You are on page 1of 19

1.

0 Pengenalan

Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara
kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia
Tenggara terutamanya pada abad ke-19. Atas sebab itu strategi awal penjajahan British di
Tanah Melayu adalah menumpukan kawasan perdagangan (pelabuhan) dan kemudiannya ke
atas negeri yang mempunyai kekayaan hasil bumi seperti bijih timah. Penjajahan British
menjalankan dasar diplomasi yang sangat berhati-hati dengan sultan dan para pembesar
Melayu.1

Cara dan kaedah ini digunakan bertujuan untuk mengelakkan penentangan khususnya
daripada orang Melayu. Oleh sebab itu, kedatangan British di Tanah Melayu tidak merombak
dan menghapuskan keseluruhan institusi politik Melayu tradisional. Apa yang berubah
hanyalah dari segi kuasa sahaja, iaitu daripada tangan sultan dan pembesar kepada residen
dan pegawai Inggeris. Dengan kehadiran British, kedudukan raja hanyalah bersifat official
ceremony sahaja. Walaupun mereka dikekalkan kedudukan asal sebagai sultan dan
pembesar, tetapi hakikat sebenarnya kuasa yang ada pada mereka amat terhad sekali. Jika ada,
kuasa sultan hanyalah meliputi bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu.2

Secara keseluruhannya, perkembangan sejarah sosiopolitik bumiputera dalam jangka


masa di sekitar pertengahan abad ke-19, adalah peringkat yang paling mundur dalam proses
perpecahan dan keruntuhan tamadun mereka sejak zaman keagungan kerajaan Melayu
Melaka. Kemunculan unit-unit politik negeri yang menjadi jelas pada abad ke-19, sentiasa
menghadapi masalah pergolakan dan persaingan politik sama ada dalam negeri atau antara
satu negeri dengan negeri yang lain (Abdul Malek, 1977). Pengaruh asing, sama ada yang
bersifat serantau atau barat, semakin menguasai perkembangan politik di negeri Melayu.
Pengaruh orang Bugis semakin dominan di Johor dan Selangor, manakala orang
Minangkabay meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan. Oleh itu, pertengahan abad ke-19
menggambarkan keadaan sosiopolitik bumiputera yang paling daif.3

1
Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.
2
Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia,
2002, hlm. 74.
3
Ibid.
2.0 Pentadbiran Tradisional Melayu dan Kesan Campurtangan British dalam
Pemerintahan di Tanah Melayu

Penjajahan British di Tanah Melayu telah meninggalkan implikasi yang bukan sedikit
khususnya dari segi politik sehingga membawa perubahan besar kepada sistem pentadbiran
dan pemerintahan di Malaysia. Jika sebelum kedatangan British, sistem politik tradisional di
Tanah Melayu adalah bercorak monarki di mana sesebuah negara diperintah oleh seorang raja
atau sultan secara mutlak. Namun dalam pemerintahan istana, baginda memerlukan beberapa
perjawatan tradisi pembesar untuk menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan. Mereka ini
adalah pembesar-pembesar utama di istana yang bertindak sebagai pembantu kepada sultan
dalam mentadbir negeri yang diperintahnya.4 Golongan ini dipanggil golongan pemerintah
yang memerintah golongan rakyat. Hal ini sangat berbeza dengan keadaan politik di Malaysia
kini. Ketika zaman pemerintahan masyarakat Melayu tradisional, konsep daulat dan tulah
tidak dapat dipisahkan dengan seseorang raja atau sultan dengan rakyatnya. Namun, konsep
ini tidak lagi digunapakai pada hari ini kerana kekuasaan seseorang raja atau sultan itu terikat
dengan konsep raja berperlembagaan yang diamalkan dalam sistem pentadbiran moden kini.

Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu, implikasi politik yang paling ketara
adalah berlakunya penghakisan kuasa sultan dan pembesar di negeri Melayu (Gullick, 1948).
Sistem Residen yang juga dikenali sebagai Sistem Penasihat telah mengambil alih segala
kuasa birokratik dan perundangan yang selama ini dipegang oleh sultan dan para pembesar.
Pada sultan bukan sahaja kehilangan kuasa, malah telah dinafikan peranan mereka dalam
pentadbiran British. Hal ini menyebabkan berlakunya gerakan kebangkitan anti-British di
Tanah Melayu. Dalam perlantikan sultan dan pembesar ia bukan lagi ditentukan oleh Majlis
Jemaah Diraja atau golongan pembesar, tetapi mesti mendapat persetujuan British. Keadaan
ini pernah berlaku seumpamanya semasa perlantikan Sultan Hussain Shah oleh Stamford
Raffles di Johor dan semasa perlantikan Sultan Abdullah oleh Andrew Clarke di Perak. Hal
ini jelas menunjukkan pihak British telah campur tangan dalam bidang adat istiadat Melayu.
Begitu juga kuasa sultan dalam bidang agama, di mana kuasa ini telah diambil alih oleh
kerajaan British menerusi penubuhan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri.5

4
Zulhilmi Paidi et.all, Malaysia: Pembinaan Negara dan Bangsa, Selangor: Pearson, 2011, hlm. 228.
5
Kassim Thukiman, op.cit., hlm. 75.

Page 2 of 19
Pengukuhan kuasa British dalam bidang politik dan pentadbiran begitu ketara dengan
penubuhan dua pusat pentadbirannya iaitu Negeri-negeri Selat (1826) yang diketuai oleh
Gabenor dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896) yang diketuai oleh Residen-General.
Pembentukan dua sistem pentadbiran tersebut merupakan langkah awal British mengukuhkan
kedudukan mereka di Tanah Melayu. Tambahan pula, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu adalah merupakan kawasan yang paling strategik daripada segi politik dan
ekonomi. Setelah menguasai negeri-negeri tersebut, British telah memperluaskan kuasanya ke
atas Negeri-negeri Melayu Utara melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada tahun
1909. Strategi pengukuhan kuasa British semakin terserlah dengan perlaksanaan dasar
desentralisasinya antara tahun 1910-1941, yang bertujuan untuk menyatukan keseluruhan
negeri-negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran (Abdul Latiff, 1981).
Walaupun dasar tersebut mengalami kegagalan, tetapi British telah berjaya menyatukan
pentadbiran seluruh Tanah Melayu secara paksaan menerusi perlembagaan Malayan Union
pada 1 April 1946. Kesemuanya ini menunjukkan bahawa pada peringkat awal penjajahan
British, mereka cuba memusatkan kuasa dengan menggabungkan beberapa unit politik di
Tanah Melayu.

