You are on page 1of 48

dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Tahun
Buku Aktiviti Murid
2

Kementerian Pengangkutan Malaysia


dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur
2018
KEMENTERIAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PENDIDIKAN
MALAYSIA
Penghargaan
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
MALAYSIA

No. Siri Buku: 0160 Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
KK 363-221-0302011-5565-25-20101 sama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia
ISBN 978-967-5565-25-0 KEMENTERIAN KEMENTERIAN
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan Pertama 2018 PENDIDIKAN PENDIDIKAN
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia selaku
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018MALAYSIA
MALAYSIA pemilik Projek Semakan dan Pembangunan Semula
Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula,
semua pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, ditujukan kepada semua yang berikut:
penggambaran semula mahupun dengan cara
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Kementerian Pengangkutan Malaysia
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Malaysia (MIROS)
Penerbit Bersama: • Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. • Bahagian Pembangunan Kurikulum
No. Telefon: 03-83238000 • Bahagian Buku Teks
No. Faksimile: 03-88888806 • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Laman Web: http://www.jkjr.gov.my • Lembaga Peperiksaan
Laman Web PKJR: www.pkjr.gov.my • Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
• Institut Pendidikan Guru Malaysia
• Universiti Putra Malaysia
• Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka,
• Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jalan Dewan Bahasa,
• Universiti Malaya
50460 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian)
Kementerian Dalam Negeri
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my
Polis Diraja Malaysia
Reka Letak dan Atur Huruf:
CLEAVE AMITY
Zieconcept Enterprise
Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 14 poin
Dicetak oleh:
Ultimate Print Sdn. Bhd.,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang
hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab
dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan
harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini
dapat menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

iii
iv
AKTIVITI
KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT

1 Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi 1

2 Ciri-ciri Keselamatan Kenderaan 3

3 Prasarana di Jalan Raya 4

4 Fungsi Prasarana Jalan Raya 5

5 Mengenal Lampu Isyarat 6

6 Fungsi Lampu Isyarat 7

7 Tanda Isyarat Lalu Lintas dan Maksudnya 8

8 Mengenal Arah Lalu Lintas 10

9 Maksud Tanda Isyarat Keselamatan Lalu Lintas 12

10 Isyarat Keselamatan yang Mengawal Lalu 13


Lintas

11 Pemakaian Tali Pinggang Keledar 14

12 Amalkan Peraturan Jalan Raya 15

13 Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan 16


Kamu

v
AKTIVITI
KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT

14 Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya 17

15 Melintas dengan Orang Dewasa 19

16 Melintas dengan Selamatnya 20

17 Pencahayaan dan Kebolehlihatan 21

18 Tempat Selamat untuk Melintas 22

19 Persekitaran Jalan Raya untuk Pejalan Kaki 23

20 Pakaian dan Peralatan Keselamatan Berbasikal 24

21 Pemilihan Pakaian dan Peralatan Keselamatan 25


Berbasikal

22 Fungsi Peralatan Keselamatan Berbasikal 27

23 Tempat Duduk Selamat 29

24 Kegunaan Alat Penahan 31

Glosari Keselamatan Jalan Raya 32

Lampiran 39

vi
Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi

Aktiviti 1

Teliti gambar di bawah. Kemudian, baca fungsi komponen keselamatan.

1 Tali pinggang keledar

Ini tali pinggang keledar. Tali pinggang


keledar dapat menghalang penumpang
daripada terhumban ke hadapan atau
tercampak keluar daripada kenderaan
apabila berlaku kemalangan.

2 Beg udara keselamatan

Beg udara keselamatan akan mengembang


untuk mengurangkan daya hentaman ketika
penumpang terhumban ke hadapan jika
berlaku kemalangan.

3 Cermin pandang sisi

Cermin pandang sisi digunakan untuk


melihat kenderaan di belakang sebelum
memotong kenderaan di hadapan. Cermin
pandang sisi berada di sebelah kiri dan
kanan kereta.

HP PKJR: 1.1.2 1
Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi

4 Cermin pandang belakang

Cermin pandang belakang digunakan


untuk melihat kenderaan di belakang.

