You are on page 1of 7

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

KSSM TINGKATAN 3
2.1
2.1 Anugerah
AnugerahAlam
AlamCiptaan
CiptaanTuhan
Tuhan

PENGENALAN

Setiap individu mempunyai keyakinan dan kepercayaan wujudnya Tuhan yang mencipta alam
semesta ini. Segala benda hidup yang terdapat di atas bumi ini dianugerahkan oleh Tuhan dan
perlu dijaga. Manusia diamanahkan untuk menguruskan ciptaan flora dan fauna supaya alam ini
sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna yang dicipta oleh Tuhan. Manusia perlu
menyanjungi anugerah flora dan fauna ini dan meneruskan tanggungjawab mereka untuk menjaga
keseimbangan alam semesta ini. Murid perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai yang
dicadangkan dalam modul ini seperti kepercayaan kepada Tuhan, bertanggungjawab dan
berterima kasih bagi memastikan mereka sentiasa menyanjungi kepentingan anugerah alam
ciptaan Tuhan.

STANDARD STANDARD TP TAFSIRAN CADANGAN NILAI,


KANDUNGAN PEMBELAJARAN ISU/SITUASI &AKTIVITI

2.1 Murid boleh: Menyatakan contoh Cadangan nilai


Anugerah 1 anugerah alam ciptaan  Kepercayaan kepada
Alam 2.1.1 Mengenal pasti Tuhan. Tuhan
Ciptaan anugerah alam  Rasional
Tuhan ciptaan Tuhan. Menerangkan  Berterima kasih
keperluan menghargai  Bertanggungjawab
2.1.2 Menjelaskan 2
setiap anugerah alam  Kasih sayang
kepentingan
ciptaan Tuhan.
menghargai setiap Cadangan isu atau
anugerah alam Menilai keperluan situasi
ciptaan Tuhan. anugerah alam ciptaan  Penyeledupan
haiwan
Tuhan demi
2.1.3 Meramalkan kesan 3  Pembangunan
kesejahteraan diri, bandar terancang
pengabaian
anugerah alam keluarga dan  Hutan bandar
ciptaanTuhan. masyarakat.  Bencana alam
2.1.4 Menjana idea  Penciptaan senjata
Menghubung kait
tentang cara nuklear dan
menghargai kesan pengabaian persaingan antara
anugerah ciptaan 4 anugerah alam ciptaan kuasa dunia
Tuhan. Tuhan dengan cara
2.1.5 Mengekspresikan menghargainya. Cadangan aktiviti
perasaan apabila  Menghasilkan peta
menghargai Menghayati dan minda berkaitan
anugerah ciptaan mempamerkan cara sebab dan akibat
Tuhan. kewujudan bandar
5 menghargai alam
2.1.6 Mempraktikkan terancang.
ciptaan Tuhan dalam
langkah-langkah  Mengadakan
kehidupan seharian. pameran kesan
menghargai
ciptaan Tuhan mengenai mangsa
demi Menghayati dan peperangan.
kesejahteraan diri, mengamalkan  Mengadakan teater
keluarga dan langkah-langkah forum tentang kesan
masyarakat menghargai anugerah pemusnahan flora
majmuk. 6 dan fauna terhadap
alam ciptaan Tuhan
kehidupan manusia.
dalam kehidupan
 Mencipta kad ucapan
seharian secara tekal elektronik sempena
atau boleh dicontohi. Hari Bumi atau Hari
Alam Sekitar.
1
BIDANG: DIRI, KELUARGA & PERSAHABATAN
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
KSSM TINGKATAN 3
2.1
2.1 Anugerah
AnugerahAlam
AlamCiptaan
CiptaanTuhan
Tuhan

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

Tingkatan : 3 Arif

Bidang 2 :Diri, keluarga dan persahabatan

Standard Kandungan: 2.1 Anugerah Alam Ciptaan Tuhan

Tajuk: Menghargai Flora dan Fauna

Standard Pembelajaran: 2.1.1, 2.1.2, 2.1.5, 2.1.6

Nilai: Kepercayaan kepada Tuhan, bertanggungjawab dan berterima kasih

Masa: 60 minit

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat:

i. Menyatakan 4 contoh fauna dan flora yang dicipta oleh Tuhan.


ii. Menjelaskan 4 kepentingan fauna dan flora kepada manusia dan alam.
iii. Mengekspresikan perasaan apabila berjaya menjalankan projek flora dan flora.
iv. Menunjukkan langkah-langkah menghargai flora dan fauna melalui projek yang dijalankan.

