You are on page 1of 2

TAJUK: SISTEM BUMI

1.1 KONSEP SISTEM


a) mentakrifkan konsep sistem :
sistem bermaksud satu set angkubah yang tersusun, saling bertindakbalas dan saling bergantung untuk
membentuk satu sistem alam sekitar fizikal.

Angkubah merujuk kepada perkara-perkara atau unsur yang boleh berubah atau mengubah unsur
yang lain dalam sistem itu. Misalnya sistem sungai , angkubahnya ialah air sungai, lurah sungai, batuan
dan hidupan.

b) menerangkan konsep sistem dalam persekitaran fizikal : berdasarkan kepada fungsinya, sistem
terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
i) Sistem terpencil – sistem yang tidak membenarkan tenaga atau jisim keluar atau masuk ke
dalam sistem tersebut.
ii) Sistem tertutup – sistem yang tidak membenarkan jisim keluar tetapi membenarkan tenaga
keluar atau masuk ke dalam sistem ini. Contohnya sistem bumi di mana tenaga matahari boleh
masuk ke dalamnya dan bumi boleh membebaskan kembali haba tersebut.
iii) Sistem terbuka –sistem yang membolehkan pertukaran tenaga dan jisim. Sistem ini
mempunyai sempadan terbuka yang membolehkan tenaga dan bahan keluar atau masuk ke
dalam sistem tersebut. Contohnya sistem hutan atau sistem tasik.

Jika berdasarkan kepada pola hubungan atau sifat interaksinya, sistem terbahagi kapada :

i) Sistem morfologi – sistem yang mengandungi elemen fizikal yang tersusun dan saling
bertindak balas . Misalnya sistem tindak balas dalam sebuah lembangan saliran.

ii) Sistem lata – sistem yang angkubah-angkubahnya berinteraksi secara sehala. Interaksinya
membentuk rangkaian urutan input (bahan yang masuk), storan (bahan tersebut melalui
proses fizikal tertentu) dan output ( hasil daripada proses fizikal tersebut).

iii) Sistem Proses Tindak balas – sistem ini wujud dengan gabungan interaksi antara elemen
fizikal dalam sistem lata dan sistem morfologi.

1.2 KONSEP SISTEM SURIA

a) menerangkan sistem suria dalam Galaksi Bima Sakti, dan sistem bumi sebagai satu planet yang
memperoleh tenaga dari matahari.

sistem suria bermaksud matahari dan sembilan planet yang berputar di atas paksi masing-masing sambil
beredar mengelilingi matahari.

1.3 KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA

a) menyatakan bumi sebagai satu planet berbentuk sfera;


Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bentuk bumi bulat sfera :
1. gambar bumi dari satelit- bumi berbentuk bulat sfera
2. semua planet dalam cakerawala berbentuk bulat sfera

1
3. garis pusat bumi (diameter) bumi besar di khatulistiwa (tengah) 12 760km,kecil di kutub
(12 715km ).
4. Memerhati pelayaran kapal dari tengah lautan – badan kapal akan kelihatan sedikit
demi sedikit semakin kapal itu menghampiri pantai.
5. Pelayaran kapal laut mengelilingi dunia akhirnya ia kembali ke tempat permulaannya.
6. Fenomena matahari terbit (fajar) dan matahari tenggelam ( senja ) membuktikan
bumi bulat

Pergerakan bumi – berlaku melalui dua cara , iaitu :

i) Bumi berputar di atas paksinya ( sambil beredar mengelilingi matahari )


ii) Bumi beredar mengelilingi matahari sambil berputar di atas paksinya.

You might also like