You are on page 1of 23

KERTAS 1 (3756/1)

Contoh soalan

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1. Pada tahun 2009 Perniagaan Manan telah membuiat peruntukan susut nilai kenderaan dengan
kadar 10% setahun atas kos. Pada tahun 2010, perniagaan ini telah menggunakan kaedah baki
berkurangan dalam pengiraan susut nilai.
Apakah prinsip yang gagal dipatuhi oleh perniagaan ini?
A. Materiliti B. Ketekalan C. Pemadanan D. Kos sejarah.

2. Antara perniagaan berikut yang manakah mempunyai liabiliti tidak terhad.


I. Kedai Runcit Amirul III. Restoran Daniel Sendirian Berhad
II. Klinik Boniface dan Bonyson IV. Syarikat Gafar Berhad
A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

Bab 2 : Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra

1. Kumpulan item yang manakah merupakan aset semasa?


A. Mesin, bank, premis C. Stok, tunai ditangan, sewa diterima terakru
B. Perabot, tunai, stok akhir D. Insurans terdahulu, stok akhir, penghutang

2. Pada akhir tempoh perakunan, buku Perniagaan Bong Enterprise menunjukkan baki-baki berikut.

RM
Aset 50 000
Liabiliti 10 800
Ambilan 1 300

Berapakah untung bersih perniagaan jika modal permulaan perrniagaan ialah RM20
000. A. RM17 900 B. RM19 200 C. RM20 500 D. RM29 500.

3. Encik Afiq telah menjual alatan pejabat yang berkos RM3 300 secara tunai dengan harga RM2
300.
Apakah kesan urusniaga tersebut kepada persamaan perakaunan
Alatan Pejabat Tunai Ekuiti Pemilik
A Berkurang RM3 300 Bertambah RM2 300 Tiada kesan
B Berkurang RM3 300 Bertambah RM3 300 Tiada kesan
C Berkurang RM3 300 Bertambah RM2 300 Bertambah RM1 000
D Berkurang RM3 300 Bertambah RM2 300 Berkurang RM1 000
Bab 3 : Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat

1. Rajah di bawah menunjukkan aliran urusniaga Perniagaag Gilbert

Pembekal Peniaga Pelanggan


Dokumen X Dokumen Y

Dokumen X adalah berkaitan dengan barang niaga yang dibeli secara tunai, manakala Dokumen
Y adalah berkaitan jualan barang niaga secara kredit.
Apakah dokumen X dan Y?
Dokumen X Dokumen Y
A Invois asal Bil Tunai Salinan
B Bil tunai asal Invois salinan
C Baucer pembayaran Nota kredit salinan
D Keratan cek Resit rasmi salinan

2. Perniagaan Gloria telah membayar belanja runcit secara tunai menggunakan wang buku tunai
runcit. Dokumen perniagaan yang digunakan oleh perniagaan ini ialah.
A. Baucer Pembayaran C. Memo
B. Maklumat Debit D. Resit Rasmi

3. Pada 15 September 2010 Perniagaan Mastura telah memulangkan barang niaga yang rosak
bernilai RM250 kepada Pembekal Noraidah.
Apakah dokumen yang akan dihantar oleh Pembekal Noraidah?
A. Memo B. Nota Debit C. Nota Kredit D. Maklumat Kredit

Bab 4: Jurnal sebagai Buku Catatan Pertama

1. Perniagaan Raflesia telah menerima Nota debit daripada Pembekal Intan kerana harga barang
yang dibelinya terkurang caj.
Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Perniagaan Raflesia ialah
A. Jurnal Am C. Jurnal Jualan
B. Jurnal Belian D. Jurnal Pulangan Belian

2. Data di bawah di peroleh daripada Jurnal Jualan Perniagaan Daniel.


Jurnal Jualan
Tarikh Butir Jumlah
2010 RM
Sept 13 Perniagaan Christoper 1 500
30 Akaun Jualan (kt) 1 500

Perniagaan Christoper merupakan


A. Pemiutang B. Penghutang C. Pembekal D. Peminjam
3. Dokumen di bawah merupakan memo yang dikeluarkan oleh Perniagaan Yong.

MEMO
Perniagaan Yong
214 Jalan Pujut 1
98000 Miri Sarawak

Kepada : Kerani Akaun Tarikh : 16 September 2010

Pemilik telah membawa masuk kenderaan peribadi bernilai RM50 000 untuk
kegunaan perniagaan.
Yong
Pengurus

Catatan dalam Jurnal am yang perlu dibuat oleh kerani akaun ialah:
Debit Kredit
A Akaun Modal Akaun Kenderaan
B Akaun Belian Akaun Modal
C Akaun Kenderaan Akaun Modal
D Akaun Ambilan Akaun Kenderaan

Bab 5 : Lejar

1. Dokumen di bawah menunjukkan keratan cek yang dikeluarkan oleh Kedai Faris.
Tarikh 17 Mei 2010
Penerima Tujuan Faris
Kegunaan peribadi
Ringgit Sen
Baki akhir 10 000 00
Dimasukkan
Jumlah 10 000 00
Cek ini 1 000 00
Baki 9 000 00
No : 2551

