You are on page 1of 29

HUBUNGAN ETNIK

SKP 2204

PENSYARAH : PUAN HASNY@YANTI BINTI ZAINAL

KOD KURSUS : SKP 2204 / KUMPULAN 8 (2010/2011-2)

KUMPULAN : BELIA 4B

NAMA NO. MATRIK


MOHD FIRDAUS BIN ZAKARIA 158664
IMAN BIN ARZMAN 160116
MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHD SHARIF 160317
KHAIRUL AKMAL BIN IBRAHIM 158667
TANG SIEW HONG 159243
MIEW TECK ONN 156244
TING HENG YEW 159175
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 3-5
1.1 OBJEKTIF KAJIAN

1.2 LOKASI KAJIAN

1.3 PERMASALAHAN

1.4 KAEDAH / METODOLOGI

2.0 ANALISIS DATA

2.1 Bahagian 1 : Latar Belakang Responden 6-7


2.2 Bahagian 2 : Pandangan Mengenai Bahasa Melayu. 8 - 20
3.0 PERBINCANGAN 21
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 22 - 23
5.0 RUJUKAN 24
6.0 LAMPIRAN 25 - 30

6.1 Proposal
6.2 Gambar-gambar responden kajian
6.3 Keratan Akhbar

2
1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu adalah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa


Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya
sejak melebihi 1,000 tahun lalu.Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang
khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu
dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.Rekod
terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai
di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei,
serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil
bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa
Malaysia.Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu
dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan
bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia
selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.
Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal
1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak
akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa
kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa
bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara
dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek
dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor
menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu
menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan
atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran
antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien.
Penggunaan Bahasa Melayu bergantung kepada sejarah dan budaya.Bahasa
Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih
digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India.Berbeza di
Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca
untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam
menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi
digunakan.
Kajian kami ini bertajuk ‘Perbandingan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam
Kalangan Kaum Cina dan India di Kajang’.Kajian dijalankan di sekitar kawasan Kajang, iaitu

3
di Metro Kajang.Kawasan Kajang dipilih kerana di sini terdiri daripada penduduk yang
berbilang kaum.Taburan kaum juga dianggap stabil di sini.Hal ini seterusnya membolehkan
kami mendapat keputusan kajian yang lebih luas skopnya.
Kajian ini djalankan kepada kaum cina dan india di sekitar Kajang. Sampel terdiri
daripada pelbagai latar belakang dan segenap lapisan masyarakat yang umurnya tidak
terbatas. Sampel adalah terdiri daripada kakitangan kerajaaan, kakitangan swasta, pelajar,
peniaga dan sebagainya yang berasal dari kumpulan etnik cina dan india.
Dalam kajian ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah.Kaedah-kaedahnya
ialah soal selidik, temu bual atau wawancara, permerhatian, rujukan perpustakaan dan
rujukan internet. Bagi kaedah soal selidik, satu borang soal selidik telah dirangka dan telah
diberikan kepada responden yang terdiri daripada kaum cina dan india, umur dan latar
belakang sosial yang berbeza. Seramai 30 orang telah dipilih menjadi responden kami di
mana kami memperoleh 21 orang responden cina dan 9 orang responden kaum india.
Bagi kaedah temu bual pula, kami telah mengadakan sesi wawancara dengan
responden secara lisan menanyakan pendapat mereka tentang penggunaan bahasa
melayu.Bagi kaedah permerhatian pula, kami telah memerhati gerak-geri orang ramai yang
berada di Metro Kajang untuk mengetahui bagaimana interaksi serta pergaulan mereka
sesama kaum.Bagi kaedah rujukan di internet dan perpustakaan, kami telah mencari
pelbagai sumber yang berkaitan dengan kajian.
Diharapkan kajian kami dapat memberi input dan manfaat kepada kita semua.
Selepas kajian ini, kami dapati bahawa penggunaan bahasa melayu merupakan satu
elemen yang penting untuk perpaduan kaum di Malaysia.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN


a) Mengetahui kadar penggunaan bahasa Malaysia di kalangan masyarakat
cina dan india di Malaysia.
b) Mengetahui kefasihan bahasa Malaysia di kalangan masyarakat cina dan
india di Malaysia.
c) Mengetahui kepentingan Malaysia di kalangan masyarakat cina dan india di
Malaysia.

