You are on page 1of 38

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

1.1 Hubungan Industri dan Kesatuan Sekerja

Majikan dan pekerja merupakan elemen terpenting di dalam sesebuah organisasi bagi

memastikan organisasi mencapai matlamat utama mereka. Kerjasama yang baik di antara

pihak pengurusan dengan para pekerja adalah salah satu tindakan yang membolehkan

organisasi mentadbir dan merangka strategi organisasi untuk mencapai matlamat yang telah

ditetapkan. Hubungan antara pihak pengurusan atau “…majikan ini dengan para pekerja

dalam persekitaran kerja ini boleh dikatakan sebagai perhubungan perindustrian” seperti

mana yang telah dinyatakan di dalam Kertas Kerja Pengurusan Sumber Kemanusiaan

(MTT 2703) (_____, n.d.).

Amir Hamzah Abdul dan Saadon Awang (2009: 2) menyatakan bahawa

“…hubungan industri juga melibatkan interaksi di antara majikan dan pihak pekerja di

dalam sistem hubungan khusus untuk membincangkan tentang hubungan antara majikan

dan pekerja, berbincang mengenai pekerjaan dan faedah-faedah pekerjaan di tempat kerja”.

Hubungan industri didefinisikan oleh Maimunah Aminuddin sebagai “…bidang kajian

yang tidak dapat dipisahkan daripada penglibatan kesatuan sekerja”, (Amir Hamzah Abdul

dan Saadon Awang, 2009: 3-4).

Hubungan industri juga dikenali sebagai perhubungan perusahaan di mana ia

merujuk kepada “…perhubungan di antara pekerja dengan majikan serta faktor, masalah

dan isu yang mempengaruhi perhubungan tersebut dalam organisasi”, (Zafir Mohd

Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun, 2011: 278). Perhubungan perusahaan yang

diamalkan di Malaysia adalah “…merujuk kepada hubungan antara majikan, pekerja yang

1 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

diwakili oleh kesatuan dan pihak kerajaan”, (Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad

Hasun, 2011: 279).

Kesatuan sekerja didefinisikan oleh K. Rajkumar (2001: 137) sebagai “…mana-

mana persatuan atau gabungan kakitangan atau majikan dalam sesuatu pertubuhan,

perniagaan, pekerjaan atau industri tertentu, atau dalam sesuatu perniagaan, pekerjaan atau

industri yang sama; sama ada secara sementara atau tetap”. Selain itu juga, kesatuan

sekerja menurut K. Rajkumar (2001: 137-138), mempunyai satu atau lebih daripada

perkara berikut:

i. Peraturan dalam hubungan di antara kakitangan dan majikan;


ii. Peraturan dalam hubungan di antara kakitangan dan kakitangan, atau
di antara majikan dengan majikan;
iii. Pengaduan oleh sama ada kakitangan atau majikan dalam pertikaian
kerja;
iv. Kaitan dengan pertikaian kerja atau perkara berkaitan;
v. Sokongan, penubuhan atau pembiayaan mogok dan pembekuan dalam
mana-mana perniagaan atau industri atau peruntukan gaji atau
imbuhan-imbuhan lain untuk ahli-ahlinya semasa mogok atau
pembekuan berkenaan.

Selain itu, kesatuan sekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 ditafsirkan

sebagai “…apa-apap pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan,

iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka adalah di Malaysia Barat, Sabah

atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil

kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang

berkenaan:

a) dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang


tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa;
dan
b) sama ada secara sementara atau tetap; dan
c) yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih
daripada tujuan-tujuan yang berikut:
i. peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dengan
majikan-majikan, bagi maksud menggalakkan perhubungan

2 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

perusahaan yang baik dan harmoni di antara orang-orang kerja


dan majikan-majikan, memperbaiki syarat-syarat pekerjaan
orang-orang kerja atau memperbaiki status ekonomi dan
sosial mereka, atau meningkatkan produktiviti;
ia. peraturan perhubungan di antara orang-orang kerja dan orang-
orang kerja, atau di antara majikan-majikan dan majikan-
majikan;
ii. perwakilan sama ada orang-orang kerja atau majikan-majikan
dalam pertikaian-pertikaian tred;
iia. menjalankan, atau menguruskan dengan, pertikaian-pertikaian
tred dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya; atau
iii. menggalakkan atau mengaturkan atau membiayai mogok atau
tutup-pintu dalam mana-mana tred atau industri atau
peruntukan gaji atau faedah-faedah lain bagi ahli-ahlinya
semasa suatu mogok atau tutup-pintu;

(International Law Book Services, 2011: 7-8)

Kesatuan sekerja menurut Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun

(2011: 282) adalah “…bentuk pertubuhan yang bertujuan untuk menjaga kebajikan dan

memperbaiki kualiti pekerja dalam organisasi”. Snell dan Bohlander pula mentafsirkan

kesatuan sekerja sebagai “…pertubuhan yang mewakili pekerja yang berkemahiran,

separuh mahir dan tidak mahir berhubung dengan isu-isu pekerjaan”, (Zafir Mohd Makhbul

dan Fazilah Mohamad Hasun, 2011: 282).

Kesatuan sekerja juga didefinisikan sebagai “…satu persatuan pekerja yang

bekerjasama untuk memperbaiki keadaan kerja mereka” seperti yang dinyatakan oleh

Maimunah Aminuddin (Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun, 2011: 282).

Umumnya, objektif penubuhan sesebuah kesatuan sekerja adalah

i. untuk melindungi ahli-ahlinya dari segi keselamatan dan


meningkatkan status ekonomi dan standard kehidupan.
ii. untuk menjamin keselamatan ahli-ahli kesan daripada ancaman
yang terhasil daripada perubahan teknologi, keadaan pasaran
yang tidak menentu dan keputusan yang dibuat oleh pihak
pengurusan.
iii. untuk mempertingkatkan kebajikan pekerja sama ada ianya ahli
kesatuan atau tidak.
iv. membantu pekerja mengadakan perundingan dengan pihak
majikan.

3 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

v. untuk menentukan ahli-ahli kesatuan mendapatkan hak-hak yang


sepatutnya diperolehi dengan penuh keadilan.

(Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun, 2011: 283).

Kesatuan sekerja menurut Amir Hamzah Abdul dan Saadon Awang (2009:2)

“…boleh mewakili kedua-dua pihak dalam sistem hubungan industri, iaitu kesatuan sekerja

pekerja dan kesatuan sekerja majikan”. Pekerja dan majikan di Malaysia adalah “…bebas

menubuhkan pertubuhan mengikut:

i. Artikel 10(1) (c) Perlembagaan Malaysia


ii. Konvensyen ILO No.98
iii. Seksyen 8 dan 9 Akta Kesatuan Sekerja 1959
Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi
membolehkannya menikmati keistimewaan sebagai sebuah
kesatuan sekerja yang sah

(Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, 2011).

1.2 Latar Belakang Organisasi

Kolej Kerjasama Perak merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta yang

terletak di Gopeng, Perak. Kolej ini merupakan sebuah institusi pengajian yang berperanan

di dalam memberikan pendidikan berasaskan pengurusan dan pentadbiran kepada para

pelajar yang menyertainya. Kolej ini telah beroperasi sejak tahun 2009 dan meliputi

pengajian di peringkat Sijil dan Diploma.

Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai kumpulan kakitangan seperti tenaga

pengajar (kumpulan profesional) dan kumpulan sokongan, kolej ini turut terlibat di dalam

menubuhkan sebuah kesatuan sekerja yang mewakili anggota kumpulan sokongan.

