You are on page 1of 1

Pengenalan Perniagaan

Saya, Nurzahirah Binti Shafiee iaitu pemilik Perniagaan Zah. Perniagaan Zah ini
terkenal dengan menjual pelbagai jenis makanan kering dari segi kekacang. Sehubungan
dengan itu, saya telah menjalankan Perniagaan Zah ini di sebuah rumah sewa iaitu No.207
Rumah Rakyat Sikamat 2, Batu 3 Jalan Jelebu, 70400, Seremban,Negeri Sembilan. Oleh itu,
Perniagaan Zah ini juga sudah beroperasi sejak 1 April 2020. Selain itu, saya telah
menjalankan aktiviti perniagaan saya dengan menjual produk makanan kering iaitu
kekacang . Misalnya, kacang tanah berempah, kacang badam cincang, kacang gajus bakar,
kacang hazelnut panggang dan kacang kuda pedas. Secara tak langsung, saya juga
mempunyai dua orang pembantu pada bahagian menyusun serta menghantar barang agar
produk sampai kepada pembeli dengan cepat dan pantas.
Untuk makluman semua, Perniagaan Zah ialah sejenis perniagaan milikan tunggal yang
dijalankan oleh saya sendiri. Antara sebab saya memulakan perniagaan ini adalah saya telah
mendapat inspirasi oleh bapa saya sendiri untuk membuka perniagaan sejak dari kecil. Hal ini
demikian menyebabkan saya mampu menyelenggara perniagaan ini dengan baik dan dapat
mencapai sasaran yang telah saya tetapkan. Di samping itu, saya juga mempunyai
pengalaman yang lama dalam menguruskan suatu perniagaan semasa bekerja di sebuah
syarikat kecil. Dengan itu, saya menyedari bahawa saya juga boleh menceburi bidang
pengurusan perniagaan penjualan produk makanan kering ini dengan jayanya.
Antara kelebihan produk makanan kering yang telah dijual oleh Perniagaan Zah ini ialah
saya dapat menyimpan makanan kering ini dalam tempoh masa yang lama. Oleh itu,
makanan kering ini masih boleh dijual walaupun stok makanan sudah lama dibekalkan oleh
pembekal. Seterusnya, produk makanan kering ini mudah mendapat keuntungan yang besar.
Hal ini kerana, produk ini tidak memerlukan tenaga dan masa yang banyak tetapi pada masa
yang sama dapat menghasilkan penjualan lebih daripada modal yang dikeluarkan. Tambahan
pula, produk makanan kering Zah ini juga menepati cita rasa pelanggan. Hal ini dapat
menarik perhatian pelanggan untuk terus mengunjungi perniagaan Zah dan kekal menjadi
pelanggan yang tetap.

You might also like