You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KEJOHANAN PING PONG INDIVIDU


TERTUTUP TERENGGANU 2016

ANJURAN

KELAB PING PONG HULU TERENGGANU


KEJOHANAN PINGPONG INDIVIDU TERTUTUP TERENGGANU 2016
1. Nama Kejohanan:

1.1. Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Pingpong Individu Tertutup Terengganu


Tertutup 2016
Anjuran Kelab Pingpong HuluTerengganu.

2. Tarikh Kejohanan:

2.1. 22 – 23 Julai 2016 (Jumaat – Sabtu)

3. Tempat Kejohanan;

3.1. Dewan Sivik Kg Butut

4. Tujuan

4.1. Menggalak dan memperluaskan penyertaan dalam permainan ping pong.

4.2 Meningkatkan martabat sukan ping pong dan merapatkan hubungan silaturahim di antara
pemain.

5. Syarat Pertandingan

5.1. Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam kejohanan ini dan mengikut
Undang-Undang Persatuan Pingpong Malaysia dan ITTF yang terbaru.
5.2. Terbuka kepada penduduk dan pemastautin tetap Negeri Terengganu pada semua
peringkat umur.
5.3 Pihak penganjur berhak meminda mana-mana peraturan yang difikirkan perlu dan
keputusan pihak penganjur adalah muktamad. .
5.4 Getah yang telah diubahsuai adalah tidak dibenarkan sama sekali dan penganjur berhak
membatalkan penyertaan pemain tersebut jika didapati melanggar peraturan yang
ditetapkan.

6. Acara Yang Dipertandingkan:

6.1. Perseorangan Terbuka

7. Bayaran Penyertaan

7.1. Perseorangan Terbuka RM 20.00

8. Tarikh Tutup:

8.1. Borang borang penyertaan bersama bayaran masuk hendaklah sampai pada atau
Sebelum 19.07.2016 kepada:-

Mohd Irwadi b. Mansor, Setiausaha Kelab /


Semua AJK, Kelab Pingpong HuluTerengganu
9. Cara Pertandingan: Secara liga pada peringkat kumpulan dan kalah mati pada peringkat
seterusnya.

10. Bola:

10.1. Bola 40mm + berwarna puteh akan digunakan.

11. Pertukaran Pemain:

11.1. Pertukaran pemain dibenarkan pada hari pertama kejohanan dan sebelum
pertandingan bermula, dengan syarat pemain yang hendak ditukarkan tidak dapat
hadir kerana sebab- sebab tertentu.Pemain gantian juga hendaklah namanya
belum didaftar dimana mana acara berkenaan.

12. Undang-Undang Permainan:

Kecuali Peraturan-Peraturan yang tercatit dalam Peraturan Pertandingan ini, Kejohanan ini dijalan
mengikut Undang Undang Persatuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) yang terbaru dan
sebahagiannya adalah seperti berikut:

12.1. Reket (getah) hendaklah berkelulusan ITTF, berwarna hitam dan merah sahaja.

12.2. Pakaian pemain hendaklah berpakaian sukan, berbaju T, beseluar pendek atau
seluar track dan berkasut sukan. Warna baju hendaklah lain daripada warna bola.

12.3. Kasut hendaklah bertapak getah dan dilarang memakai selipar.

13 Hadiah:

Hadiah akan diberikan kepada pemenang bagi acara perseorangan tempat pertama sehingga
ketiga berupa wang tunai dan cenderahati/barangan.
13.1. Acara Johan Naib Johan Ketiga

Perseorangan Lelaki RM200.00 RM100.00 ..RM70.00 x 2

(Semua pemenang diatas mendapat cenderamata / barangan)

14 Bantahan:

14.1. Jawatankuasa Teknik Kelab Pingpong HuluTerengganu akan menjadi Juri Rayuan

14.2. Bantahan atau rayuan hendaklah dibuat selewatnya 15 minit selepas tamatnya
pertandingan berkenaan melalui Pengurus atau pemain berkenaan secara bertulis
yang disertakan dengan wang tunai RM150.00 sebagai wang pertaruhan. Jika
bantahan atau rayuan gagal diterima maka wang pertaruhan tersebut tidak akan
dikembalikan.

15 Perkara Am:

15.1. Jika terdapat masalah atau kerumitan yang tidak diperuntukan dalam peraturan ini,
Jawatankuasa Pengelola akan memutuskannya dan keputusannya adalah
muktamad.

16 Belanjawan

16.1 Meja Ping Pong RM 1000 x 4 = RM 4000.00

16.2 Peralatan Ping Pong RM 1000 = RM 1000.00

16.3 Makan Dan Minuman RM 300 = RM 300.00

16.4 Hadiah RM 440 = RM 440.00

16.5 Cenderahati RM 50 = RM 50.00

16.6 Pengurusan RM 500 = RM 500.00

JUMLAH RM 6290.00
17 Jawatankuasa

Pengerusi : Mohd Hanafi Bin Musa

Setiausaha : Mohd Irwadi Bin Mansor

Bendahari : Mohamad Norman Bin Ibrahim

AJK

Urusetia : 1. Abdul Malek Bin Kassim

2. Kamaruddin Bin Osman

Ketua Pengadil : Zulkifli Bin Hussien

Teknik & : 1. Abdul Rahman Bin Idris


Alatan
2. Hafizudin Bin Nasaruddin

Statistik : Mohd Fadhil Bin Salleh

Makan Minum : 1. Mohd Amenuddin Bin Nordin

2. Abdullah Khaidirulamin Bin Idris

Hadiah & : Abdul Ghaffar Bin Idris


Cenderahati

Siar Raya & : 1. Norazlan Bin Ibrahim


Tempat
2. Roslan Bin Ngah

Disediakan oleh: Disahkan Oleh :

………………………………………. …………………………………….

( MOHD IRWADI BIN MANSOR ) ( MOHD HANAFI BIN MUSA )

Setiausaha, Pengerusi,

Kelab Ping Pong HT, Kelab Ping Pong HT,

Terengganu. Terengganu.

You might also like