Kumpulan sokongan ini terdiri daripada 70 orang pekerja. Walau bagaimanapun,

penglibatan kakitangan yang berkhidmat di bahagian pengurusan, eksekutif, kerahsiaan dan

4 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

keselamatan adalah dilarang sama sekali untuk terlibat di dalam pembentukan kesatuan

sekerja bagi mewakili anggota kumpulan sokongan di kolej ini.

Bagi menubuhkan kesatuan sekerja kumpulan sokongan ini, satu mesyuarat

penubuhan telah dilaksanakan oleh anggota kumpulan sokongan tersebut pada:

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat I, Kolej Kerjasama Perak, Gopeng, Perak.

Notis mesyuarat penubuhan kesatuan sekerja bagi kumpulan sokongan serta laporan minit

mesyuarat penubuhan kesatuan sekerja tersebut adalah seperti di Lampiran I dan Lampiran

II.

5 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

2.0 PERBINCANGAN

2.1 Pendaftaran Kesatuan Sekerja

Setelah selesai membuat mesyuarat penubuhan, sesebuah kesatuan sekerja itu perlulah

didaftarkan seperti mana yang terkandung di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Siti

Zaharah Jamaluddin (2000:9-10) menyatakan di bawah “…Seksyen 8(1) memerlukan

sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan memohon untuk didaftarkan di bawah Akta 1959

ini dalam tempoh sebulan selepas ianya ditubuhkan. Tarikh penubuhan sesebuah kesatuan

sekerja itu dikira dari tarikh pertama seseorang pekerja atau majikan bersetuju untuk

menjadi atau mewujudkan pertubuhan atau gabungan seperti yang dinyatakan dalak takrif

kesatuan sekerja”.

Menurut Wu Min Aun (1985:10), “…setiap kesatuan sekerja diperlukan memohon

pendaftaran dalam jangka masa sebulan dari tarikh penubuhannya. Tempoh ini boleh

dilanjutkan atas budi bicara Pendaftar Kesatuan Sekerja, tetapi jumlah kesemua tempoh itu

mestilah tidak melebihi enam bulan”. Wu Min Aun (1985:10-11) turut menyatakan

bahawa “…sekiranya mana-mana kesatuan sekerja gagal memohon pendaftaran dalan masa

yang sepatutnya (atau jika pendaftaran ditolak; ditarik balik atau dibatalkan), Seksyen 19

memperuntukkan seperti yang berikut:

(a) Kesatuan sekerja adalah disifatkan sebagai persatuan yang tidak


sah. Kesatuan sekerja terhenti daripada menikmati apa-apa hak,
kekebalan atau keistimewaan kesatuan yang berdaftar, tetapi
tanpa memudaratkan apa-apa tanggungan yang dialami atau yang
akan dialami olehnya.
(b) Tiada kesatuan sekerja atau anggota-anggotanya boleh menyertai
mana-mana pertikaian perusahaan atau menaja, mengatur atau
membiayai mana-mana mogok atau perberhentian.
Membekalkan wang atau faedah-faedah lain bagi anggota-
anggotanya semasa mogok atau perberhentian dilarang juga.
(c) Kesatuan itu mestilah dibubarkan dan kumpulanwang-
kumpulanwangnya dilupuskan menurut peraturan.

6 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

(d) Tiada sesiapa pun dibenarkan menyertai pengurusan atau


organisasi kesatuan, kecuali bagi maksud-maksud pembubaran,
perlupusan kumpulanwang-kumpulanwangnya atau rayuan
terhadap penolakan mendaftar, penarikan balik atau pembatalan.

Di bawah Seksyen 59 Ordinan Kesatuan Sekerja, “…adalah salah bagi seseorang

atau sesuatu kesatuan sekerja, yang belum didaftarkan, melakukan sebarang perbuatan

untuk mencapai apa-apa tujuan kesatuan sekerja, melainkan perbuatan itu dilakukan secara

suci hati, dalam masa dan bagi maksud menubuhkan kesatuan”, (Wu Min Aun, 1985:11).

Pendaftaran sesebuah kesatuan sekerja mestilah dibuat dalam borang yang ditentukan

(Borang B).

Permohonan bagi pendaftaran sesebuah kesatuan sekerja mestilah mengikut syarat

yang terkandung di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 iaitu

(1)Tiap-tiap permohonan bagi pendaftaran sesuatu pertubuhan,


gabungan atau persatuan sebagai suatu kesatuan sekerja
hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk yang
ditetapkan, dan hendaklah ditandatangani oleh sekurang-
kurangnya tujuh orang anggota kesatuan itu, yang mana di
antaranya boleh terdiri daripada pegawai-pegawainya.
(2)Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah
disertakan bersamanya fee sebagaimana yang ditetapkan dan satu
salinan bercetak dalam bahasa kebangsaan kaedah-kaedah
kesatuan sekerja itu yang ditandatangani oleh anggota kesatuan
sekerja yang membuat permohonan itu dan suatu penyata butir-
butir berikut iaitu:

(a) nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat


permohonan;
(b)nama kesatuan sekerja itu dan alamat ibu pejabatnya; dan
(c) titel, nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai
kesatuan sekerja itu, dan maklumat lain sedemikian mengenai
pegawai-pegawai sedemikian yang diperlukan supaya diberi
oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu kes.

(International Law Book Services, 2011: 15).

7 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Menurut Siti Zaharah Jamaluddin (2000: 12), “…pendaftaran yang dibuat akan

memberikan beberapa keistimewaan kepada sesebuah kesatuan sekerja seperti mana yang

dinyatakan dalam Bahagian IV Akta 1959, iaitu:

i) Kekebalan daripada guaman sivil dalam kes-kes di mana sesuatu


tindakan dijalankan untuk tujuan satu pertelingkahan tred
mengikut seksyen 21.
ii) Kekebalan terhadap satu tuntutan guaman berkenaan dengan
sesuatu tindakan tort yang dikemukakan berkenaan dengan
tindakan tort yang dilakukan oleh atau bagi pihak kesatuan sekerja
itu mengikut seksyen 22.
iii) Kesatuan sekerja yang berdaftar mempunyai liabiliti atau
tanggungan ke atas kontrak yang dimasuki olehnya atau bagi
pihaknya oleh ejennya mengikut seksyen 23.
iv) Kesatuan sekerja mempunyai hak untuk mendakwa dan didakwa
mengikut seksyen 25.

Oleh demikian, setelah mengadakan mesyuarat penubuhan pada 22 Mei 2010,

Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS), Kolej Kerjasama Perak telah membuat

permohanan kepada Ketua Pengarah atau Pendaftar Kesatuan Sekerja bagi mendapatkan

pengesahan tentang kesatuan yang telah mereka tubuhkan tersebut. Permohonan

pendaftaran kesatuan sekerja tersebut telah dibuat melalui Borang B (Lampiran III).

Permohonan telah dibuat pada 28 Mei 2010 iaitu setelah segala dokumen seperti laporan

minit mesyuarat penubuhan serta dokumen lain yang diperlukan disediakan.