Catatan lejar bagi urusniaga di atas ialah:


Debit Kredit
A Akaun Tunai Akaun Bank
B Akaun Ambilan Akaun Bank
C Akaun Ambilan Akaun Tunai
D Akaun Bank Akaun Tunai

2. Encik Badruzaman membeli set kerusi daripada Asyraf Furniture untuk kegunaan
perniagaan. Apakah akaun yang terlibat bagi urusniaga tersebut?
Debit Kredit
A Akaun Belian Akaun Perabot
B Akaun Perabot Asyraf Furniture
C Asyraf Furniture Akaun Perabot
D Akaun Belian Asyraf Furniture
3. Pilih catatan bergu yang betul bagi Perniagaan Runcit Kevin.
Urusniaga Debit Kredit
I Belian barang niaga secara tunai Belian Tunai
II Ambilan barang untuk tujuan promosi Promosi Belian
III Belian kredit daripada Kedai Marcus Kedai Marcus Belian
IV Bayar gaji kepada Rapheal dengan cek Gaji Raphael

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

4. Berikut ialah jurnal Kedai Buku Zalikha.


Jurnal Belian
Tarikh Butir Jumlah
2010 RM
Sept 13 Etikha Book Store 1 200
25 Kedai Buku Kerry 1 400
30 Akaun Belian (dt) 2 600

Catatan dalam Akaun Belian yang betul ialah


A. Akaun Belian
2010 RM 2010 RM
Sept 30 Baki h/b 2 600 Sept 30 Pelbagai pemiutang 2 600

B. Akaun Belian
2010 RM 2010 RM
Sept 30 Baki h/b 2 600 Sept 30 Pelbagai penghutang 2 600

C. Akaun Belian
2010 RM 2010 RM
Sept 30 Pelbagai Pemiutang 2 600 Sept 30 Baki h/b 2 600

D. Akaun Belian
2010 RM 2010 RM
Sept 30 Baki h/b 2 600 Sept 13 Ethika Book Store 1 200
25 Kedai Buku Kerry 1 400
2600 2600

5. Berikut ialah Akaun Kawalan Penghutang yang dipetik daripada buku Perniagaan

Shawn Akaun Kawalan Penghutang


2010 RM 2010 RM
Sept 1 Baki b/b 660 Sept 30 Bank 7 550
30 Jualan 8 000 Pulangan keluar 300
X 110
Baki h/b 700
8 660 8 660
Apakah X?
A. Faedah C. Angkutan Masuk
B. Hutang Lapuk D. Diskaun diterima
Bab 6 : Imbangan Duga

1. Data di bawah menunjukkan aset dan liabiliti Kedai Runcit Ariff pada 30 September 2010.
RM
Penghutang 3 000
Pinjaman 5 000
Modal 9 000
Pemiutang 1 400
Gadai Janji 4 000
Overdraf Bank 2 600

Hitungkan nilai liabiliti semasa kedai tersebut.


A. RM1 400 B. RM2 600 C. RM4 000 D. RM8 000

2. Syarikat Ruzaini telah membeli sebuah komputer daripada Fadil Komputer dengan harga RM2
350. Rekod dalam Jurnal Am menunjukkan komputer tersebut dicatatkan RM2 530. Nilai ini
telah dipindahkan ke lejar.
Apakah kesilapan tidak ketara yang telah di lakukuan?
A. Kesilapan prinsip C. Kesilapan terbalik
B Kesilapan amaun D. Kesilapan komisen

3. Kedai Runcit Moh telah membeli sebuah almari secara tunai bernilai RM1 000. Urusniaga
tersebut telah didebitkan dalam akaun belian dan dikreditkan dalam akaun tunai?
Catatan jurnal yang manakah digunakan bagi membetulkan kesilan tersebut.

Debit Kredit
A Akaun Perabot Akaun Belian
B Akaun Belian Akaun Perabot
C Akaun Perabot Akaun Tunai
D Akaun Tunai Akaun Belian

Bab 7 : Penyata Kewangan – Milikan Tunggal

1. Berikut ialah kedudukan baki akaun Perniagaan Aloysius pada khir tempoh perakaunan
Butir Baki
I Sewa terakru Debit
II Insurans terdahulu Kredit
III Faedah diterima terakru Debit
IV Komisen diterima terdahulu Kredit

Antara yang berikut yang manakah benar?


A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV
2. Berikut ialah maklumat yang diberikan oleh Pernigaan Miesar pada 30 Jun 2010.
RM
Kenderaan 130 000
Peruntukan susutnilai kenderaan 13 000

Kenderaan disusutnilakan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.


Hitung susut nilai terkumpul kenderaan itu bagi tahun berakhir 30 Jun 2010?
A. RM11 740 B. RM13 000 C. RM24 740 D. RM26 000

Bab 8 : Perakaunan untuk Tunai

1. Encik Shanizar merancang untuk membuka perusahaan memproses ayanm kampung di Pujut
pada 1 Oktober 2010.
Data berikut menunjukkan petikan belanjawan tunai Encik Shanizar.

