You are on page 1of 3

16/07/2022, 18:28 Nota & Latihan Sejarah KSSM Tingkatan 4 Bab 2.

4 - WeAcademia [2021]

NEW Our Sejarah KSSM [2021] practice is live! Sign up for free to start practicing.

Sejarah • Tingkatan 4 • Chapter 2

Kebangkitan Nasionalisme

2.4 - Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara


Filipina
Kemunculan nasionalisme di Filipina untuk menghapuskan penjajah asing
Antara tokoh nasionalis ialah:
Jose Rizal

Memimpin gerakan nasionalis pertama yang berbentuk propaganda


Menuntut hak sama rata dan Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol
Menubuhkan Liga Filipina untuk memaksa kerajaan Sepanyol mengubah politik, ekonomi dan sosial di Filipina
Andres Bonifacio dan Emilio Aguinaldo

Menubuhkan Katipunan untuk menuntut kemerdekaan secara revolusi


Idea revolusi disebarkan melalui akhbar Kalayan
Revolusi Filipina telah dilancarkan untuk mengusir Sepanyol, namun gagal
Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol
Namun, pengisytiharan kemerdekaan oleh Aguinaldo tidak diiktiraf Amerika Syarikat dan diletakkan di bawah penguasaan mereka
Golongan nasionalis mengubah strategi perjuangan ke parti politik sederhana dan berjaya melantik Sergio Osmena dari Parti
Nasionalis dalam Dewan Perhimpunan Filipina

Burma (Myanmar)
Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani untuk menentang
imperialis British
Nasionalisme digerakkan oleh golongan berpendidikan berikutan ancaman kedudukan agama Buddha
Persatuan Belia Buddha ditubuhkan untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan budaya dan isu kasut digunakan untuk
membangkitkan nasionalisme
Pemimpin yang lebih radikal, U Ba Pe, telah mengambil alih persatuan dan mengubah nama ke Majlis Persatuan Am Kesatuan
Burma yang memperjuangkan hal berkaitan bangsa Burma
1920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi. Dengan pimpinan Saya San, pemberontakan Saya San telah
tercetus dan mendapat sokongan golongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai
Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dengan India telah mencetuskan perkembangan nasionalisme kedua
Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk menuntut kemerdekaan Burma
Pemimpin parti: Aung San,Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri mereka “Thakin” iaitu tuan dan menegaskan orang Burma mesti
bertuankan orang Burma
Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri setelah memenangi pilihan raya pada tahun 1937

Vietnam
Bermula apabila Perancis mengubah sosiopolitik dan sosioekonomi Vietnam
Diketuai oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan mandarin yang memperjuangkan pemulihan sistem
pemerintahan beraja
Golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis

https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan-4/sejarah-t4-bab-2/sejarah-t4-bab-2-4 1/3
16/07/2022, 18:28 Nota & Latihan Sejarah KSSM Tingkatan 4 Bab 2.4 - WeAcademia [2021]

Akhbar seperti Tribune Indige dan Cloche Felee digunakan untuk mengkritik kekejaman Perancis dan untuk menuntut hak rakyat
Vietnam
Gerakan nasionalisme bercorak revolusi yang terbahagi kepada dua revolusi iaitu:

Nasionalisme
Parti Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)/Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc

Perjuangan berpandukan demokrasi nasionalisme dan sosialisme


1930, pemberontakan dilancarkan bagi menghalau Perancis dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam. Namun
pemimpinnya telah ditangkap.
Komunisme
Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh

September 1945, isytihar kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi


Ho Chi Minh menjadi presiden di Vietnam Utara manakala Vietnam Selatan masih berada di bawah penguasaan
Perancis dan Amerika Syarikat

Indonesia
Nasionalisme di Indonesia memperjuangkan pendidikan untuk mengubah nasib rakyat
Raden Adjeng Kartini menjuangkan pendidikan untuk kaum wanita. Karya beliau Hilang Gelap Terbitlah Terang (1911) telah
diterjemahkan ke bahasa Inggeris dengan judul Letters of a Javanese Princess telah mendedahkan dasar diskriminasi Belanda
Banyak parti dan penubuhan tertubuh seperti:
Muhammadiyah
Sarekat Islam (SI)
Parti Komunis Indonesia (PKI)
Parti Nasionalis Indonesia (PNI)
1928, Kongres Pemuda Indonesia telah mencipta ikrar “Sumpah Pemuda” yang berasaskan satu tanah air, satu bangsa dan satu
bahasa
Soekarno telah mengetuai pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI) yang terdiri daripada
gabungan parti politik Indonesia

Thailand
Gerakan nasionalisme di Thailand bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan dan menuntut penglibatan rakyat dalam
pentadbiran
Raja Thailand, Raja Mongkut mengetuai nasionalisme dan menjalinkan hubungan baik dengan kuasa Barat sebagai langkah
pemodenan
Beliau membawa masuk orang Barat untuk melatih pegawai dalam pentadbiran dan melaksanakan sistem pentadbiran Barat bagi
membentuk imej negara dan bebas dari penjajah Barat
Nasionalisme muncul semasa era pemerintahan Raja Vajiravudh yang membiarkan kerabat diraja pelopori politik
Revolusi Thai dilancarkan oleh Nai Pridi Phanonmyong dan Field Marshal Phibulsongkram dari Parti Rakyat bagi menamatkan
konsep raja berkuasa mutlak
Seterusnya, pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan dimana, raja berada di kedudukan tertinggi tetapi tidak boleh
mencampuri urusan pentadbiran
Perdana Menteri, Phibulsongkram telah menguatkuasakan undang-undang yang menyekat penguasaan ekonomi orang Cina dan
menggalakkan rakyat tempatan berniaga
Semasa perang dunia kedua, Thailand bekerjasama dengan Jepun supaya tidak dijajah, hasilnya Thailand memperoleh wilayah di
Indochina dan utara Tanah Melayu

Answer practice questions to test your knowledge!  Practice

2.1 - Maksud Nasionalisme

https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan-4/sejarah-t4-bab-2/sejarah-t4-bab-2-4 2/3
16/07/2022, 18:28 Nota & Latihan Sejarah KSSM Tingkatan 4 Bab 2.4 - WeAcademia [2021]

2.2 - Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

2.3 - Perkembangan Nasionalisme di Asia

2.4 - Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

2.5 - Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

2.6 - Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

2.7 - Perkembangan Nasionalisme

2.8 - Kesan Perkembangan Nasionalisme

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

Info Community

WeAcademia is an e-learning platform with a smart Contact us Whatsapp


learning assistant powered by algorithms backed by
learning science that helps students prepare for SPM How WeAcademia Works Telegram

Discord
Level 23-1, Premier Suite, One Mont Kiara, No 1, Jalan Facebook
Kiara Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Instagram

WeAcademia Sdn Bhd is a alumniWeAcademia Sdn Bhd


is a alumni

© 2021 WeAcademia Sdn Bhd

https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan-4/sejarah-t4-bab-2/sejarah-t4-bab-2-4 3/3

You might also like