You are on page 1of 6

Tahap Kepuasan Pengguna Yang Membeli

Barangan Di Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bukit


Mertajam
Beh Bee Khim1, Lim Xiou Fong2, Nur Siti Nadhira Faizun3, Vinoshraj A/L Krishnan4 dan Siti
Halijah Ngadiman5
1,2.3.4.5Commerce Department, Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim Kedah, Malaysia;
xiaofonglim96@gmail.com

Abstrak Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kepuasan pengguna terhadap barangan Kedai
Rakyat 1 Malaysia, Bukit Mertajam. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas pengguna
terhadap barangan yang berjenama Kedai Rakyat 1 Malaysia dari aspek kualiti, harga dan kepelbagaian barangan.
Kajian ini menggunakan soal selidik terhadap 100 orang responden yang terdiri daripada mereka yang mempunyai
pengalaman membeli-belah di Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bukit Mertajam. Data ini diproses dengan menggunakan
perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) for Window Version 20.0. SPSS untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratusan dan min. Tahap kebolehpercayaan instrument kajian (Cronbach’s Alpha) adalah 0.916. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa min tertinggi bagi faktor kualiti barangan ialah 4.06 iaitu barangan yang dijual
mempunyai tarikh sah diguna pakai dan tidak pernah mendapat kesan sampingan daripada penggunaan barangan.
Seterusnya, faktor harga menunjukkan harga yang murah menjadi pilihan utama dengan min 4.29. Manakala
responden bersetuju dengan kepelbagaian barangan yang dapat dibeli dalam satu tempat. Oleh yang demikian,
persepsi keseluruhan terhadap kualiti, harga dan kepelbagaian dari Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bukit Mertajam
mempunyai kesan yang besar kepada pengaruh masyarakat untuk membeli-belah di Kedai Rakyat 1 Malaysia.

