You are on page 1of 13

SMK SERI AMPANG, IPOH

SMK SERI AMPANG, IPOH

PEPERIKSAAN AWAL TAHUN

TINGKATAN 5 2019
PRINSIP PERAKAUNAN
2 JAM

BAHAGIAN A : 20 SOALAN OBJEKTIF

JAWAB SEMUA SOALAN

1. Rajah 1 adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan.

Dokumen → Buku Catatan → P


Sumber Pertama

Apakah P?
A. Lejar
B. Jurnal
C. BukuTunai
D. Imbangan Duga

2. Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?


A. Bank
B. Akaun belum bayar
C. Pengurus
D. Pesaing perniagaan

3. Encik Zain seorang peniaga, telah merekodkan ambilan barang niaga yang telah
digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan.

Apakah prinsip perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik Zain?


A. Ketekalan
B. Prinsip kos
C. Entiti berasingan
D. Usaha berterusan

1
4. Kumpulan item manakah yang merupakan aset semasa?
A. Komisen belum terperoleh, Inventori, Tunai
B. Kadar bayaran belum bayar, Bank, Akaun belum terima
C. Sewa belum terima, Akaun belum bayar,Gaji prabayar
D. Insurans prabayar, Akaun belum terima, Komisen belum terima

5. Manakah merupakan Catatan Kontra?


A. Belian
B. Jualan
C. Inventori akhir
D. Pulangan keluar

6. Pada 30 Julai 2018, Puan Sue membeli barang niaga berharga RM600 secara kredit
dengan syarat 15% 10 hari, 10% 15 hari.

Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar pada 10 Ogos 2018?


A. RM450
B. RM510
C. RM540
D. RM600

7. Encik Ariff Jiwa, pemilik perniagaan Jiwa Enterprise membeli rak pameran secara
kredit bernilai RM3 000 untuk kegunaan perniagaan.

Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?


A. Cek
B. Resit
C. Invois
D. Bil tunai

8. Urus niaga yang manakah tidak dicatat dalam Jurnal Am?


A. Membeli rak secara kredit
B. Mengeluarkan wang tunai untuk kegunaan peribadi
C. Memasukkan perabot peribadi ke dalam perniagaan
D. Memindahkan akaun hasil dan belanja ke akaun penamat

9. Urus niaga yang manakah direkod dalam buku tunai runcit?


A. Pembayaran sewa kedai secara tunai
B. Penerimaan tunai daripada Akaun Belum Terima
C. Pembelian perabot secara tunai
D. Pembelian setem secara tunai

2
10. Dokumen berikut diterima oleh Cik Ani seorang kerana akaun.

MEMO
Kedai Perabot Siti Murni

Tarikh : 7 Mac 2018

Peringatan :

Pemilik (Siti Murni) telah mengeluarkan sebuah


meja dan kerusi untuk kegunaan anaknya bernilai
RM180.00
(Ringgit Malaysia : Seratus lapan puluh sahaja)

Siti
Pengurus

Bagaimanakah urus niaga tersebut dicatatkan dalam Jurnal Am?

Debit Kredit
A Ambilan Perabot
B Perabot Belian
C Perabot Ambilan
D Ambilan Belian

11. Pada 1 Jun 2018, Karina Lim telah memulakan perniagaan runcit dengan
memasukkan tunai ke bank sebanyak RM18 000.

Apakah catatan bergu bagi urus niaga tersebut?

Debit Kredit
A Akaun Tunai Akaun Modal
B Akaun Bank Akaun Modal
C Akaun Bank Akaun Tunai
D Akaun Modal Akaun Bank

12. Puan Murni telah mengambil barang niaga bernilai RM65 untuk tujuan promosi.

Apakah akaun yang dikreditkan?


A. Inventori
B. Belian
C. Ambilan
D. Promosi

3
13. Perniagaan Aslam mendapati bahawa cek yang diterima daripada Kedai Molly adalah
cek tak layan.

Bagaimana perkara tersebut direkod?

