You are on page 1of 2

Konsep Dan Definisi Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan


penyakit. Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh
badan, persekitaran dan alam sekitar.

Pemakanan Yang Seimbang

Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik


seperti diabetis, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Terdapat
lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang.

1. Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi


2. Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Kumpulan susu dan hasil tenusu
4. Kumpulan daging, ayam, telur, ikan dan kekacang
5. Kumpulan minyak, lemak dan gula

Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada


nutirien yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita perlu mengambil makanan
daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai berasaskan
kepada PIRAMID MAKANAN.

Sesorang yang mempunyai berat badan 10% melebihi dari berat piawai
dianggap gemuk. Orang yang gemuk adalah lebih cenderung mendapat
komplikasi kesihatan berbanding populasi normal. Jika berat badan anda
melebihi 10% berat piawai, risiko untuk menemui maut lebih awal
meningkat sebanyak 9% bagi wanita dan 13% untuk lelaki.

Punca-Punca Kegemukkan

Makan berlebihan. Memakan jenis makanan yang kurang sesuai, makanan


yang tinggi dalam karbohidrat. Kekurangan aktiviti dan senaman. Faktorfaktor genetik.

You might also like