Walaupun penjajahan British menggunakan dasar diplomasi di Tanah Melayu namun


apa yang dapat dilihat ianya telah memberi kesan buruk dalam kalangan sultan dan pembesar.
Hal ini disebabkan oleh kuasa pentadbiran dan perundangan yang selama ini mereka pegang
telah mula terhakis. Sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dalam semua bidang kuasa.
Mereka terpaksa tunduk kepada nasihat yang mesti dipatuhi yang diberikan oleh Residen
British. Manakala golongan pembesar tidak lagi mempunyai kuasa ke atas kawasan
pegangannya, khususnya dalam bidang pentadbiran dan kuasa memungut cukai. Struktur
sosiopolitik masyarakat tradisional bumiputera mula rapuh, khususnya dalam kalangan
golongan pembesar dan raja, kerana mereka tidak lagi dapat berfungsi untuk menguasai
kegiatan ekonomi. Sedangkan kekayaan ekonomi yang menjadi alat penting untuk menjamin
kedudukan politik mereka (Abdul Malek, 1977).

Hal ini dapat dilihat secara langsung apabila berlakunya campurtangan British di
Perak sehingga termeterainya perjanjian Pangkor pada tahun 1874 di antara pihak British
dengan Raja Abdullah serta para pembesarnya. Perjanjian Pangkor telah mengubah sistem
politik tradisional yang diamalkan selama ini akibat kemasukan unsur-unsur Barat.
Perundingan yang dijalankan di Pangkor ini telah menggariskan empat belas fasal dan di

Page 3 of 19
antara empat belas fasal yang terdapat dalam perjanjian ini, perkara ke-6 menjadi paling
penting kerana ia merupakan perubahan dalam pemerintahan tradisioanal iaitu;

Fasal yang keenam- hendaklah sultan itu menerima seorang besar British
yang dinamai Residen dan mengadakan sebuah rumah yang patut akan
kediamannya apa-apa nasihat daripadanya dan mengikut ajarannya maka
Orang Besar ini hendaklah ada berkuasa dan terpakai dalam balai bicara
sultan itu dan hendaklah dituntut pada membuat apa-apa dalam segala
perkara yang lain daripada perkara yang kena kepada agama dan adat-adat
Melayu.6

Perlantikan seorang residen untuk membantu menasihat sultan dalam semua urusan
pentadbiran secara tidak langsung telah mengubah keseluruhan pemerintahan tradisi di
negeri-negeri Melayu. Sebelum perlantikan residen, sultan merupakan pemerintah tertinggi
dalam institusi pentadbiran negeri dan baginda dibantu oleh pembesar-pembesar di bawahnya.
Kini, perlantikan residen secara “Dejure” adalah menasihat sultan yang memerintah dalam
urusan pentadbiran namun pada hakikatnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hal ini
kerana berdasarkan kepada perjanjian tersebut, sultan hendaklah meminta dan mematuhi
nasihat daripada Residen British. Hal ini menyebabkan hakikat kuasa politik pemerintahan
telah berubah daripada sultan kepada residen. Sultan hanya berkuasa terhadap adat istiadat
Melayu dan agama Islam sahaja.

Selanjutnya, pemerintahan British di Tanah Melayu turut memberi impak terhadap


kepimpinan orang Melayu di mana hal ini dapat dilihat melalui penubuhan Majlis Negeri pada
tahun 1986. Majlis Negeri ini dibentuk sebagai badan perundangan. Ia terdiri daripada kira-
kira sepuluh orang ahli iaitu sultan, anak-anak raja, dan pembesar yang terpilih dan
perwakilan yang terhad dari kaum Cina dan residen. Dalam Majlis itu, residen menjadi
pemerintah yang sebenarnya. Majlis Negeri ini bersidang kira-kira tujuh kali dalam setahun.
Walaupun Majlis ini menyentuh hal-hal orang Melayu, namun pengaruhnya terhadap
perundangan agak terhad. Hanya satu sahaja yang kekal di tangan orang Melayu iaitu

6
Abdullah Zakaria Ghazali, Pasir Salak: Pusat Gerakan Menentang British di Perak, Perak:Yayasan Perak,
1997, hlm. 13.

Page 4 of 19
pentadbiran hukum syariah dan perlantikan pegawai-pegawai agama yang terus menjadi
tanggungjawab sultan.7

Pentadbiran tempatan pula berada di bawah pengawasan am seorang Pegawai Daerah


British. Pegawai Daerah berfungsi sebagai residen pada peringkat yang lebih rendah. Pegawai
Daerah bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti khazanah, daerah, hasil tanah,
keadilan, kutipan cukai, keamanan dan ketenteraan, kesihatan awam, serta pengawalan ke atas
pihak berkuasa Melayu.8 Oleh yang demikian, corak pentadbiran Ingggeris ini telah merubah
bentuk pentadbiran yang lama. Golongan yang amat terjejas dengan perubahan baru ini adalah
para pembesar setempat yang bukan dari keluarga Diraja. Para pembesar ini tidak diberi hak
istimewa oleh Inggeris. Hanya beberapa orang di antara mereka yang dilantik menjadi ahli
Majlis baru atau pun diangkat menjadi penghulu. Mereka tidak lagi berkuasa memungut
cukai, dan malahannya sistem hamba abdi telah dihapuskan pada tahun 1882 oleh kerajaan
British. Melalui penghapusan amalan ini, kerajaan kolonial British serentak menghapuskan
hubungan kredit di antara pembesar dan petani.9