Perkara Oktober November Disember


RM RM RM
Baki b/b
Penerimaan
Modal 30 000
Jualan 16 000 19 200 23 000
Jumlah Penerimaan 46 000 R T
Pembayaran
Belian 12 400 13 600 15 000
Sewa 1 000 1 000 1 000
Upah 800 800 800
Jumlah Pembeyaran P 15 400 16 800
Baki h/b Q S U

Berapakah nilai U?
A. RM6 200 B. RM71 800 C. RM75 400 D. RM109 200

2. Cik Nerisha menyediakan Penyata Penyesuaian Bank yang dimulakan dengan baki debit Penyata
Bank.
Apakah butiran yang perlu ditolak daripada baki awal tersebut?
I. Penerimaan oleh bank III. Deposit belum dikreditkan
II Cek belum dikemukakan IV Bayaran yang dikenakan oleh bank
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Bab 9 : Perakauanan untuk Penggajian

1. Antara berikut yang manakh butir dalam gaji kasar?


A . Yuran koperasi C. Pinjaman Kenderaan
B. Pinjaman Kenderaan D. Elaun Kera lebih masa
2. Cik Ayu bekerja dengan gaji bulanan RM2 400. Beliau mencarum sebanyak 11% dalam KWSP
manakala majikannya menncarum sebanyak 12%
Berapakah jumlah potongan beliau dalam masa setahun?
A. RM264 B. RM552 C. RM3 168 D. RM6 624

Bab 10 : Perkongsian

1. Anita dan Rati ialah pekongsi dalan Perkongsian Tati. Pembahagian untung rugi mereka adalah
mengikut nisbah 1:2 Pada tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2010, rekod kewangan mereka
menunjukkan
RM
Untung bersih 25 000
Faedah Atas Modal 10 000
Faedah Atas Ambilan 1 000
Gaji Rakan Kongsi 4 000

Berapakah bahagian untung yang diperoleh oleh Rati?


A. RM4 000 B. RM8 000 C. RM12 000 D. RM16 000

2. Chai dan Rexy dan Suhana merupakan pekongsi dalam Perkongsian 1 Malaysia. Apakah butiran
yang dicatatkan di bahagian Ekuiti Pemilik perniagaan mereka?
I Akaun Modal II. Kunci Kira-kira
II. Akaun Semasa IV. Akaun Pengasingan Untung rugi
A. I dan II B, I dan IV C. II dan III D. III dan IV

3. Perkongsian Ly yang dimiliki oleh Standly dan Willy telah dibubarkan. Semasa pembubaran nilai
penghutang menunjukkan jumlah RM2 800. Bagaimanapun hanya RM1 800 sahaja yang berjaya
dikutip daripada penghutang.
Catatn bergu untuk menunjukkan nilai penghutang selepas pembubaran ialah:

Debit RM Kredit RM
A Akaun Bank 1 000 Akaun Penghutang 1 000
B Akaun Bank 1 800 Akaun Realisasi 1 800
C Akaun Realisaisi 2 800 Akaun Penghutang 2 800
D Akaun Penghutang 2 800 Akaun Realisasi 2 800

Bab 11 : Syarikat Berhad

1. Modal berdaftar bagi Syarikat Stefeni Berhad ialah 1 500 000 8% saham keutamaan RM2.00
sesaham dan 2 500 000 saham biasa RM1.00 sesaham. Syarikat telah menrebitkan semua saham
keutamaan dan 2 000 000 saham biasa kepada orang awam pada nilai tara. Semua saham yang
diterbitkan telah dilanggan dan dibayar penuh.
Berapakah modal berbayar syarikat?
A. RM2 000 000 B. RM4 000 000 C. RM5 000 000 D. RM5 500 000
2. Pada 1 Januari 2009 Syarikat Lucia Berhad telah menerbitkan 6 000 000 saham biasa bernilai
RM2.00 sesaham kepada orang ramai. Semua saham telah dilanggan dan dibayar penuh.
Pada 31 Ogos 2009, Lembaga Pengarah syarikat telah memutuskan untuk membayar dividen
interim sebanyak 6%.
Berapakah jumlah dividen interim yang dibayar?
A. RM240 000 B. RM480 000 C. RM720 000 D. RM12 000 000

Bab 12 : Kelab dan Persatuan

1. Wendy merupakan kerani akaun Kelab Ada Gaya. Apakah butiran yang beliiau perlu rekodkan
sebagai pendapatan hasil dalam penyediaan akaun kelab tersebut?
I. Modal II. Yuran ahli III, Yuran masuk IV. Derma dana premis
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

2. Beikut ialah perikan Akaun Yuran yang disediakan oleh Syazwan.


Akaun Yuran
2010 RM 2010 RM
Sept 1 Baki b/b 60 Sept 30 Baki b/b 120
30 Pendpatan dan 2 080 Y 2 160
Perbelanujaan 220 Baki h/b 80
X
2 360 2 360
Apakah elemen X dan Y?
X Y
A Bank Yuran terdahulu
B Yuran terdahulu Bank
C Bank Yurang tertunggak
D Yuran tertunggak Bank

Bab 13 : Rekod Tak Lengkap

1. Maklumat berikut diperoleh dripada akaun Gedung Pakaian Syazwani bagi tahun kewangan
berakhir 30 September 2010.
RM
Modal pada 1 Oktober 2009 30 000
Modal pada 30 September 2010 45 000
Modal Tambahan 10 000
Ambilan 1 200

Berapakah bahagian untung bersih yang diperolehi oleh perniagaan ini?


