You are on page 1of 5

PENGENALAN

Obesiti atau kegemukan yang berlebihan ditakrifkan oleh Kamus Dewan Bahasa
(2006) sebagai kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang
berlebihan. Menurut Heyward (2002), obesiti merupakan satu masalah
kegemukan di mana jumlah lemak badan adalah sebahagian daripada jumlah
berat badan. Ini juga dikenali sebagai berat badan berlebihan. Peratusan lemak
badan yang berlebihan akan menimbulkan masalah seperti kegemukan.
Peratusan yang ideal untuk seseorang individu adalah di antara 25 kg/m2 hingga
29.9 kg/m2 (U.S. Department of Health and Human Services, 2002). Berkaitan
dengan perkara di atas, para murid di sekolah rendah di Malaysia khasnya
kurang pengetahuan dan kefahaman tentang obesiti dan faktor-faktor yang
menyebabkan obesiti. Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang hanya membincangkan
tentang makanan seimbang selama 30 minit sahaja. Dengan masa yang begitu
limatasi, tidak banyak yang dapat diterangkan oleh guru-guru untuk kefahaman
murid-murid sekolah rendah tentang faktor-faktor obesiti. Pengambilan makanan
yang berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal adalah antara faktor utama
yang menyebabkan obesiti.Menyedari kesan daripada obesiti Panitia Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan SK Pauh Sembilan telah merancang satu program
pencegahan obesiti yang meliputi siri ceramah, mini pameran dan demontrasi
menyediakan sarapan (sandwish) yang sihat.

OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai kepentingan dan faedah


mengamalkan pemakanan sihat dan cegah obesiti.
TARIKH

2 Oktober 2019

SASARAN

Murid tahun 4, 5 dan 6 SK Pauh Sembilan.

AKTIVITI :

1. Senamrobik

2. Saringan BMI

3. Ceramah permakanan sihat

4. Pameran Pemakanan

5. Edaran panduan Pemakanan Kanak-kanak

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PENGERUSI : En Che Mohd Rosli B AbDerahman

NAIB PENGERUSI : Tuan Hj Azman B Mahmood

SETIAUSAHA : Pn Muniza Bt Mahmood ( K/p PJ/PK )

BENDAHARI : Pn A zzyati Bt Ariffin

PENYELARAS MAJLIS : En. Mohd Nazi Bin Hj Ahmad


AJK PENGELOLA :

Siaraya : En. Nazri Bin Md Noor

Tempat : En. Mohd Sufian Bin Abd Rahman

Jamuan : Pn. Norizan Binti Seman

Pameran : En.Mohd Nazi Bin Hj Ahmad

Kawalan murid : En Zurkfli B Yusoff

Dokumentasi : Pn Ruhana Binti Mohd Zain

BAJET

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. Bayaran penceramah RM 100 (1jam)
2. Jamuan jemputan RM 100
3 Bahan edaran RM 50
JUMLAH RM 250

Aturcara Majlis

8.00-8.45 : Senamrobik

8.45 – 9.45 pagi :Demontrasi menyediakan sarapan pagi yang sihat


(sandwish)

9.45 – 10.05 pagi : Rehat (minum pagi)

10.05 – 11.05 pagi : Ceramah cegah obesiti.

11.05 – 11.35 tgh : Lawatan mini pameran.

11.35 : Bersurai
PENUTUP

Program cegah obesiti merupakan program tahunan Panitia Pendidikan Jasmani


dan Kesihatan yang telah dirangka supaya matlamat dan objektif program dapat
dicapai. Ia turut membawa misi panita pendidikan jasmani dan kesihatan bagi
merealisasikan pengetahuan berkaitan pemakanan yang seimbang dan sihat
bagi menjamin hidup yang sihat sepanjang hayat. Justeru itu pihak panitia amat
berharap agar program ini mendapat kelulusan dari pihak pentadbir.

Disediakan oleh:

_________________

( Pn . Muniza Binti Mahmood @ Hamzah )

S/U Program Pencegahan Obesiti SK Pauh Sembilan

Disemak oleh:

( Tn Hj Azman Bin Mahmood )

Penolong Kanan Pentadbiran

SK Pauh Sembilan.

You might also like