Di samping itu juga, peranan tradisional pembesar sebagai penghubung di antara raja
dan rakyat menjadi lemah. Walaupun penghulu masih patuh kepada sultannya, tetapi beliau
tidak lagi bertanggungjawab teruk kepada seorang pembesar tetapi kepada Pegawai Daerah
British. Tambahan pula mereka dipilih menjadi penghulu adalah orang yang diperakukan oleh
Pegawai Daerah dan dilantik dengan rasmi oleh Residen dan Majlis. Dalam hal ini taraf sultan
menjadi semakin rendah dan fungsi beliau dalam hal ehwal pentadbiran dan politik menjadi
semakin kurang.10

Kuasa muktamad yang sebenarnya terletak di tangan Inggeris. Meskipun pada


teorinya Inggeris mengajar orang-orang melayu mentadbir negeri mereka, namun corak
pemerintahan kolonial tidak menggalakkan sebarang inisiatif politik atau memberikan
pendidikan mengenai konsep-konsep kerajaan yang demokratik yang telah mula berakar umbi
di England pada hujung kurun ke-19. Majlis Negeri tidak dianggap sebagai satu jalan

7
Muhammad Kamil Awang, The Sultan and The Constitution, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2000, hlm. 314.
8
Barbara Watson dan Leonard Y Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan, 1983, hlm. 203.
9
Kassim Thukiman, op.cit., hlm. 76.
10
Adnan Haji Nawang, Kuala Lumpur dari Perspektif Haji Abdullah Hukum, Kuala Lumpur: Berita Publishing
Sdn. Bhd., 1997, hlm. 6.

Page 5 of 19
perantaraan peralihan kepada pemberian yang lebih besar bagi orang Melayu dalam
pentadbiran.

Selanjutnya, pihak British menyedari betapa pentingnya mentadbir sesebuah negeri


khususnya dalam mengimplementasikan polisi pentadbiran negeri di peringkat daerah. Oleh
itu penasihat British telah memastikan pihak British mempunyai pengaruh yang besar dalam
pentadbiran negeri. Penglibatan penasihat British dalam proses perlantikan pegawai daerah
untuk mengetuai pentadbiran daerah merupakan satu bukti bahawa kesan penjajahan British
di Tanah Melayu telah membolehkan British mempunyai pengaruh yang besar dalam
mentadbir sesebuah daerah yang sebelum ini dikendalikan oleh penghulu yang dilantik oleh
sultan melalui pemberian surat kuasa yang mengandungi tandatangan sultan dan cap mohor.11

3.0 Politik di Tanah Melayu pada tahun 1930-1940an

Sejarah politik pada tahun 1930an juga dikaitan dengan tuntutan orang Cina. Orang Melayu
mula berasa cemas terhadap tuntutan-tuntutan kaum Cina yang bermaustatin di negara ini.
Mereka menuntut supaya diberi hak keutamaan yang sama seperti orang-orang Melayu juga.
Antara tuntutan mereka adalah supaya dimasukkan ke dalam Perkhidmatan Awam Malaya.
Mereka juga menuntut hak kerakyatan sama seperti orang-orang Melayu, sebab mereka juga
melihat Malaya sebagai sebuah negeri jati untuk mereka menumpukan taat setia, tidak lagi
sebagai tempat mereka menumpang buat sementara waktu sahaja. Justeru, hal ini amat
membimbangkan orang-orang Melayu terhadap tuntutan orang Cina tersebut.

Justeru itu, orang Melayu telah menerbitkan beberapa buah akhbar tempatan dalam
menyuarakan perasaan tidak puas hati ini. Antaranya seperti Al-Ikhwan, Lembaga Melayu,
Saudara, Warta Malaya, Majlis dan yang terbaru pada ketika itu ialah Utusan Melayu. Dalam
akhbar tersebut, hujah-hujah yang paling penting dan logik telah ditekankan. Antaranya,
“Malaya adalah kepunyaan orang-orang Melayu”. Apabila British tiba di Semenanjung Tanah
Melayu, negeri-negeri ini sudah pun mempunyai kerajaannya sendiri (W.R. Roff, 1975).

11
Shamsul Amri Baharuddin, From British to Bumiputera Rule, Singapura: Institute of Southeast Asian Studies,
1968, hlm. 17.

Page 6 of 19
Selain itu, terdapat juga akhbar Melayu yang berani memberi perangsang kepada
orang-orang Melayu supaya mereka segera bersatu padu untuk keselamatan bangsa dan nusa.
Ada yang menuntut pihak British supaya mengawasi hak-hak orang Melayu serta
mengingatkan bahawa orang-orang Melayu itu bukanlah binatang liar untuk diburu sesuka
hati oleh kaum pendatang. Peperangan lidah ini berlanjutan sehingga tahun 1941.

Begitu juga dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938
adalah hasil daripada perubahan politik di Tanah Melayu. Ia merupakan pakatan beberapa
orang pemuda Melayu nasionalis kiri yang berjiwa radikal dan revolusionari. Pemuda-
pemuda nasionalis kiri ini amat membencikan penindasan oleh penjajah Inggeris, yang pada
mulanya datang dengan diundang sebagai pelindung dan pembawa keamanan tetapi
kemudiannya telah bertukar menjadi penjajah yang liar, sama seperti penjajah-penjajah
Eropah yang lain. Daripada sistem Residen yang berfungsi sebagai penasihat, Inggeris telah
berjaya menjadi penjajah dengan segala dasar pemerintahan yang didatangkan dari London,
maka Raja-raja Melayu terpaksa menyetujuinya. Antara dasar-dasar ini termasuklah usaha
membawa masuk orang-orang dagang dengan jumlah yang ramai. Dalam usaha kapitalis
British mengaut kekayaan Tanah Melayu, mereka telah membawa masuk ramai orang
terpelajar khususnya dari Ceylon (Sri Lanka), India dan Hong Kong. Mereka ini akan
membantu British dalam urusan pentadbiran, ekonomi dan pertahanan. Tindak tanduk British
ini menyebabkan orang Melayu tidak berpeluang mendapat jawatan, baik dalam jabatan-
jabatan kerajaan mahupun swasta.12

Justeru, pemuda-pemuda progresif yang menjadi pengasas KMM sedar bahawa


kerajaan British tidak dapat diharapkan sebagai tempat bergantung nasib bagi orang-orang
Melayu. Jadi, orang-orang Melayu perlu berganding bahu demi mempertahankan hak
ketuanannya. KMM adalah badan orang Melayu yang memperjuangkan kesentosaan,
kesejahteraan, keselamatan, hak dan kedaulatan bangsa Melayu. Selepas tamat perang dunia
kedua, PKMM merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan iaitu pada 17
Oktober 1945.13

12
Insun Sony Mustapha, Pejuang Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka, 1999, hlm.
195.
13
Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang, (ed.), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya, 1997, hlm. 27.