A. RM4 600 B. RM7 000 C. RM17 000 D. RM38 800

2. Perniagaan Norsila tidak menyimpan rekod perniagaannnya mengikut sistem catatan bergu.
Beliau boleh mengira jualan kredit dengan menyediakan
A. Akaun Untung rugi C. Akaun Kawalan Pemiutang
B. Jurnal Penerimaan Tunai D. Akaun Kawalan Penghutang
Bab 14 : Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

1. Berikut ialah maklumat yang diberikan oleh Perniagaan Norain Herba.


RM
Stok awal :
Bahan mentah 4 600
Barang siap 3 400
Stok akhir
Bahan mentah 2 400
Barang siap 3 800
Belian
Bahan mentah 15 400
Barang siap 24 000
Upah buruh langsung 6 400
Angkutan masuk
Bahan mentah 600
Barang siap 800

Berapakah jumlah kos bahan mentah digunakan?


A. RM17 600 B. RM18 200 C. RM24 600 D. RM49 000

2. Data berikut diambil daripada Perusahaan Perabot Hamidon


RM
Bayarn Royalti 2 000
Kadar Bayaran 600
Sewa Kilang 4 800
Upah Pekerja Kilang 7 200

40% daripada kadar bayaran adalah untuk kegunaan pejabat manakla selebihnya untuk
kegunaan kilang.
Berapakah kos overhed perusahaan ini?
A. RM5 160 B. RM5 400 C. RM7 400 D. RM7 640

3. Antara berikut yang manakah merupakan kos tetap bagi Steve Enterprise sebuah firma
pengeluaran roti canai segera?
A. Tepung C. Gaji operator kilang
B Bayaran royalti D. Gaji pengurus kilang

4. Maklumat berikut diberikan oleh Perniagaan Jikan yang mengeluarkan produk pencuci lantai.
RM
Kos tetap 45 000
Kos berubah seunit 5
Harga jualan seunit 8

Sekiranya kilang tersebut mengeluarkan 20 000 botol pencucui lantai, berapakah jumlah
keuntungan yang diperolehi?
A. RM15 000 B. RM25 000 C. RM115 000 D. RM160 000
Bab 15 : Maklumat Untuk Membuat Keputusan

1. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan kecairan sesuatu perniagaan.

Ukura
n

Apakah dokumen P dan Q?Kerja


Modal Nisbah Semasa
P Q
A Aset Liabiliti
B Aset Semasa Liabiliti Semasa
C Aset Semasa Aset Bukan Semasa
D Aset Bukan Semasa Liabiliti Bukan Semasa

2. Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Bersama bagi tahun berakhir 30 September
2009.
RM
Stok awal 30 000
Stok akhir 45 000
Belian 10 000
Jualan 1 200
Untung Kasar

Berapakah peratuskah untung kasar atas kos jualan?


A. 41.5% B. 55.3% C. 62.1% D. 70.8%
Kertas 2 (3756/2)

Contoh soalan latihan

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1. Nyatakan konsep perakauanan yang digunakan dalam keadaan berikut

a) Perkhidmatan penghantaran barang dikenakan bayaran sebanyak RM150.


b) Syarikat Kawanku menyediakan Penyata Kewangan berdasarkan urusniaga yang berlaku
dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2010.
c) Premis perniagaan yang direkod berdasarkan harga belian premis tersebut.
d) Bil elektrik yang belum dibayar diambil kira dalam penyediaan penyata kewangan.
e) Bayaran sewa rumah kediaman tidak direkodkan ke dalam buku perakaunan perniagaan.
f) Belian tunai didebitkan dalam akaun belian dan dikreditkan dalam akaun tunai

Bab 2 : Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra

1. Bagi setiap butiran berikut nyatakan samada Aset (A), Liabiliti (L), Ekuiti Pemilik (EP), Hasil
(H), Belanja (B) atau Akaun Kontra (AK)

Kenderaan Pemiutang
2. Lengkapkan
Gaji jadual di bawah dengan menyatakan akaun yang didebitkan
Sewa dan akaun yang
diterima
dikreditkan bagi
Pulangan Belian setiap urusniaga. Jualan
Pinjaman Bank Tunai
Gaji Terdahulu Sewa terakru
Deposit telefon Urusniaga Penghutang Debit Akaun Kredit
Peruntukan hutang ragu Susutnilai terkumpul
Memulakan perniagaan dengan memasukkan wang ke dalamDiskaun diterima
Ambilan Bank Modal
bank sebagai modal
Diskaun diberi Modal
Membeli kenderaan secara kredit
Hutang lapuk Hutang lapuk pulih
Membeli barang niaga secara tunai
Menjual barang secara kredit
Penghutang menjelasakan bayaran dengan cek
Mengeluarkan barang untuk kegunaan peribadi
Mengeluarkan wang tunai dari bank untuk kegunaan
perniagaan
Membawa masuk alatan pejabatt dari rumah untuk kegunaan
perniagaagh
3. Puncak Borneo Enterprise
Kunci Kira-kira Pada 31 Mac 2010
RM RM
Perabot 3 700 Modal 12 000
Stok 5 300 Pemiutang 6 785
Penghutang 4 375
Bank 5 410
18 785 18 785