5 Pengelap cermin

Pengelap cermin kenderaan digunakan


sewaktu hujan untuk membolehkan
pemandu melihat objek dengan jelasnya.

6 Brek kaki

Brek kaki berfungsi untuk memperlahankan


dan memberhentikan kenderaan.

2 HP PKJR: 1.1.2
BBM

Aktiviti 2

Tonton klip video dan sebut ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada bas
A dan kereta.

Baca ayat tentang ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada bas dan kereta.
B Kemudian, tandakan ( ) pada ciri yang sama dan ( ) pada ciri yang
berbeza.

1. Pemandu hendaklah melihat cermin pandang belakang


sebelum mengubah haluan dan lorong.

2. Pintu kecemasan digunakan untuk keluar dari kenderaan


semasa kecemasan.

3. Tali pinggang keledar digunakan untuk mengelakkan


penumpang belakang terhumban ke hadapan ketika
pemandu membrek secara tiba-tiba.

4. Tayar yang digunakan mestilah selamat dan sesuai dengan


kenderaan.

5. Sebelum memandu kenderaan, pemandu hendaklah


memastikan brek dan lampu brek berfungsi dengan baiknya.

HP PKJR: 1.1.2 3
30
km/j

Aktiviti 3

Keselamatan Pejalan Kaki dan


Penunggang Basikal di Jalan Raya

Terdapat pelbagai cara untuk menjaga keselamatan


pejalan kaki dan penunggang basikal. Pejalan kaki
menggunakan laluan pejalan kaki untuk mengelakkan
kemalangan. Pejalan kaki berhenti pada bebendul jalan
sebelum melintas untuk mengelakkan diri daripada
dilanggar oleh kenderaan. Pejalan kaki perlu berjalan
mengikut arah yang bertentangan dengan arah laluan
kenderaan supaya dapat melihat kenderaan di hadapan.
Selain itu, pejalan kaki boleh menggunakan jejantas atau
lintasan pejalan kaki untuk menjaga keselamatan diri.

Bagi penunggang basikal pula, laluan basikal harus


digunakan untuk mengelakkan kemalangan. Jika terdapat
bonggol, penunggang basikal perlu memperlahankan
basikalnya. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa
berwaspada ketika berada di jalan raya.

4 HP PKJR: 2.2.1
km/j

BBM

Aktiviti 4

Teliti gambar di bawah. Jelaskan fungsi prasarana jalan raya kepada rakan kamu.
Kemudian, tulis fungsi tersebut dalam ruangan yang disediakan.
1. Laluan pejalan kaki 2. Laluan basikal 3. Jejantas

5. Lintasan pejalan kaki


4. Bebendul jalan

6. Lampu isyarat lintasan pejalan kaki

HP PKJR: 2.2.2 5
BBM

Aktiviti 5

Tonton klip video yang ditayangkan. Kemudian, warnakan dan nyatakan fungsi
lampu isyarat di bawah.

BERHENTI

BERSEDIA UNTUK
BERHENTI

BERGERAK

6 HP PKJR: 2.3.2
Aktiviti 6

Baca dan kenal pasti kesalahan ejaan dalam petikan di bawah. Kemudian, tulis
petikan semula dalam ruangan yang disediakan.

Lampu Isyarat

Lampu isyarat ialah alat pemberi isyarat. Biasanya,


lampu isharat ditempatkan di persimpangan jalan litasan
perjalanan kaki.
Terdapat tige warna pada lampu isyarat, iaitu merah
kunin dan hijau. Lampu hijau menunjukkan kita boleh
meneruskan perjalanan. Lampu kunin pula menandakan
kita bersedia untuk berhenti, manakala lampu merah
menandakan kita mesti berhenti.
Kita mesti mematuhi lampu isyarat jalan raya supaya
aliran tafik berjalan lancar. Jika kita mematuhi lampu
isyarat, kita dapat mengurangkan kadar kemalangan
di jalan raya.

HP PKJR: 2.3.2 7
Tanda Isyarat Lalu Lintas dan Maksudnya
BBM

Aktiviti 7

A Lihat dan baca tanda isyarat lalu lintas di bawah.

