You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATUK PALEMBANG

BUKIT BARU, 75150 MELAKA

MINIT MESYUARAT
PERMOHONAN PELANJUTAN PENYEWAAN & PENGURUSAN KANTIN
SEKOLAH

Tarikh : 24 JULAI 2019 (Rabu)


Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Bilik Guru Besar SKJDP

Kehadiran :1.Pn Norliza bt Hashim ( PPD Melaka Tengah )


2.Pn Hjh. Norzila bt Ahmad ( GuruBesar )
3.Pn. Atifah bt Tumin (GPK Hal Ehwal Murid )
4.Pn Sofia Hanum bt Mat Sahat (Penyelaras RMT)
5.Cik Nurhaya bt Hassan (Penyelaras Kantin )
6.Cik Munira bt Abd Rahman ( Setiausaha HEM )

AGENDA :

1.0 Catatan

1.1 Ucapan Pengerusi / Guru Besar

- Puan Hajah Norzila mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatan kuasa dan
pengusaha kantin yang hadir bagi membincangkan agenda utama iaitu
pelanjutaan sewaan kantin Sk Jalan Datuk Palembang bagi sesi 2020.
- Ucapan terima kasih juga kepada Puan Norliza selaku wakil PPD yang hadir
pada hari ini.
- Guru besar memaklumkan bahawa pengusaha kantin telahpun menghantar
surat permohonan tersebut pada awal Julai 2019 bagi pelanjutaan sewaan
kantin untuk 1 tahun lagi.

1.2 Ucapan Puan Norliza bt Hashim – wakil PPD Melaka Tengah

- Pihak PPD akan menerima segala keputusan pihak sekolah berkenaan


pelanjutan penyewaan kantin sekolah yang dibuat oleh pihak pengusaha kantin.
- Beliau juga memaklumkan agar pihak sekolah mengingatkan pengusaha kantin
mengenai bayaran sewaan kantin.
- Dokumen Pelanjutan Perjanjian Penyewaan Dan Pengurusan Kantin Sekolah
yang telah disetemkan perlu dihantar ke Unit HEM JPN bersama beberapa
dokumen lain yang perlu sebelum 3 September 2019.
- Beliau mengingatkan bahawa peraturan pengurusan kantin masih sama.
Pastikan semua pekerja mengambil suntikan. Sentiasa memantau kebersihan
diri pekerja dan juga kantin sekolah.

2.0 Keputusan Pelanjutaan Sewaan Kantin Sekolah

- Puan Hajah Norzila memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat, tinjauan dari
pihak guru bersetuju pelanjutaan Penyewaan Kantin diberikan kepada
pengusaha kantin sediada bagi tempon 1 tahun lagi.
- Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan permohonan pengusaha kantin untuk
melanjutkan penyewaan kantin selama 1 tahun lagi yang akan berkuat kuasa
mulai 1 Disember 2019 sehingga 30 November 2020.

3.0 Ucapan Penutup

- Puan hajah Norzila mengucapkan terima kasih kepada Puan Norliza kerana
sudi hadir untuk memberikan cadangan dan ingatan mesra supaya pengurusan
kantin sekolah terus dilaksanakan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang

Disediakan oleh :

...................................
( Cik Munira Bt Abd Rahman )
Setiausaha HEM SKJDP

Disemak oleh :

............................................
( Pn Atifah bt Tumin )
PK HEM SKJDP

You might also like