Urusniaga Puncak Borneo Enterprise dalam bulan Mac adalah seperti berikut:

(i) Belian kredit barang niaga bernilai RM500


(ii) Menjual barang niaga secara kredit RM700. Kos barang tersebut ialah RM570.
(iii) Pemilik membawa masuk sebuah meja kepunyaannya benilai RM400 ke dalam perniagaan.
(iv) Pulangan belian RM70
(v) Bayar sewa dengan cek RM300.
(vi) Terima RM3 500 daripada penghutang. RM2 700 dibayar terus kepada pemiutang dan
bakinya dibankkan.

Berdasarkan Kunci Kira-kira dan maklumat di atas anda dikehendaki menyediakan Kunci Kira-kira
pada 30 April 2010

Bab 3 : Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat Perniagaan

1. Sediakan Invois berdasarkan urusniaga di bawah


Penjual : Perniagaan Sukan Maju, Lot 5 Bintang Plaza, Miri, Sarawak
Pembeli : Kedai Jaya, 235 Jalan Cahaya, Miri Sarawak
Tarikh urusniaga : 18 Januari 2011
No Invois 2365
Jenis barang : Raket badminton 30 unit RM30 seunit
Bola Keranjang 30 unit RM100 seunit
Bola Sepak 30 unit RM80 seunit
Diskaun niaga : 20%
Syarat : Bayar kurang 10 hari dskaun 10%, kurang 20 hari 5%
Angkutan dibayar
K & K Di K

2. Berdasarkan dokumen yang disediakan


a) Berapakah jumlah belian pada harga senarai?
b) Sekiranya bayaran dijelaskan pada 25 Januari 2011 berapakh jumlah pembayaran yang
perlu dijelaskan
c) Bayaran telah dibuat dengan menggunakan cek bernombor MBB123456. Resit
dikeluarkan bernombor 3005. Lakarkan resit tersebut
Bab 4 : Jurnal
1. Berikut adalah urusniaga seorang peruncit, Encik Herold.

Mac1 Tunai RM 520


Bank 1 350
Kenderaan 35 000
Penghutang : Kenny 2 750
Pemiutang : Pemborong Kai Yun 1 200

3 Membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan RM20 000


7 Beli barang niaga secara kredit daripada Syarikat Sze Pei RM4 100
8 Jualan barang kepada Kenny RM460.
10 Terima nota kredit daripada Sze PeiRM80 .
11 Terima Invois daripada Pemborong Kai Yun RM750
13 Hantar nota debit kepada Kenny RM20 bersih.
14 Pemborong Kai Yun hantar nota debit RM120
17 Beli perabot secara kredit daripada Syarikat Perabot Jolene RM2 200
23 Jual barang kepada Nasyitah RM300

Anda dikehendaki mencatatkan urusniaga ke dalam Jurnal yang berkaitan

Bab 5 : Lejar

1. Butir-butir berikut dipetik daripada buku Perniagaan Baru pada 1 Januarai 2010. Anda
dikehendaki menyediakan Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang pada 31
Januari 2010
RM
Baki debit Lejar Jualan ( 1 Januari ) 3,450
Baki kredit Lejar Belian ( 1 Januari ) 3,530
Jurnal Belian 20,320
Jurnal Pulangan Belian 320
Jurnal Jualan 18,526
Jumlah penerimaan tunai daripada penghutang 13,320
(termasuk RM132 hutang lapuk pulih )
Jurnal Pulangan Jualan 160
Jumlah bayaran kepada pemiutang 15,300
Hutang lapuk 180
Diskaun diterima 135
Diskaun diberi 106
Angkutan dikenakan oleh pemiutang 230
Faedah dikenakan atas penghutang 118
Pindahan Lejar Jualan ke Lejar Belian 140
Pindahan Lejar Belian ke Lejar Jualan 210
Jualan tunai 450
Belian tunai 360
Peruntukan hutang ragu 150
Bab 6 : Imbangan Duga

1. Daripada senarai baki-baki berikut sediakan Imbangan Duga pada 30 April 2010

Tunai 2 600
Penghutang 3 200
Pinjaman 12 000
Dividen diterima 1 200
Pulangan Keluar 150
Simpanan Tetap 5 000
Overdraf bank 2 200
Alatan Pejabat 3 600
Lengkapan 4 800
Ambilan 230
Stok 1 230
Pulangan Masuk 120
Duti kastam 85
Angkutan keluar 110
Hutang lapuk 240
Membaiki kenderaan 6 000
Insurans 580
Pinjaman 5 000
Faedah diterima 270
Sewa diterima 550
Faedah Pinjaman 400
Faedah Simpanan Tetap 500

Bab 7 : Penyata Kewangan – Milikan Tunggal

1. Jadual dibawah menunjukkan Kenderaan yang dibeli oleh Syarikat Bas Suria.

Tarikh Kos (RM)


1 April 2007 40 000
1 Jan 2008 50 000
1 Julai 2008 30 000

Tahun kewangan Syarikat Bas Suria berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Adalah menjadi amalan Syarikat Bas Suria memperuntukkan susutnilai sebanyak 20% setahun ke
atas kenderaannya.
Pada 31 Disember 2009 Kenderaan yang dibeli pada 1 Januari 2008 dijual dengan harga RM45
000

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Akaun Kenderaan untuk tahun 2007 - 2009.