Menurut Siti Zaharah Jamaluddin (2000: 12) telah menyatakan bahawa “…seksyen

12 (1) Akta 1959, telah memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk

memutuskan sama ada permohonan untuk mendaftar diterima atau ditolak”. Akta

Kesatuan Sekerja 1959, seksyen 12 menyatakan bahawa

(1)Ketua Pengarah boleh, apabila menerima sesuatu permohonan di


bawah seksyen 10, dan tertakluk kepada seksyen ini boleh
mendaftar kesatuan sekerja itu mengikut cara yang ditetapkan.
(2)Ketua Pengarah boleh menolak daripada mendaftar sesuatu
kesatuan sekerja jika dia berpuas hati bahawa telah ada suatu
kesatuan sekerja mewakili orang-orang kerja dalam penubuhan

8 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

tred, pekerjaan atau industri tertentu itu dan bukan menjadi


kepentingan orang-orang kerja di dalam penubuhan, tred,
pekerjaan atau industri tertentu itu untuk mengadakan suatu lagi
kesatuan sekerja yang lain berkenaan dengannya.
(3)Ketua Pengarah hendaklah menolak daripada mendaftar suatu
kesatuan sekerja jika-
(a) dia berpendapat bahawa kesatuan sekerja itu mungkin akan
digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-
undang atau bagi maksud-maksud yang bertentangan atau
tak konsisten dengan tujuan dan peraturannya;
(b) sesuatu tujuan kesatuan sekerja itu menyalahi undang-
undang;
(c) dia tidak berpuas hati bahawa kesatuan sekerja itu telah
mematuhi Akta ini dan peraturan-peraturannya;
(d) dia berpuas hati bahawa tujuan, kaedah dan keanggotaan
kesatuan sekerja itu bercanggah dengan mana-mana
peruntukan Akta atau dengan mana-mana peraturannya;
atau
(e) nama di bawah mana kesatuan sekerja itu akan didaftarkan
adalah-
(i) sama dengan mana-mana kesatuan sekerja lain yang ada,
atau hampir-hampir menyerupai nama kesatuan sekerja
lain tersebut yang pada pendapat Ketua Pengarah,
berkemungkinan akan memperdayakan orang awam atau
ahli-ahli salah sebuah kesatuan sekerja itu; atau hampir-
hampir menyerupai nama kesatuan sekerja lain tersebut
yang pada pendapat Ketua Pengarah, berkemungkinan
akan memperdayakan orang awam atau ahli-ahli salah
sebuah kesatuan sekerja itu; atau
(ii) pada pendapat Ketua Pengarah, ianya tidak diingini,
melainkan jika kesatuan sekerja itu mengubah namanya
kepada sesuatu yang boleh diterima oleh Ketua
Pengarah.

(International Law Book Services, 2011: 16-17).

Menurut Wu Min Aun (1985: 13), “…Pendaftar Kesatuan Sekerja diberikan kuasa

yang luas untuk digunakan atas budi bicaranya yang subjektif”. Kuasa budi bicara ini

adalah bagi “…menentukan persoalan berkaitan dengan maksud ‘serupa’ dalam takrif

kesatuan sekerja” seperti yang dinyatakan di bawak seksyen 2 (2) Akta 1959 (Siti Zaharah

Jamaluddin, 2000: 12). Selain itu, di bawah seksyen 14 Akta Kesatuan Sekerja 1959,

“…Ketua Pengarah boleh meminta untuk maklumat lanjut bagi maksud memuaskan

hatinya bahawa sesuatu permohonan itu mematuhi Akta ini dan apa-apa peraturan yang

9 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

dibuat di bawahnya atau bahawa kesatuan sekerja itu berhak didaftarkan di bawah Akta

ini”, (International Law Book, 2011: 17).

Menurut Wu Min Aun (1985: 13), “…sekiranya Pendaftar berpuas hati bahawa

kesemua kehendak telah dipatuhi, ia akan mengeluarkan satu sijil pendaftaran kepada

kesatuan”. Perkara ini telah disebut di bawah seksyen 13 Akta Kesatuan Sekerja 1959,

iaitu

“…Ketua Pengarah, apabila mendaftarkan sesuatu kesatuan sekerja


di bawah seksyen 12 hendaklah mengeluarkan kepada kesatuan
sekerja itu suatu pengakuan pendaftaran dalam borang yang
ditetapkan dan pengakuan itu, melainkan jika dibuktikan bahawa
ianya telah dibatalkan atau ditarikbalik hendaklah menjadi
keterangan muktamad bagi semua maksud bahawa kesatuan sekerja
itu telah didaftarkan dengan sempurna di bawah Akta ini”,

(International Law Book Services, 2011: 17).

Oleh demikian, setelah membuat permohonan pendaftaran kepada Ketua Pengarah dan

memberikan kerjasama kepada Ketua Pengarah berkenaan dengan segala maklumat yang

diperlukan, maka, kesatuan sekerja PAKS Kolej Kerjasama Perak diberikan perakuan

pendaftaran seperti yang terdapat pada Lampiran IV.

2.2 Pengiktirafan

Setelah sesebuah kesatuan sekerja itu mendapat perakuan pendaftaran daripada Ketua

Pengarah, kesatuan sekerja itu perlu memohon pengiktirafan majikan bagi membolehkan

perundingan kolektif dibuat. Perkara ini dinyatakan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan

Malaysia (2011) iaitu “…sesebuah kesatuan sekerja mesti mendapatkan pengiktirafan

daripada majikan sebelum kesatuan berkenaan boleh mempelawa majikan untuk

memulakan perundingan kolektif”. “…Prosedur dan proses tuntutan pengiktirafan adalah

10 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

diperuntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967) dan

Peraturan-peraturan di bawahnya”, (Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011).

Tujuan atau objektif tuntutan pengiktirafan yang dibuat oleh sesebuah kesatuan

sekerja ini adalah kerana “…ia merupakan pra-syarat sebelum kesatuan berkenaan boleh

menjemput majikan untuk mengadakan perundingan kolektif dan….membolehkan

sesebuah kesatuan itu berfungsi sebagai badan atau ejen yang mewakili para pekerja dalam

meningkatkan hubungan kerjasama serta perhubungan perusahaan yang harmoni dan

kondusif di tempat pekerjaan”, (Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011).

Bagi mendapatkan pengiktirafan daripada majikan berkenaan dengan kesatuan

sekerja yang ditubuhkan, “…sesebuah kesatuan sekerja tidak boleh menuntut pengiktirafan

berkaitan pekerja-pekerja yang digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan

atau keselamatan sekiranya majoriti daripada keahliannya terdiri daripada pekerja yang

bukan digajikan dalam mana-mana kapasiti tersebut”, (Jabatan Perhubungan Perusahaan

Malaysia, 2011).

Di bawah Seksyen 9 (1A) APP 1967, menyatakan bahawa “…mana-mana

pertikaian yang timbul pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas pengiktirafan

diberikan, sama ada mana-mana pekerja atau pekerja-pekerja yang diambil bekerja dalam

bidang tugas pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau keselamata boleh dirujuk kepada

Ketua Pengarah oleh kesatuan sekerja pekerja oleh seseorang majikan atau oleh suatu

kesatuan sekerja majikan-majikan”, (International Law Book Services, 2012: 18).

Selain itu, pengiktirafan sesebuah kesatuan sekerja itu adalah melibatkan kriteria-

kriteria seperti berikut:

11 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

a) Kelayakan (competency) kesatuan sekerja iaitu sama ada kesatuan


berkenaan layak untuk mewakili pekerja-pekerja di sesebuah
tempat pekerjaan (establishment) atau di dalam tred atau jawatan
(occupation) atau industri.
b) Keahlian kesatuan tersebut diliputi oleh skop yang ditetapkan di
bawah perlembagaan kesatuan.
c) Kesatuan keahlian iaitu sama ada kesatuan tersebut mempunyai
majoriti (50% + 1 orang pekerja) di kalangan pekerja-pekerja
yang hendak diwakilinya.

(Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011)

Oleh demikian, di bawah seksyen 9 (2) APP 1967, “…tertakluk kepada subseksyen

(1), sebuah kesatuan sekerja pekerja-pekerja boleh menyampaikan suatu tuntutan untuk

diiktiraf berkenaan dengan pekerja-pekerja atau mana-mana kelas pekerja yang diambil

bekerja oleh majikan berkenaan atau oleh ahli-ahli kesatuan sekerja majikan-majikan yang

berkenaan kepada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan secara bertulis dalam

borang yang ditentukan”, (International Law Book Services, 2012: 19).

Bagi Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS) Kolej Kerjasama Perak,

setelah mendapat sijil perakuan pendaftaran daripada Ketua Pengarah (Lampiran IV),

mereka telah membuat satu permohanan bertarikh 9 Jun 2010 kepada majikan iaitu Ketua

Pengarah Kolej Kerjasama Perak bagi mendapatkan pengiktirafan terhadap kesatuan

sekerja yang telah mereka tubuhkan bagi membolehkan mereka melakukan sebarang

perundingan kolektif dengan pihak pengurusan kolej.

Permohonan pengiktirafan ini dikemukakan di dalam Borang A (Lampiran V) di

mana “…ia dihantar kepada majikan melalui pos berdaftar yang mengandungi salinan asal

Borang A berserta salinan Perlembagaan Kesatuan dan satu salinan lagi dihantar kepada

Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM)”, (Jabatan Perhubungan

Perusahaan Malaysia, 2011). Di bawah seksyen 9 (3) APP 1967, setelah borang tuntutan

dihantar, “…seseorang majikan atau suatu kesatuan sekerja majikan-majikan yang telah

12 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

menyampaikan tuntutan bagi pengiktirafan hendaklah, dalam tempoh dua puluh satu hari

selepas penyampaian tuntutan berkenaan:

(a) Memberikan pengiktirafan; atau


(b)Jika pengiktirafan tidak diberikan, memberitahu kesatuan
sekerja pekerja-pekerja berkenaan secara bertulis alasan-alasan
mengapa pengiktirafan tidak diberikan.

(International Law Book Services, 2012: 19)

Seksyen 9 (3A) APP 1967 menyatakan “…setelah pengiktirafan diberikan kepada

kesatuan sekerja pekerja-pekerja yang berkenaan di bawah perenggan (3) (a), majikan atau

kesatuan sekerja majikan-majikan yang berkenaan hendaklah memberitahu Ketua

Pengarah”, (International Law Book Services, 2012: 19). Seksyen 11 APP 1967, menyebut

bahawa

“…jika suatu kesatuan sekerja telah diberikan pengiktirafan


berkenaan dengan mana-mana pekerja atau kelas pekerja sama ada
dengan keputusan Menteri atau selainnya, maka tiada kesatuan
sekerja lain yang boleh membuat apa-apa tuntutan bagi
pengiktirafan berkenaan dengan pekerja atau kelas pekerja yang
sama, melainkan jika suatu tempoh tiga tahun telah berlalu selepas
pengiktirafan itu telah diberikan atau kesatuan sekerja yang telah
diberikan pengiktirafan itu telah tidak wujud lagi”,

(International Law Book Services, 2012: 23).

Akhirnya, setelah penilaian dan pertimbangan dibuat oleh majikan, Persatuan

Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS) Kolej Kerjasama Perak berjaya mendapatkan

pengiktirafan daripada majikan berkenaan dengan penubuhan kesatuan sekerja yang

mewakili kakitangan kumpulan sokongan kolej tersebut. Pengiktirafan yang diberikan oleh

majikan kepada PAKS adalah tertakluk di bawah seksyen 9 (3) (a) APP 1967 di mana

majikan “…memberikan pengiktirafan”, (International Law Book Services, 2012:19).

Dengan pengiktirafan yang diperolehi PAKS ini, di bawah seksyen 10A APP 1967,

13 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

“…tiada tuntutan lain selepas kesatuan sekerja telah membuat tuntutan” di mana ia

menerangkan tentang

“…di mana suatu tuntutan pengiktirafan oleh suatu kesatuan


sekerja yang berkaitan dengan pekerja atau kelas pekerja-pekerja
telah dibuat di bawah seksyen 9, tiada kesatuan sekerja pekerja-
pekerja yang lain boleh membuat tuntutan bagi pengiktirafan di
bawah seksyen itu atau diberi pengiktirafan yang berkaitan dengan
pekerja atau kelas pekerja-pekerja yang sama sehingga tuntutan
diselesaikan di bawah perenggan 9 (3) (a) atau disifatkan telah
ditarik balik di bawah subseksyen 9 (4), atau diputuskan oleh
Menteri di bawah subseksyen 9 (5)”.

(International Law Book Services, 2012: 22)

Oleh itu, sebarang tuntutan pengiktirafan sekiranya wujud kesatuan sekerja lain

pada masa akan datang adalah tertakluk kepada seksyen 10A Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 tersebut. Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (2011) juga

menyatakan bahawa “…apabila sebuah kesatuan sekerja telah mendapat pengiktirafan

daripada majikan, tidak ada tuntutan pengiktirafan ke atas majikan yang sama boleh

dikemukakan oleh pihak kesatuan sekerja yang lain kecuali selepas tempoh tiga (3) tahun

telah genap”.

2.3 Perundingan Kolektif

Setelah memperolehi pengiktirafan daripada majikan melalui permohonan menggunakan

borang A, PAKS boleh memulakan perundingan dengan majikan berkenaan sesuatu

perkara yang berbangkit. Perundingan ini dikenali sebagai perundingan bersama atau

perundingan kolektif di mana ia didefinisikan sebagai “…satu proses pembuatan keputusan

bersama dan pada asasnya menggambarkan satu pendekatan demokratik dalam

industri….ia satu budaya bipartism (dwipihak) dan perundingan bersama dalam industri

serta kaedah yang fleksibel bagi menangani perubahan ekonomi dan teknikal di dalam

sesebuah industri”, (Amir Hamzah Abdul dan Saadon Awang, 2009: 109).

14 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Seksyen 2 APP 1967 “…mentakrifkan perundingan kolektif sebagai rundingan

yang dibuat bertujuan bagi mencapai perjanjian kolektif”, (Siti Zaharah Jamaluddin, 2000:

55). Perundingan kolektif juga didefinisikan sebagai “…proses tawar-menawar yang

dijalankan oleh kesatuan sekerja dan majikan mengenai terma dan syarat perkhidmatan”,

(Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011). Perundingan kolektif adalah

“…bertujuan untuk mencapai peraturan-peraturan mengenai terma-terma dan syarat-syarat

pekerjaan menerusi persetujuan bersama” seperti yang diperkatakan oleh Konvensyen

Organisasi Buruh Antarabangsa (Amir Hamzah Abdul dan Saadon Awang, 2009: 110).

Menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, di bawah Bahagian IV, seksyen 13

(1), “…jika kesatuan sekerja pekerja-pekerja telah diberikan pengiktirafan oleh majikan

atau oleh kesatuan sekerja majikan-majikan:

(a) kesatuan sekerja pekerja-pekerja bolehlah mempelawa majikan


atau kesatuan sekerja-sekerja majikan-majikan untuk
memulakan perundingan kolektif; atau
(b) majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan bolehlah
mempelawa kesatuan sekerja pekerja-pekerja untuk memulakan
perundingan kolektif.

