You are on page 1of 19

BAB 5:

PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM


KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
HASIL PEMBELAJARAN
• Mengetahui perkembangan parti politik di Malaysia.
• Menghuraikan usaha yang diambil untuk mengukuhkan kesepaduan
sosial melalui politik.
• Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi
etnik di negara ini dalam konteks politik.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan
2. Pembangunan Politik
3. Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik
4. Perubahan Trend dan Corak Pengundian
5. Kesimpulan

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
1. PENGENALAN
• Dalam menelusuri sejarah politik di Malaysia, pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka sering dijadikan titik permulaan dalam memahami pentadbiran
feudalisme di Tanah Melayu.
• Sultan Melaka yang memerintah dibantu oleh pembesar berempat, iaitu
Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari.
• Di samping itu, kerajaan Melayu Melaka memiliki undang-undang kanun Melaka
yang membantu memastikan keamanan pelabuhan Melaka dan berjaya menjadi
sebuah kerajaan termasyhur pada abad ke-15.
• Sistem politik tradisional tidak membenarkan persaingan kuasa secara bebas;
Sultan mempunyai kuasa mutlak dan kesetiaan rakyat dan kedaulatan raja
disanjung tinggi.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
• Namun, kemasukan penjajah telah menghakis kuasa institusi
kesultanan Melayu khususnya setelah termetrai Perjanjian Pangkor
pada 1874 menandakan bermulanya era campur tangan British dalam
negeri-negeri Melayu dengan pengenalan sistem residen.
• Usaha pihak British dalam menguasai negeri-negeri Melayu bermula
dengan menggabungkan negeri-negeri Melayu:
Perlis + Kedah + Kelantan +
Perak + Selangor + Negeri
Terengganu (diperoleh
Sembilan + Pahang =
melalui Perjanjian Bangkok
Negeri-negeri Melayu
tahun 1909) = Negeri-negeri
Bersekutu (NNMB) pada
Melayu Tidak Bersekutu
1896
(NNMTB)

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
• Penguasaan kolonial British diperkukuhkan dengan penubuhan
Malayan Union pada 1 April 1946 yang membawa kepada
penentangan orang Melayu kerana kuasa sultan semakin dilenyapkan
oleh pihak British.
• UMNO ditubuhkan pada persidangan pada 11 dan 12 Mei 1946 dan
diterajui oleh Dato’ Onn Jaafar sebagai presiden pertama dengan
tujuan menentang Malayan Union.
• Pada awal 1950-an, parti UMNO telah menyaksikan satu peristiwa
penting dalam konteks permuafakatan politik negara kerana UMNO
dan MCA telah bergabung dengan mewujudkan parti Perikatan.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
• Faktor etnik merupakan elemen utama yang mempengaruhi
penubuhan parti politik dan perkembangan politik di awal
kemerdekaan.
• Justeru, bagi membendung konflik terbuka, demokrasi permuafakatan
dianggap sebagai pendekatan terbaik.
• Permuafakatan ini berteraskan prinsip tolak ansur, tawar menawar,
akomodasi dan konsensus dalam pelbagai parti politik yang menyertai
gabungan membolehkan parti-parti membentuk kerajaan dan
mengekalkan kuasa.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
2. PEMBANGUNAN POLITIK
• Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama
pembangunan politik, iaitu satu wilayah yang mempunyai sempadan,
pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.
• Pembinaan negara bangsa pula dapat dicapai melalui pelbagai
pendekatan, termasuk penerapan dasar awam yang digubal kerajaan
dan pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol dan ritual
negara seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan perayaan
hari kemerdekaan.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
• Usaha mewujudkan negara bangsa berdasarkan beberapa aspek:

Kepelbagaian Kesan
suku kaum penjajahan

Gabungan Gabungan
wilayah kerajaan

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
3. PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA
FORMAL DALAM POLITIK
• Semasa pelaksanaan Malayan Union pada tahun 1946, secara tersirat
memperlihatkan pihak British ingin memperkenalkan corak pemerintahan
unitary yang berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak British dan rakyat
pula ditadbir sebagai satu bangsa.
• British cuba menyatukan semua etnik dengan paksaan pada ketika itu.
• Melihat keadaan itu, Onn Jaafar cuba menyatukan pelbagai etnik dalam
konsep rela (tidak seperti British), namun ditolak oleh masyarakat majmuk
kerana mereka lebih memperjuangkan kepentingan etnik sendiri.
• Namun, ia berubah sejak menjelang kemerdekaan. Parti Perikatan
mengamalkan konsep perkongsian kuasa atau pakatan politik.
• Pada tahun 1960-an, satu lagi parti berbilang etnik yang wujud ialah
National Convention Party (NCP) pimpinan Abdul Aziz Ishak.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
• Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah besar dengan penyertaan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Gerakan dari Semenanjung dan parti
politik lain dari Sabah dan Sarawak.
- Pengabungan ini bagi kestabilan politik bagi mengelak tragedi 13 Mei
1969 berulang kembali.
- Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani sebagai tanda
persetujuan antara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
4. DEMOGRAFI DAN POLITIK
• Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan
raya.
- Peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam politik negara adalah
jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu atau
Bumiputera mempunyai 125 kerusi, iaitu etnik Melayu merupakan
pengundi majoriti di kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan
Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara
keseluruhan, kerusi Melayu atau bumiputera dalam politik negara
adalah 156 atau bersamaan 71.2 peratus kerusi. (Analisa Pilihan raya
1995, 1999 dan 2004)

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
• Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus
mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan konsep dan amalan
pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik.
• Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili
pelbagai etnik bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju dan masa
depan negara.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
4. PERUBAHAN TREND DAN CORAK PENGUNDIAN

• Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan corak


pengundian yang berbeza daripada pilihan raya sebelumnya, iaitu BN
menguasai majoriti kerusi tanpa banyak cabaran, kecuali bagi pilihan
raya 1969.
• Terdapat pemimpin dan parti politik yang memanipulasi isu
perkauman untuk meraih undi kerana strategi sedemikian mudah
memancing emosi pengundi kaum terbabit, apatah lagi jika yang
disentuh itu membabitkan hak dan kepentingan kaum berkenaan
seperti agama, bahasa, ekonomi dan pendidikan.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
• Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar dan utama
membabitkan tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti,
kebebasan bersuara, keadilan dan seumpamanya.
• Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan perubahan dari
segi kematangan demokrasi dan berpolitik dalam kalangan rakyat.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
5. MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK BERALIH
ANGIN
• Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan ramai, rakyat lebih
memihak kepada pembangkang dan menolak BN yang disifatkan
sebagai tsunami politik.
• Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai
kaum.
• Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang
satusatu etnik bukan majoriti menyaksikan calon BN mengalami
kekalahan sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian merupakan
kubu kuat BN.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
• Bagi kawasan yang didominasi kaum Cina pula, sokongan terhadap BN
adalah rendah.
• Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum.
• Semakin ramai orang Cina dan India di sesuatu kawasan, semakin rendah
pula sokongan mereka terhadap BN.
• Sokongan orang Melayu terhadap PKR kian meningkat di kawasan yang
mempunyai ramai pengundi Melayu.
• Kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga dan kejayaan Sarawak dan
Sabah menjadi kubu kuat.
• Tahun 2018 telah membuktikan suara rakyat dimana pemerintahan BN
selama 60 tahun kecundang dan beralih kepada parti Pakatan Harapan.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
8. KESIMPULAN

• Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir


kejayaan dalam pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana
rakyat pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi
kuasa dan permuafakatan dari segi politik.
• Parti politik yang mewakili pelbagai kaum membentuk kesepakatan,
baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang.
• Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara
kaum dan pelbagai parti politik merupakan tonggak keutuhan dan
survival negara ini.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019
LATIHAN
• Bincangkan cabaran dan saranan dalam meningkatkan hubungan
etnik di Malaysia.

NurulFarhanahMohdNasir_UCSIUni_May2019

You might also like