(b) Akaun Peruntukan Susutnilai untuk tahun 2007 - 2009.
(c) catatan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun 2007 - 2009.
(d) catatan dalam Kunci Kira-kira pada 31 Disember 1999 bagi menunjukkan baki kenderaan.
2. Imbangan duga Perniagaan Sukahati pada 31 Disember 2010 adalah seperti berikut.
Debit Kredit
RM RM
Modal 1 Januari 2009 15 000
Stok 1 Januari 2009 12 610
Belian dan Jualan 25 500 37 540
Pulangan 320
Peruntukan hutang ragu 100
Kenderaan (kos) 16 000
Gaji 1 200
Sewa 1 500
Komisen 450
Insurans 600
Tunai 720
Kadar bayaran 240
Penghutang dan Pemiutang 3 500 4 400
Pinjaman bank 5 000
Ambilan 300
62 490 . 62 490 .

Maklumat tambahan:
(i) Stok pada 31 Disember 2010 dinilai RM11 800 pada harga kos dan RM 11 880 pada harga
pasaran
(ii) Peruntukan hutang ragu dicadangkan 5% atas penghutang
(iii) Insurans RM600 yang dibayar pada 1 Februari 2000 adalah untuk tempoh setahun.
(iv) Ambilan barang niaga sebanyak RM100 masih belum dicatatkan.
(v) Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun atas kos.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010

(b) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010 dalam bentuk penyata (tunjukkan modal kerja ).
Bab 8 : Perakaunan Untuk Tunai
1. Penyata bank bulan April 2011 yang diterima oleh Perniagaan Cantik Manis menunjukkan baki
berbeza dengan baki buku tunainya bagi bulan itu. Berikut ialah buku tunia dan penyata bank
bagi bulan tersebut.

Buku Tunai (Ruangan bank sahaja )


Tarikh Butir RM Tarikh Butir No. Cek RM
2011 2011
April April
1 Baki b/b 6 384 3 Belian 1781 880
4 Ayob 795 7 Sewa Kedai 1782 500
7 Jualan 1 336 15 Sykt. Soon 1783 1 248
16 Hapizi 668 19 Insurans 1784 295
23 Jualan 2 446 26 Kedai Kammi 1785 1 343
27 Abdul Razak 893 28 Toko 2020 1786 1 210
30 Norlia 969 30 Baki h/b 8 015
13 491 13 491

BANK UTAMA MALAYSIA BERHAD


PENYATA BANK
Tarikh Butir No.Cek Debit Kredit Baki
2011
April
1 Baki 7 357
2 Cek 1780 973 6 384
6 Deposit 795 7 179
7 Cek 1781 880 6 299
9 Deposit 1 336 7 635
10 Cek 1782 500 7 135
19 Cek 1783 1 284 5 851
20 Deposit 668 6 519
21 Dividen ( Sykt. Sin Liang ) 456 6 975
27 Deposit 2 446 9 421
30 Cek 1744 295 9 126
30 Buku Cek 10 9 116

Maklumat tambahan : Cek bernombor 1783 kepada Sykt. Soon dicatatkan dengan jumlah yang
salah dalam buku tunai.

Anda dikehendaki
a) menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 April 2011 (tanpa mengemaskinikan
buku tunai).
b) Mengemaskinikan Buku Tunai
c) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 April 2011
2. Persatuan Belia Kampung Lusut telah menyediakan anggaran kewangan bagi 3 bulan berakhir 30
Jun 2010. Anggaran tersebut adalah seperti berikut:

i. Baki tunai pada 1 April ialah RM8,240


ii. Jualan tunai bagi bulan April berjumlah RM12,000. Jualan tunai bagi bulan Mei dan Jun
dijangka berkurangan 10% berbanding bulan sebelumnya.
iii. Belian tunai dilakukan setiap bulan. Belian bagi bulan April ialah RM7,000. Belian bagi Mei
dan Jun akan berkurangan 10% sebulan berbanding bulan sebelumnya.
iv. Pada 1 April Persatuan mempunyai 150 orang ahli. Persatuan menerima 20 orang ahli baru
pada bulan Mei dan 20 orang lagi pada bulan Jun. Bayaran masuk RM5 dikenakan atas setiap
ahli baru.
v. Setiap orang ahli dikenakan yuran bulanan RM1.
vi. Pada bulan April, Persatuan membeli sebuah mesin faks berharga RM850 secara tunai.
vii. Belanja bulanan yang lain adalah Sewa RM300, Gaji RM410 dan Belanja am RM180.
Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun
2010.

