You are on page 1of 1

Pengarah,

Jabatan Pelajaran Negeri Perak


Jalan Tun Abdul Razak,
30100 Ipoh,
Negeri Perak 15 April 2019

Tuan,

Memohon Pertukaran Tarikh Pertandingan "Festival Kesusasteraan Tamil Pelajar Negeri


Perak 2019" Bagi Pelajar SMK

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sebagai sedia maklum, kami Persatuan Tamilar Thirunal Perak telah mendapat kelulusan
daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi mengadakan . Festival Kesusasteraan
Tamil Pelajar Negeri Perak 2019 Fasa 1 dan Fasa 2. (Surat daripada JPN bertarikh 9 Januari
2019). Menurut surat tersebut, kami merancang untuk mengadakan program tersebut dalam dua
fasa dimana fasa 1 akan diadakan pada 09 Mac 2019 bagi pelajar sekolah rendah dan fasa 2
akan diadakan pada 15 Jun 2019 bagi pelajar sekolah menengah iaitu kedua-duanya adalah pada
hari Sabtu dan akan bertempat di SMK Buntong, Ipoh.

3. Program fasa pertama telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Dalam proses
menganjurkan program fasa kedua, iaitu pertandingan bagi pelajar sekolah menengah, kami
mendapati beberapa kekangan dalam melaksanakannya pada tarikh yang ditetapkan. Disebabkan
beberapa perkara penting, kami terpaksa menunda tarikh program daripada 15 Jun 2019 kepada
22 Jun 2019 juga hari Sabtu.

4. Oleh hal yang demikian, kami ingin memohon pihak tuan untuk memberi kebenaran untuk
melaksanakan program pada tarikh baru. Diharap permohonan kami ini mendapat pertimbangan
yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah :-

.................................................................
NANTHAKUMAR A/L SUPRAMANIAM
Setiausaha,
Pertandingan "Festival Kesusasteraan Tamil Negeri Perak",
Persatuan Tamilar Thirunaal Perak
014-9015770 - nantha1kumaran@gmail.com

You might also like