You are on page 1of 32

1.

Pengenalan

CONTOH GRAFIK

 Grafik- perkara berkenaan dengan lukisan atau ukiran (Dewan Bahasa


& Pustaka).
 Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yg sukar diterangkan
oleh teks.
 Sumber penyampaian maklumat yang lebih berkesan & mudah diterima
oleh manusia.
 Grafik berkomputer- sebarang imej yang dihasilkan dengan
menggunakan komputer.
 Imej yang mudah seperti bulatan hingga kepada bentuk yang kompleks
seperti fraktal.
 Grafik boleh dibangunkan dengan mengguna pelbagai alatan termasuk
perisian melukis seperti Paint Shop Pro, Illustrator dan Adobe Photoshop.
 Selain itu, ia boleh direalisasikan dengan bantuan pengimbas imej dan
kamera digital.
 Untuk menjimatkan ruang dan kualiti yang baik bagi pelbagai aplikasi
yang digunakan, grafik boleh disimpan dalam fail yang mempunyai
pelbagai format dan saiz.
 Kualiti projek multimedia bergantung kepada gambar grafik. Di dalam
grafik terdapat beberapa format fail seperti bmp, gif, jpg, mac, png dan
sebagainya.

Contoh-contoh grafik berkomputer

Fractal
Bentuk asas

Logo
Icosahedron
2. Kepentingan Grafik

“A picture is worth than a thousand words”

 Penyampaian maklumat lebih menarik jelas, tepat, konsisten dan


berkesan berbanding dgn teks.
 Grafik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap suatu
maklumat.
 Contoh penggunaan seperti pengiklanan, pembentangan kertas kerja,
dan laporan syarikat.
 Peningkatan prestasi dan memudahkan pengurusan serta penjimatan

masa dan kos yang efektif.


 Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza dari segi:
 Latarbelakang (3D/2D)
 Kombinasi Warna yang digunakan
 Susunan Teks pada halaman grafik yang dibina
 Jumlah Objek yang terdapat pada satu halaman
 Sudut pandangan terhadap objek atau teks yang disusun
Kategori grafik
Grafik boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu bitmap dan
vektor.
• Vektor – imej berasaskan objek yang diwakili dalam bentuk geometrik.

• Bitmap- imej diwakili oleh piksel-piksel yang disusun dalam bentuk


matrik.

Imej vektor
• Merupakan imej jenis lukisan (draw-type images) / imej berasaskan
objek (object oriented images).
• Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang dibina
daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dll.
• Contohnya sebuah segiempat tepat boleh diwakili dengan arahan
berikut
– Line startcoord=“x.0 y.0”
– Endcoord=“x.20 y.20” thikness=“3”
• Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan dilaksanakan bagi
menerangkan kedudukan, saiz, dan bentuk imej tersebut.

Contoh:
Kelebihan imej vektor
• Keupayaan untuk mengubah saiz dan memutarkan sesebuah grafik
tanpa mengganggu kualiti imej.(cth)
• Saiz storan yang lebih kecil diperlukan kerana hanya arahan lakaran
komputer disimpan contohnya line (x1,y1, x2,y2).
• Mudah untuk dilakukan pindaan terhadap imej.

Kelemahan imej vektor


• Dihasilkan oleh komputer maka kurang realistik.

• Semakin kompleks objek semakin lambat untuk arahan imej untuk


diproses.
• Kepakaran yang tinggi diperlukan untuk melukis sebuah imej vektor
yang berkualiti tinggi.

Kegunaan imej vektor


• Menyimpan fail komputer dalam bentuk clip art untuk tujuan
pemasaran.
• Bidang teknikal seperti CAD/CAM, permodelan saintifik, senibina,
senireka, dll.
• Senireka grafik dan multimedia dengan sokongan perisian-perisian
berasaskan grafik vektor seperti Macromedia Freehand, Adobe
Illustrator & Autocad.

