You are on page 1of 6

QSU 3103: PENGUJIAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN SAINS SUKAN

DAN PENDIDIKAN JASMANI

TAJUK: KESEIMBANGAN ( UJIAN KAYU BASS MENEGAK )

NAMA: BETTY BINTI GAMIN

NO. MATRIK: D20162076139

NAMA PENSYARAH: PROF. DR. AHMAD BIN HASIM


1.0 Pengenalan

Keseimbangan merupakan salah satu komponen penting dalam kecergasan bagi aspek
perlakuan motor yang membolehkan aktiviti atau kemahiran fizikal dilakukan.
Keseimbangan didefinisikan sebagai keupayaan seseorang mengekalkan
keseimbangan apabila pusat graviti berubah dalam jangka masa tertentu. Ia juga boleh
dikaitkan dengan kebolehan individu untuk mengekalkan kedudukan badan dalam
keadaan teguh semasa melakukan pergerakan ataupun semasa statik.

Keseimbangan juga keupayaan mengekalkan keseimbangan badan mengatasi daya


tarikan graviti. Dalam sesetengah kedudukan, keseimbangan juga dipengaruhi oleh
kekuatan badan. Jika otot yang menyokong tidak mampu menanggung berat badan
atau sebahagian badan maka keseimbangan akan menjadi terhad. Keseimbangan statik
ialah keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan ketika kedudukan badan berada
dalam keadaan tetap dan tidak berubah. Jenis ujian yang digunakan oleh
penyelidik-penyelidik terdahulu bagi mengukur keseimbangan statik ialah ujian dirian
bangau, ujian kayu bass menegak, dan ujian kayu bass melintang ( Johnson & Nelson,
1986 ). Ujian keseimbangan digunakan untuk mengukur kecergasan fizikal.

Ujian boleh didefinisikan sebagai alat atau instrumen yang digunakan untuk
memperolehi maklumat tentang individu atau sesuatu objek. Instrumen boleh wujud
dalam bentuk soalan yang ditanya dalam kertas atau temuduga, pemerhatian
tentang aktiviti fizikal yang dijalankan atau pemerhatian tingkah laku
dengan menggunakan senarai semak.
2.0 Latar belakang Ujian

Ujian kayu bass menegak mengukur keupayaan keseimbangan badan dalam keadaan
statik dengan sokongan bebola kaki. Untuk mengesahkan ujian ini, pelajar lelaki dan
perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti
sebagai salah satu untuk dijadikan prosedur. Ujian ini perlu diambil kesahan iaitu r.
Beberapa contoh pratikal ujian keseimbangan termasuklah tujuan ujian, peringkat
umur, kesahan, kebolehpercayaan, alatan, prosedur dan pengiraan skor. Untuk
mengkaji ujian ini, gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan yang mencukupi
sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar. Ujian boleh didefinisikan
sebagai alat atau instrumen yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang
individu atau sesuatu objek. Instrumen boleh wujud dalam bentuk soalan yang ditanya
dalam kertas atau temuduga, pemerhatian tentang aktiviti fizikal yang
dijalankan atau diukur.

3.0 Objektif Ujian

Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk mengukur keupayaan keseimbangan badan
dalam keadaan statik dengan sokongan bebola kaki di atas permukaan sempit.

1. Untuk mengenal pasti hubungan antara komponen kecergasan fizikal berasaskan


sukan iaitu keseimbangan terhadap ujian kayu bass menegak.

2. Untuk mengenal pasti keupayaan keseimbangan badan dalam statik terhadap ujian
kayu bass menegak.

4.0 Kepentingan Ujian

Ujian kayu bass menegak untuk mengukur keupayaan keseimbangan badan dalam
keadaan statik dengan sokongan bebola kaki dominan di atas permukaan kayu
tersebut secara memanjang. Untuk mendapatkan kiraan skor yang betul iaitu jumlah
masa dalam saat diambil untuk keempat-empat percubaan. Skor ujian dikira
berdasarkan hasil jumlah masa dalam saat untuk keempat-empat percubaan. Tujuan
untuk ujian ini adalah menampung berat badan, bahagian badan dan berat kepadatan
dalam kedudukan luaran.

Ujian ini juga mengukur keseimbangan pelajar dalam melakukan imbangan statik
bertahan selama 60 saat. Jika kaki bukan dominan pelajar menyentuh lantai akan
dikira gagal.

Selain itu, ujian ini untuk mengenal pasti hubungan komponen kecergasan fzikal yang
berasaskan sukan iaitu tahap pelajar dalam melakukan ujian kecergasan
keseimbangan. Ujian ini juga mengukur keupayaan keseimbangan badan dalam statik
terhadap ujian kayu bass menegak. Kesahan dan kebolehpercayaan dalam mengukur
ujian ini adalah sah.

5.0 Instrumen Ujian

Berikut merupakan instrumen ujian yang digunakan untuk menjalankan kajian.

Bil Pemboleh ubah Ujian Nilai Kebolehpercayaan objektiviti


kesahan

1 Keseimbangan Ujian r = 0.83 r =0.98 ( Ahmad r =0.93


kayu ( Ahmad Hashim, 2003 ) ( Ahmad
bass Hashim, Hashim,
menegak 2003 ) 2003 )

Dalam ujian ini, keseimbangan terhadap ujian kayu bass menegak dalam keadaan
statik dapat diukur kerana ujian tersebut adalah sah. Instrumen yang digunakan untuk
menguji keseimbangan dalam ujian kayu bass menegak ialah jam randek, batang kayu
dan pita penanda. Kawasan yang digunakan untuk mengukur ujian iaitu gelanggang
yang konkrit luas untuk menilai ujian ini. Selain itu, ujian ini perlulah menggunakan
subjek pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah atau sekolah menengah.

Selain mendapatkan kesahan dari pakar bidang pengujian, pengukuran dan penilaian
serta penyelidik telah menyediakan kesahan yang telah sedia ada. Semua ujian
komponen kecergasan fizikal yang telah dipilih mempunyai kesahan yang sedia ada
oleh pakar-pakar sebelum ini mahupun di dalam atau di luar negeri.

6.0 Pentadbiran Ujian

Sampel yang digunakan untuk mengkaji ujian ini ialah 15 pelajar lelaki dan 15
perempuan daripada pelajar universiti. Alatan yang digunakan seperti jam rendik,
beberapa batang kayu berukuran 1 inci ( lebar ), 1 inci ( tinngi ) dan 12 inci ( panjang )
serta pita penanda.

Prosedur untuk menjalankan ujian tersebut seperti;

1. Batang kayu ujian berukuran 1 inci x 1 inci x 12 inci diletakkan di atas permukaan
simen secara memanjang dan dilekatkan dengan pita supaya tidak mudah bergerak.

2. Subjek berdiri dalam satu garisan. Pembantu penguji berdiri di garisan yang
bertentangan dengan subjek.

3. Subjek meletakkan bebola kaki yang dominan di atas permukaan kayu tersebut
secara memanjang.

4. Arahan sedia ada dan mula diberikan untuk subjek memulakan ujian dengan
mengangkat sebelah lagi kaki supaya tidak menyentuh permukaan lantai simen.

5. Subjek dikehendaki mengekalkan keadaan keseimbangan tersebut selama yang


mungkin sehingga tempoh makismum 60 saat. Dikira gagal setelah mana-mana
bahagian kaki menyentuh lantai.
6. Subjek diberi sebanyak empat kali percubaan, dua dengan kaki kanan dan dua
dengan kaki kiri.

Ujian kayu bass menegak

You might also like