1.2 LOKASI KAJIAN

Kajian kami ini dijalankan di sekitar kawasan Kajang.Kawasan ini dipilih kerana
taburan penduduk di kawasan ini terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum.

4
1.3 PERMASALAHAN
Mengenalpasti kekangan dalam menggunakan bahasa Malaysia dalam kehidupan
seharian masyarakat cina dan india di Malaysia.

1.4 KAEDAH / METODOLOGI


a) Rujukan perpustakaan.
b) Bahan internet.
c) Kerja lapangan.
d) Borang kaji selidik.
e) Temubual responden.

5
2.0 ANALISIS DATA

2.1 Bahagian 1 : Latar Belakang Responden

Jantina

11
10 Cina
12
India
10
8 5
4
6
4
2
0
Lelaki Perempuan

Peringkat Umur

12
10
8
6
Cina
4 India
2
0
11 tahun-20 21 tahun-30 31 tahun-40
tahun tahun tahun

Etnik

30%
Cina
70% India

6
Pekerjaan
100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Pekerja Perniagaan
Pekerja Swasta Pelajar Lain-lain
Kerajaan Sendiri
India 0 6 2 1 0
Cina 0 10 3 8 0

Taraf Pendidikan Tertinggi

6
5
4
3
2
1
0
India
Cina

Ijazah
Ijazah
UPSR PMR SPM STPM Diploma Sarjana Ph. D Lain-lain
Sarjana
Muda
Cina 1 1 5 6 3 4 0 0 1
India 0 1 6 2 0 0 0 0 0

7
2.2 Bahagian 2 : Pandangan Mengenai Bahasa Melayu.

1. Saya selesa berbahasa melayu dalam kehidupan seharian


Carta 1:bilangan responden yang selesa menggunakan bahasa melayu dalam
kehidupan seharian.

12
11

10
B
i
8
l
7
a
6
n
g 5
4 Cina
a
India
n
2 2
1 2 2
0 0
0
0
Sangat
Tidak
Tidak Tidak Pasti Setuju
Bersetuju
Bersetuju Sangat
Setuju

Gambarajah diatas menunjukkan bilangan responden yang menggunakan bahasa


melayu didalam kehidupan seharian mereka. Dari gambarajah tersebut,11 orang daripada
21 responden berbangsa cina tidak pasti samada mereka selesa atau tidak berbahasa
melayu dalam kehidupan seharian. Manakala 5 dari 9 orang responden berbangsa india
selesa berbahasa melayu dalam kehidupan seharian.

Hal ini disebabkan mereka lebih selesa berbahasa ibunda mereka sendiri dalam
kehidupan seharian mereka.Perkara ini boleh dilihat dari latarbelakang mereka sendiri
dimana mereka bersosial lebih dengan rakan rakan sebangsa maka penggunaan bahasa
ibunda lebih banyak digunakan.

Kesimpulannya,mereka lebih selesa berbahasa ibunda mereka sendiri dan


berbahasa melayu ketika diperlukan sahaja.

8
2. Saya fasih berbahasa melayu
Carta2:bilangan responden yang fasih berbahasa melayu.

10
9 9
9

8
B
7
i
l 6
a
5 Cina
n 4
g 4 India
a 3
n 2 2 2
2
1 1
1
0 0
0
Sangant Tidak Tidak Bersetuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Bersetuju Bersetuju

Gambarajah diatas menunjuk bilangan responden yang fasih berbahasa melayu.


Daripada gambarajah tersebut, 9 orang daripada 21 orang responden yang berbangsa cina
setuju bahawa mereka fasih berbahasa melayu manakala 9 orang lagi tidak pasti samada
samada mereka fasih berbahasa melayu atau tidak. 4 daripada 9 responden berbangsa
india merasa tidak pasti samada mereka fasih berbahasa melayu atau tidak.