Imej Bitmap
• Dikenali juga sebagai imej raster.
• Mewakili imej dalam bentuk satu susunan titik-titik yang dikenali
sebagai piksel atau bit.
• Bitmap mewakili sesebuah imej dengan maklumat disusun dalam
matrik mudah yang menerangkan setiap piksel yang wujud.
• Monitor monokrom memerlukan matrik satu dimensi untuk membuat
paparan.
• Kedalaman(depth) yang lebih diperlukan untuk memaparkan imej
warna seperti 4,8,16,24 bit.

Kaedah utama bagi menghasilkan imej jenis bitmap


• Terdapat tiga kaedah utama untuk menghasilkan imej jenis bitmap
– Menggunakan program lukisan berasaskan komputer (cth:
Microsoft paint).
– Menangkap imej skirn komputer (Screen capture).
– Pengimbas komputer, kamera digital atau kad video.
• Antara perisian grafik yang boleh digunakan untuk meminda atau
mengubah imej bitmap ialah Adobe Photoshop, Painter, PrintShop Artist.

Resolusi dan warna di dalam bitmap


• Resolusi bagi imej bitmap ditentukan oleh dimensi imej tersebut secara
menegak dan melintang (640x480).
• Semakin tinggi nilai piksel semakin baik jelas sesebuah imej.
• Kedalaman warna imej bitmap ditentukan oleh jumlah ingatan setiap
piksel (VRAM).
• 4 bit =24 bersamaan 16 warna, 24 bit=224 16 juta warna hampir kepada
warna kehidupan sebenar.

Kelebihan & kelemahan Bitmap


• Tahap pengubahsuaian yang tinggi bergantung kepada
kedalaman suatu imej.
• Paparan imej sebenar dapat dilakukan.
• Saiz fail yang agak besar.
• Proses menukar saiz atau skala imej menghasilkan imej kabur
dan bergerigi “jaggies”.(kesan aliasing).
• Ingatan komputer yang tinggi.
• Anti-aliasing memperbaiki imej jagged dengan menambah
bahagian yang bergerigi.
3. Kategori Grafik :

1) Bitmap
 Gambar yang disimpan sebagai satu set gabungan piksel yang

disusun dalam titik grid pada skrin komputer.


 Digunakan untuk gambar yang realistik dan lukisan yang kompleks.

 Setiap piksel mempunyai ciri-ciri mendatar, menegak, warna dan

kecerahan.
 Setiap piksel ini disimpan sebagai bit.

 Bitmaps boleh dicipta dengan kaedah seperti melakarkan imej

menggunakan perisian lukisan, mengimbas gambar bitmap dan


muat-turun imej melalui web, imej dalam program lain.
 Kualiti imej bergantung kepada peleraian imej, bit dan monitor.

 Perubahan pada saiz imej akan menyebabkan perubahan pada kualiti

imej.

2) Vektor
 Merupakan imej jenis lukisan (draw-type images) / imej berasaskan
objek (object oriented images).
 Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang
dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dll.
 Contohnya sebuah segiempat tepat boleh diwakili dengan arahan
berikut
o Line startcoord=“x.0 y.0”
o Endcoord=“x.20 y.20” thikness=“3”

 Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan


dilaksanakan bagi menerangkan kedudukan, saiz, dan bentuk imej
tersebut.
 Boleh mencipta grafik 3 Dimensi.

 Apabila membesar atau mengecilkan imej tidak akan mengubah

kualiti imej.
 Saiz failnya kecil dan mudah muat-turun daripada internet.

3) Klip Art
 Merupakan ilustrasi elektronik yang boleh dimasukkan pada

dokumen.
 Menjimatkan masa dan sesuai digunakan untuk projek multimedia

4) Gambar Digital
 Gambar foto, gambar daripada buku boleh didigitalkan seluruhnya

dan dipautkan ke dalam projek multimedia


5) Gambar Hiper
 Imej yang dijadikan sebagai pemancu untuk dipautkan kepada teks,

grafik, sound, atau video pada komputer atau alamat


web.Mempunyai konsep hiperteks.
 Pemacu boleh mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza.

Terdapat beberapa perisian grafik iaitu :


1) Paint Program
Membenarkan penciptaan imej bebas, imej di simpan dalam bentuk bitmap
dan mudah untuk di edit.