Bab 9 : Penggajian

1. Encik Hamid ialah Pemilik Perniagaan Maju Jaya yang mempunyai 5 orang pekerja. Gaji
pokok pekerja adalah seperti berikut :
Ahmad RM3 500
Chong RM4 000
Alex RM1 250
Lucas RM2 100
Chang RM900

Caruman KWSP pekerja ialah 11% dan majikan 12%


Majikan membuat caruman PERKESO RM75

Berikut ialah potongan bulanan setiap pekerja


Nama Pekerja PCB PERKESO Pinjaman Insurans
Ahmad 200 800 150
Chong 170 600 90
Alex 15 70
Lucas 25 80
Chang 10

Anda dikehendaki
a) Menghitung caruman KWSP pekerja dan KWSP majikan
b) Menghitung gaji bersih setiap pekerja
c) Menyediakan Akaun-akaun yang berkaitan
Bab 10 : Perkongsian

1. Kunta dan Kinte ialah ialah pekongsi dalam Perkongsian Kunta Kinte. Berikut ialah maklumat
yang dipetik daripada perniagaan mereka pada 30 Oktober 2010

Modal Kunta 20 000


Modal Kinte 10 000
Akaun Semasa Kunta 2500 (kt)
Akaun Semasa Kinte 1 000 (dt)
Ambilan Kuta 1 500
Ambilan Kinte 1 000
Pinjaman drp Kinte 10 000
Untung bersih 21 875

Syarat-syarat perkongsian mereka ialah:

(i) Untung dan rugi dibahagikan mengikut nisbah modal


(ii) Faedah atas modal 10% setahun
(iii) Faedah atas ambilan 5% setahun
(iv) Faedah atas pinjaman 5% setahun
(v) Gaji Kunta ialah RM10 000 setahun

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Pengasingan untung rugi bagi tahun berakhir 31 Oktober 2010
(b) Akaun Semasa pekongsi

2. Diana dan Dhona ialah pekongsin mengikut nisbah modal. Mereka bercadang membubarkan
perkongsian pada 31 Ogos 2010

Kunci Kira-kira pada 31 Ogos 2010


Premis 40 000 Modal Diana 50 000
Kelengkapan 13 000 Modal Dhona 30 000
Stok 28 500 Pemiutang 8 500
Penghutang 4 250
Bank 2 750
88 500 88 500

Syarat pembubaran
i) Aset-aset dijual dengan harga RM95 000
ii) Penghutang membayar RM4 000
iii) Pemiutang dibayar RM8 000
iv) Belanja realisasiRM550

3. Guna soalan 2 : Syarat pembubaran


i) Diana mengambilalih premis dengan nilai RM55 000
ii) Dhona mengambil alaih kelengkapan RM12 000
iii) Stok dijual RM26 000
iv) Penghutang menjelaskan RM4 050
v) Belanja realisasi RM1 000
vi) Pemiutang dijelaskan RM8 000
Bab 11 : Syarikat Berhad

1. Bagi setiap kes yang berikut, kirakan dividen yang dibayar kepada pemegang syer.
i. 5% dividen atas 16,000,000 syer biasa @ RM2 seunit.
ii. 8% dividen atas 12,000,000 syer biasa @ RM0.50 seunit.
iii. 8,000,000 6% syer keutamaan @ RM1.50 seunit.
iv. 7 sen dividen bagi setiap unit syer. Modal berbayar syarikat itu ialah RM9,000,000 yang
terdiri daripada syer biasa yang mempunyai nilai tara RM2.00 seunit.
v. Modal diterbitkan dan berbayar Syarikat Baram Jaya Berhad ialah RM4,000,000 yang terdiri
daripada syer biasa yang mempunyai nilai tara RM1.00 seunit. Syarikat itu telah
mengisytiharkan pembayaran dividen akhir 8 sen bagi setiap unit syer.
vi. Modal berdaftar Syarikat Piasau Jaya Berhad terdiri daripada 12,500,000 syer biasa RM0.50
seunit. Syarikat itu telah menerbitkan 60% syer biasa pada nilai tara. Semua syer dilanggan
dan dibayar penuh. Lembaga Pengarah bersetuju membayar dividen 12% atas syer biasa.
6 markah

2.
Pada 1 Mac 2009, Syarikat Maju Berhad didaftarkan sebagai sebuah syarikat
berhad dengan modalnya yang terdiri daripada 18,000,000 syer biasa RM1.00
seunit dan 6,000,000 7% syer keutamaan RM2.00 seunit.
Semua syer biasa yang didaftarkan diterbitkan dan hanya separuh daripada syer
keutamaan diterbitkan. Kesemua syer telah dipohon dan dibayar sepernuhnya

Anda dikehendaki
a) Mengira Modal dibenarkan, Modal diterbitkan, Modal belum diterbitkan dan modal
berbayar.
b) Sediakan Kunci Kira-Kira pada 31 Mac 2009 dengan menunjukkan bahagian ekuiti pemilik
sahaja.
Bab 12 : Kelab dan Persatuan

1 Kelab Cahaya sebuah kelab rekreasi menjual minuman bagi menambahkan pendapatannya.
Berikut ialah maklumat perakaunan kelab bagi tahun berakhir 30 Jun 2010
1 Julai 2009 30 Jun 2010
Bangunan 90 000 90 000
Alatan sukan 25 000
Penghutang minuman 6 840 7 260
Stok minuman 5 870 4 620
Yuran tertunggak 2 180 1 860
Yuran terdahulu 380
Akhbar dan majalah terakru 180 240
Bank 16 500 11 460
Stok alat tulis 80