Berdasarkan gambarajah diatas dapatlah dikatakan sebahagian dari mereka fasih


berbahasa melayu dan sebahagian lagi tidak.Hal ini mugkin disebabkan mereka berbahasa
melayu ketika melakukan urusan urusan tertentu sahaja dan lebih menggunakan bahasa
ibunda mereka dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya, sebahagian masyarakat cina dan india di Malaysia ini fasih


berbahasa melayu sebahagian lagi tidak pasti mengenainya.

9
3. Saya menggunakan bahasa melayu di tempat kerja
Carta 3:bilangan responden yang berbahasa melayu ditempat kerja mereka

8 8

7
B
6
i
5 5
l 5 5
a
4
n cina
g 3
2 india
a 2
2
n
1 1
0 1 1
0

Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju

Gambarajah diatas menunjukkan bilangan mereka yeng berbahasa melayu di tempat


kerja.Berdasarkan gambarajah tersebut, 8 orang dari 21 orang responden berbangsa cina
setuju bahawa mereka menggunakan bahasa melayu ditempat kerja mereka.Manakala 5
orang responden berbangsa cina masing masing setuju dan tidak pasti mengenai
penggunaan bahasa melayu ditempat kerja mereka. Begitu juga dengan responden
berbangsa india dimana 5 dari 9 responden setuju bahawa mereka menggunakan bahasa
melayu ditempat kerja mereka.
Perkara ini berlaku kerana persekitaran kerja yang bercampur dengan pekerja
berbilang bangsa. Maka dengan ini,bahasa melayu telah digunakan sebagai medium untuk
berkomunikasi antara pekerja.
Kesimpulannya,bahasa melayu digunakan oleh kebanyakan masyarakat cina dan
india ditempat kerja sebagai medium untuk berkomunikasi.

10
4. Adakah anda bersetuju bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan di
Malaysia.
Carta 4:bilangan mereka yang setuju bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan di
Malaysia.

9 9

7
B 6
6
i
5
l
a 4 4 4
n cina
3
g india
2 2
a 1 1 1 2
n 1
0
0
Sangat
Tidak
Tidak Tidak
Setuju Setuju
Setuju Pasti Sangat
Setuju

Daripada gambarajah diatas,9 orang dari 21 responden berbangsa cina setuju


supaya bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan di Malaysia dan 4 orang responden
juga setuju bahawa bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Manakala,4 orang dari 9
orang responden india setuju bahawa bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan
manakala 2 orang responden sangat setuju bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

Kebanyakan responden bersetuju bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan


Negara Malaysia. Hal ini disebabkan oleh,pembelajaran di sekolah sebelum ini dan juga
status bahasa melayu sebagai bahasa rasmi telah menyebabkan mereka bersetuju supaya
bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia.

Keswimpulannya, hampir kesemua responden setuju bahasa melayu dijadikan


bahasa kebangsaan Malaysia.

11
5. Segala urusan rasmi hendaklah menggunakan bahasa melayu.
Carta 5: bilangan responden yang bersetuju supaya semua urusan rasmi
menggunakan bahasa melayu.

100% 0
1 0
80%
5 3
60%
1
40% 4 5
7 india
20% 4
cina
0%
Sangat
Tidak
Tidak Tidak
Setuju Setuju
Setuju Pasti Sangat
Setuju

Gambarajah diatas menunjukkan bilangan responden yang bersetuju supaya semua


urusan rasmi menggunakan bahasa melayu..Berdasarkan gambarajah diatas,7 orang
daripada 21 orang responden tidak pasti samada segala urusan rasmi menggunakan
bahasa melayu. Tetapi 5 orang responden sangat setuju supaya urusan rasmi
menggunakan bahasa melayu dan 4 orang responden setuju mengenainya.berbeza pula
dengan responden berbangsa india 5 dari 9 orang tidak pasti mengenainya. Hanya 3 orang
sahaja setuju supaya segala urusan rasmi menggunakan bahasa melayu.
Berdasarkan gambarajah diatas, hal ini mungkin disebabkan factor bahasa melayu
itu sendiri sebagai bahasa rasmi Negara. Maka, hampir kesemua responden bersetuju
bahawa semua urusan rasmi hendaklah menggunakan bahasa melayu.
Kesimpulannya, segala urusan rasmi hendaklah menggunakan bahasa melayu
sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi Negara Malaysia.

