You are on page 1of 8

SULIT 021/ 031

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21
Isi tempat kosong dalam petikan dengan perkataan yang paling sesuai.

sambil agar untuk dan


kerana lalu supaya yang

Cikgu Fareez mengajar di SJKC Taman Sri Saujana. Cikgu Fareez amat mementingkan
keselesaan pelajarnya di dalam kelas. Beliau akan memastikan kelas sentiasa dalam keadaan
bersih ________________ ceria.
Setiap pagi, Cikgu Fareez bersama-sama beberapa orang anak muridnya akan
membersihkan kelas sebelum loceng berbunyi. Cikgu Fareez juga rajin menghias kelasnya
dengan pelbagai hiasan yang menarik. Beliau berpendapat bilik darjah _______________
cantik dan bersih dapat merangsang minda anak muridnya.
Selain itu, Cikgu Fareez sering menasihati murid-muridnya _______________
sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Murid-murid Cikgu Fareez amat menghormati beliau
_______________ beliau seorang guru yang prihatin.
[4 markah]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya bagi jawapan yang diberi dengan menggunakan kata tanya yang sesuai.

Ayat tanya :
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Jawapan : Sikap yang baik dan bersopan santun perlu diamalkan oleh setiap murid.
[2 markah]

7
SULIT 021/031

b. Tulis dialog yang paling sesuai bagi watak di bawah.

Me Ling, tolong
beritahu rakan-
rakan kamu
yang lain agar
berkumpul di
dewan tepat
pukul 9.00 pagi
untuk
mendengar
taklimat.

Cikgu Rusdi Me Ling

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Padankan peribahasa di bawah dengan maksudnya.

Bagai aur dengan tebing Mendapat keuntungan yang besar


dengan tidak disangka-sangka

Bagai bulan jatuh ke riba Tolong-menolong antara satu sama


lain

Bagai itik pulang petang Seseorang yang berjalan perlahan

[2 markah]

8
SULIT 021/031

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Encik Bryan telah dibawa oleh Encik Zahin untuk menyaksikan perarakan Citrawarna
Malaysia. Perarakan yang gilang-gemilang itu diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perarakan tersebut telah berjaya menarik kunjungan ribuan penonton. Mereka terdiri daripada
rakyat Malaysia yang berbilang bangsa serta pelancong asing.
Menerusi acara tersebut, Encik Bryan dapat melihat keutuhan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Semangat kerjasama dan sikap toleransi begitu terserlah dalam diri
para peserta. Tanpa mengira perbezaan budaya dan agama, mereka telah bersepakat untuk
menjayakan acara tersebut sehingga selesai. Mereka bersatu hati dan berganding bahu untuk
menjayakan perarakan tersebut.
Sepanjang berada di Malaysia, Encik Bryan berasa sungguh gembira. Penduduk
Malaysia ramah-tamah dan berbudi bahasa. Perpaduan kaum yang utuh dapat mewujudkan
suasana yang harmoni. Encik Bryan berasa amat gembira kerana berpeluang mengunjungi
Malaysia sekaligus dapat menyaksikan perarakan Citrawarna Malaysia yang sangat meriah.

a. Perarakan yang gilang-gemilang itu diadakan di _________________________________.


[1 markah]

b. Apakah yang dapat dilihat oleh Encik Bryan menerusi acara tersebut?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

9
SULIT 021/031

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Encik Bryan membawa Encik Zahin


menyaksikan perarakan Citrawarna Malaysia.
BENAR
Perarakan Citrawarna Malaysia berjaya menarik
ratusan penonton.
Encik Bryan ialah pelancong asing.

SALAH
Perpaduan kaum yang utuh dapat mewujudkan
suasana yang harmoni.

[2 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Semasa sedang menikmati mi goreng dan air sirap di kantin, Azrin terpandang akan seorang
murid perempuan. Murid perempuan itu asyik memerhatikan murid-murid lain yang sedang
menikmati makanan dan minuman di kantin dari jauh. Azrin tahu, ada sesuatu yang tidak
kena dengan murid itu. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk mendekati murid itu.
“Hai, apa khabar? Nama kamu siapa?” tanya Azrin. Murid perempuan itu kelihatan
agak terkejut dengan kedatangan Azrin yang tidak dikenalinya. Namun, dia tetap membalas
sapaan Azrin dan memberitahu namanya.
Kini, Azrin sudah mendapat jawapan bagi persoalan yang bermain di fikirannya.
Rupa-rupanya, murid perempuan India yang dikenali dengan nama Shanti itu sudah beberapa
hari tidak membawa wang saku ke sekolah. Shanti anak yatim piatu yang tinggal bersama-
sama neneknya yang sudah tua. Sejak kebelakangan ini, neneknya tidak mampu bekerja
kerana sakit. Azrin sungguh terharu mendengar cerita Shanti.
“Beginilah, mulai esok saya akan membawa bekalan makanan dari rumah. Jadi, kita
boleh makan sama-sama,” kata Azrin. Shanti kelihatan sungguh gembira mendengar kata-
kata Azrin. Dia mengucapkan terima kasih kerana Azrin sudi berkawan dengannya. Sejak hari
itu, hubungan Azrin dan Shanti bagai isi dengan kuku.

10
SULIT 021/031

a. Perkataan terkejut boleh digantikan dengan _____________________________________.


[1 markah]

b. Bagaimanakah Azrin tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Shanti?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Tandakan ( / )bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan petikan.

i. Shanti sudah beberapa hari tidak membawa wang saku ke sekolah.

ii. Azrin sanggup menjual bekal makanannya kepada Shanti kerana terharu.

iii. Hubungan Azrin dan Shanti menjadi semakin rapat.

[3 markah]
Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
SULIT 021/031

Penat terasa jauh berjalan, Tumpang berteduh di dalam gua,


Lalu berehat di tempat redup; Lama menunggu terasa jemu;
Dengarlah kawan ini pesanan, Berbuat baik kepada semua,
Buat pedoman sepanjang hidup. Balasan setimpal pasti menantimu.

Penat mendaki Gunung Daik, Congkak dimain sekadar bersuka,


Hendak menjerat kancil dan rusa; Dimain pula si anak dara;
Bekerjasama amalan yang baik, Jangan sesekali kita menderhaka,
Harus diamalkan setiap masa. Kepada ibu bapa yang berjasa.
SULIT 021/031

Budak-budak mengait mempelam,


Mempelam muda menjadi pilihan;
Marilah kawan tanamkan azam,
Untuk berjaya pada hari kemudian.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun?


11
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[3 markah]

b. Mengapakah kita harus mengamalkan sikap bekerjasama setiap masa?


_________________________________________________________________________

Mendapat balasan setimpal jika berbuat baik

Hendaklah menderhaka kepada ibu bapa

_________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Marilah kawan tanamkan azam,


Untuk berjaya pada hari kemudian.
[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
SULIT 021/031

_______________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


12

You might also like