You are on page 1of 10

CIRI-CIRI PLANET

DALAM SISTEM SURIA


UTARID

Merupakan planet yang terletak paling hampir dengan matahari.

 Ini menyebabkan, planet ini mempunyai suhu yang tinggi, iaitu 430 darjah celcius pada waktu siang dan -170 darjah
celcius pada waktu malam.
 Mempunyai permukaan yang kering, berlubang dan berkawah.
 Tidak mempunyai atmosfera, udara atau air. Oleh itu ia tidak sesuai untuk sebarang hidupan.

ZUHRAH

Merupakan planet yang terletak kedua hampir dari matahari.

 Planet ini juga terletak paling hampir dengan Bumi.


 Mempunyai saiz dan jisim yang hampir sama dengan Bumi.
 Walau bagaimanapun, Zuhrah tidak menampung hidupan seperti Bumi.
 Ini adalah kerana atmosferanya tidak mengandungi oksigen tapi terdiri daripada gas karbon dioksida dan awan asid
sulfurik yang beracun.

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS


 Dilitupi oleh awan putih yang tebal.
 Awan ini memantulkan cahaya matahari, menyebabkan planet ini kelihatan cerah di langit.
 Mempunyai permukaan yang berbatu-batan, berlava dan mempunyai suhu setinggi 470 darjah celcius pada waktu
siang.
 Planet ini tidak mempunyai sebarang satelit yang bergerak mengelilinginya.

MARIKH

Merupakan planet yang terletak keempat hampir dari matahari.

 Dikenali sebagai “planet merah” kerana mempunyai permukaan yang terdiri daripada besi oksida yang berwarna
merah.
 Permukaan planet ini juga adalah berkawah.
 Mempunyai lapisan atmosfera yang nipis.
 Atmosferanya terdiri daripada gas karbon dioksida dan karbon monoksida.
 Suhu di Marikh adalah 30 darjah celcius pada waktu siang dan -60 darjah celcius pada waktu malam.
 Mempunyai 2 bulan yang mengelilinginya.

MUSYTARI
Merupakan planet yang terletak kelima hampir dari matahari.

 Ia merupakan planet yang terbesar dan mempunyai diameter kira-kira 11 kali ganda diameter Bumi.
 Hampir seluruh permukaan planet ini terdiri daripada hidrogen dan helium cair.
 Mempunyai dua gelang yang terdiri daripada ketul-ketul ais.
 Planet ini juga mempunyai 16 bulan yang mengelilinginya.

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS


ZUHAL

Merupakan planet yang terletak keenam hampir daripada matahari.

 Planet yang paling menarik di dalam sistem suria kita.


 Ini adalah kerana planet ini di kelilingi oleh satu sistem gelang yang luas.
 Gelang-gelang ini terdiri daripada debu, batu-batan dan ketulan ais yang kecil dan beredar mengelilingi Planet Zuhal.
 Planet ini mempunyai permukaan yang dilitupi oleh hidrogen cecair.
 Planet ini juga mempunyai 18 bulan yang mengelilinginya.

URANUS

Merupakan planet yang terletak ketujuh hampir dari matahari.

 Permukaannya kelihatan hijau kerana atmosfera Uranus dilitupi oleh metana.


 Di samping itu atmosfera Uranus juga terdiri daripada gas hidrogen dan helium.
 Permukaan Uranus dilitupi oleh lapisan ais.
 Mempunyai gelang dan dikelilingi oleh 15 bulan.

NEPTUN

Merupakan planet yang terletak kelapan hampir dari matahari.

 Planet ini mempunyai jisim dan saiz yang hampir sama dengan Uranus.
 Permukaan planet ini berwarna hijau kebiruan dan atmosferanya terdiri daripada gas metana, hidrogen, dan helium
seperti Uranus.
 Dilingkari oleh gelang dan mempunyai permukaan yang dilitupi oleh lapisan ais.

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS


 Neptun mempunyai 8 bulan yang mengelilinginya.
 Satelit semulajadi atau bulan yang paling besar mengelilinginya dikenali sebagai Triton.
 Triton merupakan bulan yang mempunyai atmosfera berwarna kebiru-biruan.

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS


PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
 Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian
mengikut jumlah sajian yang disarankan.
 Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan
yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang
diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara
kesihatan.

