You are on page 1of 10

PERKEBUNAN

TAJUK : MEMBIAK TUMBUHAN.

1. Tujuan utama pembiakan ialah:


a. untuk menambah bilangan
b. supaya tidak pupus.

2. Tumbuhan boleh dibiakkan melalui:


a. pembiakan seks.
b. pembiakan aseks.

3. Pembiakan seks.

a. Pembiakan seks ialah pembiakan menggunakan biji


benih.

b. Melalui pembiakan seks kita dapat:


i. menambahkan bilangan tumbuhan.
ii. menghasilkan hibrid pokok yang lebih baik dan
menarik.

4. Contoh pokok yang dibiakkan secara seks ialah:


b. Celosia (bunga balung ayam)
b. Helianthus (bunga matahari)
c. Comphrena (bunga butang)
d. Impatiens (bunga keembung)

5. Langkah-langkah membiak secara seks


a. menyediakan biji benih menyediakan medium
semaian
b. menyemai biji benih menjaga anak benih
6. Menyediakan biji benih
a. Biji benih yang baik dan sesuai untuk digunakan
dalam pembiakan seks ialah biji benih yang:
i. cukup matang
ii. berisi
iii. berbentuk normal
iv. tiada tanda serangan penyakit dan perosak

b. Biji benih perlu dirawat dengan racun serangga atau


kulat untuk mengelakkan daripada serangan penyakit
dan perosak.

c. Pemilihan biji benih yang baik penting untuk


memastikan peratus percambahan anak pokok yang
akan tumbuh.

7. Menyediakan medium semaian.

a. Campuran medium semaian ialah:

tanah loam : baja organik : pasir sungai

2 : 1 : 1

8. Faktor-faktor medium semaian yang baik:


a. berkeadaan gembur supaya ada pengudaraan dan
saliran.
b. kaya dengan nutrien

9. Baja fosfat super dicampurkan dalam medium untuk


menggalakkan pertumbuhan akar.
10. Menyemai biji benih.

a. Pilih bekas semaian yang sesuai dan ada lubang


saliran.

b. Sebelum menyemai biji benih, tutup lubang saliran


dengan batu atau serpihan pasu.

c. Lubang saliran ditutup supaya medium tidak keluar


bersama-sama dengan air siraman.

d. Isi dan ratakan permukaan medium semaian hingga


2.5 cm dari permukaan atas bekas semaian.

e. Biji benih boleh disemai dengan cara:


i. menabur
ii. menanam

f. Bagi biji benih yang halus, akan dicampur dengan


pasir halus supaya mendapat taburan biji benih yang
sekata.

g. Taburkan satu lapisan nipis tanah selepas menyemai


biji benih.

h. Bagi biji benih yang kasar pula bolehlah ditanam


dalam lubang medium semaian.

i. Biji benih ditanam lebih kurang dua kali diameter


biji benih.

11. Menjaga anak benih.


a. Anak benih yang baru tumbuh perlu dijaga.

b. Pastikan medium semaian sentiasa lembap.


c. Untuk mengekalkan kelembapan medium bekas
semaian boleh :
i. ditutup dengan plastik lut sinar
ii. ditutup dengan kaca.

d. Bekas semaian perlu diletakkan di tempat yang


redup.

e. Apabila anak benih mula tumbuh, alihkan plastik


dan kaca.

f. Siram anak pokok yang baru tumbuh.

g. Merumput perlulah dilakukan untuk menggelakkan


persaingan dengan anak benih.

h. Sebelum mengubah, proses pengerasan perlu


dilakukan bagi mengurangkan renjatan semasa
mengubah.

i. Proses pengerasan dilakukan dengan mengurangkan


air dan perlindungan secara beransur-ansur.

Aktiviti.

1.Menyediakan medium semaian.

2.Menyemai biji benih halus

3.Menyemai biji benih kasar


12. Pembiakan aseks.

1. Pembiakan aseks boleh dilakukan dengan kaedah :


i. keratan batang
ii. keratan daun
iii. pembahagian rumpun

2. Melalui pembiakan aseks, pokok yang baru


mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pokok induk.

3. Contoh tumbuhan yang boleh dibiakkan secara aseks


ialah:

Kaedah Contoh tumbuhan


keratan batang Cadiaeum (pokok puding)
Bougainvillea (bunga kertas)
Hibiscus (bunga raya)

keratan daun Sansevieria (pokok lidah jin)


Begonia (pokok resam batu)

pembahagian rumpun Sansevieria (pokok lidah jin)


Caladium (pokok keladi)

4. Langkah-langkah membiak secara aseks.


a. menyediakan keratan batang/ daun/ pembahagian
rumpun menyediakan medium pengakaran menanam
keratan menjaga anak pokok

5. Contoh pokok tumbuhan hiasan yang dibiakkan


secara aseks.
13. Menyediakan bahagian tumbuhan untuk pembiakan aseks.

