang di ambil perlulah direkod ke dalam buku rekod bilik
sukan.

3- Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke bilik sukan dengan bersendirian


tanpa memaklumkan kepada guru pendidikan asmani.

4- Gunakan semua peralatan sukan mengikut kesesuaian dengan sebaik-baiknya.


Dilarang penyalahgunaan peralatan-peralatan tersebut.

5- Peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut susunan


asalnya. Pihak bilik sukan berhak menuntut ganti rugi daripada kelas terbabit atas
segala kerosakan atau kehilangan peralatan sukan yang digunakan.

6- Bagi mengelakkan dari berlakunya kehilangan pada peralatan-peralatan dan


kemudahan yang ada di dalam bilik sukan, pastikan pintu bilik sukan ditutup setiap
kali sebelum beredar.

7- Berhati-hati ketika menggunakan atau membawa peralatan sukan yang tajam dan
berat.

8- Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik sukan , kutip apabila


ternampak sampah di persekitaran dan buangkan ke dalam tong sampah.

9- Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang masa di bilik sukan.

10- Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum beredar keluar.

Disediakan oleh :

Guru Bilik Sukan.

You might also like