2) Program Ilustrasi / Rekabentuk


Paint program yang lebih baik dengan ciri-ciri tambahan diwujudkan. Imej
dismpan dalam bentuk vektor.

3) Perisian Grafik Persembahan


Membenarkan penciptaan carta bar, carta paid an imej untuk tujuan
persembahan.

4) Perisian Animasi
Membenarkan proses penyusunan imej secara bersiri untuk menunujukan
pergerakan.

5) Perisian CAD
Keperluan kepada arkitek dan jurutera untuk mereka bentuk bangunan dan
sebagainya.
6) Penerbitan Atas Meja
Menyediakan ciri-ciri pemprosesan perkataan yang lengkap dengan
kemudahan teksserta grafik untuk penghasilan dokumen, kulit buku,
pengiklanan dan sebagainya.

4. Bahagian Grafik
1. Grafik rekabentuk (graphics design)
2. Grafik ilustrasi (graphics ilustration)
3. Grafik pengiklanan.(graphics advertising)

A) Grafik rekabentuk

 Grafik rekabentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan

dan teknologi untuk menyampaikan idea-idea.


 Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satu
cabaran kepada perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan
hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya untuk
menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna.
 Perekabentuk grafik yang mahir adalah mereka yang menggabungkan
penilaian astetik, pengeluaran teknologi dan kemahiran pengurusan
projek untuk membangunkan strategi komunikasi yang berkesan.

B) Grafik ilustrasi

 Grafik ilustrasi adalah satu bentuk lukisan jelas dan sempurna yang
dapat menyampaikan mesej atau idea tertentu.
 Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa
paras objek atau lukisan berbantukan teknologi komputer seperti
menggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand atau Illustrator.
 Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanan
dengan lebih efektif dalam masa yang singkat.
 Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandungan
yang panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Fungsi Ilustrasi dalam bidang kehidupan harian.

1. Ia akan muncul bersama-sama artikel dalam majalah atau di laman web


pada iklan-iklan, poster, label-label barangan dan sebagainya.
2. Ia juga terdapat pada kad-kad ucapan elektronik, kalendar, kulit buku
yang dipromosikan oleh syarikat e-dagang di Internet.
3. Untuk menjelaskan isi kandungan buku yang dijual secara atas talian,
terutamanya buku-buku cerita untuk kanak-kanak.

Jenis-jenis ilustrasi.

1. Ringkas, lucu dan menyenangkan hati pembaca.


2. Berbentuk fantasi atau khayalan.
3. Berbentuk sindiran (hampir sama dengan ciptaan komik dan kartun)

4. Jenis representasi dengan memberi gambaran bernyawa kepada benda-


benda bukan hidup atau bukan manusia.
5. Bertujuan untuk hiasan (biasanya digunakan pada tajuk artikel di laman
web)
6. Memperjelaskan isi kandungan sesuatu konsep pengajaran atau konteks
buku elektronik.

Proses menghasilkan grafik ilustrasi


1. Tentukan tema dan tajuk yang sesuai bagi grafik yang dibina.
2. Lakukan kajian dan pemerhatian berkait dengan tema dan tajuk.
3. Menentukan kesesuaian ilustrasi dengan tema yang dibangunkan.
4. Jika perlu, pilih typeface yang sesuai.
5. Buat lakaran kecil, dan pilih lakaran yang sesuai serta susun mengikut
ukuran sebenar.
6. Tentukan warna yang sesuai.