12
6. Saya lebih gemar menggunakan bahasa melayu ketika bergaul dengan rakan
rakan yang berlainan bangsa.
Carta 6: bilangan responden yang menggunakan bahasa melayu ketika bergaul
dengan rakan rakan yang berlainan bangsa.

8
B 7
6
i
6
l
a 4 3
4 4 3
n 1 cina
g 1
2
1 india
a
n 0
0
Sangat Tidak
Tidak Setuju
Setuju Tidak Pasti
Setuju
Sangat
Setuju

Daripada gambarajah di atas,6 orang responden berbangsa cina sangat tidak


bersetuju bahawa mereka menggunakan bahasa melayu ketika bergaul dengan rakan
rakan yang berlainan bangsa. 4 orang responden juga tidak bersetuju mengenai kenyataan
tersebut manakala 7 orang tidak pasti mengenainya. Hanya 4 orang sahaja bersetuju
mengenainya manakala dari responden india,3 orang dari mereka masing masing bersetuju
dan tidak bersetuju mengenai penggunaan bahasa melayu ketika bergaul dengan rakan
rakan yang berlainan bangsa. 1 responden masing masing sangat tidak setuju,tidak pasti
dan sangat setuju mengenai kenyataan tersebut.

Berdasarkan gambarajah diatas, kebanyakan responden tidak bersetuju bahawa


mereka gemar menggunakan bahasa melayu ketika bergaul dengan rakan rakan yang
berlainan bangsa.Hal ini disebabkan penggunaan bahasa inggeris telah menjadi bahasa
yang mudah digunakan untuk bergaul dengan rakan yang berlainan bangsa.

Kesimpulannya, kebanyakan responden tidak menggunakan bahasa melayu ketika


bergaul dengan rakan rakan yang berlainan bangsa.

13
7. Bahasa Inggeris lebih penting berbanding bahasa melayu.
Carta 7: bilangan responden yang setuju bahawa bahasa inggeris lebih penting dari
bahasa melayu.

10 10
B
8 cina
i 7
l 6 india
a 4 3
4
n 1 2
0 2
g 2
0
a 0
0 india
n
Sangat cina
Tidak
Tidak Tidak
Setuju Setuju
Setuju Pasti Sangat
Setuju

Gambarajah menunjukkan bilangan responden dari bangsa cina yang sangat


bersetuju bahawa bahasa inggeris lebih penting dari bahasa melayu ialah 10 orang
manakala 7 orang lagi bersetuju mengenainya. Hanya 4 orang sahaja yang tidak pasti
mengenainya. Manakala responden india pula, 2 orang sahaja masing masing sangat
bersetuju dan setuju mengenai kepentingan bahasa inggeris dari bahasa melayu.3 orang
responden tidak pasti mengenainya dan hanya seorang sahaja yang tidak bersetuju
mengenainya.

Hal ini terjadi kerana bahasa inggeris menjadi bahasa perantaraan global.Bahasa
inggeris juga mungkin dilihat lebih penting penggunaannya.Ditambah lagi dengan dasar
kerajaan yang menjadikan bahasa inggeris digunakan didalam matapelajaran sains dan
matematik jelas menunujukkan pentingnya bahasa inggeris. Maka,bahasa melayu tidak
lebih sekadar bahasa untuk digunakan untuk tujuan tertentu sahaja.

Kesimpulannya,bahasa inggeris dilihat lebih penting untuk digunakan berbanding


bahasa melayu yang menjadi bahasa kebangsaan Negara sendiri.

14
8. Saya rasa lebih selesa menggunakan bahasa ibunda saya sendiri.
Carta 8: bilangan responden yang rasa lebih selesa menggunakan bahasa ibunda
sendiri berbanding bahasa melayu.