(International Law Book Services, 2012: 23)

Di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, seksyen 13 (2), pelawaan untuk

mengadakan perundingan berdasarkan “…pelawaan di bawah subseksyen (1) hendaklah

dibuat secara bertulis dan hendaklah menyatakan cadangan-cadangan bagi perjanjian

kolektif”, (International Law Book Services, 2012: 24). Pelawaan yang dibuat oleh PAKS

ke atas majikan kolej adalah tertakluk kepada subseksyen (3) iaitu “…tiada kesatuan

sekerja pekerja-pekerja boleh memasukkan cadangan yang berhubung dengan perkara-

perkara yang berikut dalam cadangan-cadangannya bagi perjanjian kolektif, iaitu:

15 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

(a) kenaikan pangkat oleh majikan terhadap mana-mana pekerja


dari kategori atau gred yang lebih rendah kepada kategori atau
gred yang lebih tinggi;
(b) pertukaran pekerja oleh majikan dalam profesion perniagaan,
perdagangan atau kerja dalam organisasi majikan, dengan syarat
apa-apa pertukaran itu tidak menyebabkan perubahan yang
merugikan pekerja berhubung dengan terma-terma
pekerjaannya;
(c) pengambilan mana-mana pekerja oleh majikan yang dia boleh
melantiknya sekiranya ada kekosongan dalam organisasinya;
(d) penamatan perkhidmatan-perkhidmatan pekerja oleh majikan
dengan sebab terlampau lebih pekerja atau dengan sebab
penyusunan semula profesion, perniagaan, perdagangan atau
kerja majikan atau kriteria bagi penamatan tersebut;
(e) memecat dan mengembalikan semula pekerjaan bagi seseorang
pekerja oleh majikan;
(f) penyerakan atau penguntukan tugas-tugas atau tugas khas
kepada pekerja oleh majikan yang selaras atau sesuai dengan
terma-terma pekerjaannya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua pun dalam subseksyen


ini boleh melarang kesatuan sekerja pekerja-pekerja untuk
menimbulkan persoalan-persoalan yang bersifat umum berkaitan
dengan prosedur-prosedur kenaikan pangkat pekerja tanpa
mengira bahawa persoalan itu tidak menjadi sebilangan daripada
cadangan tersebut dalam mana-mana perbincangan dengan
majikan-majikan (sama ada perbincangan itu berlangsung dalam
perundingan kolektif atau tidak).

(International Law Book Services, 2012: 24-25)

Walau bagaimanapun, di bawah subseksyen (2A), “…suatu usul bagi suatu

perjanjian kolektif boleh menyediakan satu atau lebih daripada yang berikut:-

(a) peruntukan untuk latihan untuk meningkatkan kemahiran dan


pengetahuan pekerja-pekerja;
(b) peruntukan bagi suatu kajian semula tahunan sistem upah; dan
(c) peruntukan bagi suatu sistem ganjaran yang berdasarkan
prestasi.

(International Law Book Services, 2012: 24)

Oleh demikian, PAKS Kolej Kerjasama Perak telah mengambil inisiatif dengan

membuat satu surat permohonan secara rasmi bertarikh 21 Jun 2010 (Lampiran VI) untuk

mempelawa majikan mengadakan satu perundingan kolektif dan seterusnya

16 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

menandatangani perjanjian kolektif. Surat permohonan tersebut mengandungi beberapa

cadangan bagi membolehkan majikan mempertimbangkannya untuk suatu perjanjian

kolektif. Antara cadangan yang diutarakan oleh kesatuan sekerja PAKS adalah seperti

peruntukan latihan kepada pekerja, peruntukan upah bagi pekerja yang terpaksa bekerja

pada hari rehat dan juga berkaitan peruntukan bagi hari kelepasan bagi setiap pekerja.

Oleh demikian, di bawah seksyen 13 (4) APP 1967 menyatakan bahawa

“…majikan, kesatuan sekerja majikan-majikan atau kesatuan sekerja pekerja-pekerja yang

telah dipelawa di bawah subseksyen (1) hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh

penerimaan pelawaan itu, menjawab pelawaan itu secara bertulis kepada pihak yang

membuat pelawaan itu menyatakan tentang persetujuan atau selainnya”, (International Law

Book Services, 2012: 25). Setelah 14 hari menghantar surat pelawaan bagi membuat

perundingan kolektif, kesatuan sekerja PAKS masih belum menerima apa-apa maklum

balas daripada pihak majikan terhadap pelawaan tersebut.

Selain itu juga, pihak kesatuan sekerja PAKS telah membuat satu permohonan

mengikut subseksyen (6) APP 1967 bagi memastikan perundingan kolektif dengan pihak

majikan dapat dilaksanakan terutama bagi membincangkan cadangan yang diutarakan oleh

pihak kesatuan sekerja. Walau bagaimanapun, pihak majikan masih belum bersetuju untuk

menerima pelawaan pihak kesatuan sekerja PAKS untuk mengadakan perundingan kolektif

tersebut. Pihak majikan merasakan bahawa isu yang diutarakan oleh pihak kesatuan

sekerja adalah sesuatu yang tidak munasabag dan merupakan isu-isu yang tidak

memerlukan perundingan dilakukan.

Di bawah subseksyen (7) APP 1967, “…jika selepas langkah-langkah sebagaimana

yang dinyatakan di atas [subseksyen (6)], telah diambil, masih lagi terdapat keengganan

untuk memulakan perundingan kolektif, maka pertikaian perdagangan hendaklah disifatkan

17 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

telah wujud terhadap perkara-perkara yang dinyatakan dalam pelawaan itu”, (International

Law Book Services, 2012: 26). Merujuk kepada penyataan yang terkandung di bawah

subseksyen (7) APP 1967 tersebut, kesatuan sekerja PAKS telah memulakan satu

pertikaian perusahaan dengan mengambil tindakan tertentu bagi memastikan isu yang

mereka cadangkan diberi perhatian oleh pihak majikan.

2.4 Pertikaian Perusahaan

Pertikaian perusahaan atau pertikaian perdagangan mengikut seksyen 2 APP 1967

ditakrifkan sebagai “…apa-apa pertikaian di antara majikan dengan pekerja-pekerja yang

berhubungan dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau

peraturan-peraturan kerja bagi mana-mana pekerja tersebut”, (International Law Book

Services, 2012: 11). Tindakan yang boleh diambil di dalam pertikaian perusahaan di antara

pihak kesatuan sekerja dengan pihak majikan adalah seperti piket dan mogok. Piket

menurut seksyen 40 (1) Akta 1967 adalah

“…berkumpul berhampiran dengan tempat kerja mereka, jika ianya


dilakukan sebagai lanjutan kepada suatu pertelingkahan tred, ianya
dibuat secara aman, ianya dilakukan bukan pada masa bekerja yang
ditetapkan oleh majikan dan dibuat bertujuan untuk menyampaikan
maklumat atau untuk memujuk atau mendorong mana-mana pekerja
supaya bekerja atau enggan bekerja”,

(Siti Zaharah Jamaluddin, 2000: 106).

Mogok pula menurut seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ditakrifkan sebagai

“…tindakan memberhentikan kerja yang dilakukan oleh sekumpulan


pekerja yang bertindak secara bersatu, atau secara bersama-sama
enggan atau keengganan untuk terus bekerja atau untuk menerima
pekerjaan di bawah persefahaman bersama oleh bilangan pekerja,
dan termasuklah apa-apa tindakan atau ketinggalan oleh sekumpulan
pekerja yang bertindak bersama atau di bawah persefahaman
bersama, yang dimaksudkan kepada atau supaya menyebabkan apa-
apa had, sekatan, pengurangan atau penamatan atau penangguhan

18 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

perlakuan atau perlaksanaan kesemua atau mana-mana bahagian


tugas yang bersangkutan dengan pekerjaan”,

(International Law Book Services, 2012: 9).