Debit Kredit
A. Bank Kedai Molly
B. Kedai Molly Bank
C. Bank Perniagaan Aslam
D. Perniagaan Aslam Kedai Molly

14. Baki akaun manakah yang dicatat di sebelah debit Imbangan Duga?
A. Overdaf
B. Akaun Belum Bayar
C. Pulangan jualan
D. Diskaun diterima

15. Butir yang manakah dicatat dalam Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan
Kewangan?
A. Inventori awal
B. Inventori akhir
C. Gaji belum bayar
D. Insurans prabayar

16. Antara yang berikut,yang manakah digunakan untuk mengira kos jualan?
I Jualan, pulangan keluar, inventori
II Belian, inventori awal, angkutan keluar
III Belian, inventori awal, angkutan masuk
IV Inventori akhir, pulangan keluar, duti import

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

17. Apakah yang dimaksudkan dengan hutang lapuk terpulih?


A. Hutang lapuk dihapuskan
B. Hutang yang akan dikutip
C. Hutang yang dianggarkan tidak dapat dikutip
D. Hutang yang dikutip semula setelah dihapuskan

18. Di bahagian manakah gaji belum bayar direkodksn dalam penyata kewangan?
A. Liabiliti semasa
B. Aset semasa
C. Belanja
D. Hasil

4
19. Apakah rumus untuk mengira susut nilai menggunakan kaedah garis lurus?

A. Kos asal – Usia guna


Nilai skrap

B. Nilai skrap – Usia guna


Kos asal

C. Nilai skrap – Kos asal


Usia guna

D. Kos asal – Nilai skrap


Usia guna

20. Kesilapan berikut telah dikesan dalam buku perniagaan seorang peniaga.

Jualan kepada Siva RM180 telah tersalah catat ke Akaun Mat.

Catatan yang manakah membetulkan kesilapan di atas?

Jurnal Am
A. Butiran Debit Kredit
RM RM
Mat 180
Siva 180

Jurnal Am
B. Butiran Debit Kredit
RM RM
Siva 180
Jualan 180

Jurnal Am
C. Butiran Debit Kredit
RM RM
Mat 180
Jualan 180

Jurnal Am
D. Butiran Debit Kredit
RM RM
Siva 180
Mat 180

5
BAHAGIAN B : JAWAB SEMUA SOALAN

1. Berikut adalah urusniaga Perniagaan Delta yang menjalankan perniagaan pakaian


sepanjang bulan Mei 2018

2018
Mei
1 Meneruskan perniagaan dengan baki aset dan liabiliti :

RM
Tunai di tangan 3 400
Tunai di bank 25 800
Inventori 16 200
Alatan pejabat 12 000
Akaun belum terima 12 300
Akaun belum bayar 10 700

8 Membeli sebuah van terpakai daripada Auto Car RM20 000 secara kredit

12 Mengambil 5 helai seluar panjang untuk kegunaan anaknya yang berjumlah


RM500

18 Mengeluarkan dua pasang baju yang bernilai RM200 untuk tujuan promosi

24 Menjual mesin fotostat terpakai secara kredit RM2 100 kepada Pusat Tuisyen
Gamma

26 Membawa masuk sebuah kereta berkos RM18 000 untuk kegunaan


perniagaaan

Anda dikehendaki menyediakan Jurnal Am. (keterangan tidak diperlukan)

[12 markah]

6
2. Berikut ialah maklumat-maklumat yang diberikan oleh Puan Idora, pemilik Butik
Idora Muslimah. Pada 1 September, baki tunai di tangan ialah RM2 500, baki tunai di
bank ialah RM25 000 dan baki perabot ialah RM8 000. Berikut merupakan anggaran
penerimaan dan pembayaran Butik Idora Muslimah bagi tiga bulan berakhir
November 2018.

i) Anggaran jualan ialah seperti berikut :

September Oktober November


RM29 000 RM34 000 RM30 000

30% jualan ialah secara kredit dan semua jualan diberikan kredit satu bulan.
Jualan kredit pada bulan Ogos ialah RM15 000.

ii) Anggaran belian tunai :

September Oktober November


RM11 000 RM9 000 RM12 000

iii) Puan Idora menyewakan sebahagian butiknya pada bulan Ogos RM800
sebulan dan kadar sewa meningkat RM150 pada bulan November.

iv) Perbelanjaan bagi setiap bulan ialah :

Kadar bayaran RM800 Belanja am RM350


Belanja susut nilai perabot RM800 Gaji RM2 000

v) Puan Idora akan menyertai satu pameran fesyen Muslimah pada bulan
Disember. Bayaran pendaftaran RM1 500 perlu dibuat dua bulan awal
sebelum pameran berlangsung.

vi) Pada bulan Oktober, perniagaan akan menerima pinjaman berjumlah


RM40 000 dengan kadar faedah 5% setahun selama empat tahun. Bayaran
balik pinjaman bermula bulan berikutnya.

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan


berakhir 30 November 2018.
[18 markah]

7
3. Berikut ialah maklumat kewangan Kedai Perabot Rizqi dan Kedai Perabot Nelly pada
31 Disember 2017.