Aktiviti : menonton video, melakarkan peta minda, melaksanakan projek, membuat penanda buku.

Bahan Bantu Belajar: Video klip, kad gambar, kad kelompok flora dan fauna, bahan projek

EMK: Kelestarian Global, Kreativiti dan Inovasi

Strategi Pengajaran:

Cadangan nilai/
Langkah Pengajaran
Elemen

Set Induksi (5 minit)

Kepercayaan
1. Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru berkaitan dengan zoo
kepada Tuhan
yang menggambarkan flora dan fauna.
Bertanggungjawab
2. Murid ditanya beberapa soalan berkaitan video klip tersebut seperti:
Berterima kasih

i. Apakah yang anda lihat dalam video klip tersebut?


ii. Namakan flora dan fauna yang anda lihat dalam video klip tersebut.
Langkah 1 (10 minit)
Kepercayaan
1. Murid diminta mencari maksud flora dan fauna melalui kamus. kepada Tuhan
Bertanggungjawab
2. Murid diminta menyatakan flora dan fauna yang semakin pupus pada Berterima kasih
masa kini dan punca kepada kepupusan tersebut.
Akses Kendiri
3. Murid berbincang tentang amalan nilai yang perlu ada pada diri murid Kelestarian global
untuk mengekalkan flora dan fauna ini.

2
BIDANG: DIRI, KELUARGA & PERSAHABATAN
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
KSSM TINGKATAN 3
2.1
2.1 Anugerah
AnugerahAlam
AlamCiptaan
CiptaanTuhan
Tuhan

Langkah 2 (10 minit)


1. Murid dibahagi kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi Kad kelompok flora dan fauna. Bertanggungjawab
3. Setiap kumpulan diminta untuk menjelaskan kepentingan kelompok Kepercayaan
flora dan fauna kepada manusia dan alam.(Lembaran 1) kepada Tuhan
Kad kelompok fauna 1 : Berterima kasih
gajah, kuda, keldai , kerbau,
kucing, unta dan anjing Peta I-Think/
Peta Minda
burung hantu, ikan salmon,
Kad kelompok fauna 2 : burung kenyalang
Kreativiti dan
inovasi
(Menjana idea)
Hutan
Kad kelompok flora 3 :

serai wangi, daun pandan,


Kad kelompok flora 4 : kunyit hidup, daun kaduk, lidah
buaya dan pegaga, ulam raja

4. Hasil kerja murid dibentangkan dalam bentuk peta minda (Lembaran 2).
Langkah 3 (15 minit)
1. Murid dalam kumpulan berbincang tentang langkah-langkah yang perlu
diambil untuk menyanjungi ciptaan Tuhan berdasarkan projek yang
dicadangkan seperti berikut :

Contoh Tajuk Projek:


Kumpulan 1: Penanaman pokok
Kumpulan 2: Penjagaan binatang kesayangan
Kumpulan 3: Hiasan kelas – Akuarium
Rasional
2. Setiap kumpulan menyediakan rangka projek masing-masing dengan
Bertanggungjawab
bimbingan guru. Butiran rangka adalah seperti berikut:
Kepercayaan
a. Tajuk
Kepada Tuhan
b. Objektif projek
Kerajinan
c.Tempoh pelaksanaan
d. Lokasi projek
Kreativiti dan
e. Proses pelaksanaan projek
inovasi
(Menjana idea)
i) Sebelum projek (penyediaan bahan projek seperti pasu, tanih,
baja, bekas, makanan ikan.
ii) Semasa projek (jadual penjagaan projek)
iii) Selepas projek (penyediaan laporan projek)

3. Murid diminta menceritakan perasaan apabila bersedia untuk


melaksanakan projek flora dan fauna.