Perhentian
Lampu isyarat bas
di hadapan
Kawasan
Berhenti kanak-kanak
kanak-kanak melintas
melintas
Motosikal
dilarang masuk
Lintasan
pejalan kaki

8 HP PKJR: 2.3.3
Tanda Isyarat Lalu Lintas dan Maksudnya 30
km/j

B Tulis fungsi tanda isyarat lalu lintas dan warnakannya.

HP PKJR: 2.3.3 9
Mengenal Arah Lalu Lintas
km/j

Aktiviti 8

Baca dan fahami petikan di bawah.


A

Mei Ling dan ibunya hendak melintas jalan. Mereka berhenti di bahu jalan. Ibu
mengingatkan Mei Ling supaya melihat keadaan lalu lintas dari arah kanan, kiri
dan kanan.

Mei Ling melihat sebuah kereta berwarna kuning bergerak dari arah kanannya.
Dia juga melihat sebuah kereta berwarna hijau bergerak dari arah kirinya. Mei Ling
melihat ke kanan semula untuk memastikan tiada kenderaan sebelum melintas.

Ibu Mei Ling memberitahu bahawa tujuan mereka melihat kenderaan dari arah
kanan, kiri dan kanan adalah untuk memastikan mereka dapat melintas dengan
selamatnya.

10 HP PKJR: 2.4.1
Mengenal Arah Lalu Lintas

1. Apakah perkataan lain yang sama maksudnya dengan perkataan melihat?

a. memandang
b. melintas
c. membelok

2. Apakah perkara yang perlu kita lakukan sebelum melintas jalan?

a. melihat ke kiri dan kanan


b. melihat ke kanan dan kiri
c. melihat ke kanan, kiri dan kanan

3. Mengapakah kita perlu melihat arah lalu lintas sebelum melintas jalan?

Kita perlu melihat arah lalu lintas sebelum melintas jalan kerana

4. Apakah yang akan berlaku jika kita tidak melihat arah lalu lintas?

Jika kita tidak melihat arah lalu lintas, kita akan

HP PKJR: 2.4.1 11
Maksud Tanda Isyarat Keselamatan Lalu Lintas

Aktiviti 9

Teliti kedua-dua gambar di bawah dan cari perbezaan antara kedua-duanya.


A
Kemudian, bulatkan perbezaan tersebut.
1.

2.

B
Ceritakan kepada rakan kamu tentang maksud tanda isyarat keselamatan
lalu lintas yang telah kamu bulatkan.

12 HP PKJR: 2.4.2
Isyarat Keselamatan yang Mengawal Lalu Lintas

Aktiviti 10

Teliti gambar di bawah. Kemudian, bincangkan kegunaan lampu isyarat pejalan


kaki dengan rakan kamu.
Lampu Isyarat Pejalan Kaki

Imej orang merah bernyala Imej orang hijau bernyala

Pejalan kaki tidak boleh melintas Pejalan kaki boleh melintas

HP PKJR: 2.4.2 13
30
km/j

Aktiviti 11

Teliti gambar di bawah dan nyatakan akibat tidak memakai tali pinggang keledar
jika berlaku kemalangan.

1.

2.

14 HP PKJR: 3.1.2
km/j

Aktiviti 12

Baca cerita di bawah. Kemudian, tandakan ( ) pada pernyataan yang betul


dan ( ) pada pernyataan yang salah.

Pada setiap pagi, ayah Aliya menghantar abangnya


ke sekolah dengan menunggang motosikal. Ayah
Aliya akan memastikan abang mengancing topi
keledar dengan betulnya dan kemasnya sebelum
menunggang motosikal. Ibunya pula akan
menghantar Aliya dan kakaknya ke sekolah dengan
menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan,
ibunya akan memakai tali pinggang keledar dan
memastikan Aliya dan kakaknya juga memakai tali
pinggang keledar penumpang.
Apabila tiba di sekolah, ibu Aliya memastikan
mereka keluar dari pintu sebelah kiri kereta. Selepas
keluar dari kereta, Aliya dan kakaknya menggunakan
jejantas untuk melintas jalan dengan selamatnya.

1. Ayah Aliya akan memastikan abangnya mengancing topi keledar


dengan betulnya dan kemasnya.

