You are on page 1of 5

Ujian-T (T-Test) 1

GB6323-Analisis Data

ANALISIS INFERENSI- UJIAN-T (T-Test)

Dependent Variable (DV) Independent Variable (IV)


Data diskret (nominal/ Data continuous (Interval/ Jenis Ujian
ordinal) ratio)
1 DV
1 IV
(2 kategori/ kumpulan;
(cth. Pencapaian, self- Ujian-t
cth. Lelaki/Perempuan,
esteem)
Bandar/ Luar Bandar)
1 DV
(3 kategori/kumpulan:
Perbezaan Min cth.Aliran Sains 1 IV One-way ANOVA
tulen/sains social/sains
kesihatan)
2 DV 1 IV 2-way ANOVA
1 DV 2 atau Lebih IV One-way MANOVA
2 atau Lebih DV 2 atau Lebih IV MANOVA

Jenis-jenis Data
1. Nominal 2. Sela
 Aras paling rendah  Nombor menunjukkan kuantiti
 Bertujuan untuk pengkelasan, pengenalan  Jarak sekata antara nombor.
 Jantina, nombor KP, jenis sekolah, kod  Suhu, markah ujian, IQ
buku  Nilai sifar arbitrari
3. Ordinal 4. Nisbah
 Pengkelasan mengikut pemeringkatan  Nombor menunjukkan kuantiti
 Nombor menunjukkan kuantiti; jarak tidak  Jarak sekata antara nombor.
sekata  Berat, tinggi, pendapatan
 Kedudukan dalam kelas, penarafan,  Nilai sifar menunjukkan tiada
kemahiran bertutur, ranking

Muhammad Amirul Abdullah


Ujian-T (T-Test) 2
GB6323-Analisis Data

 Menguji/melaporkan perbezaan min


 Ujian-t terbahagi kepada 2 iaitu: i) Ujian-t sampel tak bersandar, dan ii) Ujian-t sampel bersandar
 Contoh 1: Perbandingan skor min Pencapaian (IV) pelajar lelaki dan perempuan (Catatan: sampel
tak bersandar kerana lelaki dan perempuan adalah berbeza).
 Contoh 2: Perbandingan skor min pencapaian pelajar sebelum rawatan/intervensi (pre-test) dan
selepas rawatan/intervensi (post-test) (Catatan: contoh ini adalah sampel bersandar kerana
individu yang sama diuji/member skor secara pre-post test).
 Bagi ujian-t sampel tak bersandar, Ujian-F(Levene Test) dijalankan bagi menguji kehomogenan
varians

F = S2 / S2 Kesil ; jika didapati nilai F (Ujian Levene Test) tidak signifikan (p>0.05), maka Hipotesis Nul
Besar

diterima, data tersebut dikatakan homogen. Dan, varians adalah Homogen. Ujian-t bagi varians yang
disatukan (pooled).Bagi Varians Heterogenus, ujian-t varians berasingan digunakan(Separate). (Catatan:
Dalam Kaedah Penyelidikan 2, perkara ini telah disentuh dgn pjg lebar. Sila rujuk nota2 berkaitan untuk
mengimbas kembali pengetahuan lepas.)

 Dalam satu lengkungan normal, terdapat ±3 s.d (standard deviation).

  Merujuk kepada ujian-t,


pengiraan min adalah mengambil kira varians dan saiz sampel.
 Semakin besar nilai t, peluang menolak hipotesis semakin besar.
 Terdapat 3 faktor mempengaruhi nilai-t (untuk menyatakan perbezaan/Menolak H o):
i. Perbezaan min yang besar
ii. Saiz sampel (n); sampel yang besar, maka nilai t adalah besar (peluang menolak hipotesis
turut besar). n yang besar juga turut memungkinkan penyelidik melakukan type 1 error
(menolak hipotesis yang benar).
iii. Varians; varians yang besar, t akan menjadi kecil (kemungkinan menolak hipotesis adalah
sangat rendah). Dan, bagi varians yang kecil pula, t akan menjadi besar (kemungkinan
menolak Ho adalah tinggi).

