You are on page 1of 1

REFLEKSI DIRI

(MUHAMMAD AKMAL BIN ZAHARI A21HP0076)

Bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk mengikuti
aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Dr Nurhazirah Binti Noh@seth bagi kursus pengenalan
kepada keusahawanan. Melalui aktiviti perniagaan yang diberikan ini saya dapat
mempelajari dengan lebih mendalam tentang erti keusahawanan. Disamping itu, saya ingin
megucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Nurhazirah kerana banyak membantu dalam
menyampaikan maklumat yang amat penting tentang cara memulakan aktiviti jualan ini dari
segi memulakan perniagaan dan cara mendaftar perniagaan. Saya juga berasa sangat kagum
dengan penerangan yang disampaikan oleh Dr.Hazirah tersebut. Perniagaan yang
berkonsepkan dropship ini telah dilakukan secara berkumpulan. Kami telah memilih menjual
biskut pada awalnya akan tetapi terdapat banyak kekangan dan jangkaan negatif daripada
bakal para pelanggan yang menyebabkan kami menukarnya. Akhirnya, kami sebulat suara
untuk menjual sejenis makanan ringan iaitu mouthgasm setelah mendaftar syarikat dengan
nama Flashzz Gram Enterprise.

Selain itu, acara jualan ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar yang tidak
pernah berpeluang untuk memulakan perniagaan supaya dapat merasai pengalaman
menjalankan perniagaan. Sebagai contoh, tiada seorang pun ahli kumpulan kami yang
mempunyai pengalaman dalam aktiviti perniagaan. Jadi, secara tidak langsung pengalaman
berniaga sepanjang 3 minggu ini merupakan pengalaman pertama buat kami. Oleh kerana
itu, setiap ahli kumpulan termasuk saya harus mengatasi kelemahan ini kerana ia
merupakan satu peluang untuk memajukan diri dari segi mental dan juga fizikal . Secara
ringkasnya, aktiviti keusahawanan ini mempunyai banyak faedah dan kelebihan, namun
tanpa kerjasama yang padu di kalangan ahli pasukan, aktiviti ini tidak dapat dijalankan.
Toleransi dan sikap tolong-menolong disumbangkan oleh setiap ahli kumpulan adalah amat
penting bagi proses perniagaan dapat berjalan dengan baik dan sistematik.

You might also like