Page 7 of 19
4.0 Penubuhan Parti-parti Politik tahun 1940an sehingga 1950an

Cadangan penubuhan Malaya Union yang diutarakan oleh Setiausaha Negara bagi Tanah
Jajahan British di persidangan Parlimen pada bulan Oktober 1945 adalah pencetus kepada
pembentukan organisasi politik dan nasionalisme orang-orang Melayu di Tanah Melayu.
Seiring dengan pengisytiharan itu, Sir Harold Mac Michael telah sampai ke Tanah Melayu
membawa pakej baru pemerintahan bagi penduduk Tanah Melayu ketika itu. Tanpa
menghalusi objektif Malayan Union, ada dalam kalangan penduduk dan akhbar tempatan
menyokong cadangan yang dibawa oleh Mac Michael. Raja Melayu yang pertama
menandatangani perjanjian Malayan Union ialah Sultan Johor dan diikuti oleh Raja-raja
Melayu yang lain setelah diperdaya oleh Mac Michael untuk memberi persetujuan.

Namun, terdapat tiga objektif utama yang tidak dipersetujui oleh orang Melayu.
Pertama, mengintegrasikan kaum Cina dan India sama-sama dalam politik dan pemberian hak
kerakyatan secara “Jus Soli”. Kedua, penubuhan kerajaan pusat dan mewujudkan
pemerintahan sendiri. Orang-orang Melayu merasakan tindakan menubuhkan Malayan Union
adalah tidak adil dan cuba menghapuskan kedaulatan Raja-raja serta mencabar hak politik
orang Melayu. Orang-orang Melayu semakin bimbang akan kehilangan tanah air yang
tercinta sekiranya Malayan Union menjadi kenyataan. Pada 30 November 1945 satu kongres
diadakan di Ipoh membincangkan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu. Perjumpaan ini turut
dihadiri oleh Raja-raja Melayu. Kemudian Kongres Melayu Se-Tanah Melayu telah diadakan
pada bulan Mac 1946 yang melibatkan 48 persatuan Melayu dan dipengerusikan oleh Dato’
Onn Jaafar (Mohd Fuad Mat Jali, 1998).

Semasa kongres ini diadakan, Dato’ Onn telah mengajak orang-orang Melayu supaya
bersatu menentang Malayan Union demi memelihara keselamatan memartabatkan bangsa.
Persidangan ini juga telah menjana semangat nasionalisme ke arah penubuhan parti politik
Melayu yang menyeluruh. Namun, walaupun pelbagai komen dan reaksi yang negatif
dilemparkan terhadap penubuhan Malayan Union ini, kerajaan British tetap mahu
menubuhkan kerajaan Malayan Union pada 31 Mac 1948 dan sekaligus pemerintahan Tentera
British (BMA) di Semenanjung Tanah Melayu telah ditamatkan (Mohd Fuad Mat Jali, 1997).
Pada 1 April 1946, Malayan Union telah diwujudkan dan Sir Edward Gent telah dilantik
menjadi gabenor.

Page 8 of 19
Pada tarikh itu juga, orang-orang Melayu dan Raja-raja Melayu bersatu-padu
memulaukan upacara tersebut demi maruah politik bangsa. Seluruh umat Melayu berkabung
dan berhimpun di hadapan Station Hotel Kuala Lumpur iaitu tempat bersemayam Raja-raja
Melayu ketika itu untuk menunjukkan tentangan mereka terhadap Malayan Union. Mereka
melauangkan ‘Daulat Tuanku!’ dan ‘Hidup Melayu’. Kejadian ini telah memberi tamparan
hebat kepada British yang tidak menjangka kesedaran politik orang Melayu amat kental
bersatu padu mempertahan maruah dan institusi raja.

Bagi memperkemaskan dan mengetalkan semangat politik bangsa Melayu Dato’ Onn
telah mengadakan Kongress Melayu se-Melaya yang kedua pada 11 dan 12 Mei 1946 di
istana Besar Johor Bahru. Pelambangaan yang digubal oleh jawatankuasa yang dilantik pada
bulan Mac 1946 untuk menubuhkan sebuah parti telah dibincangkan dan diterima sebulat
suara. Pada 11 Mei 1946 Rang Surat Tauliah pertubuhan telah diluluskan dan disahkan,maka
pada hati itu lahirlah sebuah parti politik Melayu yang dikenali Pertubuhan Melayu Bersatu
(United Malaya Organisation-UMO). Kemudian Za’ba mencadangkan perkataan ‘National’
atau kebangsaan dimasukkan ke dalam nama pertubuhan itu. Hal ini menjadikan sebutan
sepenuhnya pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National
Organisation (UMNO). Sejak itu British mengiktiraf UMNO sebagai ‘suara dan hati nurani’
orang Melayu. UMNO juga menjadi kekuatan dan ‘pelindung baru’ bagi orang Melayu.
Slogan ‘Hidup Melayu’ telah menggegarkn kedudukan British dan menyemarakkan
perpaduan dan semangat kebangsaan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu buat pertama
kali dalam sejarah (Mohd Fawzi Mohd Basri, 1996).