2. Penumpang kereta tidak perlu memakai tali pinggang keledar.

3. Ibu Aliya memastikan mereka keluar dari pintu sebelah kanan


kereta.

4. Sebelum memulakan perjalanan, ibu Aliya akan memakai tali


pinggang keledar.

5. Aliya dan kakaknya menggunakan jejantas untuk melintas jalan.

HP PKJR: 3.1.2 15
Aktiviti 13

Padankan peraturan jalan raya dengan gambar yang betul.

Jangan melintas di antara


dua buah kenderaan.

Sentiasa memakai topi


keledar walaupun untuk
perjalanan yang dekat.

Tunggu sehingga bas


beredar untuk melintas
jalan.

Tunggu sehingga orang


dewasa membuka pintu
kereta sebelum keluar.

Jangan bermain di jalan


raya.

16 HP PKJR: 3.1.2
Aktiviti 14

A Bina ayat berdasarkan gambar dan frasa yang diberikan.

1. mesti dipimpin – orang dewasa

________________________________
________________________________
________________________________

2.
topi keledar – saiz kepala

________________________________
________________________________
________________________________

3.
jejantas – melintas – dengan selamatnya

________________________________
________________________________
________________________________

4.
membuka pintu – memimpin tangan

________________________________
________________________________
________________________________

HP PKJR: 3.1.2 17
Pilih satu daripada situasi pada halaman 17 dan lakukan aktiviti tersebut
B bersama-sama dengan anggota keluarga. Ambil gambar, cetak dan
tampalkan pada ruangan yang disediakan.

Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga: Tarikh:

18 HP PKJR: 3.1.2
30
km/j

BBM

Aktiviti 15

RASA SAYANG

*Rasa sayang hei...


Rasa sayang, sayang hei,
Hei lihat nona jauh, 2X
Rasa sayang-sayang hei.

Masak harum si buah mangga,


Enak sungguh manis rasanya;
__________________ ibu dan bapa,
Agar tidak kesal selamanya.

Dua tiga si kucing hutan,


Berlari-lari di tepi kali;
Jika hendak melintas jalan,
Guna __________________________.

Ulangi*

Naik kereta pergi ke pekan,


Rasa gembira dalam hati;
Sebelum _____________ jangan lupakan,
Pandang kanan dan pandang kiri.

Dahan pokok hendak dicantas,


Batang pokok dibuat titi;
Ada kawasan ______________
Perlu _____________ dengan teliti.

Ulang*
PKJR

HP PKJR: 4.1.1 19
Melintas dengan Selamatnya
km/j

Aktiviti 16

Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan ayat yang diberikan.

PKJR
Pejalan kaki harus mengikut langkah-langkah
keselamatan sebelum melintas jalan. Orang dewasa
hendaklah memimpin tangan kanak-kanak sewaktu
melintas jalan raya. Selain itu, kanak-kanak perlu
berjalan seiring dengan orang dewasa, ketika
melintas di lintasan pejalan kaki. Apabila imej orang
hijau pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala,
pejalan kaki boleh melintas dengan selamatnya.
Pejalan kaki juga boleh menggunakan jejantas yang
1 disediakan untuk melintas. Langkah-langkah ini
2 perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan
3
pejalan kaki.

1. Sebelum melintas jalan raya, pejalan kaki hendaklah

2. Orang dewasa hendaklah

3. Kanak-kanak perlu berjalan

4. Pejalan kaki boleh melintas jalan raya apabila

5. Pejalan kaki boleh juga menggunakan

20 HP PKJR: 4.1.1
Aktiviti 17

Berdasarkan gambar, susun semula perkataan menjadi ayat yang betul.


Waktu hujan

supaya dapat dilihat oleh orang lain

Kita mesti memakai baju hujan dan


pakaian cerah

keadaan menjadi gelap

Pada waktu hujan lebat

1.

2.

Waktu malam
untuk gunakan

jaket pemantul cahaya

meningkatkan kebolehlihatan

Pada waktu malam

1.

HP PKJR: 4.3.1 21
Aktiviti 18

Baca dan fahami pernyataan di bawah.

1. 2.

Gunakan jejantas untuk melintas Ikut arahan peronda lintasan


di jalan raya yang sibuk. sekolah ketika hendak melintas
jalan.

