You are on page 1of 19

228  JAWAPAN

Jawapan
TOPIK 1: APAKAH ITU PENGURUSAN?
Latihan 1.1
1. Perancangan ialah menetapkan dan menentukan objektif yang perlu
dicapai untuk masa depan dan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai
objektif.

Pengorganisasian ialah sekumpulan aktiviti, menyelaras tugas dan


menyusun sumber manusia untuk melaksanakan tugas.

Kepimpinan ialah satu seni mengarah dan menyalurkan tingkah laku


manusia dengan tujuan mencapai semua objektif yang ditentukan.

Pengawalan merujuk kepada penilaian prestasi untuk semua objektif yang


telah ditetapkan demi menentukan sebab-sebab ia melencong dan
mengambil tindakan sewajarnya bila perlu.

Latihan 1.2
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. P
2. P
3. B
4. B
5. B

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. D
2. B
3. A
4. C
5 B

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  229

TOPIK 2: PERANCANGAN
Latihan 2.1
Soalan Esei

1. Perancangan sekali guna merupakan perancangan yang dibuat untuk


memenuhi satu matlamat sahaja.

Perancangan tetap adalah perancangan yang dibuat untuk mengurus


keadaan yang sering berulang dalam sebuah organisasi.

Latihan 2.2
Soalan Esei

Antara kelemahan-kelemahan perancangan adalah:

(a) Ia mengekang perubahan dan penyesuaian dalam sesebuah organisasi.

(b) Satu ramalan yang salah akan mengakibatkan perancangan yang salah.

(c) Pemisahan antara perancang dan pelaksana akan menyebabkan


perancangan menjadi tidak berkesan.

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. C
2. C
3. D
4. C
5. B

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. B
2. B
3. P
4. P

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


230  JAWAPAN

TOPIK 3: PEMBUATAN KEPUTUSAN


Latihan 3.1
1. Keadaan Kepastian
Keadaan di mana pembuat keputusan mempunyai maklumat yang lengkap
untuk membantunya membuat keputusan. Dengan maklumat lengkap ini,
pembuat keputusan akan dapat mengetahui dengan pasti keputusan yang
akan dihasilkan daripada setiap keputusan alternatif dan kemudian
memilih alternatif yang akan membawa hasil yang paling optimum untuk
dilaksanakan.

Keadaan Ketidakpastian
Keadaan di mana pembuat keputusan tidak mempunyai sebarang
maklumat yang perlu digunakan dalam membantu beliau membuat
keputusan. Oleh itu, keputusan yang dibuat bergantung kebanyakannya
kepada pengalaman dan pertimbangan pembuat keputusan.

Keadaan Berisiko
Dalam keadaan ini, pembuat keputusan mempunyai maklumat yang
diperlukan untuk membuat keputusan tetapi maklumat tidak lengkap dan
tidak mencukupi. Oleh itu, keputusan yang dihasilkan daripada setiap
alternatif kepada keputusan tidak dapat diramalkan dengan pasti.

Latihan 3.2
1. Kerasionalan terbatas ialah di mana pembuatan keputusan terbatas oleh
masalah tertentu seperti sumber terhad, maklumat terlebih, masalah
ingatan dan masalah kepakaran bagi pembuat keputusan.

Kesilapan biasa dalam pembuatan keputusan ialah pembuat keputusan


yang berat sebelah atau membuat keputusan berdasarkan intuisi semata-
mata tanpa mengambil kira fakta yang sedia ada.

Pembuatan keputusan dalam persekitaran yang berisiko akan menghadkan


pembuatan keputusan yang rasional. Ini disebabkan oleh maklumat yang
tidak lengkap maka tidak akan menghasilkan keputusan yang terbaik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  231

Latihan 3.3
1. Pembuatan keputusan boleh diperbaiki menerusi kaedah-kaedah berikut
dalam proses pembuatan keputusan:

(a) Melaksanakan peraturan-peraturan pembuatan keputusan iaitu


peraturan keutamaan dan peraturan syarat minimum;

(b) Melaksanakan ujian pembolehubah; dan

(c) Membuat keputusan dalam kumpulan.

Latihan 3.4
1. Terdapat dua kelebihan sumbangsaran elektronik berbanding
sumbangsaran bersemuka:

(a) Anggota kumpulan boleh menyatakan idea masing-masing tanpa


perlu menunggu giliran untuk memberi pendapat mereka.