14
13

12

B 10
i
l 8
a
n 6 cina
6 india
g
a
4
n 4
3
2 2
2

0 0 0 0
0
Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju

Graf bar di atas menunjukkan pandangan responden mengenai keselesaan


menggunakan bahasa ibunda sendiri berbanding menggunakan bahasa melayu.13
responden kaum cina iaitu sebanyak 61.9% kaum cina sangat bersetuju bahawa mereka
lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Bagi kaum india pula, peratusan
responden yang bersetuju mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 44.4%. Graf di
atas juga menunjukkan tiada responden samada cina atau india yang tidak selesa
menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.
Berdasarkan graf tersebut, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua kaum iaitu cina
dan india lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri berbanding
menggunakan bahasa melayu. Hal ini demikian kerana bahasa ibunda sudah sebati dan
selalu digunakan oleh mereka sejak kecil lagi sekaligus menyebabkan mereka janggal untuk
menggunakan bahasa melayu.

15
9. Saya boleh menulis dalam Bahasa Melayu.
Carta 9: bilangan responden yang mahir menulis dalam bahasa melayu.

8
7
7
6 6
B 6
i 5
l 5
a
4 cina
n
g 3 india
a 2 2 2
n 2
1
1
0 0
0
Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju

Graf bar di atas menunjukkan pandangan responden mengenai kemahiran mereka


menulis dalam bahasa melayu. Responden kaum cina iaitu sebanyak 33.3% kaum cina
bersetuju, 28.6% masing-masing sangat bersetuju dan tidak pasti, 4.8% tidak setuju dan
selebihnya sangat tidak bersetuju bahawa mereka lebih selesa menggunakan bahasa
ibunda mereka sendiri. Bagi kaum india pula, peratusan responden yang sangat bersetuju
mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 55.6%. Graf di atas juga menunjukkan tiada
responden india yang tidak berkemahiran menulis menggunakan bahasa melayu.
Berdasarkan graf tersebut, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua kaum iaitu cina
dan india berkemahiran menulis dalam bahasa melayu. Catatan ini membuktikan bahawa
sistem pembelajaran di sekolah membantu kaum cina dan india mahir menulis dalam
bahasa melayu dengan berkesan.

16
10. Saya boleh membaca dalam Bahasa Melayu.
Carta 10: bilangan responden yang mahir membaca dalam bahasa melayu.

12
11

10

B
8
i
l
a
6 cina
n 5
g india
4 4
a 4
n 3

2
2
1

0 0 0
0
Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju

Graf bar di atas menunjukkan pandangan responden mengenai kemahiran mereka


membaca dalam bahasa melayu. Bagi kaum cina, sebanyak 52.4% kaum cina bersetuju,
19% masing-masing sangat bersetuju dan tidak pasti, 9.6% tidak setuju dan tiada responden
tidak bersetuju bahawa mereka berkemahiran membaca dalam bahasa melayu. Bagi kaum
india pula, peratusan responden yang sangat bersetuju mencatatkan peratusan tertinggi
iaitu sebanyak 55.6%. Graf di atas juga menunjukkan tiada responden india yang tidak
berkemahiran membaca dalam bahasa melayu.
Berdasarkan graf tersebut, dapat disimpulkan bahawa majoriti kedua-dua kaum iaitu
cina dan india berkemahiran membaca dalam bahasa melayu. Keputusan ini disebabkan
oleh sistem pembelajaran di sekolah yang banyak membantu kaum cina dan india mahir
membaca dalam bahasa melayu.

17
11. Seluruh keluarga saya menggunakan Bahasa Melayu.
Carta 11: bilangan responden yang menggunakan bahasa melayu sesama keluarga.

14
12
12

B
10
i
l
8
a
n cina
6 5
g india
a
4 3 3 3
n
2
2 1 1
0 0
0
Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju

Graf bar di atas menunjukkan bilangan responden yang menggunakan bahasa


melayu sesama keluarga mereka. Bagi kaum cina, peratusan responden mengatakan
mereka sangat tidak bersetuju mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 57.1%,
14.3% tidak bersetuju, 23.8% tidak pasti dan selebihnya sangat bersetuju bahawa
keseluruhan keluarga mereka menggunakan bahasa melayu. Bagi kaum india pula,
sebanyak 33.3% responden masing-masing bersetuju, 22.2% tidak pasti dan selebihnya
sangat tidak bersetuju.
Berdasarkan graf tersebut, dapat disimpulkan bahawa majoriti kedua-dua kaum iaitu
cina dan india tidak menggunakan bahasa melayu sesama keluarga mereka. Keputusan ini
disebabkan oleh keselesaan menggunakan bahasa ibunda sendiri serta pegangan kaum
serta bahasa yang kuat dalam kalangan mereka.

