You are on page 1of 4

SAINS

SOALAN BAHAGIAN A

1. Rajah 1 menunjukkan keadaan daun yang dipetik dari taman herba Sains.
Daun bunga Orkid yang telah
berlubang.

Rajah 1

Apakah inferens untuk keadaan daun tersebut?

A Daun berlubang kerana dimakan oleh serangga.

B Daun berlubang kerana terkoyak.

C Daun berlubang kerana dimakan oleh kambing.

D Daun berlubang kerana kurang nutrien.

2. Jadual 1 menunjukkan bilangan pesakit demam denggi bagi tiga buah negeri.

Negeri Bilangan Pesakit Demam Denggi


Selangor 6227
Johor 278
Melaka 231

Jadual 1

Apakah pola perubahan bilangan pesakit demam denggi dalam jadual 1?

A Menaik

B Menurun

C Mendatar

D Menaik dan menurun

3. Apakah organ- organ pernafasan manusia?

A Hidung, trakea, peparu

B Peparu, ginjal, hati

C Ginjal, kulit, peparu

D Trakea, peparu, ginjal


4. Rajah 3 menunjukkan sekumpulan haiwan.

Burung Hantu Itik

Rajah 3

Antara haiwan yang berikut yang manakah daripada kumpulan yang sama?

A Belalang

B Cicak

C Ikan

D Cacing

5. Apakah yang dimaksudkan dengan konduktor elektrik?

A Bahan yang boleh mengalirkan haba.

B Bahan yang boleh memanjang.

C Bahan yang boleh menyerap air.

D Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

6. Apakah faktor faktor yang menyebabkan pengaratan?

A Air dan udara

B Air dan api

C Wap air dan udara

D Minyak dan gris


7. Rajah 8 menunjukkan sebuah objek.

Gergaji

Rajah 8

Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk mencegah pengaratan bagi objek tersebut?

A Mengecat

B Menyapu gris

C Menyadur timah

D Menyalut plastik

8. Antara yang berikut yang manakah sesuai digunakan untuk mengukur tempoh masa berlari
dalam jarak 100 meter?

A Jam pasir

B Jam matahari

C Jam air

D Jam randik

9. Apakah kebaikan menggunakan alat dalam rajah 9?

Mesin Pengisar Makanan

Rajah 9

A Menjimatkan masa dan tenaga

B Menjimatkan kos elektrik

C Menjimatkan wang

D Menjimatkan bahan mentah


10. Apakah yang boleh digunakan manusia untuk mengatasi had keupayaan mata?

I. Binokular
II. Mikroskop
III. Telefon
IV. Mikrofon

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

You might also like