(b) Dapat mengelakkan rasa malu atau rendah diri jika cadangan ditolak
kerana identiti penyumbang tidak dipaparkan pada skrin komputer.

Latihan 3.5
Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. A
2. C
3. D
4. C
5. C

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. P
2. B
3. P
4. P
5. B

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


232  JAWAPAN

TOPIK 4: REKA BENTUK ORGANISASI


Latihan 4.1
Faktor-faktor berikut boleh mempengaruhi struktur organisasi:

(a) Strategi organisasi


(b) Saiz organisasi
(c) Teknologi
(d) Persekitaran

Latihan 4.2
1. (a) Penjabatanan Fungsian
Penjabatanan jenis ini ialah di mana kerja dan pekerja dibahagikan
kepada unit berlainan yang bertanggungjawab terhadap fungsi
perniagaan atau bidang kepakaran tertentu.

Kelebihan
Penjabatanan fungsian boleh mengelakkan pertindihan kerja dan
penggunaan sumber dalam organisasi.

Kelemahan
Penjabatanan seperti ini boleh melambatkan proses pembuatan
keputusan dan menghasilkan pengurus dan pekerja dengan
pengalaman dan kepakaran yang terhad.

(b) Penjabatanan Geografi


Penjabatanan ini menyelaras kerja dan pekerja ke dalam unit
berlainan yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan di
lokasi geografi tertentu.

Kelebihan
Kelebihannya ialah ia membantu organisasi bertindak lebih pantas
dan cekap terhadap permintaan dalam pasaran tertentu di bawah
jabatan tertentu.

Kelemahan
Penjabatanan ini boleh menyebabkan pertindihan kerja dan
penggunaan sumber dalam organisasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  233

Latihan 4.3
1. (a) Rantaian Arahan
Rantaian arahan menerangkan siapa melapor kepada siapa dalam
sesebuah organisasi. Di sini, individu di peringkat atas adalah lebih
berkuasa berbanding individu di peringkat bawah. Rantaian arahan
juga menunjukkan aliran arahan atau autoriti dalam organisasi.

(b) Perbezaan antara Autoriti Lini dengan Fungsi Lini


Autoriti lini berhak membuat keputusan dan memberi arahan kepada
pekerja di bawahnya atau subordinat berdasarkan rantaian arahan
organisasi tersebut. Manakala fungsi lini pula bermaksud satu aktiviti
yang menyumbang secara langsung kepada pengeluaran dan
penjualan produk dan perkhidmatan organisasi kepada pengguna.

(c) Jangkauan Kawalan


Jangkauan kawalan merujuk kepada bilangan pekerja atau
subordinat yang melapor terus kepada seorang pengurus atau
penyelia.

Latihan 4.4
1. (a) Perluasan Kerja
Perluasan kerja bermakna penambahan aktiviti atau tugas dalam satu
bidang kerja.

(b) Pengayaan Kerja


Melibatkan peningkatan dalam bilangan tugasan dalam aktiviti dan
memberi kuasa pekerja dan kawalan dalam membuat keputusan yang
berkaitan dengan kerja mereka.

(c) Pusingan Kerja


Pusingan kerja bermakna melibatkan peningkatan dalam bilangan
tugasan dalam aktiviti dan memberi kuasa pekerja dan kawalan
dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan kerja mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


234  JAWAPAN

Latihan 4.5
1. Organisasi yang mekanistik adalah sebuah organisasi yang dikategorikan
oleh pengkhususan kerja dan tanggungjawab, peranan tetap dan rangkaian
arahan yang tegar yang disebabkan oleh kawalan berpusat dan komunikasi
menegak. Sementara itu, organisasi organik merupakan sebuah organisasi
yang dikategorikan dengan takrif kerja dan tanggungjawab yang luas,
peranan yang berubah-ubah dan pemencaran, dan komunikasi yang
mendatar.

