You are on page 1of 14

BAHAGIAN C

Arahan: Jawab semua soalan.

6. Rajah 6 (a) menunjukkan stratifikasi dalam lautan.

Rajah 6 (a)

(a) Berdasarkan rajah di atas, apakah perbezaan antara zon X dan zon Y?

(2 markah)

(b) Pada pendapat anda, adakah tumbuhan hijau boleh hidup di zon Y? Wajarkan pendapat anda.

(2 markah)
(c) Ikan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6 (c) boleh ditemukan di zon Z.

Rajah 6 (c)

Bagaimanakah haiwan ini menyesuaikan diri untuk hidup di zon Z?

(3 markah)

(d) Sebagai seorang murid, apakah yang boleh anda lakukan untuk melindungi organisma laut daripada

pupus.

(3 markah)

7 Rajah 7 (a) menunjukkan suatu poster yang digantung di dinding sebuah klinik.
Rajah 7 (a)

(a) Apakah tujuan utama poster yang ditunjukkan dalam rajah di atas?

(1 markah)

(b) Adakah anda menyokong polisi ini? Wajarkan pendapat anda.

(3 markah)

(c) Penyusuan susu ibu memberi banyak kelebihan kepada bayi yang baru lahir dan ibunya. Berikan

dua kelebihan penyusuan ini kepada ibu.

(2 markah)

(d) Rajah 8 (d) menunjukkan simbol amaran supaya wanita tidak merokok.
Rajah 8 (d)
i) Nyatakan kesan daripada dua bahan berbahaya yang terkandung dalam asap rokok terhadap fetus

(2 markah)

ii) Puan Maria sedang hamil dua bulan. Dia tidak merokok tetapi suaminya seorang perokok tegar.
Suaminya kerap merokok di dalam rumah. Adakah perbuatan suaminya itu akan memberi kesan
terhadap kandungan Puan Maria? Terangkan jawapan anda.

____________________________________________________________________________

(2 markah)

8. (a) Rajah 8 (a) menunjukkan sebuah kereta. Badan kereta ialah satu contoh pepejal.
Rajah 8 (a)

(i) Nyatakan dua ciri bagi zarah-zarah dalam pepejal.

(2 markah)

(ii) Kereta Encik Raziq rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. Dia membiarkan kereta itu di halaman

rumahnya yang terdedah kepada cuaca panas dan hujan. Apakah yang akan berlaku pada kereta

itu selepas 10 tahun?

_____________________________________________________________________________
(1 markah)

(b) Rajah 8 (b) menunjukkan pewangi tandas yang diletakkan pada tangki tandas. Selepas sebulan,

didapati bahawa saiz pewangi tersebut semakin kecil.

Rajah 8 (b)

(i) Apakah perubahan keadaan jirim yang berlaku dalam situasi Rajah 8 (b)?

________________________________________________________________________________
(1 markah)
(ii) Terangkan secara ringkas tentang perubahan keadaan jirim dalam situasi Rajah 8 (b).
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
(3 markah)

(c) Akmal meletakkan sebaldi air di bawah cahaya matahari di halaman rumahnya. Pada keesokkan hari,
Akmal mendapati isipadu air di dalam baldi telah berkurangan. Pada pendapat anda, mengapakah
hal ini terjadi?
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
(3 markah)

9. (a) Di makmal sekolah, Aina menjalankan satu uji kaji ringkas untuk mengkaji satu fenomena cahaya.

Rajah 9 (a) menunjukkan pemerhatian yang diperolehnya.

Rajah 9 (a)
(i) Nyatakan apa yang berlaku kepada sinar cahaya apabila disinarkan ke arah bongkah kaca.

____________________________________________________________________________
(1 markah)
(ii) Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh Aina, nyatakan perbezaan antara sinar berlabel QR

dengan RS dari segi kedudukan dengan garis normal?

(2 markah)

(iii) Terangkan mengapa berlakunya perbezaan yang anda nyatakan dalam 9(a)(ii).

(2 markah)

(iv) Ramalkan apa yang akan berlaku kepada sinar cahaya jika cahaya dihalakan secara menegak ke

arah bongkah kaca.

(1 markah)

(b) Rajah 9 (b) menunjukkan sinar cahaya yang melalui sebuah prisma kaca.

