You are on page 1of 5

PERATURAN PROGRAM PEMBANGUNAN YOUNG LIONS 2024

BAGI PERSEDIAAN ATLET SUKMA


DI ASRAMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS

1. PELAJARAN

1.1 Kemajuan akademik atlet di asrama akan di awasi oleh pihak sekolah
dan pengurusan program.
1.2 Bagi Atlet yang akan menduduki peperiksaan utama wajib untuk
mengikuti kelas tambahan yang disediakan oleh pihak pengurusan.

2. MASA PERSEKOLAHAN

2.1 Semua atlet dikehendaki berada di medan asrama untuk perhimpunan


pagi pada jam 6.30 pagi setiap hari persekolahan.
2.2 Atlet hendaklah mematuhi peraturan keluar masuk sekolah seperti
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.3 Atlet hendaklah berada di sekolah semasa waktu persekolahan.
.
3. SELEPAS PERSEKOLAHAN

3.1 Semua atlet dikehendaki mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan
oleh pihak pengurusan program.
3.2 Semua atlet hendaklah pergi ke bilik yang telah ditetapkan untuk
mengulangkaji pelajaran selepas menjalani latihan mengikut sukan
masing-masing.

4. TATATERTIB

4.1 Semua atlet asrama mestilah berkelakuan baik semasa didalam dan di
luar asrama.
4.2 Badan disiplin yang terdiri daripada Warden, Penyelaras Program
Young Lions dan Penyelaras Sukan berhak untuk menguatkuasa
peraturan dan disiplin atlet di asrama.
4.3 Atlet yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin atau
dikeluarkan dari asrama.
5. PAKAIAN

5.1 Atlet mestilah berpakaian kemas dan bersesuaian dengan kegiatan


yang dijalankan ketika berada di dalam dan luar asrama.

6. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

6.1 Atlet mestilah sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri. Bagi atlet lelaki
hendaklah berambut pendek dan kemas.
6.2 Sebarang penyakit atau kemalangan yang berlaku hendaklah
dilaporkan dengan segera kepada Warden @ Penyelaras sukan.

7. BILIK ASRAMA

7.1 Bilik Asrama mestilah sentiasa bersih dan kemas.


7.2 Pakaian atau barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan di
dalam bilik asrama.
7.3 Atlet tidak dibenarkan membawa pelawat ke bilik asrama tanpa
kebenaran warden asrama.
7.4 Lampu hanya boleh dinyalakan sehingga pukul 11.00 malam sahaja.
7.5 Tidak dibenarkan tidur lebih daripada seorang pada satu katil.
7.6 Makanan basah atau buah- buahan yang berbau kuat tidak dibenarkan
dibawa masuk ke dalam bilik asrama.
7.7 Penggunaan ubat nyamuk dan lilin tidak dibenarkan.
7.8 Kasut hendaklah disusun di rak yang disediakan.
7.9 Kunci almari mestilah dijaga dengan baik. Sekiranya berlaku
kehilangan adalah tangungjawab atlet sendiri.
7.10 Sekiranya berlaku kerosakkan aset/peralatan di dalam bilik asrama
akibat kecuaian, atlet akan dikenakan bayaran sewajarnya.

8. KEBERSIHAN TANDAS

8.1 Tandas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih.


8.2 Atlet tidak dibenarkan merendam pakaian dalam singki.
8.3 Pakaian yang basah hendaklah dijemur diampaian yang disediakan.
8.4 Atlet hendaklah berjimat dalam penggunaan air.

9. PENGUNAAN ELEKTRIK

9.1 Atlet hendaklah berjimat menggunakan eletrik.


9.2 Semua suis lampu dan kipas hendaklah ditutup semasa atlet keluar
dari asrama ,surau dan dewan makan serta tempat yang disediakan
kepada atlet.
10. DEWAN MAKAN

10.1 Atlet hendaklah menjaga kebersihan di dalam dewan makan.


10.2 Atlet hendaklah berpakaian kemas semasa di dewan makan asrama.
10.3 Atlet tidak dibenarkan mengambil atau mengeluarkan barang di dalam
dewan makan asrama tanpa kebenaran Warden Asrama
10.4 Atlet hendaklah menjaga dengan baik segala barang-barang dan
menyimpan atau mengemas kembali selepas menggunakan segala
apa yang ada didalam dewan makan asrama.
10.5 Atlet hendaklah makan mengikut menu yang telah ditetapkan, masa
yang telah dijadualkan dan beratur semasa mengambil makanan.
10.6 Atlet tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan dari kantin.
.

