You are on page 1of 9

SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan generasi muda
dalam mengisi kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan kesedaran tentang semangat cinta akan
negara dalam kalangan generasi muda. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Tahun ini Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun. Diam tidak diam sudah
hampir separuh abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan,
menjelang sahaja bulan Ogos atau juga dikenali bulan kemerdekaan, agensi atau kementerian yang
berkenaan akan mula menjalankan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Namun begitu, perkara yang
menjadi kebimbangan banyak pihak ialah generasi muda tidak mengambil endah tentang hari
kemerdekaan. Mereka sewajarnya menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam.
Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha keras mereka sendiri dan
pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Walau bagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai
masalah. Jika hal ini tidak diatasi secara menyeluruh akan memberi kesan kepada usaha pembangunan.
Pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda kerap diperkatakan. Hal ini terbukti
menerusi kes jenayah dan salah laku membabitkan mereka di negara kita kian serius dan bertambah
kronik. Penyalahgunaan dadah pula masih lagi memberi petunjuk bahawa kedudukan masalah ini masih
pada peringkat yang membimbangkan. Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh
membantutkan usaha untuk menjayakan dasar-dasar yang diwujudkan. Oleh itu, generasi muda perlu
mengelakkan diri daripada dadah kerana mereka merupakan aset yang bernilai bagi negara.

Mereka juga kurang mempunyai semangat patriotisme kerana dikatakan tidak dapat merasai
detik-detik kepayahan dalam menuntut kemerdekaan di samping hidup pada zaman yang selesa. Mereka
sepatutnya bertanggungjawab membina kejayaan negara iaitu sanggup bekerja keras untuk negara.
Generasi muda juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana
pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati
diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
mengisi keperluan negara maju menjelang 2020.

Generasi muda perlu membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan
negara. Hal ini demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara daripada serangan musuh sama
ada berbentuk fizikal atau psikologi. Tambahan pula, tugas generasi muda adalah untuk memastikan
Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat
menikmati kemakmuran dan kemajuan bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan mengisi
perjuangan kemerdekaan hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan di samping
dapat mengurus negara dengan bijak. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa kedua 58 tahun
kemerdekaan memerlukan komitmen semua pihak terutama generasi muda.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Di manakah Semangat Patriotisme Kita,’
oleh Dewan Siswa, Ogos 2015)

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

[lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya SULIT
SULIT 3 1103/2
(i) Berikan maksud rangkai kata membantutkan usaha.
[2 markah]

(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda.

Nyatakan permasalahan-permasalahan tersebut.


[3 markah]

(iii) Sambutan Bulan Kemerdekaan sering dilaksanakan pada peringkat sekolah.

Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang anda peroleh daripada Sambutan Bulan
Kemerdekaan tersebut?
[4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?

[lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya SULIT
SULIT 4 1103/2

AIMAN : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih
untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu.
Kalau
umur abang macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini.

AIMAN : Abang buang sahaja surat ini. Saya tidak berminat langsung. Buat apa nak
bersusah payah sertai program ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak,
semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga sahaja program macam ini. Untuk
orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari,
tempat tidur dan pakaian diberikan. Siap dapat RM 50.00 lagi...ha...ha..ha.

POSMEN : Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba jangan
fikir tentang duit dan makan minum itu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan
pengalaman yang akan diperoleh nanti.

AIMAN : Abang ini cakap banyak pula, macam abang pernah sertai program itu.

POSMEN : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya, dah
banyak yang abang nampak.

(Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara ” oleh Affix Zulkarnaen Adam
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)

(i) Mengapakah Aiman tidak berminat menyertai Program Latihan Khidmat Negara?

[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak kerajaan boleh menarik minat generasi
muda menyertai Program Latihan Khidmat Negara?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai lain
daripada drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

[lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya SULIT
SULIT 5 1103/2
Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan
orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”

Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”

Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha
mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu
pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”

Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”

Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah
dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala
hartanya akan Laksamana.

Maka Laksamana pun membahagikan tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi.
Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada
segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan
dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun
tiada diambil oleh Laksamana.

Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau
tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud negeri Melaka pun kararlah.


[2 markah]

(ii) Bagaimanakah Laksamana membahagikan harta yang dicuri oleh Kertala Sari?
[3 markah]

(iii) Sekiranya anda seorang pemerintah sebuah negara, apakah langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan untuk mengekalkan keamanan negara anda?
[3 markah]

Soalan 2 (d) – Petikan Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI


Teo Wei Sing

[lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya SULIT
SULIT 6 1103/2
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009


Pekan Ilmu Sdn. Bhd
Antologi Sejadah Rindu

(i) Nyatakan keluhan Aku dalam rangkap pertama di atas.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua supaya
kehidupan mereka lebih berkualiti?

[lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya SULIT
SULIT 7 1103/2
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terkandung dalam puisi di atas.

[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.

[lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya SULIT
SULIT 8 1103/2
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan,
atau menggugurkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai nama khas atau
peribahasa.

(i) ambil
(ii) mengambilkan
(iii) pengambilan
(iv) lembut
(v) pelembut
(vi) kelembutan
[6 markah]

(b) Nyatakan jenis ayat di bawah sama ada ayat perintah suruhan, ayat perintah
larangan, ayat perintah permintaan atau ayat perintah silaan.

(i) Jangan kotorkan baju baharu kamu ini.


(ii) Usahlah dikenang lagi peristiwa yang memilukan itu.
(iii) Peganglah tangan anak anda semasa melintas jalan raya.
(iv) Sila berikan satu contoh buah yang mengandungi vitamin C.
(v) Tolong pastikan pintu rumah dikunci sebelum kamu pergi ke sekolah.
(vi) Minta semua peserta Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Johor bersiap
sedia.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sifat tamak haluba dan hasad dengki perlulah kita jauhkan demi kehidupan yang lebih
tenang dan tidak dibenci oleh masyarakat setempat.

[lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya SULIT
SULIT 9 1103/2

(ii) Pembabitan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasalepas hanya bermula pada tahun
1980-an sedangkan bidang tersebut dicebur lebih awal lagi oleh sesetengah negara lain.

(iii) Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat
kesegaran tubuh badan, sekali gus meningkatkan prodaktiviti.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Hasrat Azman untuk menyertai ekspedisi memanjat Gunung Kinabalu terpaksa
dibatalkan oleh sebab tidak mendapat keizinan dari ibu bapanya.

(ii) Guru perlu mendidik murid-murid mereka agar supaya berbudi bahasa dan
mengamalkan nilai-nilai murni lantaran banyak masa murid diselesaikan di
sekolah.

(iii) Ibu mengambil cuti rehat khas daripada ketua jabatannya kerana ibu ada temu
janji dengan doktor pakar di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada hari
Khamis ini.
[6 markah]

(e) Nyatakan maksud peribahasa di bawah.

(i) Seperti api dalam sekam


(ii) Enggang lalu ranting patah
(iii) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin


(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib

[lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya SULIT
SULIT 10 1103/2
(iii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Silir Diksina karya Nizar Parman
(viii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a) Biasanya pengarang sesebuah novel menggambarkan watak utama sebagai watak yang
mempunyai banyak keistimewaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua keistimewaan watak utama dalam novel
tersebut.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat
dalam setiap novel.
[8 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

(EN. SAHARUDDIN ABDULLAH) (PN ANEDA BT JAMEAN) (PN ASLAMIHAH ZAKARIA)


Guru Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu GKMP Bahasa

[lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya SULIT

You might also like