You are on page 1of 1

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI JANGKA PANJANG

Sebagai pemilik perniagaan Kedai Dobi Fazliey Dan Rakan-rakan,bersama-sama


mengumpul cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan kami ini.
Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan ialah dengan
membesarkan perniagaan.Kami boleh membuka cawangan perniagaan yang baru sama ada
di dalam daerah mahupun di luar negeri contoh di dalam daerah ialah Kota Bharu dan contoh
di luar negeri ialah Terengganu dan lain-lain kawasan lagi.Hal ini menyebabkan perniagaan
dobi dapat depertingkatkan lagi.
Selain itu,kami akan membuat pengubahsuain presmi.Kami akan melaksanakan
sedikit perubahan iaitu dengan menambahkan sudut bacaan serta mesin air untuk pelanggan
kami agar mereka tidak bosan sementara menunggu pakaiannya siap dibasuh.Kami juga
menyediakan kemudahan sepeti wifi dan astro.Kesannya,dobi dapat diusahakan dengan lebih
efisien kerana mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang mencukupi.
Seterusnya,kami juga perlulah meningkatkan kualiti perkhidmatan.Kami boleh
menghantar pekerja kami pergi berkursus untuk lebih mendalami pengetahuan tentang
pengurusan kedai dobi.Kami juga hendaklah membuat penyelidikan untuk menambah lagi
kualiti perkhidmatan.Dengan cara ini keyakinan pelanggan terhadap kami dapat dijamin
dengan barang yang berkualiti.

You might also like