Kesatuan sekerja PAKS telah mengambil tindakan perusahaan terhadap majikan

mereka dengan melakukan piket. Tindakan ini diambil bagi menyampaikan maklumat

kepada pekerja-pekerja serta majikan berkenaan dengan tuntutan yang mereka cadangkan

semasa membuat pelawaan perundingan. Salah satunya adalah berkaitan dengan

peruntukan hari rehat terutama berkaitan dengan bayaran upah. Hal ini dibangkitkan oleh

pihak kesatuan sekerja adalah disebabkan oleh sebagai sebuah organisasi yang kadangkala

memerlukan para pekerja pada hari cuti terutamanya apabila tiba waktu pengambilan dan

pendaftaran pelajar, isu upah sangat dititikberatkan oleh pihak kesatuan sekerja bagi

melindungi ahli-ahli mereka.

Perkara berkenaan kerja pada hari rehat adalah tertakluk di bawah seksyen 60 Akta

Kerja 1955 iaitu

(3) (a) Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar
upah mengikut harian, setiap jam atau lain-lain kadar yang
serupa yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah
dibayar untuk mana-mana tempoh kerja:
(i) yang tidak melebihi setengah masa-masa kerjanya yang
biasa, satu hari upah pada kadar upah biasa; atau
(ii) yang melebihi daripada setengah tetapi tidak melebihi
tempoh masa kerjanya yang normal, dua hari upah pada
kadar upah biasa.
(b) Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar
upah bulanan yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah
dibayar untuk mana-mana tempoh kerja:
(i) yang tidak melebihi setengah tempoh masa kerjanya yang
normal, upah yang sama dengan setengah kadar upah biasa
bagi kerja yang dilakukan pada hari tersebut; atau
(ii) yang lebih daripada setengah tetapi tidak melebihi tampoh
masa kerjanya yang biasa bagi kerja yang dilakukan pada
hari tersebut.
(c) Bagi mana-mana kerja yang dilakukan yang melebihi tempoh
masa kerja yang normal pada satu hari rehat oleh seseorang
pekerja yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau (b), ia

19 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

hendaklah dibayar pada kadar yang tidak kurang daripada


dua kali ganda kadar upahnya mengikut jam.
(d) Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar
ikut kerja yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah
dibayar dua kali ganda kadar upah biasanya bagi satu kerja.

(International Law Book Services, 2012: 45-46)

Oleh demikian, cadangan bagi mempelawa perundingan yang diutarakan oleh pihak

kesatuan sekerja terhadap pihak majikan adalah sangat munasabah kerana perkara ini

adalah tertakluk kepada Akta Kerja 1955. Setiap pekerja berhak mendapat upah atau

setaraf dengan yang terkandung di dalam seksyen 60 (3) Akta Kerja 1955 berhubung

dengan waktu kerja yang telah mereka lakukan. Walau bagaimanapun, kesatuan sekerja

perlulah memenuhi cara yang telah ditetapkan oleh undang-undang di dalam melakukan

piket. “…Kegagalan untuk berbuat demikian akan menjadikan piket tersebut sebagai tidak

sah dan tidak dilindungi oleh undang-undang”, (Siti Zaharah Jamaluddin, 2000: 107).

Walaupun tindakan perusahaan secara berpiket ini dilakukan di luar waktu kerja

tetapi tindakan ini telah mewujudkan satu suasana yang tidak sihat dari pandangan

pelawat-pelawat dan juga pelajar. Tindakan berpiket ini selain bertujuan untuk

menyampaikan sesuatu maklumat, ia juga boleh mendorong para pekerja untuk tidak

melaksanakan pekerjaan mereka sekiranya langkah penyelesaian yang baik tidak diambil

dengan segera oleh pihak majikan.

Tindakan yang lebih drastik seperti melancarkan mogok boleh diambil oleh pihak

kesatuan sekerja sekiranya tuntutan mereka terhadap pihak majikan masih tidak

dipertimbangkan. Tindakan mogok boleh meliputi “… ‘kerja-perlahan’, iaitu suatu istilah

tradisi yang bermakna bahawa pekerja-pekerja memperlambatkan kerja mereka untuk

mengurangkan pengeluaran majikan mereka …. cara berbahaya yang boleh menggoncang

kestabilan organisasi”, (Wu Min Aun, 1985: 109).

20 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

3.0 PENUTUP / KESIMPULAN

Melihat kepada tindakan perusahaan yang diambil oleh pihak kesatuan sekerja, pihak

majikan perlu segera mengambil langkah penyelesaian sama ada secara “…perundingan

dua pihak (bilateral negotiation) di mana kedua-dua pihak digalakkan supaya

menyelesaikan pertikaian-pertikaian di antara mereka melalui perundingan berdasarkan

semangat musyawarah dan tolak ansur untuk mencapai keputusan yang memuaskan hati

kedua-dua pihak”, (Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011).

Sekiranya perundingan tersebut masih gagal, “…salah satu pihak boleh melaporkan

kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan di mana proses runding damai boleh dijalankan.

Bahkan proses runding damai merupakan kaedah paling berkesan untuk menyelesaikan

pertikaian. Proses runding damai melibatkan beberapa mesyuarat di antara majikan,

pekerja dan kesatuan pekerja tersebut. Mesyuarat-mesyuarat ini biasanya diadakan sama

ada secara bersama (joint meeting) di antara pihak-pihak berkenaan ataupun berasingan”,

(Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011).

Sekiranya masih gagal, langkah terakhir yang boleh diambil oleh pihak majikan

atau pihak kesatuan sekerja adalah tindakan yang melibatkan “…Y.B Menteri Sumber

Manusia di mana beliau boleh menggunakan kuasa budibicaranya (discretionary power)

untuk merujukkan pertikaian itu ke Mahkamah Perusahaan untuk dibicara dan diputuskan

melalui proses arbitrasi”, (Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, 2011). Oleh

demikian, pertelingkahan yang berlaku di antara pihak kesatuan sekerja PAKS dengan

pihak majikan perlu diselesaikan dengan melaksanakan langkah-langkah tertentu bagi

memastikan pekerja dan majikan dapat terus berhubungan di dalam mengurus tadbir

organisasi.

21 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

KOLEJ KERJASAMA PERAK, GOPENG, PERAK

Tarikh: 12 Mei 2010

Kepada:

Anggota Kakitangan Kumpulan Sokongan,


Kolej Kerjasama Perak,
31600 Gopeng,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA

Perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan


berikut:

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat I, Kolej Kerjasama Perak, Gopeng, Perak.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

i. Melantik “Pengerusi Sementara” dan “Pencatat Minit” dalam


mesyuarat penubuhan.
ii. Membincangkan secara ringkas tujuan penubuhan kesatuan
sekerja.
iii. Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja
iv. Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran bulanan
v. Menetapkan nama dan alamat berdaftar kesatuan sekerja
vi. Membincangkan dan meluluskan peraturan-peraturan kesatuan
sekerja
vii. Melantik Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan empat (4) orang Ahli Jawatankuasa.
viii. Lain-lain Hal
ix. Penutup

Kehadiran dan kerjasama Tuan/Puan akan memberi manfaat kepada kita semua.

Sekian dan terima kasih.

