You are on page 1of 5

SOALAN-SOALAN MEQ

1 Dadah menjadi masalah yang besar di Malaysia.

A Beri definisi dadah.


` (2 markah)

B Senaraikan 3 kategori dadah dan beri satu contoh dalam se tiap kategori
( 6 markah)

C Terangkan maksud istilah berikut


a pergantungan fizikal
b tolerans pada dadah
(4 markah )

D Terangkan cara rawatan yang berikut


a Cold turkey
b Methadone substitute therapy
( 8 markah )

2 Gangguan Anxieti merupakan satu kondisi yang sering ditemui di Klinik Kesihatan

A Senarikan 5 manifestasi Anxieti


(5 markah)

B Terangkan maksud istilah-istilah berikut


a Fobia
b panic attacks
c Obsessive Compulsive Disorder
( 9 markah )

C Huraikan pengurusan pesakit ini


( 6 markah)

3. Pesakit yang mempunyai Gangguan Psikoseksual biasanya tidak rela untuk mendapat
rawatan oleh kerana malu.

A Terangkan istilah-istilah berikut


a sadisma
b exhibitionisma
c fetishisma
d premature ejaculation
e dyspareunia
( 10 markah )

B Terangkan pengurusan pesakit yang mengalami gangguan psikoseksual


( 10markah )

JAWAPAN MEQ

SOALAN-SOALAN MEQ

1 Dadah menjadi masalah yang besar di Malaysia.

A Beri definisi dadah.


` (2 markah)
Bahan kimia yang memberi kesan psikoaktif,
Diperolehi secara haram
Digunakan untuk tujuan bukan perubatan
Mendatangkan pergantungan dan tolerans

B Senaraikan 3 kategori dadah dan beri satu contoh dalam se tiap kategori
( 6 markah)

1. Opiat ---morfin, heroin, kodein


2. Canabis- ganja
3. Stimulan – ampetamin, syabu, kokain

C Terangkan maksud istilah berikut


a pergantungan fizikal

Apabila dadah diberhentikan , akan terdapat kesan –kesan


tarikan (withdrawal symptoms) kesan-kesan ini akan bermula
selepas 6jam dan jika dadah tidak diambil, ianya akan menjadi
lebih teruk. Kesan-kesan withdrawal akan kemuncak dalam masa
48 hingga 72 jam. Dan biasanya akan hilang dalam 5 hingga 6 hari

b tolerans pada dadah


(4 markah )
Tolerans atau daya tahan pada dadah berlaku selepas digunakan
untuk satu jangka masa yang tertentu. Penagih perlu menambah
dos dari masa ke semasa untuk mendapat kesan dadah yang sama
D Terangkan cara rawatan yang berikut
a Cold turkey

Cara cold turkey ialah membenarkan seorang penagih yang sudah


berhenti dadah, mengalami semua kesan withdrawal tanpa diberi
apa-apa ubat-ubatan. Pesakit dinasihat kerap mandi dan bertahan
pada kesan-kesan tersebut. Biasanya pesakit akan mula pulih selepas 5
hari memberhenti dadah

b Methadone substitute therapy


( 8 markah )
Metahdone adalah dadah synthetic yang diberi kepada penagih
yang telah berhenti dadah supaya tidak mendapat kesan-kesan
tarikan yang teruk. Apabila methadone telah diambil dadah
tambahan tidak akan memberi kesan. Methadone diberi setiap
hari untuk selama 6 hingga 9 bulan.. Methadone diberi dalam
bentuk cecair. Dos akan dikurangkan secara beransuran sebelum
diberhentikan

2 Gangguan Anxieti merupakan satu kondisi yang sering ditemui di Klinik Kesihatan

A Senarikan 5 manifestasi Anxieti

Palpitasi
Berpeluh
Sesak nafas
Mengeletar
Berpulas-pulas dalam perut
Kegelisaan
Kabur penglihatan
Pitam
Loya
muntah
(5 markah)

B Terangkan maksud istilah-istilah berikut


a Fobia

ketakutan yang persisten dan sangat banyak pada sesuatu benda


atau situasi sehingga menjejaskan klehidupan biasa

b panic attacks

adalah anxiety yang akut dengan banyak simptom yang berlaku


kerap kali apabila berdepan depan dengan stimulus atau tidak.
Pesakit boleh menjadi pitam atau pengsan.ia menjejaskan
kehidupan biasa pesakit.

c Obsessive Compulsive Disorder

adalah sejenis anxiety di mana pesakit terpaksa menjalankan


sesuatu aktiviti berulangkali walaupun pesakit tahu perkara
tersebut adalah abnormal tetapi tidak dapat memberhenti dari
perbuat itu.
Contoh : membasuh tangan 10 kali

( 9 markah )

C Huraikan pengurusan pesakit ini

1. menjalinkan rapport yang baik


2. mendapat riwayat yang lengkap untuk mengetahui punca atau sebab-sebab
anxiety
3. memberi ubat-ubatan anxiolitik jika perlu –terutama kalau ada masalah
tidur
4. menjalankan psikotherapi individu
5. menjalankan stress management – terutama sekali latihan bernafas
6. menjalankan behaviour therapi yang sesuai
7. Pesakit tidak perlu masuk wad
8. famili therapi
9. susulan
( 6 markah)

3. Pesakit yang mempunyai Gangguan Psikoseksual biasanya tidak rela untuk mendapat
rawatan oleh kerana malu.

A Terangkan istilah-istilah berikut


a sadisma

mendapat kepuasan seks dengan menyeksakan pasangan

b exhibitionisma

mendapat kepuasan seks dengan menunjukkan kemaluan kepada


satu golongan kanak-kanak atau perempuan secara tiba-tiba

c fetishisma

mendapat kepuasan dengan menyimpan atau menyentuh pakaian


jantina yang bertentangan.—seluar dalam wanita atau coli
d premature ejaculation

pengeluaran air mani sebelum penis dimasukakan dalam vagina


atau pun sebaik sahaja dimasukkan dalam vagina

e dyspareunia

kesakitan yang berterusan dalam vagina setiap kali melakukan


hubungan seks. Perlu mendapat rawatan
( 10 markah )

B Terangkan pengurusan pesakit yang mengalami gangguan psikoseksual

1. menjalinkan rapport yang baik


2. mendapat riwayat yang lengkap untuk mengetahui punca atau sebab-sebab
gangguan tersebut
3. menjalani pemeriksaan fizikal pada kemaluan
4. menjalani lain investigai seperti x-ray atau pun genetic analisis untuk
menentukan diagnosis
5. rawatan spesifik diberi
6. memberi ubat-ubatan anxiolitik jika perlu –terutama kalau ada masalah
tidur
7. menjalankan psikotherapi individu
8. menjalankan behaviour therapi yang sesuai
9. menjalankan therapi seksual
10. menjalankan stress management – terutama sekali latihan bernafas
11. Pesakit tidak perlu masuk wad (
12. famili therapy (dengan pasangan)
13. susulan
(10markah )

You might also like