18
12. Saya perlu mahir dalam Bahasa Melayu.
Carta 12: bilangan responden yang berpendapat mereka perlu mahir dalam bahasa
melayu.

14

12
12

10
B
i
l 8
a
n cina
g 6 india
5
a
n
4
3 3 3
2
2
1 1
0 0
0
Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju

Graf bar di atas menunjukkan bilangan responden yang berpendapat mereka perlu
mahir dalam menggunakan bahasa melayu Bagi kaum cina, peratusan tinggi responden
mengatakan mereka sangat tidak bersetuju bahawa mereka perlu mahir menggunakan
bahasa melayu dengan catatan 57.1%, 14.3% tidak bersetuju, 23.8% tidak pasti dan
selebihnya sangat bersetuju bahawa keseluruhan keluarga mereka menggunakan bahasa
melayu. Bagi kaum india pula, majoriti mereka bersetuju dan sangat bersetuju masing-
masing mencatatkan 33.3% dan 22.2%, 11.1% tidak pasti dan selebihnya tidak bersetuju.
Berdasarkan graf tersebut, dapat disimpulkan bahawa majoriti kaum cina
beranggapan mereka tidak perlu mahir menggunakan bahasa melayu sebaliknya majoriti
kaum india beranggapan mereka perlu mahir dalam menggunakan bahasa melayu. Hal ini
demikian kerana kaum cina berpendapat bahawa bahasa cina dan bahasa inggeris lebih
penting untung dikuasai kerana perantaraan antara sesebuah negara banyak melibatkan
dua bahasa ini berbanding menggunakan bahasa melayu. Sebaliknya kaum india
berpendapat mereka perlu menguasai bahasa melayu kerana bahasa ini penting dalam
kehidupan seharian mereka di Malaysia.

19
13. Saya gemar menonton berita yang menggunakan Bahasa Melayu.
Carta 13: bilangan responden yang gemar menonton berita dalam bahasa melayu.

7 7
7

6
B
5
i 5
l
a
4 cina
n
g 3 3 india
3
a
n 2
2

1 1 1
1

0
0
Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Setuju Setuju

Graf bar di atas menunjukkan bilangan responden yang gemar menonton berita yang
mengguanakan bahasa melayu. Bagi kaum cina, majoriti responden mengatakan mereka
sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju masing-masing mencatatkan peratusan tertinggi
iaitu sebanyak 33.3%, 23.8% tidak pasti dan peratus responden masing-masing
mencatatkan 4.8% bagi mereka yang bersetuju dan sangat bersetuju. Bagi kaum india pula,
33.3% responden masing-masing bersetuju dan tidak bersetuju, 22.2% tidak pasti dan
selebihnya bersetuju.
Berdasarkan graf tersebut, dapat disimpulkan bahawa majoriti kaum cina tidak
gemar menonton berita dalam bahasa melayu sebaliknya majoriti kaum india gemar
menonton berita dalam bahasa melayu. Hal ini demikian kerana kaum cina lebih gemar
menonton berita dalam bahasa cina. Sebaliknya kaum india gemar menonton berita dalam
bahasa melayu kerana mereka beranggapan bahawa mereka perlu mahir menggunakan
bahasa melayu.

20
3.0 PERBINCANGAN

Merujuk kepada objektif pertama yang diutarakan iaitu kadar penggunaan bahasa
melayu dalam kalangan bangsa cina dan india, kesemua responden menggunakan bahasa
melayu tetapi penggunaannya adalah terhad.Penggunaannya tidak lebih sekadar untuk
urusan rasmi dan sebagai bahasa pengantar untuk bergaul dengan rakan-rakan yang
berlainan bangsa sahaja.Hal ini dapat dilihat pada soalan pemerhatian nombor 5 dan
nombor 6 dimana majoriti responden bersetuju bahawa bahasa melayu digunakan untuk
urusan rasmi begitu juga ketika mereka bergaul dengan rakan-rakan yang berlainan
bangsa.Mereka lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri ketika
berkomunikasi sesama mereka.