5.0 Pengenalan Kepada Sistem Demokrasi

Dari segi politik, kesan penjajahan British dapat dilihat dengan jelas dalam pengamalan
sistem pemilihan wakil-wakil rakyat dan pembentukan sesebuah kerajaan. Sistem demokrasi
yang kita amalkan sekarang ini adalah tinggalan warisan penjajahan British iaitu Raja
Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Negara Malaysia telah mengambil model
sistem demokrasi ala Westminster iaitu nama tempat Parlimen orang Inggeris sejak berkurun-
kurun lamanya sehingga kini. Namun, ia hanya pada asas sistem demokrasi ini sahaja kerana
terdapat beberapa aspek telah diubahsuai mengikut kehendak negara ini yang berbilang kaum
dan adat resam. Malaysia mempraktikkan demokrasi berparlimen yang mana menjadikan

Page 9 of 19
Parlimen sebagai kuasa badan perundangan tertinggi persekutuan. Ia terdiri daripada Yang di-
Pertuan Agong dan dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 14 Pada tahun 1955,
pilihanraya umum Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dilaksanakan dan Perikatan
menang 51 daripada 52 kerusi. Demokrasi merupakan sistem politik iaitu rakyat boleh
memilih antara pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin politik yang bertanding. Rakyat tidak
boleh dan tidak dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi mereka boleh mengawal
kerajaan. Dalam demokrasi, rakyat menentukan bentuk perkembangan sistem politik
(Fadhilah binti Abdul Aziz, 1996).

Di Malaysia umpamanya, dalam pengamalan sistem demokrasi misalnya, penentuan


dasar sebuah negara ditentukan oleh pelbagai kumpulan dalam masyarakat. Pandangan ini
dikenali dikenali sebagai pandangan “pluralis”. Bagi sebuah negara yang mengamalkan
sistem demokrasi, semua pandangan dan tuntutan daripada kumpulan yang aktif dan sah akan
dapat mempengaruhi pembuatan dasar sesebuah negara (Makmor Tumin, 1999).

Idea mengenai demokrasi yang dipraktikkan di Malaysia telah menampakkan


kejayaan walaupun tidak seratus peratus. Permuafakatan antara parti pembangkang dan parti
pemerintah masih tidak menunjukkan hubungan baik. Kebiasaannya, apabila berlaku
pilihanraya terdapat beberapa pertelingkahan dan saling memusuhi antara satu sama lain
walaupun bukan secara fizikal.

Kelahiran pelbagai bentuk parti politik adalah satu unsur warisan penjajahan Barat
yang telah diterima oleh hampir semua negara termasuk Malaysia. Selalunya parti merupakan
sebuah badan Parlimen sementara yang mempunyai organisasi tempatan kerana dalam
banyak keadaan ia ditubuhkan atas keputusan kerajaan. Dalam sesetengah kes parti hanya
berperanan untuk memberitahu kepada pemimpin perasaan tidak puas hati yang terdapat
dalam kalangan rakyat.

14
Chamil Wariya, Malaysia: Asas Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Media Global Matrix, 2010, hlm.
41.

Page 10 of 19
Mekanisme menentukan kerajaan secara demokratik menerusi pilihanraya telah
diperkenalkan pada tahun 1952. Pada tahun tersebut pilihanraya kerajaan tempatan bagi
beberapa bandar besar di Malaysia termasuk Kuala Lumpur telah diadakan. Hal ini diikuti
oleh pilihanraya seluruh negara yang pertama untuk memilih sebuah kerajaan persekutuan
pada tahun 1955. Pilihanraya pertama setelah Tanah Melayu merdeka telah diadakan pada
tahun 1959. Sejak dari itu amalan menentukan pemimpin kerajaan secara demokrasi
peringkat negeri dan pusat diadakan setiap empat atau lima tahun sekali. Prinsip ini juga telah
digunakan untuk menentukan pimpinan sebagai pertubuhan dan persatuan. Sebenarnya
demokrasi yang selama ini kita praktikkan adalah kesan daripada penjajahan Inggeris di
Tanah Melayu. Ketika pihak British menjajah Tanah Melayu, pelbagai perubahan telah
mereka lakukan, sama ada dari segi ekonomi, sosial, mahupun politik. Sehubungan itu,
walaupun setelah 57 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, kita masih mengamalkan sistem
pentadbiran yang ditinggalkan oleh penjajah British (Fadhilah binti Abdul Aziz, 1996).

Amalan menentukan pemimpin berdasarkan lunas-lunas demokrasi telah memberi


peluang kepada golongan massa untuk menyatakan pimpinan pilihan mereka sama ada secara
terbuka atau rahsia sudah diterima sebagai satu budaya yang diamalkan secara meluas di
negara kita. Pilihanraya akan diadakan setiap lima tahun sekali, seperti yang ditetapkan oleh
Perlembagaan Persekutuan. Pilihanraya ini akan menentukan siapakah yang layak menjadi
pemimpin di peringkat negara atau negeri.

5.1 Persekutuan (Federalisme)

Persekutuan atau federalisme telah dipraktiskan di Malaysia sejak sebelum kemerdekaan


negara pada tahun 1957 lagi apabila hampir keseluruhan aspek pentadbiran adalah secara
persekutuan. Hal ini adalah kerana kegagalan kerajaan kesatuan iaitu Malayan Union (1946)
yang telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu (1948) yang berbentuk persekutuan.
Persekutuan telah dipilih oleh Malaysia sebagaimana yang disyorkan oleh Suruhanjaya Reid.
Mohd Noor Alam (1984) menyatakan bahawa terdapat beberapa sebab persekutuan dipilih di
Malaysia iaitu berdasarkan pada “pengalaman sejarah, penentangan kepada konsep ‘union’
atau kesatuan dan untuk memelihara historical continuity sebagai langkah memelihara jentera
pentadbiran yang sekian lama sudah wujud”.15

15
Mohd Noor Alam, Federalisme di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm. 6.

Page 11 of 19
Berpandukan elemen-elemen ini ditambah dengan kriteria terdapatnya pembahagian
dua peringkat kerajaan di Malaysia iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
menguatkan bukti bahawa Malaysia mengamalkan jenis kerajaan persekutuan. Hal ini kerana
prinsip asas dalam persekutuan adalah bersifat duality atau dua jenis pemerintahan iaitu
kerajaan pusat dan kerajaan negeri.16