3. 4.

Gunakan lintasan pejalan kaki yang Berhati-hati ketika hendak melintas


disediakan apabila hendak melintas di lintasan pejalan kaki berisyarat.
jalan.

22 HP PKJR: 4.4.1
Aktiviti 19

Isi tempat kosong dengan frasa yang diberikan.

lintasan pejalan
bebendul jalan
kaki berisyarat

lintasan pejalan peronda lintasan


kaki sekolah

laluan pejalan
kaki

1. Lintasan sekolah yang dikawal oleh ___________________________________


membolehkan kanak-kanak melintas jalan dengan selamatnya.
2. Pejalan kaki boleh melintas apabila imej orang hijau pada lampu isyarat
_______________________________ bernyala dan semua kenderaan berhenti.
3. Jutim berjalan seiring dengan ayahnya ketika melintas di _________________
_______________________________________________.
4. Pejalan kaki hendaklah menggunakan _____________________________
yang disediakan untuk mengelakkan kemalangan.
5. Kita hendaklah berhenti di ____________________________________ sebelum
melintas jalan.

HP PKJR: 4.4.1 23
30
km/j

BBM

Aktiviti 20

Tonton klip video dan ceritakan kepentingan menggunakan pakaian dan peralatan
keselamatan berbasikal. Kemudian, gunting gambar pada halaman 39 dan
tampalkan pada ruangan yang disediakan.

Pakaian
Keselamatan

Peralatan
Keselamatan

24 HP PKJR: 5.1.2
km/j

BBM

Aktiviti 21

Dengar rakaman cerita tentang pakaian dan peralatan keselamatan


A
berbasikal.

Cari dan garisi perkataan tentang pakaian dan peralatan keselamatan


B berbasikal yang terdapat dalam teks.

Mei Ling berasa gembira apabila ayah mengajaknya ke kedai


basikal. Dia teringat bahawa ayahnya pernah berjanji untuk
menghadiahkan sebuah basikal bersempena dengan hari lahirnya.
Setibanya di kedai basikal, Mei Ling diberikan peluang untuk
memilih basikal yang disukainya. Tuan kedai itu mencadangkan
supaya Mei Ling memilih basikal yang mempunyai ciri-ciri
keselamatan seperti cermin sisi, brek dan tayar yang berkualiti.
Tuan kedai juga menasihatinya supaya membeli peralatan
keselamatan seperti pad siku, pad lutut, topi keledar dan jaket
pemantul cahaya. Mei Ling teringat akan pesanan Cikgu Azrin
bahawa peralatan keselamatan perlu dipakai ketika menunggang
basikal.

HP PKJR: 5.1.2 25
Berdasarkan teks pada halaman 25, tulis perkataan tentang pakaian dan
peralatan keselamatan berbasikal.

Pakaian dan
Peralatan
Keselamatan
Berbasikal

26 HP PKJR: 5.1.2
Aktiviti 22

Apakah
hadiah hari Ayah saya
lahir kamu? menghadiahkan
peralatan keselamatan
berbasikal.

Wah, seronoknya!
Apakah peralatan Ada pad siku, pad
itu? lutut, topi keledar
dan jaket pemantul
cahaya.

Apakah
fungsinya? Pad siku untuk melindungi
siku, manakala pad lutut untuk
melindungi lutut. Topi keledar
pula untuk melindungi kepala
dan jaket pemantul cahaya untuk
meningkatkan kebolehlihatan
kepada orang lain.

HP PKJR: 5.1.2 27
Tulis fungsi peralatan keselamatan berbasikal. Kemudian, padankan
B
gambar dengan fungsinya.

Topi keledar

Pad lutut

Jaket pemantul cahaya

Pad siku

28 HP PKJR: 5.2.1
30
km/j

Aktiviti 23

Berdasarkan gambar yang diberikan, cari dan warnakan perkataan


A
tersembunyi.

Tempat duduk Tempat duduk


kanak-kanak bayi

Pelaras tempat Tempat duduk


duduk belakang

HP PKJR: 6.2.1 29
km/j

2. 4.
T T

4.
2.
3.
P

1. T D K A K -

1.

3.