Selain itu, objektif kedua kajian ini iaitu untuk mengetahui kepentingan bahasa
melayu juga menunjukkan majoriti responden bersetuju akan pentingnya bahasa melayu ini
dimana mereka bersetuju bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan Malaysia.Hal ini
dapat dilihat pada soalan pemerhatian bernombor 4 dimana rata-rata responden setuju
bahasa melayu menjadi bahasa rasmi Negara.

Ketika kajian ini dijalankan, dapat dilihat para responden faham soalan kajian yang
diberikan dan mampu untuk menjawab soalan ini tanpa sebarang masalah.Hal ini jelas
menunjukkan para responden tahu untuk menggunakan bahasa melayu.Selain itu, para
responden ini juga boleh berbahasa melayu untuk berkomunikasi dengan para pengkaji
walaupun tidak fasih.Para responden dilihat lebih berminat untuk berbahasa inggeris
berbanding berbahasa melayu.Para responden dilihat lebih selesa menggunakan bahasa
tersebut selain bahasa ibunda mereka sendiri.

Melalui kajian ini juga dapat dilihat terdapat beberapa kekangan yang
menyebabbkan penggunaan bahasa melayu ini terhad dalamkalangan etnik india dan cina
di negara ini. Antaranya ialah kurang pengintegrasian antara semua kaum.Didapati masalah
ini disebabkan etnik-etnik ini bercampur antara sesama mereka sahaja.Hal ini menyebabkan
kurang penggunaan bahasa melayu dikalangan etnik-etnik ini.

Selain itu, kewujudan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah-sekolah jenis


kebangsaan menyebabkan pembudayaan bahasa melayu dalam kalangan generasi muda
etnik-etnik ini tidak dapat disemai dengan lebih baik.Memang benar bahasa melayu menjadi
subjek yang wajib diambil oleh semua sekolah tetapi, perkara ini tidak mencukupi.

21
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia.Menjadi kewajipan


kepada semua lapisan rakyat Malaysia untuk tahu bertutur dalam bahasa melayu.Jika dilihat
dari segi sejarah, bahasa melayu merupakan bahasa perantara dikalangan para pedagang
tidak kira dari China mahupun India mereka lebih selesa berbahasa melayu ketika
berdagang di Melaka.
Dari kajian ini jelas menunjukkan masyarakat india dan cina di Malaysia
menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam kehidupan mereka
disamping tidak melupakan bahasa ibunda mereka sendiri. Walaupun bahasa melayu
menjadi bahasa rasmi negara tetapi bahasa ibunda masyarakat cina dan india masih boleh
digunakan kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memelihara bahasa-bahasa
masyarakat selain melayu terjamin. Hal ini juga bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang
meraikan kepelbagaian yang menjadi keunikan di Malaysia.
Masyarakat cina dan india di Malaysia masih bebas untuk menggunakan bahasa
ibunda mereka sendiri kerana Malaysia tidak seperti Indonesia yang mengamalkan konsep
kesepaduan melalui keseragaman dimana setiap lapisan rakyat harus tidak kira cina atau
india dikira berbangsa Indonesia dan masyarakt cina dan india disana sudah tidak tahu
untuk bertutur dalam bahasa ibunda mereka kerana dasar kerajaan yang telah mengikis
identiti mereka.
Sungguhpun begitu, bahasa melayu harus diperkasakan juga walaupun bahasa
ibunda mereka masih boleh diamalkan. Jadi untuk itu, beberapa cadangan dikemukakan
supaya bahasa melayu diperkasakan dikalangan bangsa cina dan india di Malaysia ini.
Antaranya ialah menggalakkan ibu bapa yang berbangsa cina atau india ini menghantar
anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan berbanding ke sekolah jenis kebangsaan. Hal
ini penting kerana penggunaan bahasa dapat diperkasakan ketika di peringkat usia kanak-
kanak lagi dan juga mampu untuk memupuk semangat perpaduan yang kuat pada generasi
muda kita.
Selain itu, memperbanyakkanbuku-buku ilmiah dalam bahasa melayu yang menjadi
rujukan untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah dan juga para siswa di universiti supaya
bahasa melayu menjadi bahasa ilmiah.Hal ini penting untuk memperkasakan bahasa
melayu dan ini juga mampu menggalakkan penggunaan bahasa melayu tidak kira semua
lapisan masyarakat.Untuk itu, buku-buku ilmiah dari bahasa inggeris hendaklah diterjemah
kedalam bahasa melayu supaya mudah untuk difahami dan boleh dibaca tidak kira sesiapa
sahaja.
Media massa juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan
penggunaan bahasa melayu dalam kalangan masyarakat cina dan india dengan