Persekutuan menurut K. C. Wheare (1956), are divided between a goverment for the
whole country and goverments for parts of the country in such a way that each government is
legally independent within its own sphere. Di Malaysia, pusat pemerintahan Kerajaan
Persekutuan adalah di Putrajaya dengan ketua negara merupakan Yang di-Pertuan Agong dan
ketua kerajaanya adalah Perdana Menteri dan dibantu oleh para barisan menteri kabinet.
Sedangkan bagi Kerajaan Negeri pula, ketua negeri ialah Sultan (Raja atau Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan atau Yang Dipertuan Negeri) dan kuasa kerajaan negeri terdiri
daripada peringkat daerah, mukim dan kampung. Negeri Sabah pula terdiri daripada daerah
dan kampung dan negeri Sarawak pula terdiri daripada bahagian, daerah, daerah kecil dan
kampung. Setiap peringkat ini mempunyai pembahagian bidang kuasa secara undang-undang
yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.17

5.2 Raja Berperlembagaan

Pada zaman tradisional, raja mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memerintah negara atau
dalam erti kata lain, raja adalah mempunyai kuasa mutlak. Sebelum pendudukan Inggeris itu,
Sultan-sultan Melayu memiliki kuasa pemerintahan sepenuhnya. Namun, sistem kerajaan kini
kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Sistem
kerajaan ini dikenali sebagai “Sistem Raja Berperlembagaan”. Ianya bermaksud bahawa raja
menjalankan kuasa pemerintahannya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan dan
undang-undang. Hal ini juga memastikan bahawa raja tidak menjalankan pemerintahan
sesuka hati tetapi mengikut apa yang ditetapkan oleh perlembagaan. Dalam perkara ini, raja
mewakilkan kuasa pemerintahannya kepada badan eksekutif untuk menjalankan urusan
pemerintahan negara. Contohnya, ketua negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong dan
baginda mewakilkan kuasa baginda dalam pemerintahan kepada kabinet yang diketuai oleh

16
Zulhilmi, op.cit., hlm. 230.
17
Nadzan Haron, Malaysia Melangkah ke Hadapan, Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 2010,
hlm. 51.

Page 12 of 19
Perdana Menteri. Di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana
Menteri atau pihak yang diberi kuasa mutlak.

Walau bagaimanapun berdasarkan sistem raja berpelembagaan, Yang di-Pertuan


Agong (di peringkat persekutuan) dan Raja-raja (di peringkat negeri) masih mempunyai
tanggungjawab yang pelbagai; bukan hanya menjalankan tugas pada hal-hal perlembagaan
dan adat istiadat sahaja meskipun telah mewakilkan kuasa pemerintah kepada badan eksekutif
tetapi institusi raja di Malaysia juga menampakkan kelainan dalam sistem kerajaan raja
berperlembagaan di England, Thailand, Jepun, Denmark, Norway, Sweden dan Sepanyol. Hal
ini kerana di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta selama lima tahun secara
bergilir-gilir serta memegang pelbagai fungsi sama ada dalam badan legislatif, eksekutif,
judikatif, ketenteraan, keagamaan, mempunyai kuasa pengampunan, diplomatik serta sebagai
sumber penghormatan dan kebesaran.18 Hal inilah yang menjadikan institusi raja di Malaysia
sangat unik sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdul Rashid Moten (2008), “... the
Malaysian monarchy is a unique instituation. There is no record in human history where a
King is required to seek election of some kind; he is required to hold office for a fixed period
of five years; and is required to relinquish the office if changed with an offence”.

Walaupun Sultan-sultan kehilangan kuasa eksekutif, legislatif dan judisiari, sebagai


Raja Berperlembagaan mereka bertindak sebagai ketua atas dua perkara iaitu agama Islam
dan adat resam Melayu. Kedudukan ini memberi mereka banyak bidang kuasa budi bicara
yang ada kalanya mereka laksanakan atas nasihat, ada kalanya menggunakan budi bicara
mereka sendiri. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah persekutuan, maka jawatan tertinggi
untuk Raja dan Sultan di peringkat pusat adalah Ketua Negara dengan gelaran Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kedudukan ini diwujudkan pada 31 Ogos 1957. Jawatan ini
akan diisi secara bergilir-gilir oleh salah seorang daripada sembilan Raja Melayu itu untuk
tempoh lima tahun mengikut kekananan. 19

18
Chamil Wariya, op.cit., hlm. 44.
19
Nadzan Haron, op.cit., hlm. 53..

Page 13 of 19
6.0 Analisis

Negara moden Malaysia muncul hasil gabungan warisan lama dan penemuan baharu serta
kacukan unsur-unsur dalaman dan unsur-unsur pembaratan. Kemerdekaan yang dikecapi juga
terhasil daripada beberapa rundingan yang dilakukan oleh pihak British ke atas penduduk
Tanah Melayu. Suruhanjaya Reid misalnya ditubuhkan bagi memperolehi suara rakyat
sebelum Malaysia dibentuk. Dan ini merupakan suatu langkah yang adil dilaksanakan oleh
British supaya penyertaan setiap anggota dalam Malaysia tidak merasa ketinggalan atau
secara terpaksa menyertai Malaysia yang akan mempunyai jentera pentadbirannya yang
tersendiri.

Namun, legasi pentadbiran tradisional tidak terus dipinggirkan, bahkan ia menjadi


warisan yang mengagungkan pemerintahan Beraja. Mahu atau tidak mahu, Sultan atau Raja
merupakan penaung tertinggi bagi negerinya. Keadaan ini diaplikasikan pula dalam bentuk
sebuah Negara apabila Yang Dipertua Agung (YDPA) menjadi ketua kepada semua negeri
yang bernaung dalam payung Perlembagaan Malaysia. Bagi negeri yang telah tidak
mempunyai keturunan Sultan bagi mewarisi negerinya, Yang Dipertua akan memegang
tampuk pentadbiran negerinya seperti di Melaka, Pulau Pinang dan sebagainya.

Walaupun kuasa sultan mula terhakis semasa pemerintahan dan pentadbiran British,
masyarakat Melayu masih menghormati dan menyanjungi sultan sebagai ketua agama dan
ketua adat. Dalam hal sedemikian, tugas seorang sultan telah digantikan dengan Residen
British apabila system Residen mula diperkenalkan di Tanah Melayu. Dari sudut yang positif,
ia dapat memberikan tunjuk ajar kepada pemerintah tempatan dalam urusan pentadbiran yang
lebih cekap. Namun demikian, kerana sikap yang dilihat sebagai kurang ajar dan tidak
menghormati Sultan, maka jawatan Residen British mula dipandang serong terutama jika
mereka melibatkan diri dalam urusan agama dan adat-istiadat ornag Melayu. Ini dapat kita
lihat misalnya dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch di Perak.