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS


 Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat
(4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang
disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.
 Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada
individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan
sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.

Aras 1 :  Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga (50% -55% dari jumlah tenaga harian).
Nasi, mee,
 Sumber yang baik untuk vitamin, mineral, dan serat.
roti, bijirin
dan hasil  Serat makanan memberi banyak manfaat seperti meningkatkan pergerakan usus dan menjaga
bijirin dan kesihatan usus serta mencegah sembelit. Ia juga membantu menurunkan paras glukosa dan
ubi-ubian kolesterol darah.
 Pilih makanan bijirin daripada bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin mil penuh, beras perang.
Makanan ini mengandungi kandungan yang lebih tinggi.
 Jumlah sajian yang disyorkan adalah 4 hingga 8 sajian sehari.
 Contoh satu sajian :
 1 cawan (2 senduk) nasi sederhana

 1 cawan mi kuning

Aras 2 :
Buah-  Sumber baik untuk serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang membantu menguatkan ketahanan
terhadap penyakit (imuniti).
buahan
dansayur-  Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari juga memberi manfaat kepada kesihatan
sayur terutamanya mencegah
 penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS


 Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai setiap hari.
 Jenis sayur-sayuran boleh diambil samada sayur-sayuran berdaun hijau, sayuran pelbagai warna,
termasuk sayur buah,
sayur kacang, ulam, sayuran dalam tin atau beku.
 Pilih buah-buahan segar. Jus buah tidak boleh menggantikan lebih daripada satu sajian buah-buahan.
 Jumlah sajian disarankan adalah sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran serta 2 sajian buah-
buahan
 Contoh satu sajian sayur-sayuran :
 ½ cawan sayur berdaun hijau, dimasak

Aras 3 :
 Sumber baik untuk protein yang diperlukan untuk membina tubuh.
Ikan, ayam,
 Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink.
daging dan
kekacang  Kekacang adalah sumber protein yang baik dan juga memberi sumber serat yang baik. Kekacang adalah
rendah
 kandungan lemak dan tidak mengandungi kolesterol dibandingkan dengan ayam dan daging. Kekacang
digalakkan diambil setiap hari.
 Makan ikan lebih kerap, jika boleh setiap hari.
 Pilih daging dan ayam yang kurang lemak dan kolesterol, contohnya membuang kulit ayam sebelum
memasak atau pilih daging tanpa lemak.
 Pengambilan sehari yang disyorkan ialah :
 ½ – 2 sajian ayam, daging dan telur
 1 sajian ikan
 ½ – 1 sajian kekacang

 Contoh satu sajian ikan, ayam, daging dan telur :


 1 ekor ikan kembung saiz sederhana

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS


Aras 3 : Tinggi protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin A, riboflavin, vitamin B12
Susu dan
dan zink.
hasil
tenusu  Kalsium dalam susu membina tulang dan gigi yang kuat bermula dari usia kanak-kanak. Ini membantu
mengurangkan risiko osteoporosis
(tulang menjadi rapuh) di usia tua.
 Jumlah sajian yang disyorkan adalah 1 hingga 2 sajian sehari.
 Satu sajian :

 1 gelas susu (250 ml)


 1 keping keju

Aras 4 : Terletak di atas puncak atau paling atas piramid menunjukkan makanan ini perlu diambil dalam kuantiti
Lemak, yang sedikit sahaja.
minyak,
 Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti obesiti, kencis manis, penyakit
garam dan
jantung, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser.
gula
 Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, minyak, gula dan garam serta kurangkan penggunaan
sumber minyak, lemak, gula, garam dalam penyediaan makanan.

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS


Aras 3 :
I  :
k
a
n
,
a
y
a
m
,
d
a
g
i
n
g
d
a
n
k
e
k Piramid Makanan
a

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS


c
a
n
g

Aras 4 :  Terletak di atas puncak atau paling atas piramid menunjukkan makanan
Lemak, ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
minyak,  Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik
garam seperti obesiti, kencis manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan
dan gula beberapa jenis kanser.
 Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, minyak, gula dan garam
serta kurangkan penggunaan sumber minyak, lemak, gula, garam
dalam penyediaan makanan.

JEJAK MAKLUMAT SAINS / PANITIA SAINS

You might also like