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. C
2. A
3. B
4. A
5. A

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. P
2. B
3. B
4. B
5. P

TOPIK 5: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Latihan 5.1
1. Pengurusan sumber manusia adalah proses memperoleh, membangun dan
mengekalkan pekerja yang berkelayakan dengan secukupnya ke arah
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

2. Proses pengurusan sumber manusia melibatkan peringkat-peringkat


berikut:
(a) Menentukan keperluan sumber manusia
(b) Menarik minat calon yang berkelayakan
(c) Membangun pekerja yang berkelayakan
(d) Mengekalkan pekerja yang berkelayakan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  235

Latihan 5.2
Analisis pekerjaan adalah satu proses kajian terperinci tentang tugas yang
berkaitan dengan bidang kerja tertentu dan kualiti seorang yang diperlukan
dalam melaksanakan kerja tertentu. Hasil kajian akan membentuk penghuraian
kerja dan spesifikasi kerja. Penghuraian kerja adalah satu kenyataan bertulis
yang jelas menerangkan pekerjaan, tugas, tanggungjawab, aktiviti dan hasil
prestasi yang diperlukan daripada pemegang jawatan. Sementara itu, spesifikasi
kerja adalah satu kenyataan bertulis tentang kelayakan seperti tahap pencapaian
akademik, pengalaman kerja dan kemahiran lain yang diperlukan daripada
pemegang jawatan.

Latihan 5.3
Dua jenis ramalan untuk meramal jumlah bilangan dan jenis-jenis pekerja adalah
ramalan luaran organisasi dan ramalan dalaman organisasi.

Latihan 5.4
Organisasi boleh melaksanakan dua kaedah perekrutan: perekrutan dalaman
dan perekrutan luaran.

Latihan 5.5
Dalam proses memilih calon berkelayakan, organisasi mesti melaksanakan dua
proses utama, iaitu proses pengumpulan maklumat untuk dinilai dan proses
pemilihan calon terbaik untuk jawatan yang ditawarkan.

Latihan 5.6
Kaedah latihan yang boleh dilaksanakan oleh organisasi adalah seperti berikut:

(a) Latihan semasa kerja


(b) Latihan pendahuluan atau vestibul
(c) Latihan perantis
(d) Latihan luar kerja

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


236  JAWAPAN

Latihan 5.7
1. Berikut adalah individu atau kumpulan yang berpotensi menjadi penilai
prestasi kerja bagi seorang pekerja:

(a) Penyelia/pengurus

(b) Rakan sekerja

(c) Pekerja bawahan atau subordinat

(d) Pihak lain yang berkaitan dengan pekerja tertentu seperti pelanggan,
pembekal dan sebagainya.

Latihan 5.8
Ganjaran kewangan adalah ganjaran dari segi kewangan seperti bayaran gaji,
komisen, bonus, pemilikan saham dan pembayaran dividen yang diberikan
kepada pekerja sebagai pulangan bagi sumbangan tenaga dan usaha mereka ke
arah organisasi. Sementara itu, faedah pekerja adalah ganjaran bukan kewangan
yang diberikan kepada pekerja seperti kemudahan perubatan, perjalanan,
insurans hayat, diskaun ke atas produk dan perkhidmatan syarikat itu, cuti
berbayar dan cuti sakit.

Latihan 5.9
Soalan-soalan Esei

1. Empat cara pemisahan pekerja yang lazim dihadapi oleh pekerja dan
organisasi ialah:

(a) Pemberhentian pekerja


(b) Pengecilan organisasi
(c) Persaraan
(d) Pusing ganti pekerja

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  237

2. Terdapat empat asas keputusan untuk pemberian ganjaran iaitu bayaran


rata, bayaran berubah, struktur bayaran dan faedah pekerja. Keputusan
untuk membayar pada kadar rata bermakna menentukan bayaran pekerja
di peringkat atas, bawah ataupun di tahap yang sama dengan tahap
pembayaran gaji di pasaran buruh. Pembayaran berubah merupakan
keputusan bayaran yang berubah-ubah dari satu individu ke individu yang
lain berdasarkan prestasi individu dan organisasi tersebut. Sementara itu,
struktur pembayaran merujuk kepada sejauh mana kakitangan dalam
organisasi menerima tahap pembayaran yang berbeza. Faedah pekerja
meliputi ganjaran lain daripada gaji langsung yang diberikan kepada
pekerja.

