You are on page 1of 3

3.

5 Analisis pendapat tokoh mengenai soalan 5

Sistem pendidikan secara bersepadu mampu menyatupadukan dan mengukuhkan


hubungan antara kaum yang pelbagai etnik di negara ini. Hal ini disebabkan sistem
pendidikan secara bersepadu menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah. Bahasa kebangsaan ini merupakan satu alat
untuk menyatukan bangsa multi etnik bagi menjamin perpaduan yang erat. Interaksi
dalam satu bahasa yang sama iaitu bahasa Kebangsaan di antara kaum yang berlainan
dapat memantapkan persefahaman di antara kaum. Hal ini disebabkan interaksi yang
telah berlaku akan membantu individu untuk lebih mengenali dan memahami adat
resam dan budaya bangsa yang lain . Hal ini sekaligus akan mendidik seseorang itu
supaya menghormati kaum lain dan menjauhi sikap diskriminasi terhadap kaum lain
serta dapat mencegah daripada berlakunya perpecahan atau masalah perkauman. Oleh
yang demikian sistem pendidikan secara bersepadu penting kerana melalui sistem
pendidikan sebegini dapat menggalakan integrasi kaum serta dapat mengelakkan
berlakunya sebarang permusuhan antara kaum yang boleh mengancam negara suatu
hari nanti.
1.4 Penutup

Kesimpulannya, peranan pendidikan penting dalam proses penyatuan bagi


merialisasikan aspirasi negara Malaysia iaitu mewujudkan dan meningkatkan
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang etnik di negara ini .Tidak
dapat dinafikan lagi bahawa pendidikan dari peringkat rendah ke paling tinggi
memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan perpaduan. Namun usaha
ini akan menjadi sia-sia sekiranya sekolah-sekolah yang terdapat di negara ini iaitu
Sekolah Kebangsaan yang sedia ada ataupun Sekolah Jenis Kebangsaan masih lagi
berpegang kepada kepentingan kaum masing-masing. Hal ini disebabkan masih
terdapat sekolah-sekolah yang masih mengekalkan identiti vernakular seperti yang
terdapat pada zaman penjajahan British dahulu. Pemikiran sebegini seharusnya
dibuang, kerana di era teknologi maklumat dan globalisasi ini, pendidikan lebih
bersifat global. Pelajar-pelajar harus didedahkan dengan kemahiran untuk berinteraksi
dan bekerja sama dengan kaum yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agar
dapat menyiapkan diri mereka untuk menghadapi alam pekerjaan suatu hari nanti.
Cabaran bagi mencapai Wawasan 2020 sebenarnya terletak di tangan masyarakat
Malaysia khasnya ibubapa dan pendidik untuk mencorak pemikiran pelajar bagi
memenuhi aspirasi nasional untuk mencapai perpaduan kaum. Oleh itu, adalah
penting untuk kita semua membuka minda dan lebih terbuka dalam isu yang
membabitkan pendidikan anak-anak agar dapat melahirkan generasi yang mempunyai
jati diri, nilai-nilai serta semangat toleransi yang tinggi.

You might also like