Penerimaan
Yuran ahli 68 420
Sewa 8 680
Derma am 1 260
Derma dana sukan 5 800
Penghutang minuman 32 600
Jualan minuman 12 800

Pembayaran
Belanja penyelenggaraan 18 360
Akhbar 2 520
Belanja kursus 13 940
Alatan Sukan 25 000
Gaji 36 000
Kadar bayaran 6 240
Alat tulis 460
Mesyuarat 5 680
Belian minuman 26 400

Maklumat tambahan
(i) Derma dana sukan hendaklah dianggap sebagai penerimaan modal
(ii) Sebanyak RM10 000 daripada gaji adalah untuk bahagian minuman
(iii) Alatan sukan disusutnilai 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan

Anda dikehendaki menyediakan


(a) Akaun yuran

(b) Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 30 Jun 2010

(c) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2010
Bab 13 : Rekod Tak Lengkap

1 Berikut ialah makluamt yang diberikan oleh Perniagaan Tyaren, seorang peniaga milikan tunggal
yang tidak menyimpan rekod perakauanan yang lengkap
1 Jan 2008 31 Dis 2008
RM RM
Perabot 6 000 7 000
Penghutang 1 255 1 450
Pemiutang 985 830
Stok 2 155 1 980
Bank 3 165 ?
Insurans terdahulu 150
Kadar bayaran terakru 75

Buku Tunai
RM RM
Baki b/b 3 165 Pemiutang 4 370
Jualan 5 350 Belian 1 500
Penghutang 9 875 Perabot 2 000
Komisen 300 Kadar bayaran 850
Sewa 1 200
Gaji 1 500
Insurans 500

Maklumat tambahan:
(i) Perniagaan telah memulangkan barang bernilai RM350 dan pelanggan memulangkan
barang sebanyak RM200
(ii) Perniagaan menerima diskaun RM500 daripada pembekal dan memberi pelanggan
diskaun sebanyak RM350

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Akaun Kawalan Penghutang


(b) Akaun Kawalan Pemiutang
(c) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2008
Bab 14 : Pengenalan kepada Perakaunan Pengurusan

1. Maklumat berikut diambil daripada Perkilangan Maju pada 30 Jun

2010 Stok pada 1 Julai 2010


Bahan Mentah 14 700
Kerja dalam proses 6 200
Belian bahan mentah 45 200
Jualan 75 000
Angkutan masuk 750
Pulangan belian 500
Alat tulis kilang 300
Gaji pekerja kilang 6 200
Gaji pengurus kilang 3 000
Insurans 7 200
Sewa bangunan 6 000
Kadar bayaran kilang 1 755
Gaji jurujual 3 200
Belanja pembaikan kilang 5 000
Loji dan Mesin (Kos) 35 000
Lengkapan (kos) 7 000
Stok pada 30 Jun 2011
Bahan mentah 14 850
Kerja dalam proses 7 800

Maklumat tambahan
a) Loji dan mesin disusutnilaikan 10% setahun atas kos
b) Kadar bayaran terakru RM75
c) Sewa dan insurans dibahagikan antara kilaing pejabat dengan nisbah 4:1
d) Stok alat tulis pada 30 Jun 2011 bernilai RM 50

Sediakan Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2011

2. Maklumat berikut dipetik daripada Syarikat Yokohama yang mengeluarkan bateri. Maklumat
pengeluaran bagu seunit beteri adalah seperti berikut:

Kos tetap 75 000


Kos bahan mentah 40
Kos buruh langsung 20
Harga jualan 65

Anda dikehendaki menghitung


a) Titik pulang maodal
b) Keuntungan jika 8 000 unit bateri dijual
c) Titik pulan modal jika upah meningkat sebanyak RM5
d) RM15 000 dilaburkan untuk pengiklanan. Kira Titik pulang modal yang baru
e) Harga jualan ditingkatkan menjadi RM100. Berapa unit yang perlu dijual untuk
mencapai keuntungan RM45 000
Bab 15 : Maklumat untuk membuat keputusan
1. Encik Abu seorang peniaga tunggal mengendalikan Kedai Runcit Noraibu di Pujut. Data-data
berikut diambil daripada akaun perniagaannya pada 31 Julai 2010.
RM
Untung kasar 21 000
Untung bersih 8 200
Modal awal 56 500
Stok awal 12 500
Stok akhir 15 500
Kenderaan 49 800
Alatan kedai 9 066
Gaji terdahulu 240
Iklan terakru 125
Pemiutang 6 440
Penghutang 4 589
Pinjaman bank 13 000
Tunai 570
Bank 4 500

Maklumat tambahan:
(i) Perniagaan telah membuat tokokan sebanyak 25%
Anda dikehendaki menghuitung

(a) Kos jualan


(b) Jualan
(c) Stok purata
(d) Pusing ganti stok
(e) Pulangan atas modal
(f) Modal kerja

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like