Kelangsungan pentadbiran di Malaysia setelah 57 mencapai Kemerdekaan


menunjukkan beberapa perubahan yang boleh dibanggakan sebagai sebuah Negara “baharu”.
Sistem demokrasi dipilih dalam arena pentadbiran Malaysia sebgai langkah untuk penyatuan
semua masyarakat Malaysia. Penyatuan ini tercipta daripada sejarah pecah dan perintah yang
diamalkan oleh pihak British. Dalam konteks umum, demokrasi diistilahkan melalui tujuh

Page 14 of 19
cirri iaitu kebebasan berucap, kebebasan media, pilihan raya bebas dan adil, kebebasan
berorganisasi, kebebasan kehakiman, pemerintahan berasaskan majoriti dan hak minoriti
dihormati.20 Berdasarkan istilah yang dihuraikan ini, Malaysia melalui tiga badan pentadbiran
utamanya iaitu Legislatif, Eksekutif dan Judisiari merupakan badan yang bertanggungjawab
ke atas hak ‘demokrasi’ yang diwujudkan. Ketiga-tiga badan tersebut mempunya tugas dan
hak yang saling berkaitan bagi melicinkan lagi pentadbiran ‘demokrasi’ yang diwujudkan.

Selain itu, sistem demokrasi juga boleh dilihat dalam aspek pembahagian tugas di
peringkat negeri dan persekutuan. Dalam hal ini, unsur demokrasi digarakan bagi
memberikan peluang kepada kerajaan negeri dan tempatan dalam beberapa hal ehwal
pentadbirannya. Dan dalam masa yang sama, ia masih terikat dengan Persekutuan yang
menjadi sumber rujukan dan nasihat. Keadaan ini bagi membolehkan setiap negeri, daerah
dan kawasan berkembang mengikut acuannya yang tersendiri.

Kemerdekaan yang dicapai bukanlah suatu permulaan atau pembaharuan yang perlu
menghakis kesemua bentuk dan corak pentadbiran British. Namun demikian, setiap
perubahan yang dilakukan adalah diselarikan dan disesuaikan mengikut iklim pemerintahan
di Malaysia dan ia dimodenkan mengikut keadaan semasa. Ini dapat dilihat misalnya melalui
nama-nama jawatan yang ada pada zaman tradisional dan zaman moden. Sistem pembesar
empat lipatan yang diamalkan pda zaman Kesultanan Melayu Melaka masih diamalkan
sehingga hari ini. Namun, ia mengalami perubahan dari segi nama jawatan dan penambahan
bidang tugas. Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan Perdana
Menteri pada hari ini. Manakala sistem lantikan juga turut berubah mengikut bidang kuasa
tertentu. Jika dahulu penghulu dilantik berdasarkan jurai keturanan dan di bawah bidang
kuasa Sultan, tapi pada hari ini ia tertakluk kepada Suruhanjaya Awam Negeri. Banyak lagi
contoh yang boleh diambil bagi mengenalpasti perubahan dan pelaksanaan pentadbiran dalam
zaman tradisional, zaman British serta selepas Merdeka.

20
Badrul Azmier Mohamad @ Bakar, Lima Puluh Satu Tahun Dominasi Barisan Nasional Dalam Politik
Malaysia: Suatu Analisis, dlm. Prosiding Seminar Politik Malaysia, Pusat Penerbitan Universiti: UiTM,
2008, hlm 794.

Page 15 of 19
Sistem Persekutuan yang wujud pada hari ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang
terlalu asing bagi Malaysia terutamanya Tanah Melayu. Satu bentuk Persekutuan telah pun
diperkenalkan pada tahun 1896 apabila British mencantumkan Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Namun demikian, usaha
berterusan British untuk memasukkan negeri-negeri Melayu lain ke dalam Persekutuan
dengan berselindung di sebalik dasar pemecahan kuasa (disentralisasi) tidak membawa hasil.
British kemudian mengambil kesempatan daripada rombakan yang berlaku akibat penjajahan
Jepun semasa Perang Dunia Kedua untuk memaksakan penjajahannya secara langsung
melalui Malayan Union pada tahun 1946. Tetapi apabila rancangan ini ditentang kuat oleh
orang Melayu dan dikritik hebat oleh bekas pegawai-pegawai British di Tanah Melayu,
British mengalihkan arah dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu tetapi tanpa
kehadiran Singapura pada tahun 1948.

Persekutuan ini bertambah kukuh apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957. Dengan dorongan dan peranan aktif Britain, pada tahun 1963 terbentuk pula
persekutuan yang lebih besar yang melibatkan Singapura, Sabah dan Sarawak. Persekutuan
ini akhirnya membentuk Malaysia. Brunei yang pada asalnya menunjukkan minat untuk
menyertai Malaysia tetapi telah menarik diri pada saat akhir manakala Singapura pula
terpaksa keluar dua tahun selepas penubuhan Malaysia atas faktor perbezaan politik dan
sosiobudaya.21

Corak pemerintahan yang wujud di Malaysia kini adalah gabungan antara tatanan
Kesultanan Melayu tradisional dengan gagasan zaman moden seperti kedaulatan rakyat dan
demokrasi. Secara luaran, sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang adalah
peniruan daripada Great Britain yang membantu merangka perlembagaan itu. Jal ini bermula
dengan campurtangan British dalam pemerintahan tempatan melalui sistem Residen dan
penasihatan British yang disogoknya kepada negeri-negeri Melayu sejak tahun 1970.

Perlembagaan baharu yang diperkenalkan kemudian seperti perlembagaan Malayan


Union (1946), Persekutuan Tanah Melayu (1948) dan Persekutuan Tanah Melayu (1957),
semuanya berasaskan kerangka pemikiran undang-undang British. Para pemimpin dan wakil
Tanah Melayu yang terlibat dalam penggubalan perlembagaan-perlembagaan tahun 1948 dan

21
Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2007, hlm. 378.

