You are on page 1of 2

NATIONAL RUGBY DEVELOPMENT PROGRAMME

42-2 Jalan Usahawan 7


Wangsa Biz Avenue
Setapak Jaya
53300 Kuala Lumpur
Tel: +603-4143 3284 / 4131 8872
Fax: +603-4143 3572

1 Ogos 2019

Seperti senarai edaran

Tuan/Puan

Kejohanan Ragbi Kebangsaan NRDP RUGBY CARNIVAL 2020

Dengan hormat dan takzimnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia Rugby dengan kerjasama Kementerian Belia &
Sukan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program
Pembangunan Ragbi Negara ( NRDP ). Salah satu program yang dijalankan di bawah NRDP
adalah program pengelolaan kejohanan di kalangan sekolah-sekolah sebagai pendedahan bagi
pemain-pemain sekolah dan salah satu landasan pemilihan pemain Program Elit NRDP.

3. Justeru itu pihak NRDP akan menganjurkan Kejohanan Ragbi Kebangsaan NRDP RUGBY
CARNIVAL Edisi ke-5 pada 1 dan 2 Februari 2020 bertempat di Universiti Putra Malaysia,
Serdang.

4. Sehubungan dengan itu kami ingin menjemput pasukan ragbi tuan/puan untuk menyertai
kejohanan tersebut. Bersama ini disertakan maklumat lanjut mengenai kejohanan dan borang
pengesahan penyertaan untuk tindakan pihak tuan/puan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada
31 Oktober 2019 beserta yuran pendaftaran sebanyak RM250.00 sahaja. Semua pertanyaan
boleh dibuat kepada: Encik Khairizal Amat Ali di talian 012-3136652
.Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam hal tersebut amat dihargai dan diucapkan ribuan
terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Jamaluddin Bin Salim


Pengarah
Program Pembangunan Ragbi Negara
Kesatuan Ragbi Malaysia

You might also like