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. A
2. B
3. A
4. C
5. D

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. P
2. P
3. B
4. P
5. B

TOPIK 6: KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI


Latihan 6.1
Antaranya ialah untuk memberi motivasi, memberitahu, mengawal dan
memenuhi keperluan sosial. Komunikasi dalam bentuk motivasi mempunyai
tujuan mempengaruhi tingkah laku ahli-ahli sesebuah organisasi. Komunikasi
juga mempunyai fungsi kawalan. Komunikasi akan menyelaras dan menyatukan
kerja dan tugas. Pengurus perlu berkomunikasi untuk memenuhi keperluan
sosial. Komunikasi mempunyai peranan dalam memenuhi keperluan sosial
melalui interaksi yang tidak berkaitan dengan kerja dan emosi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


238  JAWAPAN

Latihan 6.2
Komunikasi merupakan suatu tindakan menghantar atau menyalurkan
maklumat. Ia merupakan satu proses yang dinamik, rumit dan melibatkan
banyak faktor. Terdapat lapan elemen yang terlibat dalam proses komunikasi
iaitu pengirim, pengenkodan, mesej, saluran, nyahkodan, penerima, maklum
balas dan gangguan atau hingar.

Latihan 6.3
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. P
2. B
3. B
4. P
5. B

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. B
2. A
3. D
4. B
5. D

TOPIK 7: MOTIVASI
Latihan 7.1
Model berasaskan keperluan merupakan model motivasi yang menitikberatkan
keperluan tertentu manusia dan faktor-faktor dalaman yang memberikan kuasa
untuk mengarah atau memberhentikan tindakan seseorang itu. Model
berasaskan keperluan menerangkan motivasi sebagai satu fenomena yang
berlaku secara dalaman. Model berasaskan proses adalah model motivasi yang
tertumpu pada pemahaman fikiran atau proses kognitif dalam minda individu
serta memberi kesan kepada tingkah laku seorang itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  239

Latihan 7.2
Faktor-faktor motivasi adalah faktor-faktor berkaitan dengan kerja yang sedang
dijalankan dan ia berkaitan dengan perasaan positif terhadap sesuatu kerja.
Faktor-faktor motivasi terdiri daripada kerja-kerja itu sendiri, pencapaian,
pertumbuhan kerjaya dan tanggungjawab. Faktor kebersihan pula merujuk
kepada konteks kerja dan persekitaran di mana kerja itu sedang dijalankan.
Faktor-faktor ini termasuklah penyeliaan, keadaan di tempat kerja, hubungan
individu, gaji, keselamatan dan pentadbiran dan polisi syarikat.

Latihan 7.3
Teori jangkaan bertujuan untuk meramal dan menerangkan hubungan antara
tugas dan usaha. Ia mencadangkan bahawa motivasi kerja ditentukan oleh
persepsi dan kepercayaan seorang individu terhadap hubungan antara usaha
dan prestasi dan kepercayaan terhadap jangkaan hasil yang berkaitan dengan
tahap prestasi yang berlainan. Teori ekuiti pula memberi tumpuan kepada
perasaan individu berkenaan kesamaan layanan yang diberikan berbanding
dengan orang lain. Teori ini mencadangkan bahawa individu akan cuba untuk
mengurangkan ketidaksamaan yang dirasakan wujud.

Latihan 7.4
Dua jenis pengukuhan yang digunakan adalah penyingkiran dan hukuman.
Penyingkiran melibatkan ketiadaan hasil atau kesan yang positif atau menarik
balik hasil positif yang mempengaruhi tingkah laku yang diingini. Hukuman
pula memberi kesan negatif akibat berlakunya perkara-perkara yang tidak
diingini. Sebagai contoh, seorang pekerja yang selalu lewat datang kerja boleh
digantung atau bayaran gajinya disekat. Kedua-dua bentuk pengukuhan
penyingkiran dan hukuman boleh digunakan untuk mengurangkan kekerapan
tingkah laku yang tidak diingini. Banyak kajian yang dijalankan telah
menunjukkan bahawa ganjaran boleh meningkatkan tahap kepuasan dan
motivasi berbanding hukuman.

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. B
2. P
3. P
4. B
5. B

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


240  JAWAPAN

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. C
2. C
3. D
4. D
5. A

TOPIK 8: KEPIMPINAN
Latihan 8.1
Daripada kedua-dua kajian, keputusan yang dicapai adalah hampir sama.
Kedua-duanya memberi dua dimensi: dimensi tugas dan dimensi hubungan.