Page 16 of 19
1957 itu juga hampir semuanya lebih kepada undang-undang British daripada undang-undang
peribumi.

Satu perkara yang kadang-kadang tidak dikenali adalah pemerintahan berasaskan


undang-undang bertulis bukanlah sepenuhnya idea yang dibawa dari Barat. Beberapa buah
negeri atau lebih tepat “negara-negara” Melayu sebelum campurtangan kuasa Barat telahpun
mempunyai undang-undang bertulis masing-masing sebagai panduan pemerintahan walaupun
kandungannya berbeza daripada undang-undang atau perlembagaan negara masa kini.
Misalnya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Tubuh Terengganu dan Johor.

Maka perlulah diamati bahawa, pentadbiran British sedikit sebanyak banyak


mewarnai corak pentadbiran Malaysia pada hari ini. Namun, Malaysia tidaklah mencetak
sebulat-bulat bentuk tersebut tetapi diadun dan dicanai mengikut kesesuaian semua
masyarakat yang mendiami Malaysia yang mana tertakluk kepada konsep Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai asas kukuh sebuah Negara iaitu Malaysia.
Manakala tiga badan penggerak yang dibincangkan di atas pula mempunyai sub-bidang
mereka yang tersendiri. Walaupun demikian, dalam aspek tertentu seperti bab agama islam
misalnya, ia perlulah dirujuk dan merujuk kepada badan khas yang di kenali sebagai Majlis
Mufti sebelum sesebuah perundangan di putuskan. Ia menampakkan kesamaan dengan
kewujudan para Ulama yang sangat sinonim dan berpengaruh pada zaman tradisional.
Bahkan Ulama merupakan antara golongan terpenting yang ada di dalam pentadbiran negeri
di bawah Sultan dan Raja.

Page 17 of 19
7.0 Kesimpulan

Masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat yang mempunyai sistem politik,


ekonomi dan sosial yang teratur. Ia jelas dapat dilihat melalui beberapa contoh sistem politik
dan kemasyarakatan Melayu tradisional yang telah wujud seperti kerajaan Melayu Melaka.
Namun, selepas Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan, sedikit sebanyak corak
dan sistem pentadbiran telah berubah mengikut acuan barat dengan tertubuhkan sebuah
negara yang mengamalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan. Walau bagaimanapun, sistem pentadbiran bercorak barat ini tidaklah
dipraktikkan secara menyeluruh di Malaysia, tetapi telah diubah suai mengikut keadaan sosio
masyarakat dan masih terdapat beberapa unsur-unsur pentadbiran tradisional yang
dikekalkan.

Pentadbiran kerajaan yang kukuh dan mantap adalah asas kepada kestabilan negara
mahupun kemakmuran masyarakat. Corak pemerintahan secara demokrasi berparlimen
adalah bukti penglibatan rakyat dalam pentadbiran negara serta taat setia mereka kepada raja
menerusi sistem raja berperlembagaan. Sesungguhnya institusi raja di negara kita adalah
warisan sejak zaman-berzaman dan haruslah dikekalkan sampai bila-bila kerana ia
melambangkan keunggulan Raja-raja Melayu sebelum kedatangan British. Bentuk
pemerintahan secara Persekutuan melalui pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri dalam badan eksekutif merupakan satu kaedah untuk menyelaraskan
dasar-dasar kerajaan secara adil dan berkesan.

Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa penjajahan British meninggalkan kesan


yang begitu banyak, yang bukan sahaja meliputi aspek politik tetapi juga turut memberi kesan
kepada aspek ekonomi dan sosial di Tanah Melayu. Jika dilihat, kesan penjajahan British ke
atas sistem politik di Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia masih diamalkan dan
diwarisi walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebelum
meniggalkan negara ini, British telah melatih dan mengindoktrin terlebih dahulu pemimpin
politik yang akur dengan dasar dan sistem pentadbiran penjajah di negara ini. Maka tidak
hairanlah, sekiranya Dr. Burhanuddin Al-Helmi pernah menegaskan bahawa “kemerdekaan
yang dicapai pada tahun 1957 itu adalah satu kemerdekaan yang tiada makna, kosong! dan
perjuangan kita sekarang adalah mengisi kemerdekaan ini dengan coran dan kandungan yang
dikehendaki oleh rakyat (Saliha, 1986). Malaysia kini mewarisi pelbagai dasar dan sistem

Page 18 of 19
politik yang ditinggalkan oleh penjajah British. Hal ini telah menyebabkan Malaysia terpaksa
mengikis dan menghapuskan pengaruh tersebut secara beransur-ansur melalui pindaan
perlembagaan yang menunjangi sistem politik di negara ini.

Rujukan

Abdul Rahman Haji Ismail. 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,.
Abdullah Zakaria. 1984. Historia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Abdullah Zakaria Ghazali. 1997. Pasir Salak: Pusat Gerakan Menentang British di Perak.
Perak: Yayasan Perak.
Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang. (ed.) 1997. Biografi Tokoh Pilihan
Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Adnan Haji Nawang, Kuala Lumpur dari Perspektif Haji Abdullah Hukum. Kuala Lumpur:
Berita Publishing Sdn. Bhd., 1997
Badrul Azmier Mohamad @ Bakar. 2008. Lima Puluh Satu Tahun Dominasi Barisan
Nasional Dalam Politik Malaysia: Suatu Analisis. dlm. Prosiding Seminar Politik
Malaysia. Pusat Penerbitan Universiti: UiTM.
Barbara Watson dan Leonard Y Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan.
Chamil Wariya. 2010. Malaysia: Asas Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Media
Global Matrix.
Insun Sony Mustapha. 1999. Pejuang Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan pustaka.
Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Noor Alam. 1984. Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhammad Kamil Awang. 2000. The Sultan and The Constitution. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nadzan Haron. 2010. Malaysia Melangkah ke Hadapan. Kuala Lumpur: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Shamsul Amri Baharuddin. 1968. From British to Bumiputera Rule. Singapura: Institute of
Southeast Asian Studies.
Zulhilmi Paidi et.all. 2011. Malaysia: Pembinaan Negara dan Bangsa. Selangor: Pearson.

Page 19 of 19

You might also like