You are on page 1of 1

Pengalaman

Pengalaman yang saya dapat daripada projek ini adalah dapat menjadi usahawan kecil walaupun
produk jualan saya tidak mendapat sambutan yang sangat tinggi. Walaupun begitu, pengalaman ini
dapat menjadi pengalaman yang sungguh bermakna bagi saya dan ahli pasukan saya iaitu brother
croffle.

Sebelum ini, saya juga pernah menjual kebab di bazar Ramadhan. Tetapi tugas saya ketika menjual
kebab adalah dengan menyediakan kebab untuk pelanggan. Berbeza dengan tugas saya selaku ketua
bagi perniagaan brother croffle. Dalam tugasan ini, saya dapat belajar pelbagai ilmu baru seperti
mengagihkan tugas kepada kepada ahli pasukan dan mengaturkan strategi untuk melariskan produk
jualan kami. Tugas ini bukanlah mudah bagi saya kerana saya tiada pengalaman dalam menguruskan
perniagaan saya. Walau bagaimanapun, saya telah mencuba sehabis baik sebagai ketua dan
memberikan yang terbaik untuk ahli pasukan saya.

Selain itu, saya juga dapat belajar cara – cara untuk membuat croffle dengan menggunakan resepi
rahsia ibu kepada seorang ahli pasukan saya. Pengalaman ini amatlah bermakna bagi saya kerana
saya dapat bersama – sama ahli pasukan saya mencuba resepi tersebut. Daripada resepi tersebut,
kami telah berjaya menghasilkan croffle. Dengan ini, saya dapat menambah ilmu baru dalam
penghasilan makanan.

Di samping itu, kami menjual croffle dengan membuat penghantaran bilik ke bilik. Hal ini
merupakan kelainan bagi saya kerana sebelum ini saya hanya menjual makanan secara terus kepada
pelanggan. Cara ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ada masanya pelanggan tiada di bilik
mereka dan saya atau ahli pasukan saya harus menunggu beliau datang. Walaupun begitu, kami
dapat mencari pengalaman dalam melakukan perniagaan kami.

Akhir sekali , saya dapat mencari pengalaman baru bersama ahli pasukan saya untuk menjayakan
lagi perniagaan kami walaupun tidak mendapat sambutan yang tinggi. Saya dapat mengeratkan lagi
silaturahim bersama ahli pasukan saya dan dapat mengajar ahli pasukan saya cara untuk berkhidmat
kepada pelanggan. Saya sangat bersyukur kerana mendapat ahli pasukan yang rajin dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing – masing.

Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada ahli pasukan saya kerana dapat menerima saya
sebagai ketua dan saya juga berterima kasih juga kepada pensyarah saya kerana memberikan
tugasan ini kepada kami supaya kami dapat menjalankan tugasan ini dengan jayanya.

You might also like