You are on page 1of 1

PENGARUH GENDER TERHADAP GAYA KEPIMPINAN PENGETUA

PERSOALAN KAJIAN:
1. Apakah gaya kepimpinan pengetua berdasarkan gender?
2. Adakah terdapat perbezaan gaya kepimpinan pengetua berdasarkan gender?

Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji perbezaan gender
dalam gaya kepimpinan pengetua (Dady & Ed, 2014; Damian Farrow, Joseph
Baker, 2015; Kairys, 2018; Munir & Aboidullah, 2018; Orphanos, 2016).
Misalnya Dady & Ed, (2014) telah menjalankan kajian di Tanzania, dengan
menggunakan kaedah gabungan (temu bual, soal selidik & analisis dokumen)
yang melibatkan 190 orang responden menunjukkan terdapat perbezaan gaya
kepimpinan pengetua berdasarkan gender. Damian Farrow, Joseph Baker, (2015)
yang menggunakan sampel seramai 28 orang pengetua dan 140 orang guru
turut menyokong dapatan Dady & Ed, (2014).
Selain itu Orphanos, (2016) dan Kairys, (2018) juga menyokong dapatan Damian
Farrow, Joseph Baker, (2015) dan Dady & Ed, (2014) dimana mereka mendapati
bahawa terdapat perbezaan gaya kepimpinan berdasarkan gender.
Walaubagaimanapun, kajian yang telah dijalankan oleh Munir & Aboidullah,
(2018) terdapat percanggahan dapatan kajian dalam penyelidikkan mereka yang
dijalankan di sekolah swasta dan kerajaan dengan sampel yang berjumlah 250
orang pengetua dan 2300 orang guru dengan menggunakan kaedah soal selidik.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Munir & Aboidullah, (2018) tidak
terdapat perbezaan gaya kepimpinan pengetua berdasarkan gender.
Penerangan di atas telah menunjukkan terdapat perbezaan dapatan kajian
mengenai isu perbezaan gaya kepimpinan berdasarkan gender
pengetua.(tambah krisis-disebabkan??) Oleh itu kajian ini dijalankan untuk
melihat adakah terdapat perbezaan dari segi gaya kepimpinan pengetua
berdasarkan gender di Malaysia kerana kajian ini kurang dijalankan di Malaysia.

You might also like