30 HP PKJR: 6.2.1
Aktiviti 24

Baca petikan di bawah. Kemudian, ceritakan fungsi alat penahan berdasarkan


gambar kepada rakan kamu.

Tali pinggang ikatan pinggang Tali pinggang keledar

Alat penahan berfungsi untuk menahan pemandu dan penumpang daripada


terhumban ke hadapan apabila berlaku perlanggaran atau semasa membrek
kecemasan. Terdapat dua jenis alat penahan di dalam kereta, iaitu tali pinggang
keledar dan tali pinggang ikatan pinggang.

Tali pinggang keledar terdapat pada tempat duduk pemandu, penumpang


di hadapan serta penumpang di belakang kiri dan kanan tempat duduk.
Manakala, tali pinggang ikatan pinggang hanya terdapat di bahagian tengah
tempat duduk penumpang belakang.

Tali pinggang keledar penumpang digunakan untuk mengikat kerusi


keselamatan kanak-kanak, iaitu tempat duduk bayi, tempat duduk kanak-kanak dan
pelaras tempat duduk. Penggunaan alat penahan dapat menjamin keselamatan
penumpang di dalam kereta.

HP PKJR: 6.6.2 31
km/j

Istilah Maksud

Alat penahan Alat untuk menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban
ke hadapan dalam perlanggaran atau semasa membrek kecemasan.

Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
daripada impak stereng atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi
keledar motosikal atau basikal.

Aliran lalu lintas Arah pergerakan trafik atau kenderaan di jalan raya.

Batas kebun Pembahagi jalan yang bertujuan untuk membahagi laluan jalan kepada
dua arah berlainan. Batas kebun boleh mempunyai objek seperti tiang
lampu, pokok atau tanaman rimbun.

Bebendul Bahagian tepi jalan raya yang merupakan kaki lima pembahagi jalan
atau bahu jalan yang bertemu dengan jalan raya. Bebendul biasanya
diperbuat daripada konkrit dan berfungsi sebagai tulang untuk perparitan
jalan raya yang baik. Bebendul juga berfungsi untuk meningkatkan
keselamatan, iaitu dengan memastikan pemandu kenderaan bermotor
memandu jauh dari bahu jalan, pembahagi jalan atau kaki lima.

Beg udara Beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stereng atau
papan pemuka. Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat duduk
penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika dilanggar
dari arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung
dan mengempis dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat).
Proses ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan
penumpang serta mengurangkan kecederaan serius.

Bonggol Alat penenang trafik berupa binaan yang agak tinggi sedikit daripada
permukaan jalan raya yang bertujuan untuk memaksa pemandu
memperlahankan kelajuan kenderaan, terutamanya di kawasan
perumahan atau sekolah.

Bulatan Jalan berbentuk lingkaran yang membolehkan trafik bergerak lancar


dalam satu arah.

Dikancingkan dan Mengancingkan dan mengetatkan tali keledar mengikut kesesuaian


dilaraskan pemakai bagi mengelakkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Garis median Garisan berwarna putih di jalan raya yang berfungsi sebagai pembahagi
lorong.

32
Istilah Maksud

Garisan penanda Garisan berupa tanda anak panah di atas permukaan jalan yang
jalan berfungsi sebagai penunjuk arah lalu lintas.

Had laju Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.
kenderaan Biasanya dipaparkan di papan tanda atau badan kenderaan berat.

Imej orang hijau Simbol berupa orang berwarna hijau yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki hanya boleh melintas apabila imej orang hijau
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala dan trafik telah berhenti.

Imej orang merah Simbol berupa orang berwarna merah yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki dilarang melintas apabila imej orang merah
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala.

Isyarat tangan Gerakan tangan bagi menunjukkan isyarat tertentu oleh anggota polis
polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas di jalan raya.
Jaket pemantul Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya.
cahaya
Jalan bandaran Jalan yang terdapat dalam kawasan bandar. Jalan ini menghubungkan
bandar kecil dengan bandar kecil yang lain.

Jalan kampung Jalan yang terdapat di kawasan kampung.

Jalan negeri Jalan yang menghubungkan dua buah negeri yang dibina melalui
pembiayaan kerajaan negeri.