Kata kunci : kualiti, harga, barangan pengguna dan kepuasan pengguna

sebanyak 248 jenis barangan yang telah dijenamakan


1. Pengenalan seperti beras, roti, air mineral, telur ayam, lampin
bayi pakai buang, makanan sejuk beku dan barangan
Penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia merupakan keperluan pengguna yang lain (tidak termasuk
program tanggungjawab sosial MYDIN untuk barangan basah). Antara kelainan Kedai Rakyat 1
masyarakat setempat. Penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia adalah menjual pelbagai barangan yang
Malaysia diharap dapat mengawal kenaikan harga telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih
barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama kecil. Sebagai contoh, beras 1kg, serbuk kari 100gm
ini telah di dominasi oleh syarikat pengeluar dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang
antarabangsa. Penubuhan kedai ini juga bertepatan kecil.
dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah Justeru itu, Kedai Rakyat 1 Malaysia
diilhamkan oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. diharapkan dapat membantu para pengusaha untuk
Pelancaran Kedai Rakyat 1 Malaysia adalah bersaing dalam pasaran runcit yang lebih moden di
sebahagian daripada rancangan untuk membantu bawah pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam
kumpulan isi rumah berpendapatan purata RM2,500 Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
sebulan yang bilangannya hampir mencecah empat Diharap penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia yang
puluh peratus. diusahakan bersama MYDIN ini dapat membantu
dan memberi faedah kepada semua pihak dalam
Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan usaha meringankan beban rakyat Malaysia.
pasar mini atau kedai-kedai runcit yang lain adalah
barangan keperluan dibungkus dengan jenama
“Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat
Umum mengetahui bahawa penubuhan Kedai Rakyat 3. Kerangka Kajian
1 Malaysia adalah bertujuan untuk membantu rakyat
mendapatkan barangan keperluan yang berkualiti
dengan harga yang rendah dan berpatutan. Walaupun
Kedai Rakyat 1 Malaysia telah beroperasi beberapa
tahun di negara ini, namun masih terdapat beberapa
rungutan yang diterima dari pengguna.
Menurut Lim (2015), banyak aduan diterima
berkenaan harga barangan di Kedai Rakyat 1
Malaysia di mana harga yang diletakan lebih tinggi
berbanding harga barangan yang dijual di pasaraya,
misalnya harga peluntur yang dijual di Tesco adalah
lebih murah iaitu RM1.29 berbanding dengan harga
di Kedai Rakyat 1 Malaysia adalah RM2.60.
Kita juga sedia maklum bahawa, kualiti Rajah 1 Kerangka Kajian
makanan juga merupakan aspek penting yang amat
dititikberatkan oleh pengguna sebelum membuat Rajah 1, menunjukkan kerangka kajian bagi
keputusan membeli sesuatu barang. Pilihan kualiti kajian ini dimana kualiti, harga dan kepelbagaian
yang betul, baik dan sesuai akan menjamin kesihatan barangan merupakan pembolahubah tidak bersandar
badan seseorang itu. Menurut laporan akhbar Utusan dan kepuasan pengguna adalah pembolehubah
Malaysia (2012), menyatakan bahawa Kedai Rakyat bersandar.
1 Malaysia menjual barangan dan makanan yang
tidak berkualiti, di mana terdapat 83 orang pelajar
mengalami keracunan makanan akibat meminum
susu kotak di Kedai Rakyat 1 Malaysia. Dalam 2. Kajian Literatur
laporan ini juga turut menyatakan bahawa terdapat
aduan di mana biskut yang dijual telah tamat tempoh. 2.1 Kepuasan Pengguna
Manakala menurut laporan dari akhbar Sinar
Kepuasan pelanggan adalah suatu keadaan
Harian (2011), Pengarah Urusan Mydin Mohamed
di mana keinginan, harapan dan keperluan pelanggan
Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Ameer Ali Mydin
dipenuhi. Menurut Zeithaml dan Bitner (2000),
mengatakan bahawa Kedai Rakyat 1 Malaysia telah
menyatakan kepuasan merujuk kepada respon atau
menarik balik 13 produknya berikutan daripada
maklum balas pelanggan mengenai sesuatu barangan
terdapatnya kesilapan teknikal dari segi pelabelan.
keperluan. Selain daripada itu, kepuasan juga
Berdasarkan kepada permasalahan di atas, satu kajian
merupakan penilaian mengenai ciri atau
berkaitan dengan tahap kepuasan pengguna yang
keistimewaan produk atau perkhidmatan, atau produk
membeli barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia di
itu sendiri yang menyediakan tahap kesenangan
Bukit Mertajam akan dijalankan.
kepada pelanggan. Menurut Umar (2005),
menyatakan bahawa suatu perkhidmatan yang dinilai
1.1 Objektif Kajian
memuaskan bila perkhidmatan tersebut dapat
memenuhi keperluan dan harapan pelanggan.
1) Mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap
kualiti barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bukit 2.2 Kualiti
Mertajam.
Kualiti bermaksud produk atau
2) Mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan
harga barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1 dan membawa kepada kepuasan pelanggan. Menurut
Malaysia, Bukit Mertajam. Garvin (1988), yang menyatakan ciri-ciri kualiti
boleh dikenalpasti daripada lapan dimensi iaitu
3) Mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap kebolehpercayaan, penepatan, ketahanan, keupayaan
kepelbagaian jenis barangan yang terdapat di Kedai perkhidmatan, estetik, persembahan, ciri-ciri asas
Rakyat 1 Malaysia, Bukit Mertajam. produk atau perkhidmatan dan kualiti yang dijangka.
Barangan atau produk yang berkualiti berbanding
dengan barangan biasa mempunyai perbezaan dari
segi keberkesanan, ciri-ciri asas, mutu dan ketahanan.
Manakala menurut Deming (1982), mengatakan
bahawa kualiti adalah tahap kepiawaian dan
kebergantungan terhadap kos yang rendah untuk Markah 1 2 3 4 5
disesuaikan bagi tujuan pasaran.
Skala Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat

2.3 Harga Tidak setuju pasti Setuju


Setuju
Harga merupakan pembolehubah yang
paling penting dalam strategi campuran pemasaran Rajah 2: Skala Likert
kerana ia secara langsung dikaitkan dengan
keuntungan. Menurut Kotler dan Armstrong (2001),
harga adalah sejumlah wang yang dibebankan atas
sesuatu produk atau jumlah dari nilai yang ditukar Pemilihan sampel kajian ini menggunakan
pengguna atas manfaat-manfaat kerana memiliki atau kaedah persampelan rawak mudah kerana ia
menggunakan produk. Harga merupakan suatu membolehkan semua pelanggan Kedai Rakyat 1
konstruk yang dinamik yang tidak hanya memberi Malaysia di Bukit Mertajam mempunyai peluang
kesan kepada kesanggupan membayar, tetapi juga yang sama untuk menjawab soalan kajian.
dipengaruhi oleh faktor-faktor dalaman seperti Berdasarkan temu bual bersama Penyelaras
kebiasaan jenama, kesedaran harga dan sikap serta Pengurusan Pejabat Daerah Bukit Mertajam, Encik
pengalaman terdahulu (Adaval & Wyer, 2011 dan Mohd Farid Bin Mohd Abdullah menganggarkan
Abhijit, 1992). sebanyak 2,364 orang penduduk yang berada di
sekitar Kedai Rakyat 1 Malaysia iaitu Taman Kota
2.4 Kepelbagaian Barangan Permai. Menurut jadual persampelan Krejcie dan
Morgan (1970), sampel kajian adalah seramai 322
Kepelbagaian didefinisikan sebagai perihal orang responden. Namun, disebabkan kekangan masa
berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi dan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh
banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang pengkaji untuk menjalankan kajian tersebut, sampel
boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang kajian tersebut akan dihadkan kepada 100 responden
sama. Menurut Thomas and Butler (2000), sahaja. Soal selidik telah diedarkan oleh penyelidik
kepelbagaian ditakrifkan secara umum sebagai kepada pelanggan yang datang membeli di Kedai
perbezaan yang berpunca daripada pelbagai Rakyat 1 Malaysia.
latarbelakang, idea-idea, nilai, dan pembungkusan.
Kepelbagaian didefinisikan sebagai keadaan atau hal Data analisis yang telah dikumpul
pelbagai atau berbagai-bagai. Sebagai contoh, Kedai menggunakan perisian SPSS Version 20. Perisian ini
Rakyat 1 Malaysia menawarkan kepelbagaian merupakan perisian yang mudah dan cepat. Pelbagai
barangan yang disediakan di bawah satu bumbung analisis statistik dan pengurusan data dapat
bagi memudahkan pengguna yang datang membeli dilakukan. Melalui analisis min, pengkaji
barangan di kedai tersebut. memperolehi keputusannya dalam bentuk frekuensi,
peratusan dan min. Setiap item yang dianalisis,
dikumpul mengikut aspek dan dikelaskan dalam
3. Metodologi Kajian bentuk jadual kekerapan, peratus dan min (Pallant,
2013).
Kajian adalah berbentuk kuantitatif dan
dijalankan melalui kajian deskriptif yang berbentuk
tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. 4. Dapatan Kajian
Data kajian ini diperolehi melalui pengedaran borang
soal selidik kepada 100 orang responden yang di
kenalpasti. Soal selidik kajian ini telah diubahsuai 4.1 Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Kualiti
dari kajian Mohd Saifoul, Jamal dan Amir Hussin Barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bukit
(2014). Borang soal selidik tersebut dibahagikan Mertajam
kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian
B. Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat Jadual 1 Skor Min Tahap Kepuasan Pelanggan
responden seperti jantina, umur, bangsa, tingkat Terhadap Kualiti Barangan
pendapatan dan status. Manakala bahagian B pula
adalah terdiri dari 15 soalan yang berkaitan dengan Bil Item Min
faktor kualiti, harga dan kepelbagaian barangan. 1 Kualiti barangan di Kedai Rakyat 1 3.37
Skala likert yang yang digunakan adalah berdasarkan Malaysia adalah setaraf dengan
kepada Rajah 2. kedai-kedai runcit lain.
2 Barangan jenama 1 Malaysia 2.98 barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bukit
mempunyai kualiti yang setaraf Mertajam. Skor min yang tertinggi adalah sebanyak
dengan jenama lain. 4.29 bagi item 10. Seterusnya, skor min kedua
3 Barangan yang dijual di Kedai 4.06 tertinggi adalah bagi item 9 dengan skor min
Rakyat 1 Malaysia mempunyai
sebanyak 3.96 dan item 6 adalah ketiga sebanyak
tarikh sah diguna pakai.
4 Saya berpuas hati dengan kualiti 3.58 3.91. Selain itu, skor min keempat sebanyak 3.64
produk Kedai Rakyat 1 Malaysia. bagi item 8. Akhir sekali, skor min yang terendah
5 Saya tidak pernah mendapat kesan 4.06 adalah sebanyak 3.42 bagi item 7. Keseluruhannya,
sampingan dari penggunaan produk min purata bagi tahap kepuasan pengguna terhadap
Kedai Rakyat 1 Malaysia. harga barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia sebanyak
Jumlah Min 3.61 3.84.