11. KAWASAN ASRAMA

11.1 Tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di sekitar


kawasan asrama.
11.2 Tidak dibenarkan mengambil atau merosakan sebarang peralatan atau
tanaman atau kepunyaan asrama/sekolah.
11.3 Pakaian di ampaian hendaklah di kutip apabila kering atau terjatuh.
11.4 Semua atlet bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan dan
keceriaan kawasan asrama.

12. KEGIATAN LUAR

12.1 Setiap atlet diwajibkan mengambil bahagian di dalam sebarang


kegiatan luar yang di anjurkan oleh pihak MSN Perlis..

13. PELAWAT

13.1 Keluarga/pelawat hanya boleh melawat pada hari Sabtu dan Ahad dari
jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang.
13.2 Pelawat hendaklah melaporkan kedatangan melawat kepada
Pengawal Keselamatan @ Warden Asrama.
13.2 Pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan dorm Asrama kecuali
mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Asrama

14. LUAR KAWASAN ASRAMA


14.1 Atlet Asrama tidak dibenarkan meninggalkan kawasan Asrama tanpa
kebenaran daripada Pihak Pengurusan Asrama.
14.2 Atlet hanya dibenarkan meninggalkan asrama 2 minggu sekali. Pada
setiap hari jumaat pada jam 7.00 petang dan masuk semula pada ahad
3.00 petang.
14.3 Sekiranya berlaku kes-kes kecemasan ,kebenaran akan diberikan
sekiranya atlet diambil oleh oleh ibubapa dan penjaga sahaja.
14.4 Atlet dikehendaki memakai pakaian rasmi Program Young Lion
semasa meninggalkan atau kembali ke asrama.

15. AM

15.1 Atlet adalah tertakluk kepada peraturan sekolah dan peraturan asrama
Majlis Sukan Negeri Perlis.
15.2 Atlet hendaklah bertanggungjawab keatas barang-barang sendiri.
15.3 Senjata atau barang-barang berbahaya tidak dibenakan dibawa atau
disimpan diasrama.
15.4 Pihak Majlis Sukan Negeri Perlis berhak menyingkirkan Atlet yang
didapati melanggar peraturan asrama.

16. SOLAT

16.1 Atlet yang beragama Islam diwajibkan untuk solat berjemaah pada
waktu subuh di surau asrama Majis Sukan Negeri Perlis.

17. PINDAAN

17.1 Sebarang pindaan kepada peraturan itu hanya dibuat dengan


persetujuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis sahaja.
17.2 Perkeliling-perkeliling tambahan akan dibuat dari masa ke semasa bagi
melengkapkan lagi peraturan.
MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS
SETUJU TERIMA & AKU JANJI PERATURAN ASRAMA
PROGRAM PEMBANGUNAN YOUNG LIONS

Saya .....................................................................No.K/P.............................................
Sukan.......................................... Bilik.................. Asrama Majlis Sukan Negeri Perlis
dengan sesungguhnya telah memahami syarat – syarat berkaitan Tawaran Program
Pembangunan Young Lions dan berjanji serta bersetuju menerima syarat – syarat
serta peraturan berikut :

Berjanji akan mematuhi segala peraturan Asrama Majlis Sukan Negeri Perlis yang
disyaratkan mengikut perundangan yang ditetapkan sekiranya saya melanggar
peraturan Asrama selama saya tinggal di Asrama Majlis Sukan Perlis ini dan
sanggup menerima sebarang hukuman yang berkaitan termasuk DIBUANG
ASRAMA. Pengakuan ini dibuat atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan dan
paksaan dari mana-mana pihak.

DAN

Untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan disiplin saya mestilah menjaga


perilaku dan akhlak yang baik serta menjaga segala peralatan atau kemudahan
yang disediakan oleh pihak Asrama / Kerajaan dan saya berjanji tidak akan
merosakkannya. Saya juga berjanji akan meninggalkan serta tidak akan melakukan
perkara – perkara yang dilarang seperti yang tersebut dalam Peraturan Asrama
Majlis Sukan Negeri Perlis.

Tandatangan Atlet, Disahkan Oleh,

..................................... ..................................
Tarikh : Tarikh :

You might also like