C) Grafik pengiklanan

 Pengiklanan meliputi segala bentuk mesej mengenai barangan dan


perkhidmatan yang lahir daripada punca-punca yang berlainan.
 Kebanyakan pengiklanan disalurkan melalui saluran media seperti,
televisyen, laman web, poster, majalah, papan bulletin dan pelbagai
media lagi.
 Pengiklanan merupakan seni yang kompleks kerana melibatkan bidang
sains dan teknologi, ilmu perniagaan, pengetahuan sosial dan budaya
dan kemahiran dalam bidang seni reka.
 Grafik pengiklanan adalah kombinasi teks, warna, audio, video, sudut,
garisan dan tekstur.
 Tujuan pengiklanan adalah untuk mencari peminat sesuatu produk atau
perkhidmatan.
 Untuk menarik minat seseorang itu, iklan perlu bersifat cantik supaya ia
mempunyai daya tarikan.
 Selain daripada itu, sifat iklan untuk menyampaikan maklumat tidak
boleh diketepikan.
 Grafik pengiklanan adalah teknik-teknik dan proses untuk mewujudkan
nilai-nilai kecantikan yang memberi daya tarikan sesuatu produk.
 Penggabungan grafik, animasi dan produk memerlukan suatu daya
kretaiviti untuk membolehkan mesej disampaikan dengan mudah
kepada kumpulan sasaran.

Dalam pembanggunan grafik pengiklanan, terdapat beberapa perkara penting


perlu diberi perhatian, di antaranya:
Tajuk mesti menarik dan ringkas supaya dapat memikat
perhatian orang yang membaca teks iklan. Biasanya mesti
typeface yang besar dan jelas.
Cogankata amat penting dan mesti dapat menonjolkan kualiti serta
keistimewaan barangan yang diiklankan.
Ilustrasi menunjukkan imej sebenar barangan yang diiklankan,
ketepatan lukisan dan gambar foto biasanya dalam warna
yang menarik.
Rangka merupakan sempadan bagi isi sebenar iklan, fungsinya
reka untuk mengawal penglihatan pembaca supaya tumpuan
(Border) ditarik ke tengah. Rangka reka biasanya menggunakan
garisan mudah diolahkan untuk menjadi corak yang
cantik.

Logo amat penting kerana ia melambangkan syarikat atau


pembuat barang.
Nama dan sebagai pemberitahuan untuk berhubung atau pembuat
Alamat produk.
Warna amat diperlukan, warna yang berkesan akan menjadikan
iklan lebih dinamik dan menarik. Pilihan warna mesti
bersesuaian dengan fungsi iklan, jika iklan perlu disiarkan
dalam warna hitam putih sahaja atau monokrom,
perhatian haruslah diberi kepada pengurusan dan
pengolahan unsur seni supaya dapat menghasilkan iklan
yang berkesan.

5) Piawai / Format Grafik


Menentukan kualiti, saiz, serta tujuan penggunaannya.
1 BMP (bitmap) Format imej paling lama, imej tidak dipadatkan,

. saiz yg besar, mudah diterima.

2 TIFF (Tagged Aldus Corp (1986), penggunaan untuk imej yg

. Image File dihasilkan oleh peranti spt pengimbas, frame


Format) grabber.

3 PICT Format imej untuk komputer Macintosh, sesuai utk

. kerja2 persembahan, video, paparan skrin.

4 TGA (Targa) Format pertama yg mampu menampung 24-bit

. warna.
5 EPS Imej bagi format ilustrasi PostScript. GIF (Grafics

. (Encapsulated Interchange Format)- Piawai untuk imej


PostScript) pemindahan secara “on-line”, pemadatan imej 8 bit
digunakan dan saiz imej yg kecil.

6 WMF (Windows Digunakan untuk OS windows sering digunakan

. Metafile Format) untuk menyimpan imej vektor clipart.

7 JPEG (Joint Merupakan kaedah yang digunakan untuk

. Photographic memadatkan imej, sesuai untuk gambar foto tetapi


Expert Group) kurang sesuai utk huruf atau aksara

6) Reka Bentuk Visual


 Visual ialah alat yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih
baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis
 Fungsi utama visual ialah untuk meningkatkan komunikasi dalam
pengajaran.