4.3 Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap


Jadual 1 menunjukkan skor min dan Kepelbagaian Barangan Kedai Rakyat 1
kekerapan tahap kepuasan pengguna terhadap kualiti Malaysia, Bukit Mertajam
barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bukit
Mertajam. Skor min yang tertinggi adalah sebanyak Jadual 3 Skor Min Tahap Kepuasan Pelanggan
4.06 bagi item 3 dan 5. Seterusnya, skor min kedua Terhadap Kepelbagaian Barangan
tertinggi adalah bagi item 4 dengan skor min
sebanyak 3.58 dan item 1 adalah ketiga sebanyak Bil Item Min
3.37. Akhir sekali, skor min yang terendah adalah 1 Saya amat berpuas hati dengan 3.89
sebanyak 2.98 bagi item 2. Keseluruhannya, min kepelbagaian barangan yang terdapat
di Kedai Rakyat 1 Malaysia.
purata bagi tahap kepuasan pengguna terhadap kualiti
2 Kepelbagaian barangan yang 4.15
barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia sebanyak 3.61. terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia
dapat memudahkan pengguna untuk
4.2 Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Harga membeli di bawah satu bumbung.
Barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bukit 3 Kedai Rakyat 1 Malaysia 3.96
Mertajam menawarkan pelbagai jenis barangan
keperluan.
Jadual 2 Skor Min Tahap Kepuasan Pelanggan 4 Kepelbagaian barangan di Kedai 3.40
Terhadap Harga Barangan Rakyat 1 Malaysia berjaya
memenuhi cita rasa pengguna.
Bil Item Min 5 Pelbagai jenis barangan keperluan 3.99
1 Harga barangan di Kedai Rakyat 1 3.91 harian dijual di Kedai Rakyat 1
Malaysia adalah berpatutan. Malaysia.
2 Harga barangan di Kedai Rakyat 1 3.42 Jumlah Min 3.88
Malaysia lebih murah berbanding
harga di pasaraya. Jadual 3 menunjukkan skor min dan
3 Saya membuat pembelian di Kedai 3.64 kekerapan tahap kepuasan pengguna terhadap
Rakyat 1 Malaysia disebabkan harga kepelbagaian barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia,
barangan yang ditawarkan adalah Bukit Mertajam. Skor min yang tertinggi adalah
murah.
sebanyak 4.15 bagi item 12. Seterusnya, skor min
4 Harga barangan Kedai Rakyat 1 3.96
Malaysia sangat menarik perhatian kedua tertinggi adalah bagi item 15 dengan skor min
saya. sebanyak 3.99 dan item 13 adalah ketiga sebanyak
5 Harga yang murah akan menjadi 4.29 3.96. Selain itu, skor min keempat sebanyak 3.89
pilihan utama saya untuk membeli bagi item 11. Akhir sekali, skor min yang terendah
barangan tersebut. adalah sebanyak 3.40 bagi item 14. Keseluruhannya,
Jumlah Min 3.61 min purata bagi tahap kepuasan pengguna terhadap
kepelbagaian barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia
Jadual 2 menunjukkan skor min dan
sebanyak 3.88.
kekerapan tahap kepuasan pengguna terhadap harga
5. Kesimpulan Kedai Rakyat 1 Malaysia adalah berada pada tahap
yang tinggi.
Berpandukan slogan “Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan”, kerajaan negara ini Kesimpulannya, kajian ini mendapati
sentiasa berusaha untuk meringankan beban rakyat. bahawa pengguna berpuas hati dengan kualiti, harga
Bagi menjamin Kedai Rakyat 1 Malaysia menjadi dan kepelbagaian jenis barang yang ditawarkan oleh
pilihan dan sambutan pengguna, beberapa faktor Kedai Rakyat 1 Malaysia, Taman Kota Permai, Bukit
perlu diberi perhatian oleh pengusaha. Antaranya Mertajam. Ini jelas menunjukkan bahawa, barangan
adalah aspek kualiti, harga dan kepelbagaian. Ini di Kedai Rakyat 1 Malaysia telah mendapat ditempat
penting bagi memastikan barangan Kedai Rakyat 1 di hati pengguna dan sedikit sebanyak telah dapat
Malaysia menjadi pilihan rakyat Malaysia. Hasil membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat.
kajian mendapati responden bersetuju bahawa kualiti ini seiring dengan misi penubuhannya untuk
barangan amat berkait dengan tahap kepuasan menawarkan barangan dengan harga yang berpatutan
pengguna yang membeli barangan di Kedai Rakyat 1 disamping memastikan kualiti barangan berada pada
Malaysia, Bukit Mertajam. Barangan yang berkualiti tahap yang tinggi.
dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli
walaupun harga barangan tersebut mahal (Garvin,
1988). Sebaliknya menunjukkan bahawa kepuasan
Namun begitu, jenama Kedai Rakyat 1
responden terhadap kualiti barangan di Kedai Rakyat
Malaysia ini dapat dibuktikan masih lagi tidak
1 Malaysia, Bukit Mertajam adalah berada pada
setanding dengan jenama barangan lain dari segi
tahap sederhana sahaja. Ini menunjukkan bahawa,
kualiti dan pembungkusannya. Selain itu, Kedai
barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1 Malaysia
Rakyat 1 Malaysia membantu dalam memudahkan
adalah berpatutan iaitu tidak terlalu mahal atau terlalu
rakyat dalam memperolehi barangan pada harga yang
murah.
rendah dan berpatutan. Ini adalah kerana barangan
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keluaran Kedai Rakyat 1 Malaysia ini telah dipantau
terdapat hubungan di antara harga dengan tahap dan disahkan untuk dikeluarkan oleh Kementerian
kepuasan pengguna yang membeli barangan di Kedai Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Rakyat 1 Malysia, Bukit Mertajam. Harga adalah Kepenggunaan. Namun begitu, kualiti dan harga
sejumlah wang yang dibebankan atas sesuatu produk masih belum lagi mencapai tahap kepuasan yang
atau jumlah dari nilai yang ditukar pengguna atas tinggi daripada pelanggan. Walau bagaimanapun,
manfaat-manfaat kerana memiliki atau menggunakan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini perlulah meningkatkan
produk (Kotler dan Armstrong, 2001). Hasil dapatan mutu kualiti dan harga dengan mengambil kira
kajian menunjukkan tahap skor min bagi harga cadangan dan pandangan daripada pelanggan dan
adalah tinggi dengan min skor purata setuju, ini pengurus kedai berkenaan. Jika cadangan dan
menunjukkan bahawa pengguna berpuas hati dengan pandangan ini di ambil kira, mungkin sambutan
perletakkan harga yang telah ditentukan oleh Kedai terhadap Kedai Rakyat 1 Malaysia lebih
Rakyat 1 Malaysia. memberangsangkan bukan sahaja terhadap penduduk
di Taman Kota Permai mahupun di luar bandar atau
Kajian ini juga mendapati responden kawasan.
bersetuju bahawa kepelbagaian barangan juga berkait
dengan tahap kepuasan pengguna yang membeli
barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bukit
Mertajam. Menurut Thomas and Butler (2000),
kepelbagaian ditakrifkan secara umum sebagai
perbezaan yang berpunca daripada pelbagai
latarbelakang, idea-idea, nilai, dan pembungkusan.
Kajian ini mendapati secara keseluruhan pelanggan
bersetuju bahawa terdapat kepelbagaian barangan di
Bibliografi
Deming, W. E. Some principles of Shewhart method
…..of quality control. Mechanical Engineering
…..(March):