Kedai Perabot Rizqi


RM RM
Akaun Belum Bayar 2 710 Inventori Awal 6 290
Untung Bersih 3 990 Untung Kasar 7 640
Akaun Belum Terima 4 130 Insurans Belum Bayar 2 500
Pinjaman Bank 14 400 Jualan 25 000
Kenderaan 50 480 Faedah Belum Terperoleh 5 640
Overdraf Bank 4 500 Modal pada 1 Januari 2017 55 000
Tunai di tangan 800 Inventori Akhir 3 270

Kedai Perabot Nelly

Kadar Pusing Ganti Inventori 7 kali


Pulangan atas Modal 5%

a) Hitung setiap yang berikut bagi Kedai Perabot Rizqi :

i) Kos Jualan [3 markah]


ii) Tokokan [3 markah]
iii) Margin Untung Kasar [3 markah]
iv) Pulangan atas Modal [3 markah]
v) Kadar Pusing Ganti Inventori [4 markah]

b) Pada pandangan anda, perniagaan yang manakah lebih cekap menguruskan


inventori? Berikan justifikasi anda. [2 markah]

c) Jika anda seorang pelabur, perniagaan yang manakah anda akan pilih? Berikan
alasan anda.
[2 markah]

SOALAN TAMAT

Disedikan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh :

............................ .................................. ............................


Pn Dahlia bt Zainal Abidin Pn Norhaslinda bt Md Ali
Guru mata pelajaran KP Prinsip Perakaunan

8
NAMA : ________________________________ KELAS :__________________

KERTAS JAWAPAN

BAHAGIAN A :

1 A 11 B

2 C 12 B

3 C 13 B

4 D 14 C

5 D 15 B

6 C 16 D

7 C 17 D

8 B 18 A

9 D 19 D

10 D 20 A

9
BAHAGIAN B (1) JURNAL AM
TARIKH BUTIR FOLIO DEBIT KREDIT
2018
Tunai 3 400
Mei 1
Bank 25 800

Inventori 16 200

Alat pejabat 12 000

Akaun belum terima 12 300

Akaun belum bayar 10 700

Modal 59 000

69 700 69 700

8 Kenderaan 20 000

Auto Car 20 000

12 Ambilan 500

Belian 500

18 Promosi 200

Belian 200

24 Pusat Tuisyen Gamma 2 100

Alat pejabat 2 100

26 Kenderaan 18 000

Modal 18 000

10
2.a)

Butik Idora Muslimah

Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 November 2018

September Oktober November


Baki b/b 27 500 49 450 109 100
Penerimaan :
Jualan 20 300 23 800 21 000
Akaun belum terima 15 000 8 700 10 200
Sewa 800 800 950
Pinjaman 40 000

Jumlah Penerimaan 36 100 73 300 32 150

Pembayaran :
Belian 11 000 9000 12 000
Kadar bayaran 800 800 800
Belanja am 350 350 350
Gaji 2 000 2 000 2 000
Pendaftaran pameran 1 500
Ansuran pinjaman 1 000

Jumlah Pembayaran 14 150 13 650 16 150


Lebihan/(Kurangan) 21 950 59 650 16 000
Baki h/b 49 450 109 100 125 100

11
3
(a)
i) Kos jualan = Jualan – Untung Kasar
= RM25 000 – RM7 640
= RM17 360

ii) Tokokan = Untung Kasar


x 100%
Kos Jualan

= RM7 640
x 100%
RM17 360

= 44.01%

iii)
Margin Untung Kasar = Untung Kasar
x 100%
Jualan

= RM7 640
x 100%
RM25 000

= 30.56%

iv)
Pulangan atas Modal = Untung Bersih
x 100%
Modal Awal

= RM3 990
x 100%
RM55 000

= 7.25%

v)
Kadar Pusing Ganti Inventori = Kos Jualan
*Inventori Purata

= RM17 360
RM4 780

= 3.63 kali

12
 Inventori purata = Inventori Awal + Inventori Akhir
2
= RM6 290 + RM3 270
2
= RM4 780

b) Pada pandangan saya, Kedai Perabot Nelly lebih cekap mengurus inventori. Hal
yang demikian kerana Kadar Pusing Ganti Inventori Kedai Perabot Nelly ialah
tujuh kali berbanding Kedai Perabot Rizqi sebanyak 3.63 kali.

c) Jika saya seorang pelabur, saya akan memilih Kedai Perabot Rizqi kerana Pulangan
atas Modal Kedai Perabot Rizqi yang bernilai 7.25% adalah lebih tinggi berbanding
Kedai Perabot Nelly yang bernilai 5%.

13

You might also like