(1) Konsep dan Fungsi Visual


Visual dibahagi kepada tiga bentuk
a. Fotografik
b. Elektronik
c. Grafik : menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik
(i) Visual analogik :

Menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol


yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut

(ii) Visual organisasi :

Merangkumi carta, graf, peta dan sebagainya

(2) Ciri-ciri Visual


i. Mudah dan jelas dibaca / difahami
ii. Mesej mudah ditafsir. Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi
perhatian pada visual
iii. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud
yang terdapat dalam visual
iv. Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat
dalam visual
v. Contohnya:

Rokok membahaya kesihatan

(3) Elemen Reka Bentuk Visual


Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk
membentuk sesuatu komposisi visual.,iaitu
Elemen Grafik

Ruang Garis Permukaan/jalinan


(Space) (Line) (Surface)

Bentuk tiga dimensi Rupa dua dimensi


(Form) (Shape)

(a) Ruang
 Keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual
 Ruang perlu untuk menjadikan sesuatu reka bentuk menarik
 Ruang terbahagi kepada dua:
i. Ruang Positif : Ruang yang digunakan
ii. Ruang Negatif : Ruang yang kosong

Ruang
Positif

Ruang
Negatif

(b) Garis (Line)


 Garis boleh didapati dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi
 Dua dimensi seperti lakaran pensil
 Garis tiga dimensi adalah seperti tali, kulit siput dan sebagainya
 Fungsi garis ialah:
i. Menunjukkan pergerakan
ii. Menunjukkan suasana
iii. Menunjukkan kemegahan/kekuatan
iv. Menunjukkan kekusutan
v. Melukis objek/ benda
vi. Menghubung antara satu elemen dengan elemen lain

Contoh penggunaan garisan

Garisan tegak Garisan melintang Garisan condong

(c ) Permukaan
 Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan
tekstur
 Garis, warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan tertentu
kepada permukaan seperti kasar dan licin.

(d) Bentuk dua dimensi


 Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi
a. Bentuk Geometri
b. Bentuk abstrak
c. Bentuk gambaran

Bentuk Geometri Bentuk abstrak Bentuk gambaran

(e) Bentuk Tiga Dimensi (Form)


 3D sebenar/konkrit
Bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar, tinggi seperti
kerusi dan meja.

 3D tiruan/ilusi
Bentuk dua dimensi yang kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi
panjang, lebar dan tinggi atau tebal seperti gambar foto dan lukisan
yang diberi baying.
(4) Prinsip Reka Bentuk Visual
Simplisiti

Harmoni Dominan

PRINSIP
GRAFIK

Variasi Pola

Seimbang

Berkaitan dengan kaedah menggunakan elemen-elemen grafik agar visual


menjadi menarik. Terdapat enam prinsip reka bentuk visual.

1 Simplisiti  Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan


. kepada satu idea.
 Idea yang banyak dalam satu visual akan
mengelirukan.

 Contoh:

2 Dominan  Pusat penumpuan atau minat.


.  Contoh: Peraturan sepertiga
41% 20%

25% 14%

3 Pola  Susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.


.  Penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik
dan mengekalkan perhatian penonoton / pembaca dan
sekaligus memandu mereka maksud yang terkandung
dalam visual.
 Contoh: Anak panah dan warna digunakan untuk
menyusun maklumat

4 Seimbang  Elemen grafik disusun seimbang agar


. mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang
 Terdapat dua jenis seimbang

1. Seimbang formal : seimbang yang sama atau simetri di

Analisis
antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan
bawah.
2. Seimbang tidak formal : bermakna pembahagian yang
tidak sama rata.

 Contoh:

Imbangan tak
formal

Imbangan formal

5 Variasi  Variasi menyokong pola untuk meningkatkan


. tarikan terhadap visual

 Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu


komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup
6 Harmoni  Mententeramkan hati dan perasaan.
.  Memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/
pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik,
aliran persembahan dan kesatuan mesej.
 Contoh:

 Harmoni dihasilkan melalui warna.