NOTA:
Type I error (Ralat Jenis I): Berlaku apabila seorang penyelidik menyatakan bahawa
hubungan/perbezaan wujud, meskipun ia tidak wujud; Ia bermaksud tidak betul menolak sesuatu

Muhammad Amirul Abdullah


Ujian-T (T-Test) 3
GB6323-Analisis Data

hipotesis nul meskipun hipotesis tersebut betul.


Type II error (Ralat jenis II): Berlaku apabila seorang penyeldik menyatakan bahawa
hubungan/perbezaan tidak wujud, meskipun sebenarnya ia wujud!; Ia bermaksud menerima hipotesis
nul meskipun hipotesis tersebut salah .

Andaian ujian-t;
ü Data (IV) mestilah continuous bersifat interval
ü Taburan data adalah normal
ü Cerapan yang dilakukan adalah bebas
ü Kehomogenan varians

CONTOH: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua kanan mengikut
jantina?

- untuk mengukur kualiti peribadi tersebut, pastikan data bagi soalan kajian tersebut telah d
compute [ (b01+b02+…bn)/n ].
- Dalam aplikasi SPSS tersebut, klik/ikut langkah berikut:

Analyze>Compare Means>Independent-Samples T Test

Pilih ‘minkualitiperibadi’ utk dimasukan ke dalam ‘Test Variable(s)’; dan ‘Jantina Pengetua’
diletakkan dalam ‘Grouping Variable’.

- Pada output SPSS, perhatikan jadual seperti di bawah,

Catatan:
- Std.Error Mean yg besar = ralat besar
- Perhatikan keputusan Levene’s Test
 α = 0.05 lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna RISIKO untuk silap
melakukan Type 1 Error (menolak Ho yang benar) adalah 5%.

Jadual di atas (Levene’s test) menunjukkan, p=0.66; >0.05, maka H o diterima (tidak signifikan). Ini
membuktikan bahawa data adalah homogenus.

Muhammad Amirul Abdullah


Ujian-T (T-Test) 4
GB6323-Analisis Data

Oleh yang demikian, baca nilai t bagi ‘Equal variances assumed’ (pooled).

[Kaedah mudah utk ingat baca nilai t yang mana satu!...nilai p>0.05(p besar), baca nilai ATAS. Nilai
p<0.05 (p kecil), baca BAWAH…]

F=ujian varians 2 kumpulan


T=perbandingan mean 2 kumpulan

***Keputusan ujian-t di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi
antara pengetua lelaki dan perempuan.

Daripada output spss, terjemahkan dalam bentuk jadual untuk dilaporkan dalam laporan kajian.
Contohnya seperti berikut:

Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara
pengetua lelaki dan perempuan?

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua
lelaki dan perempuan.

Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang mengikut jantina


Jantina Bil. Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap
Signifikan
Lelaki 549 4.264 0.581 0.801 0.423
Perempuan 662 4.290 0.554

Laporan 1:
Berdasarkan Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang bagi
pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801 dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini
lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (H o1) diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan.

Skor min tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih kecil daripada
pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki dan
perempuan adalah sama.

Laporan 2:
Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua
cemerlang (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (min=4.264) adalah sama dengan
tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (min=4.290).

Menurut Dr.Jamil, cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang ada pada jadual dan
hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah

Muhammad Amirul Abdullah


Ujian-T (T-Test) 5
GB6323-Analisis Data

dicadangkan untuk penulisan laporan kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh
diaplikasikan dalam penulisan laporan kajian.

Alhamdulillah…begitulah serba sedikit ilmu yang dapat dipelajari dalam kelas Analisis Data pada minggu
yang ke-7 (28 Okt 2011) hasil bimbingan Dr. Jamil Ahmad.

Muhammad Amirul Abdullah

You might also like