22 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA


PERSATUAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (PAKS)
KOLEJ KERJASAMA PERAK, GOPENG, PERAK

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat I, Kolej Kerjasama Perak
Jumlah yang hadir : 28 orang ahli

Kehadiran:

1. En. Husin bin Mohd Noor


2. En. Harun bin Ghani
3. En. Muhammad Rozali bin Sulong
4. Cik Fadzillah binti Harun
5. Cik Salasiah binti Salleh
6. Cik Rosmawati binti Mohammad
7. Cik Nurul Hanis binti Mohd
8. En. Alias bin Abdul Aziz
9. En. Khairul Azlan bin Mohd @ Mamat
10. En. Mohd Suhaimi bin Aziz
11. En. Azilan bin Arifin
12. En. Azahari bin Ismail
13. En. Rosaidi bin Mohamed
14. En. Ibrahim bin Jalil
15. En. M Rezal bin Abu Bakar
16. En. Salahuddin bin Abu Bakar
17. Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam
18. En. Md. Zahri bin Ismail
19. En. Raziei bin Md. Rahim
20. En. Zaimin bin Endut
21. En. Mohd Zahri bin Ismail
22. En. Raziei bin Md. Rahim
23. En. Ibrahim bin Mohd Taib

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat

Tuan Pengerusi Majlis, En. Husin bin Mohd Noor mengucapkan salam sejahtera dan
mengajak semua ahli yang hadir pada pagi ini membaca Al-Fatihah untuk memberkati
mesyuarat mereka.

23 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli yang hadir bagi
menubuhkan kesatuan sekerja yang akan mewakili ahli-ahli di dalam berurusan dengan
majikan.

Seterusnya, Tuan Pengerusi Majlis melantik salah seorang ahli dengan persetujuan ahli-
ahli yang lain iaitu Cik Fadzillah binti Harun sebagai pencatat minit sementara untuk
mencatat minit mesyuarat ini.

Pengerusi menerangkan secara ringkas agenda mesyuarat pada pagi ini iaitu melibatkan
perbincangan mengenai tujuan penubuhan kesatuan, menetapkan skop keahlian, yuran
kesatuan, nama kesatuan dan alamat berdaftar, peraturan yang digunapakai di dalam
kesatuan, perlantikan Jawatankuasa kesatuan dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Pengerusi berharap kepada semua ahli yang hadir agar dapat memberi kerjasama dan
berbincang untuk memudahkan keputusan bagi menubuhkan kesatuan sekerja ini dapat
dilaksanakan dengan segera. Majlis diteruskan dengan perbincangan berkenaan agenda
yang telah ditetapkan.

2. Tujuan Penubuhan Kesatuan Sekerja

Pengerusi bertindak menerangkan secara umum berkenaan fungsi kesatuan sekerja dan
seterusnya membincangkan tujuan penubuhan kesatuan sekerja bersama-sama ahli yang
lain yang hadir.

Hasil daripada perbincangan dengan ahli, tujuan penubuhan kesatuan sekerja di


organisasi ini adalah seperti berikut:

(a) Mengorganisasikan pekerja-pekerja sebagai ahli Kesatuan dan memajukan


kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan
ilmu pengetahuan.
(b) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud
melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran
dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan,
sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.
(c) Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan
pekerja-perkerja lain,di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di
antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang
perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat
atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan 26 dan peraturan 27.
(d) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan
dengan cara yang sah di sisi undang-undang.
(e) Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka
jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

24 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

(f) Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian
perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
(g) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk
faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.

Kesemua ahli yang hadir bersetuju dengan cadangan dan perbincangan berkaitan dengan
tujuan penubuhan kesatuan sekerja ini.

3. Menetapkan skop keahlian

Pengerusi meneruskan perbincangan berkaitan dengan skop keahlian di mana beliau


meminta pandangan daripada ahli-ahli yang hadir untuk mencadangkan dan menetapkan
skop keahlian yang boleh mendaftar dan terlibat di dalam kesatuan sekerja ini.

Hasil daripada cadangan dan perbincangan, keputusan bagi skop keahlian adalah seperti
berikut:

(a) Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada Kakitangan Sokongan Satu dan
Kakitangan Sokongan Dua Dari Gred 1 Hingga Gred 40 yang digaji oleh Kolej
Kerjasama Perak.

4. Yuran Kesatuan

Pengerusi meminta ahli-ahli memberikan pendapat berkenaan dengan yuran yang perlu
dikenakan ke atas ahli-ahli yang ingin mendaftar masuk serta yuran bulanan bagi
kesatuan sekerja ini. Respon yang diberikan oleh ahli yang hadir sangat
memberangsangkan dengan pelbagai cadangan berkaitan telah diberikan.

Hasil perbincangan Pengerusi bersama ahli-ahli yang hadir, kata sepakat diperolehi
berkenaan dengan yuran kesatuan iaitu:

Yuran masuk/pendaftaran RM3.00

Yuran bulanan RM5.00

Kadar bayaran yang ditetapkan ini adalah tertakluk kepada persetujuan bersama ahli-ahli
yang hadir melalui undian yang dilakukan dan sebarang kenaikan atau pertukaran
jumlah bayaran yuran hendaklah diputuskan melalui undian sulit menerusi perkara 25.

5. Menetapkan nama dan alamat berdaftar Kesatuan Sekerja

25 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Hasil perbincangan bersama-sama ahli, persetujuan diperolehi untuk menamakan


kesatuan sekerja yang mewakili mereka ialah “Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan
– (PAKS)”.

Selain itu, ahli sebulat suara telah bersetuju untuk menggunakan alamat berdaftar bagi
kesatuan iaitu Rumah Rehat, Kolej Kerjasama Perak, 31600 Gopeng, Perak Darul
Ridzuan.

6. Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja

Pengerusi membentangkan peraturan-peraturan yang digunapakai bagi kesatuan sekerja


ini untuk diluluskan oleh ahli-ahli kesatuan sekerja.

Peraturan-peraturan adalah meliputi aspek seperti:

PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT PEJABAT BERDAFTAR

PERATURAN 2: TUJUAN

PERATURAN 3: AHLI KESATUAN

PERATURAN 4: YURAN DAN TUNGGAKAN

PERATURAN 5: BERHENTI MENJADI AHLI

PERATURAN 6: HAK AHLI

PERATURAN 7: KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

PERATURAN 8: PERLEMBAGAAN DAN PENTADBIRAN

PERATURAN 9: MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN

PERATURAN 10: MESYUARAT AGUNG LUARBIASA

PERATURAN 11: PEGAWAI DAN PEKERJA KESATUAN

PERATURAN 12: MAJLIS JAWATANKUASA KERJA

PERATURAN 12.A: JAWATANKUASA TEMPATAN

PERATURAN 13: TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI KESATUAN

PERATURAN 14: PEMEGANG AMANAH

PERATURAN 15: JURUAUDIT DALAM

PERATURAN 16: JURUAUDIT LUAR

PERATURAN 17: JEMAAH PEMERIKSA UNDI

26 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

PERATURAN 18: GAJI DAN BAYARAN-BAYARAN LAIN

PERATURAN 19: KEWANGAN DAN KIRA-KIRA

PERATURAN 20: PEMERIKSAAN BUKU-BUKU DAN KIRA-KIRA

PERATURAN 21: YURAN KHAS/ KUTIPAN KHAS

PERATURAN 22: PERTIKAIAN PERUSAHAAN

PERATURAN 23: KEGIATAN PENDIDIKAN

PERATURAN 24: PERATURAN-PERATURAN DAN PINDAAN PERATURAN-


PERATURAN

PERATURAN 25: UNDI RAHSIA

PERATURAN 26: PERLANTIKAN JEMAAH PENIMBANGTARA

PERATURAN 27: PERTIKAIAN DALAM KESATUAN

PERATURAN 28: PEMBUBARAN

Setelah selesai pembentangan oleh Pengerusi berkenaan dengan peraturan-peraturan


yang berkaitan dengan kesatuan sekerja, seorang ahli telah mencadangkan bahawa
meluluskan segala peraturan yang telah dibentangkan oleh Pengerusi.

