You are on page 1of 3

Perkembangan nasionalisme di Filipina.

Tahap Pertama1.Gerakan nasionalisme yang pertama di Asia Tenggara,gerakan ini dipimpin oleh
Jose Rizal yang disokong kuat oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat.
2. Tuntutan golongan ini supaya :
i) Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
ii) Bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
iii) Diberikan kebebasan untuk bersuara.
3. Tindakan Sepanyol untuk tidak melayan tuntutan ini memyebabkan JOse Rizal menubuhkan Liga
Filipina.
4.Jose Rizal telah dibuang negeri dan akhirnya dijatuhi hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam
pemberontakan.

Tahap Kedua
1. Bermula apabila penubuhan Katipunan oleh Andres Bonifacio yang melancarkan penentangan
secara radikal terhadap Sepanyol.
2. Matlamat perjuangan Katipunan adalah untuk menyatupadukan bangsa Filipina dan mencapai
kemerdekaan melalui revolusi.
3. Pada tahun 1896 Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan kerajaan
Sepanyol,namun telah gagal
4. Bonifacio telah dihukum mati pada tahun 1897 oleh Emilio Aguinaldo,dan pada tahun 1898
Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat untuk megusir Sepanyol in
mengakibatkan Filipina dikuasai pula oleh Amerika Syarikat.
5. Pada tahun 1899 Aguinaldo negisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi Amerika Syarikat enggan.
Parti Nasional, Parti Liberal, dan Parti Demokrat antara parti yang terpaksa dibenarkan oeh pihak
Amerika.

Perkembangan nasionalisme di Indonesia.


Tahap Pertama1. Memberi tumpuhan terhadap isu-isu pendidikan.Raden Adjeng Kartini mengambil
berat tentang kemajuan pendidikan kaum wanita.
2. Budi Utomo tekah ditubuhkan oleh Dr.Wahidin Sudiro pada tahun 1908.dan antar matlamatnya
ialah :
i) mengembangkan pendidikan anak-anak tempatan
ii) memajukan ekonomi rakyat.
3. Pertubuhan terpenting pada tahap pertama ini ialah Muhammadiyah,antara matlamatnya ialah :
i) menyerbarkan Islam yamg sebenar
ii) menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian.

Tahap Kedua
1.Parti-parti politik memperjuangkan hak mereka,parti ini termasuklah Sarekat Islam (SI), Parti
Komunis Indonesia (PKI), dan Parti Nasional Indonesia (PNI).
2. Pada tahun 1912 Sarekat Islam telah ditubuhkan di bawah pimpinan Omar said Tjokroaminoto.
3. Kemudian pada tahun 1920 Sarekat Islam menubuhkan Parti Komunis Indonesia (PKI) yang
melancarkan revolusi bersenjata dengan bertujuan untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis,
tetapi gagal.
4. Parti Nasionalis Indonesia (PNI) ditubuhkan pada tahun 1927 oleh Soekarno
5. Pada tahun 1929-1931 Soekarno di penjarakan dan pada tahun 1934 dibuang negeri ke Flores.
6. Thamrin telah menubuhkan Gabungan Politik Indonesia pada tahun 1939
Perkembangan nasionalisme di Indo-China
Tahap Pertama1. Tertumpuh di Vietnam dan diperopori oleh golongan bangsawan dan pegawai yang
terdiri daripada golongan Mandarin.Golongan ini berusaha memperjuangkan pemulihan sistem
pemerintahan beraja.Manakala golongan menengah yang berpendidikan Barat pula
memperjuangkan pendidikan Barat untuk rakyat.
2. Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) telah ditubuhkan untuk melancarkan pemberontakan di
Tongkin serat gerakan dakyah di Vietnam.

Tahap Kedua
1. Perancis telah bertindsk menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD, dan tealh menghukum bunuh
pemimpin radikalnya iaitu Nguyen Thai Hoc.
2. Parti telah diteruskan oleh Parti Kominis Vietnam (PKV)
3. Perancis bertindak keras terhadap gerakan nasionalisme hingga memaksa pemimpin PKV iaitu Ho
Chi Minh melarikan diri ke Hong Kong.ini menyebabkan gerakan nasionalisne Indo-China kembali
kepada corak sederhana.
4. Perancis telah menyekat apa sahaja usaha pembaharuan yang dilakukan oleh Maharaja Bao Dai.
Perkembangan nasionalisme di Burma.
Tahap Pertama1. Perjuangan 2 golongan, iaitu
i) Golongan ami Buddha.
ii) Golongan elit berpendidikan Barat
2. Persatuan Belia Buddha telah ditubuhkan pada tahun 1906 di bawah pimpinan golongan sami
Buddha. Matlamat utamanya ialah :
a) mengekalkan tradisi buddha
b) memajukan pendidikan rakyat Burma.
3. "Isu Kasut" untuk membangkitkan semangat nasionalisme yang berkaitan dengan kemarahan
orang Burma terhadap orang British yang memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma
4.Pada tahun 1920, Majlis Persatuan am Kesatuan-kesatun Burma yang lebih radikal.

Tahap Kedua.
1. Revolusi pelajar yang tercetus pada tahun 1920,menuntut supaya sebuah universiti dibina untuk
rakyat Burma.
2. Golongan sami Buddha telah mencetuskan pemberontakan Saya San pada tahun 1932 melalui
Majlis Am Sangha Sametggi yang di pimpin oleh Saya San. Namun pemberontakan beliau tealh gagal
3. Perkembangan Burma telah diperkenalkan pada tahun 1935,juga golongan Thakin iaitu siswazah
universiti membentuk Parti Dobama Asiayone di bawah pimpinan para nasionalis seperti aung San,
Kyaw Nein, dan U Nu
4. Parti Dobama Asiayone menggelarkan diri mereka sebagai "Tuan".
5. Pada tahun 1937 Dr Ba Maw memenangi pilihan raya dan telah dilantik menjadi Perdana Menteri
yang pertama,
Perkembangan nasionalisme di Thailand
Tahap Pertama1. Thailand tidak pernah dijajah, gerakan nasionalismenya tidak bersifat antipenjajah.
2. Gerakan ini disebabkan oleh 2 perkara iaitu :
a) kegelisahan rakyat terhadap penguasaan poliitk oleh kerabat diraja
b) penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
3. Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah mengwujudkan golongan intelektual yang terdedah
kepada fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan.
4. Penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Panomtong dan Field Marshall Phibil
Songram. Dan parti ini telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun yang sama dan telah
menamatkan sistem raja berkuasa mutlak tamat.

You might also like