13.1. Menyediakan keratan batang. Cara-cara


melakukan pembiakan dengan kaedah keratan batang
ialah:

a. Keratan batang boleh dibahagi kepada tiga bahagian:


i. lembut
ii. sederhana
iii. keras

b. Keratan batang yang dipilih mestilah :


i. sihat
ii. bebas daripada penyakit atau perosak

c. Panjang keratan yang diperlukan ialah 15 cm –


20 cm.

d. Potongan hendaklah bersih untuk mengelakkan


daripada serangan penyakit.

e. Bahagian bawah keratan dipotong serong supaya


terdapat permukaan yang luas untuk menyerap air.

f. Manakala pada bahagian atas keratan dipotong


melintang untuk membezakan antara atas dan bawah
keratan.

g. Buang semua daun yang terdapat pada kayu keras.


Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kehilangan
air melalui proses transpirasi.

h. Permukaan bahagian bawah dipotong serong dan


licin untuk menambahkan keluasan permukaan
batang untuk menyerap air.
i. Sekiranya keratan kayu keras digunakan, semua
daun pada keratan hendaklah dibuang. Tujuannya
adalah untuk mengurangkan kadar transpirasi.

j. Di antara pokok hiasan yang dibiakkan dengan cara


ini ialah Hibiscus, Ixora dan Bougainviella

14. Menyediakan medium pengakaran.

a. Pasir sungai merupakan medium pengakaran yang


baik.

b. Pasir sungai digunakan sebagai medium pengakaran


kerana:
a- mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik
b- bersih
c- tidak menghalang perkembangan akar.

c. Tutup lubang saliran pada bekas semaian.

d. Rata dan tekan permukaan medium supaya padat.

15. Menanam keratan batang.

a. Apabila keratan batang dan medium pengakaran


telah disediakan, proses penanaman keratan pula
dilakukan.

b. Bahagian bawah keratan dicelup ke dalam hormon


pengakaran untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

c. Keratan batang ditanam secara condong untuk


menggalakkan pembentukan tunas yang banyak.
16. Menjaga anak pokok.

a. Kekalkan kelembapan medium dengan menyiram


atau menutup bekas dengan plastik lut sinar.

b. Keratan batang yang baru ditanam perlu diberi


teduhan.

c. Buang rumpai yang tumbuh untuk mengelakkan


persaingan.

d. Keratan boleh diubah sekiranya telah mempunyai 3 -


4 akar utama.

Aktiviti.
1.Menyediakan keratan batang.

2.Menyediakan medium pengakaran.

3.Menanam keratan batang

Kaedah Keratan Daun

1. Pokok yang hendak dibiakkan dengan kaedah ini mestilah


mempunyai daun yang berlendair kerana ia banyak
menyimpan makanan di dalam daunnya

2. Terdapat dua cara untuk melakukan pembiakan melalui


kaedah ini iaitu melalui:
a) bahagian daun
b) lai daun
3. Di antara pokok hiasan yang dibiakkan dengan keratan
daun ialah Sanseveria dan Begonia

Kaedah Pembahagian Rumpun

1. Pokok hiasan yang dibiakkan melalui kaedah ini akan


dibahagikan kepada beberapa kumpulan rumpun yang
kecil.

2. Setiap rumpun akan mengandungi anak pokok yang


sempurna iaitu ia mempunyai akar, batang dan daun

3. Diantara pokok hiasan yang dibiakkan dengan kaedah ini


ialah Adiantum, Calathea dan Sanseveria

Kaedah Tut atau Markot

1. Kaedah ini melibatkan pembuangan kulit dan kambium


pada dahan

2. Bahagian yang telah dibuang kulit itu dibalut dengan


medium mengetut bagi menggalakkan pengakaran

3. Hormon pengakaran digunakan bagi mempercepatkan


pengakaran

4. Kaedah ini sesuai bagi membiakkan pokok yang


mempunyai dahan berkayu.

5. Ia melibatkan dua proses iaitu:


a) menyediakan medium mengetut
b) menyediakan dahan untuk ditut

6. Contoh pokok hiasan yang dibiakkan dengan kaedah ini


ialah Rosa, Codiaeum dan Adenium.
7. Pokok yang dimarkot mempunyai ketulenan baka,cepat
berbunga dan berbuah

8. Kelemahan menggunakan kaeah ini adalah ia tidak


mempunyai akar tunjang

Kaedah Cantuman Baji

1. Kaedah ini menggunakn pucuk (sion) yang disatukan


dengan batang pokok penanti

2. Sion akan mengeluarkan pucuk baru jika cantuman


berjaya

3. Contoh pokok hiasan yang diabiakkan dengan kaedah ini


ialah Bougainviella, Coleus dan Hibiscus

4. Untuk menentukan kejayaan cantuman , perkara-perkara


berikut harus diberi perhatian:

a) Sion dan pokok penanti mesti dari famili yangs sama


b) Kerja-kerja mencantum mesti dilakukan dengan serta
merta untuk mengelakkan sion dan pokok penanti
menjadi kering
c) Lapisan kambium tidak boleh tercemar
d) Pisau yang digunakan mesti bersih dan tajam
e) Pokok penanti dan sion mestilah sihat dan cergas

Aktiviti.
1.Menyediakan keratan daun.

2.Menyediakan kaedah mengetut.

3.Menyediakan kaedah cantuman baji.

You might also like