Rajah 9 (b)

(i) Jelaskan apa yang berlaku kepada cahaya itu apabila melalui prisma kaca.

(1 markah)

(ii) Senaraikan warna-warna cahaya yang terbentuk di atas skrin mengikut turutan dari P ke Q.

(2 markah)

(iii) Namakan satu fenomena semulajadi yang sama seperti aktiviti di atas.

(1 markah)
10. Graf 10 memaparkan data kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera dari tahun 1750 hingga 2000.
Graf 10

(a) Nyatakan perbezaan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera sebelum 1900 dan selepas 1900

[2 markah]
(b) Pada pendapat anda, apakah kesan terhadap Bumi akibat fenomena yang ditunjukkan dalam graf

di atas? Terangkan jawapan anda.

[2 markah]

(c) Terangkan dua aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya fenomena itu.
[4 markah]

(d) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kepekatan karbon dioksida
di udara.

[2 markah]

11. Zakuan dan kawan-kawannya ke tebing sebatang sungai untuk berkhemah. Mereka ingin mendirikan
khemah ditapak perkhemahan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.

Rajah 11

(a) Tapak manakah, R atau S yang lebih sesuai untuk dirikan khemah? Terangkan jawapan anda.

[2 markah]

(b) Zakuan dan kawan-kawannya makan tengah hari yang mereka bawa dari rumah. Mereka

membuang sisa makanan ke dalam sungai. Wajarkah tindakan Zakuan dan kawan-kawannya itu.

Terangkan jawapan anda

[2 markah]

(c) Bekalan air yang dibawa mereka telah habis. Zakuan mengambil air sungai untuk dimasak tetapi air itu
berlumpur. Zakuan ingin membina sebuah penapis air menggunakan bahan-bahan yang berikut:

 Botol air mineral  Bayu kerikil


kosong
 Pisau  Pasir
 Arang kayu  Kain

Lukis penapis air yang boleh dibina oleh Zarif dalam ruang di bawah dan terangkan bagaimana

penapis air itu berfungsi.

Penerangan:

[4 markah]

JAWAPAN BAHAGIAN A : Bulat dan hitamkan jawapan yang dipilih.


1. =A= =B= =C= =D= 11. =A= =B= =C= =D=

2. =A= =B= =C= =D= 12. =A= =B= =C= =D=

3. =A= =B= =C= =D= 13. =A= =B= =C= =D=

4. =A= =B= =C= =D= 14. =A= =B= =C= =D=

5. =A= =B= =C= =D= 15. =A= =B= =C= =D=

6. =A= =B= =C= =D= 16. =A= =B= =C= =D=

7. =A= =B= =C= =D= 17. =A= =B= =C= =D=

8. =A= =B= =C= =D= 18. =A= =B= =C= =D=

9. =A= =B= =C= =D= 19. =A= =B= =C= =D=

10. =A= =B= =C= =D= 20. =A= =B= =C= =D=

Di sediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………. …………………………………… …………………………


(FATIMAH AB.RAHMAN) (FADZLUN AZAH BT GHAZALI) ( PN HAFDZAH ABD HAMID)
Guru Sains Ketua Panitia Sains Penolong Kanan Pentadbiran

Di sediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… ……………………………………
(WAN ROHAIYUSMA) (ZAMZATUL SHILLA BT ISMAIL)
Guru Sains GKMP Sains dan Matematik
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH
SEKSYEN 27, SHAH ALAM

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019


PENTAKSIRAN TINGKATAN 1

SAINS
12 OKTOBER 2 JAM
Arahan :
1. Buka kertas soalan apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan tingkatan anda pada ruang yang disediakan.
3. Soalan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
4. Jawab soalan Bahagian A pada ruang jawapan yang disediakan di akhir semua soalan.
5. Jawab soalan Bahagian B dan Bahagian C pada ruang jawapan yang disediakan.
6. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada guru pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa:

Soalan Markah Markah Soalan Markah Markah


Penuh Diperoleh Penuh Diperoleh

A 20 6 10

1 4 7 10
C
B 2 4 8 10

3 4 9 10

4 4 10 10

5 4 11 10

Jumlah 100

NAMA :

TINGKATAN :

Kertas soalan ini mengandungi halaman bercetak

You might also like