Oleh demikian, peraturan-peraturan ini telah diluluskan oleh ahli yang hadir sebulat
suara.

7. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kesatuan Sekerja

Pengerus memohon semua ahli yang hadir untuk memberikan cadangan untuk memilih
ahli jawatankuasa kesatuan bermula daripada Pengerusi sehingga kepada AJK iaitu
seramai empat orang.

Hasil daripada cadangan dan persetujuan daripada semua ahli yang hadir, antara
individu yang dilantik bagi memimpin kesatuan sekerja ini adalah seperti berikut:

Pengerusi : En. Husin bin Mohd Noor

Timbalan Pengerusi : Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam

Setiausaha : Cik Fadzillah binti Harun

Bendahari : Cik Nurul Hanis binti Mohd

27 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Ahli Jawatankuasa : 1. En. Mohd Zahri bin Ismail

2. En. Raziei bin Md. Rahim

3. En. Ibrahim bin Mohd Taib

4. Cik Salasiah binti Salleh

8. Hal-hal lain

8.1 En. Husin bin Mohd Noor (Pengerusi)

8.1.1 Memberi tugas kepada Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam (Timbalan
Pengerusi) untuk menguruskan urusan berkaitan dengan pendaftaran
kesatuan sekerja kepada Ketua Pengarah.

8.1.2 Semua AJK perlu memberi kerjasama dan pertolongan bagi memudahkan
urusan tersebut.

Majlis telah bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Pengerusi di dalam
perkara 8.1.1 dan 8.1.2.

Tindakan: Timbalan Pengerusi dan Setiausaha

9. Penutup

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan semua yang
hadir dan berharap agar penubuhan kesatuan sekerja ini dapat memberi manfaat kepada
semua ahli.

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 1.30 petang pada 22 Mei 2010.

Disediakan oleh

Cik Fadzillah binti Harun


Setiausaha

TARIKH: 27 MEI 2010

28 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

29 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

30 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

31 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

32 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

BORANG D

AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

_________________________________________

PERAKUAN PENDAFTARAN
(Seksyen 13 dan Peraturan 7)

_______________________________

ADALAH DENGAN INI DIPERAKUI

bahawa

PERSATUAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (PAKS)

KOLEJ KERJASAMA PERAK

telah didaftarkan pada hari ini sebagai suatu kesatuan sekerja di

bawah seksyen 12 (1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan bahawa

nombor pendaftarannya ialah SK 199.

Diberi di bawah tandatangan saya pada 07 haribulan JUN 2010

…….……………………………….
Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja

33 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

34 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

PERSATUAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (PAKS)


KOLEJ KERJASAMA PERAK
31600 GOPENG, PERAK DARUL RIDZUAN
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: Bil (1) dlm. PAKS
Tarikh: 21 JUN 2010

Ketua Pengarah,
Kolej Kerjasama Perak,
31600 Gopeng,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PERKARA: PELAWAAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

Merujuk perkara di atas.

2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Harun bin Mohd Noor wakil dari Persatuan
Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS) selaku Pengerusi yang telah dilantik ingin
mempelawa Tuan untuk mengadakan satu perundingan kolektif bagi membincangkan dan
mempertimbangkan cadangan yang telah diutarakan oleh persatuan kami. Antara cadangan
yang ingin kami perbincangkan adalah seperti berikut:

a) Peruntukan latihan bagi memberi lebih pendedahan dan memperkembangkan


kemahiran dan kebolehan para pekerja.
b) Peruntukan upah bagi setiap pekerja yang terpaksa mengorbankan hari cuti rehat
dan melaksanakan kerja lebih masa.
c) Peruntukan hari kelepasan bagi setiap pekerja.

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar Tuan dapat mempertimbangkan
permohonan kami untuk mengadakan perundingan kolektif tersebut. Maklum balas dari
Tuan adalah diharapkan bagi memastikan perundingan ini dapat diteruskan demi
kepentingan organisasi dan para pekerja.

Kerjasama dan maklum balas dari Tuan adalah amat kami hargai dan diucapkan terima
kasih.

Sekian dan terima kasih.

Saya yang berkhidmat,

husin
……………………………….
(HUSIN BIN MOHD NOOR)
Pengerusi
Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS)

35 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

RUJUKAN

Wu Min Aun. (1985). Undang-undang Perhubungan Perusahaan di Malaysia: Selangor:


Longman Malaysia Sdn. Bhd..

Siti Zaharah Jamaluddin. (2000). Pengenalan Kepada Undang-undang Perhubungan


Perusahaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

K. Rajkumar. (2001). Panduan Mudah Undang-undang Buruh Malaysia: Selangor:


Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd..

Amir Hamzah dan Saadon Awang. (2009). Modul: Pentadbiran Buruh Di Malaysia. UUM:
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE).

Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun. (2011). Prinsip Pengurusan Sumber
Manusia: Bab 11 Perhubungan perusahaan. Selangor: Leeds Publications (M) Sdn.
Bhd.. (hal. 278-304).

International Law Book Services. (2011). Undang-undang Malaysia: Akta Kesatuan


Sekerja 1959 (Akta 262) & Peraturan-peraturan. Selangor: Golden Books Centre
Sdn. Bhd..

International Law Book Services. (2012). Undang-undang Malaysia: Akta Perhubungan


Perusahaan 1967 (Akta 177). Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd..

International Law Book Services. (2012). Undang-undang Malaysia: Akta Kerja 1955
(Akta 265), Peraturan-peraturan dan Perintah, Akta Hari Kelepasan Mingguan
1950 (Akta 220) & Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). Selangor: Golden Books
Centre Sdn. Bhd..

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. (2011). Garis panduan tentang penubuhan dan
pendaftaran kesatuan sekerja. Retrieved 2012, Mei 25 from
http://jheks.mohr.gov.my/pda/images/stories/pdf/garispanduan/GARIS_PANDUAN
_TENTANG_PENUBUHAN_DAN_PENDAFTARAN_KESATUAN_SEKERJA.
pdf

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. (2011). Kementerian Sumber Manusia:


Pengendalian tuntutan pengiktirafan Kesatuan Sekerja. Retrieved 2012, Jun 21
from
http://jpp.mohr.gov.my/download/penerbitan/Pengendalian_Tuntutan_Pengiktirafan
_Kesatuan_Kerja.pdf

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. (2011). Kementerian Sumber Manusia:


Perundingan kolektif dan perjanjian kolektif. Retrieved 2012, Jun 23 from
http://jpp.mohr.gov.my/download/penerbitan/Perundingan_&_Perjanjian_Kolentif.
pdf

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. (2011). Kementerian Sumber Manusia:


Pertikaian perusahaan. Retrieved 2012, Jun 24 from

36 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

http://jpp.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=26&Ite
mid=18

____________. (n.d.). Pengurusan Sumber Manusia: Kertas Kerja Pengurusan Sumber


Kemanusiaan (MTT 2703). Retrieved 2012, Mei 24 from
http://sarjana.tripod.com/hubungan1.html

37 119264
GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

38 119264

You might also like