Warna
 Kumpulan warna

(a) Kromatik. Hiu warna yang khusus seperti


merah, biru, dsb.
Valiu sejauh mana gelap atau cerahnya
sesuatu warna.
Kroma kekuatan atau intensiti sesuatu
warna
(b) Akromatik. Valiu sejauh mana gelap atau cerahnya
sesuatu warna

Kroma kekuatan atau intensiti sesuatu


warna

 Perbezaan antara Kromatik & Akromatik


Perbezaan
Kromatik Akromatik
o ada o ada
Hiu, Valiu & Kroma. Valiu & Kroma
o ber o ada penekanan pada warna
sifat(warna) yang menekankan khusus yang tidak berton seperti
kepada ton, keharmonian warna asas iaitu
merah&biru(warna yang bukan
hasil campuran daripada apa-apa
warna)

Pigmen :
Terbahagi kepada empat jenis :
1 Warna utama Warna asas yang tidak boleh didapati
. melalui campuran warna.Merah, biru dan
kuning
2 Warna sekunder Diperolehi daripada campuran dua warna
. utama
3 Warna pertengahan Campuran warna sekunder dengan warna
. utama yang terletak disebelahnya
4 Warna tertier Campuran dua warna sekunder
.

4 Fungsi Warna;

(a) Membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan.

 Boleh dihasilkan dengan menggunakan warna yang berbeza

dengan latar.
 Contoh:

(b) Memudahkan sesuatu item dilihat.


 Boleh dihasilkan dengan menggunakan warna
yang kuat dan bertindak positif
 Contoh:

(c) Mewujudkan perasaan harmoni.

 Boleh dihasilkan dengan menggunakan warna analogus


(bersebelahan dalam roda warna)
 Contoh:

(d) Melahirkan kesan tertentu.


 Contoh; panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya
 Contoh: Warna PANAS

 Contoh: Warna SEJUK

MAKNA BAGI WARNA


1
. MERAH kasih, benci, marah, bahaya

2
. KUNING kemesraan, cahaya, masak

3
. BIRU dingin, sedih, kurang bersemangat

4
. HITAM kuat, rasmi, kemas, kaya

5
. HIJAU muda, segar, membesar

6
. PUTIH kesucian, bersih, kemas

7
. JINGGA pesta, riang, tenaga

8
. UNGU kaya, royalti/diraja, maharaja

HURUF

1. Gaya dan sumber penghurufan:


 Stensil
 Unistensil
 Huruf tampal (Mesin Kroy)
 Huruf potong (Majalah)
 Huruf pindah
 Huruf komputer (digital)

2. Penggunaan huruf:

 Stail huruf.
 Bilangan stail huruf.
 Huruf besar atau huruf kecil.
 Warna huruf.
 Saiz huruf.
 Jarak antara huruf.
 Jarak antara baris.

(a) Stail huruf

 Ada tiga jenis: Sans serif, serif dan pelbagai


 Harus Konsisten
 Harmoni dengan elemen lain
 Pilih fon sans serif untuk instruksi seperti ariel atau helvetika
 Biasanya fon sans serif digunakan untuk bahan tayang dan fon
serif untuk bahan cetak seperti Times Roman
 Gunakan satu atau dua jenis fon untuk satu persembahan
PowerPoint

3. CADANGAN PEMILIHAN HURUF

 Pilih jenis huruf yang senang dibaca.


 Guna huruf besar hanya untuk tajuk yang pendek tetapi untuk
tajuk yang panjang gunakan huruf kecil dengan huruf besarnya yang
tertentu.
 Jarak di antara dua perkataan ialah 1 atau 1 ½ lebar huruf.

* Jarakkan huruf dengan penglihatan. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan


sama walaupun jaraknya berbeza.

WARNA HURUFAN

1. Hurufan yang terang di atas latarbelakang gelap di dapati


lebih jelas daripada sebaliknya.
2. Hurufan yang gelap di atas latarbelakang yang cerah
memerlukan lebar yang lebih besar untuk garisan.
3. Cara pemilihan warna huruf:
 Pilih warna yang ada kontras antara latar dengan
imej atau teks
 Pilih warna yang lembut dan selesa dipandang
 Gunakan empat warna dalam satu skrin/slaid
 Warna dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan
penegasan
 Warna tidak semestinya boleh meningkatkan
pencapaian pelajar
Penutup

• Teknologi grafik berkomputer merupakan satu teknologi yang


membolehkan fantasi menjadi realiti.
• Sekiranya teknologi ini disalahguna ianya juga boleh merosakkan
kehidupan manusia.

You might also like