Latihan 8.2
Keadaan yang memuaskan berlaku apabila pemimpin boleh mempengaruhi
pengikutnya dan ini ditentukan oleh hubungan pemimpin-subordinat, struktur
tugas dan kuasa kedudukan. Pada amnya, seorang pemimpin dengan orientasi
hubungan dan gred LPC yang tinggi dianggap sebagai pemimpin yang lebih
baik dalam keadaan memuaskan pertengahan. Pemimpin yang berorientasi
tugas dengan gred LPC yang rendah pula adalah pemimpin yang lebih baik
dalam keadaan yang sangat memuaskan atau tidak memuaskan.

Latihan 8.3
Pemimpin-pemimpin transformasi akan memberi motivasi kepada pekerja
mereka untuk melakukan lebih daripada apa yang telah dijangkakan dengan
mencetuskan perasaan terhadap kepentingan kerja dan nilai tugas dalam setiap
individu. Ini boleh dilakukan dengan mewujudkan kepentingan dalam pekerja
untuk melaksanakan setiap perkara demi kepentingan kumpulan dan organisasi
di samping memenuhi keperluan pencapaian diri mereka sendiri. Kepimpinan
transaksi adalah berdasarkan proses pertukaran, di mana subordinat diberi
ganjaran bagi pencapaian yang baik dan dihukum kerana pencapaian tidak
memuaskan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  241

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. P
2. B
3. P
4. B
5. B

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. C
2. D
3. D
4. D
5. B

TOPIK 9: KAWALAN
Latihan 9.1
Kawalan adalah satu proses memastikan bahawa aktiviti organisasi berjalan
seperti yang dirancangkan. Proses ini boleh dilakukan dengan membandingkan
prestasi sebenar dengan standard yang telah ditetapkan dan mengambil
tindakan pembetulan untuk membetulkan apa-apa penyelewengan yang tidak
mematuhi standard.

Latihan 9.2
Proses kawalan terdiri daripada tiga kaedah asas iaitu kawalan masa depan yang
juga dikenali sebagai kawalan; pencegahan kawalan serentak atau masa kini; dan
kawalan maklum balas. Terdapat lima bentuk kawalan yang digunakan oleh
pengurus dalam melaksanakan proses kawalan: kawalan birokratik, kawalan
objektif, kawalan normatif, kawalan bersepadu dan kawalan diri.

Latihan 9.3
Salah satu bidang penting yang perlu dikawal adalah bidang kewangan.
Adakalanya prestasi kewangan tidak mencapai standard atau tidak seperti yang
dijangkakan. Jika keadaan ini masih tidak dikesan dan tindakan yang berkaitan
tidak diambil, ia boleh menggugat kedudukan syarikat itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


242  JAWAPAN

Latihan 9.4
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. B
2. P
3. B
4. B
5. B

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. B
2. A
3. A
4. C
5. B

TOPIK 10: MENGURUS PASUKAN


Latihan 10.1
Kerja berpasukan adalah tugas yang dilakukan melalui usaha bersepadu di
kalangan ahli pasukan di mana ahli pasukan menyumbang ke arah pelaksanaan
matlamat yang sama. Sementara itu, kerja berkumpulan merupakan tugas yang
dilakukan tanpa usaha bersepadu oleh anggota kumpulan.

Latihan 10.2
Kelebihan pasukan adalah kebolehannya untuk meningkatkan kepuasan
pelanggan, meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan bagi sesebuah
organisasi dan meningkatkan kepuasan kerja.

Kelemahannya pula adalah kadar pusing ganti yang tinggi semasa peringkat
awal pembentukan pasukan, adanya kelompok yang melepak dan mempunyai
tingkah laku sekatan diri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  243

Latihan 10.3
Pasukan tidak perlu ditubuhkan apabila kerja yang dilakukan tidak melibatkan
gabungan atau usaha bersepadu di kalangan pekerja; ganjaran bagi prestasi
adalah hanya berdasarkan usaha individu dan prestasinya dan sumber yang
diperlukan tidak ada.