Jalan persekutuan Jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama antara negeri.
Contoh: jalan yang menghubungkan Kuantan dengan Kota Bharu.

Jejambat Jambatan jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang
jalan lain.

Jejantas Jambatan untuk pejalan kaki melintas jalan, biasanya dibina di atas
jalan raya yang sibuk.

Jentera Kenderaan berat.

Jentera berantai Kenderaan berat yang beroda rantai. Contoh: kereta perisai dan jentolak.

Jentera beroda Kenderaan berat beroda besar. Contoh: jentera kaut dan traktor.

33
Istilah Maksud

Kancing Logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung
yang dipasang pada tali keledar untuk keselamatan.

Kebolehlihatan Keadaan dapat melihat sesuatu pada waktu malam atau waktu kurang
pencahayaan akibat faktor masa atau cahaya.

Kenderaan awam Kenderaan yang disediakan untuk kemudahan orang ramai.

Kenderaan berat Kenderaan bermotor yang beratnya bersamaan dengan muatan melebihi
lima tan seperti bas, lori dan sebagainya.

Kenderaan berel Kenderaan pengangkutan bergerabak yang bergerak di atas rel dengan
menggunakan kuasa elektrik atau ditarik oleh kepala gerabak. Contoh:
LRT, ERL dan kereta api.

Kenderaan darat Kenderaan yang bergerak di darat.


Kenderaan Kenderaan yang dimiliki oleh individu atau milik sendiri.
persendirian
Kesesakan trafik Keadaan yang disebabkan oleh kenderaan yang sangat banyak di jalan
raya dan menyebabkan pergerakan trafik kurang lancar.

Ketidakbolehlihatan Kesukaran pengguna jalan raya melihat sesuatu dengan jelasnya


disebabkan faktor cuaca atau masa.

Komponen Bahagian kenderaan yang boleh menjadikan kenderaan lengkap atau


kenderaan sempurna.

Laluan kongsi Laluan yang boleh digunakan secara bersama-sama oleh penunggang
basikal dan pejalan kaki.

Laluan pejalan kaki Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan pejalan kaki.

Laluan sikal Laluan pada sebahagian daripada jalan raya yang dikhaskan untuk
kegunaan kenderaan beroda dua.

Lampu isyarat Alat penunjuk bagi menandakan aturan dan masa yang selamat untuk
melepasi simpang jalan, sama ada memandu terus, belok ke kanan
atau ke kiri atau membuat pusingan U.

Lampu isyarat Lampu isyarat yang mempunyai imej orang hijau dan imej orang merah
pejalan kaki yang digunakan oleh pejalan kaki sebagai isyarat melintas jalan.

34
Istilah Maksud

Lawan arah trafik Arah pergerakan pejalan kaki atau kenderaan tertentu yang berlawanan
dengan pergerakan arus semasa.
Lebuh raya Jalan raya utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar
dengan bandar lain.
Lintasan pejalan Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
kaki melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat pejalan kaki melintas
dengan selamatnya.
Lintasan pejalan Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat pejalan kaki.
kaki berisyarat
Lintasan sekolah Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat kanak-kanak sekolah
melintas dengan selamatnya. Lazimnya, lintasan ini dikawal oleh petugas
atau peronda lintasan sekolah.
Lopak Lekuk yang berair.

Momentum Daya yang mendorong pergerakan sesuatu.

Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut.

Pad siku Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku.


Parkir Tempat yang dikhususkan untuk meletakkan kenderaan.
Pelaras tempat Sejenis tempat duduk kanak-kanak yang boleh dilaraskan mengikut
duduk kesesuaian dan saiz badan untuk keselamatan kanak-kanak di dalam
kenderaan.

Pelekat pemantul Alat yang digunakan untuk membalikkan cahaya kepada pemandu
cahaya kenderaan lain pada waktu malam.

Pembahagi jalan Ruang pemisah antara dua aliran trafik yang bertentangan di bahagian
tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan terdiri daripada
tembok konkrit, rel adang ataupun ruang tanah kosong yang lapang.

Pembonceng Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal.