3
BIDANG: DIRI, KELUARGA & PERSAHABATAN
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
KSSM TINGKATAN 3
2.1
2.1 Anugerah
AnugerahAlam
AlamCiptaan
CiptaanTuhan
Tuhan

Aktiviti Penilaian (10 minit)

1. Murid membentangkan rangka projek yang dihasilkan oleh mereka. Kepercayaan


Guru membuat penilaian berdasarkan hasil pembentangan murid. kepada Tuhan
2. Murid melengkapkan lembaran kerja tentang kepentingan flora dan Bertanggungjawab
fauna yang dianugerah oleh Tuhan. Berterima kasih

Aktiviti Pemulihan (5 minit)

Kepercayaan
kepada Tuhan
1. Murid dibimbing oleh guru untuk melengkapkan penanda buku
Bertanggungjawab
menggunakan kata-kata hikmat yang menggambarkan sikap
Berterima kasih
menyanjungi ciptaan Tuhan.
Kreatif & Inovatifi

Aktiviti Pengayaan (5 minit)

Kebebasan
1. Murid diminta membuat contoh laporan tentang projek yang akan Berdikari
dijalankan seperti yang dirangkakan oleh murid dalam langkah 3 di
atas. (Aktiviti 3)
Akses kendiri
Rumusan (5 minit)
Akses kendiri
1. Murid dibimbing dalam merumuskan tajuk pembelajaran dengan
menekankan kepentingan menyanjungi flora dan fauna anugerah alam
ciptaan Tuhan.
2. Murid diminta menjalankan projek tersebut sebagai aktiviti luar
pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral (ALPdP).

Refleksi :

Lembaran 1 : Kepentingan flora & fauna

4
BIDANG: DIRI, KELUARGA & PERSAHABATAN
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
KSSM TINGKATAN 3
2.1
2.1 Anugerah
AnugerahAlam
AlamCiptaan
CiptaanTuhan
Tuhan

ARAHAN : Jelaskan kepentingan menyanjungi flora dan fauna anugerah Tuhan berdasarkan
kad kelompok berikut ke dalam peta minda yang diberikan.

gajah, kuda, keldai , kerbau,


Kad kelompok Fauna 1:
kucing, unta dan anjing

burung hantu, ikan salmon,


Kad kelompok Fauna 2 : burung kormoran , burung
kenyalang

pokok meranti, pokok keruning,


Kad kelompok flora 3 : pokok nyatoh, rotan, buluh,
damar

serai wangi, daun pandan,


Kad kelompok flora 4 :
kunyit hidup, daun kaduk, lidah
buaya, pegaga dan ulam raja

Lembaran 2 : Peta Minda

Kepentingan
kelompok
fauna 2

AKTIVITI PENGAYAAN : Menghargai flora dan fauna


ARAHAN: Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan rangka projek anda.
5
BIDANG: DIRI, KELUARGA & PERSAHABATAN
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
KSSM TINGKATAN 3
2.1
2.1 Anugerah
AnugerahAlam
AlamCiptaan
CiptaanTuhan
Tuhan

Soalan-soalan:

1. Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh anda pelajari daripada rangka projek yang anda
sediakan.

2. Huraikan 3 pengajaran yang boleh anda peroleh melalui projek tersebut.

3. Apakah perasaan anda apabila menjalankan tanggungjawab dalam menyempurnakan projek


ini?

4. Bagaimanakah anda dapat mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk menyanjungi flora dan
fauna anugerah Tuhan?

AKTIVITI PENILAIAN : Kepentingan flora dan fauna

ARAHAN: Nyatakan dan terangkan kepentingan menyanjungi flora dan fauna di bawah:

KEPENTINGAN
ANUGERAH TUHAN MENYANJUNGI
ANUGERAH TUHAN

FLORA


FAUNA

6
BIDANG: DIRI, KELUARGA & PERSAHABATAN
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
KSSM TINGKATAN 3
2.1
2.1 Anugerah
AnugerahAlam
AlamCiptaan
CiptaanTuhan
Tuhan

AKTIVITI PEMULIHAN : Mari Membuat Penanda Buku!

CONTOH:

JANGAN MENDERA BINATANG KESAYANGAN!

7
BIDANG: DIRI, KELUARGA & PERSAHABATAN

You might also like