Deming, W. E. 1982. Quality, productivity and


…..competitive position. M.I.T. Center for Advanced
…..Engineering Study.

Garvin, D. A. (1983). Quality on the line. Harvard


…..Business Review, 61(5), 64-75.

Kotler, P . (2002). Marketing management (11 th .ed.).


…..New Jersey: Prentice-Hall.

Kotler dan Armstrong (2001). Retrieved from


…..Gudang Ilmu :
…..http://adityolaksono26.blogspot.my/2015/03/peng
ertian-kepuasan-pelanggan-dan.html

Morse, W. J., and H. P. Roth. 1987. Why quality


costs are important. Management Accounting, 42-
43.

Morse, W. J. and K. M. Poston. 1987. Accounting for


-…quality costs in CIM. Journal of
Cost .Management (Fall): 5-11.

Smith, M. 1994. Improving management accounting


…..reporting practices: A "total quality management"
…..approach (Part 1). Journal of Cost
…..Management (Winter): 50-57.

Smith, M. 1994. Improving management accounting


…..reporting practices: A "total quality
lll..management" approach (Part 1). Journal of Cost
….Management (Winter): 50-57.

Zeithaml, V.A. & Bitner. M. (2000). Services


….Marketing (2nd. Ed). New York: McGraw-Hill

Zeithaml, V .A.,Parasuraman, A. & Berry, L.(1990).


…..Delivering Quality Services: Balancing Customer
…..Perceptions and Expectation. New York: The
…..Free Press

You might also like