Penanda jalan Simbol-simbol trafik yang terdapat pada permukaan jalan raya yang
mesti dipatuhi untuk mengawal, memberikan amaran dan panduan
kepada pengguna jalan raya.

35
Istilah Maksud

Pencahayaan Pengenaan cahaya langsung ke arah objek yang perlu diterangi.

Pengawal trafik Orang yang bertugas mengawal selia aliran lalu lintas supaya bergerak
lancar dan selamat.

Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti
motosikal dan basikal.

Perabot jalan raya Objek atau kelengkapan yang dipasang di jalan raya untuk tujuan
tertentu. Contoh: batas kebun, pasu bunga dan pulau pelindung.

Peraturan jalan Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna


raya jalan raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.

Perhentian bas Tempat yang dikhaskan untuk bas berhenti bagi mengambil atau
menurunkan penumpang.

Peronda lintasan Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan
sekolah memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis
dan diberikan kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan
bagi membolehkan murid melintas.

Prasarana jalan Keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas yang terdapat di jalan
raya raya. Contoh: lampu jalan, terowong dan lintasan pejalan kaki.

Pulau pelindung/ Kawasan simpanan di tengah-tengah jalan raya. Lazimnya dibina


Pelindung pejalan di kawasan jalan raya yang lebar atau tiada lampu isyarat untuk
kaki membolehkan pejalan kaki berhenti sebelum melintas jalan.

Rel adang Rel keluli atau kabel keluli yang dipasang bagi mengelakkan pemandu
daripada terbabas.

Selekoh Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku.

Sensor undur Alat pengesan untuk mengesan sebarang objek yang berdekatan
supaya pemandu berwaspada sewaktu mengundurkan kenderaan.

Simpang Jalan yang melencong, bercabang atau berpisah dari jalan yang lurus.

36
Istilah Maksud

Standard Panduan yang menggariskan ciri keselamatan yang diguna pakai untuk
keselamatan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Tali pinggang Alat penahan yang terdapat di bahagian tengah tempat duduk belakang
ikatan pinggang kenderaan. Alat ini dipasang di pinggang dan boleh diketatkan atau
dilonggarkan mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Tali pinggang Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan
keledar untuk mengelakkan pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran
atau pemberhentian secara mengejut.

Tempat isyarat Simbol atau lambang yang terdapat di jalan raya termasuklah semua
lalu lintas isyarat, tiang isyarat amaran, tiang tunjuk arah, garisan atau peranti
lain bagi arahan atau petunjuk kepada pemandu dan pengguna jalan
raya. Tanda isyarat ini berfungsi sebagai isyarat keselamatan jalan raya
kepada pemandu dan pengguna jalan raya untuk memberikan panduan
dan peringatan agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk bayi di dalam kenderaan yang
bayi berfungsi melindungi bayi daripada terhumban ke hadapan sekiranya
berlaku hentakan atau perlanggaran. Tempat duduk bayi perlu
dipasangkan dengan kemasnya di bahagian kerusi penumpang belakang.

Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk kanak-kanak berfungsi


kanak-kanak untuk melindungi kanak-kanak daripada terhumban ke hadapan. Alat
keselamatan berbentuk seperti kerusi ini perlu dipasangkan dengan
kemasnya di tempat duduk penumpang belakang.

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng
motosikal dan basikal.

Undang-undang Akta atau peraturan yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya
jalan raya yang telah diputuskan melalui parlimen. Perlanggaran terhadap
undang-undang jalan raya boleh dikenakan saman.

Waktu puncak Waktu lalu lintas yang paling sibuk.

37
Lampiran

Aktiviti 20

39
Lampiran
Tanda Isyarat Lalu Lintas

KENDERAAN DILARANG MASUK DILARANG BERPUSING BALIK

DILARANG BELOK KE KIRI DILARANG BELOK KE KANAN

DILARANG MEMBUNYIKAN HON DILARANG BERHENTI

41
Lampiran
Tanda Isyarat Lalu Lintas

KENDERAAN MELEBIHI – METER LEBAR KENDERAAN MELEBIHI – TAN


DILARANG MASUK DILARANG MASUK

BERI LALUAN ORANG BUTA MELINTAS

KAWASAN LEMBU MELINTAS BONGGOL

42

You might also like