22
memperbanyakkan cerita-cerita dan juga iklan-iklan yang menggunakan bahasa melayu
ditelevisyen,surat khabar dan juga media terbaru pada zaman ini iaitu internet. Peranan
media massa lebih memberikan kesan yang mendalam terutama untuk memperkasakan
bahasa melayu.
Semua cadangan-cadangan ini bukanlah untuk menghapuskan penggunaan bahasa
ibunda dari diri mereka tetapi sekadar untuk memperkasakan penggunaan bahasa melayu
memandangkan bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Melalui kajian ini jelas bahawa penggunaan bahasa melayu haruslah diperkasakan
lagi kerana dalam usaha untuk melahirkan bangsa Malaysia, bahasa merupakan elemen
utama untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu kerana bahasa jiwa bangsa.

23
5.0 RUJUKAN

Buku

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia.


Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Asmah Haji Omar (1993). Susur Galur Bahasa Melayu.:Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur

Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz, Arb'ie Sujud (1997). Pengajian Melayu 1: (Ilmu
Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). L.C.Marketing, Selangor.

Prof.Dr.Asmah Haji Omar (1985).Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada


Perancangan Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

S.Nathesan(1995). Laras Bahasa Ilmiah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Internet

Cikgu Jamilah Bee (2010).Bahasa Melayu. (atas talian)


http://www.almunshi.com/am/index.php?option=com_content&view=article&id=195:bahasa-
melayu&catid=31:galeri&Itemid=113

Ramli Abdul Halim (2010).Nasib malang buku bahasa Melayu. (atas talian)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=S
astera&pg=sa_02.htm(14 Mac 2011)

Wikipedia (2011).Bahasa Melayu. (atas talian)


http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu(25 Ogos 2010)

24
6.0 LAMPIRAN

6.1 PROPOSAL

SKP 2204

HUBUNGAN ETNIK

PROPOSAL:

PERBANDINGAN PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA DI KALANGAN ETNIK CINA


DAN INDIA DI KAJANG

AHLI KUMPULAN :

1. MOHD FIRDAUS BIN ZAKARIA 158664

2. KHAIRUL AKMAL BIN IBRAHIM 158667

3. MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHD SHARIF 160317

4. IMAN BIN ARZMAN 160116

5. TANG SIEW HONG 159243

6. MIEW TECK ONN 156244

7. TING HENG YEW 159175

25
OBJEKTIF :

1. Mengetahui kadar penggunaan bahasa Malaysia di kalangan masyarakat cina dan


india di Malaysia
2. Mengetahui kefasihan bahasa Malaysia di kalangan masyarakat cina dan india di
Malaysia

3. Mengetahui kepentingan Malaysia di kalangan masyarakat cina dan india di Malaysia

TEMPAT KAJIAN:

Sekitar kawasan Kajang.

PERMASALAHAN :

Mengenalpasti kekangan dalam menggunakan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian


masyarakat cina dan india di Malaysia

KAEDAH METODOLOGI :

1. Rujukan perpustakaan

2. Bahan internet

3. Kerja lapangan

 Borang kaji selidik

 Temubual responden

26
6.2 GAMBAR-GAMBAR RESPONDEN KAJIAN

27
28
6.3 KERATAN AKHBAR

29

You might also like