Latihan 10.4
1. (a) Pasukan reka bentuk sendiri
(b) Pasukan maya

Latihan 10.5
1. Pasukan akan melalui fasa-fasa berikut:
(a) Pembentukan
(b) Penyesuaian
(c) Pembentukan norma
(d) Pelaksanaan
(e) Pembentukan semula
(f) Penyesuaian semula
(g) Pembentukan semula

Latihan 10.6
1. Bilangan kecil dalam sesuatu pasukan adalah perlu demi mengelakkan
situasi melepak dan tingkah laku sekatan diri. Di samping itu, bilangan
anggota yang kecil juga akan mengukuhkan interaksi di kalangan anggota
dan mempercepatkan proses pembuatan keputusan.

2. Kerja berpasukan melibatkan ahli pasukan yang bilangannya kecil dan


memiliki kemahiran yang saling melengkapi antara satu sama lain,
bertanggungjawab dan telah bersetuju untuk mencapai matlamat yang
sama. Kerja berpasukan menjadi lebih popular kerana ia boleh membantu
organisasi untuk memberi respons yang cepat dan teratur terhadap
masalah dan cabaran tertentu, dan mampu untuk meningkatkan prestasi
organisasi berbanding dengan cara pendekatan tradisional.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


244  JAWAPAN

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. A
2. A
3. A
4. B
5. B

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. B
2. P
3. B
4. P
5. P

TOPIK 11: INOVASI DAN PERUBAHAN


Latihan 11.1
Kitar hayat teknologi akan melalui fasa-fasa kelahiran, peningkatan dalam
pembangunan yang berterusan dan kematangan sebelum ia digantikan dengan
teknologi yang baru.

Latihan 11.2
1. (a) Inovasi adalah idea-idea yang bagus yang bermula dari kreativiti.

(b) Teknologi merupakan pengetahuan, alatan, perkakas dan teknik dan


kaedah yang digunakan untuk mengubah input kepada output.

(c) Persekitaran kerja yang kreatif bermaksud budaya tempat kerja di


mana golongan pekerja yakin bahawa idea-idea baru bernilai,
dihargai dan digalakkan.

Latihan 11.3
Antara daya perubahan termasuklah keadaan tenaga kerja, teknologi, ekonomi,
persaingan, carta trend sosial dan politik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  245

Latihan 11.4
Terdapat dua jenis perubahan dalam organisasi: Perubahan peringkat pertama
adalah perubahan linear, secara semulajadi bersifat beransur-ansur dan
dilaksanakan secara berperingkat; dan perubahan peringkat kedua bersifat
radikal, multidimensi dan berperingkat.

Latihan 11.5
1. Antara aspek yang boleh diubah oleh ejen perubahan adalah:

(a) Struktur organisasi


(b) Teknologi dalam organisasi
(c) Susun atur fizikal dalam organisasi
(d) Pekerja dalam organisasi

Latihan 11.6
Perundingan ialah satu pendekatan yang memenuhi kehendak orang lain yang
menyebabkan halangan dengan memberi ganjaran atas kerjasama yang
diberikan.

Ko-optasi ialah satu pendekatan „membeli‰ ketua kumpulan yang menyebabkan


halangan supaya mereka dapat mempengaruhi pengikutnya dan bekerjasama
terhadap perubahan.

Kuasa ialah pendekatan di mana ancaman diberi untuk menakutkan pihak yang
menyebabkan halangan agar mereka memberi kerjasama.

Latihan 11.7
Kurt Lewin mencadangkan teori yang berkaitan dengan pengurusan perubahan
organisasi. Teori ini melibatkan proses pembubaran, campur tangan perubahan
dan pembekuan. Pembubaran bermakna menjadikan individu yang terlibat
dalam perubahan mempercayai akan perlunya perubahan ini. Proses ini cuba
untuk melemahkan unsur-unsur seperti budaya kerja atau lain-lain yang boleh
menghalang perubahan. Campur tangan perubahan bermakna proses yang
digunakan terhadap pekerja dan pengurus dalam usaha mengubah tingkah laku
dan amalan kerja mereka yang telah dibubarkan. Pembekuan bererti menyokong

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


246  JAWAPAN

dan mengukuhkan perubahan yang telah berjaya dijalankan agar perubahan


tersebut berterusan.

Latihan 11.8
Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. C
2. B
3. D
4. C
5. C

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like