You are on page 1of 21

SOALAN: Mengapakah

autorotrian dan Militerisme


memainkan peranan penting
dalam sejarah moden Asia
Tenggara?
PENDAHULUAN
2.1 Maksud autorotrian /Autoriti
Autoritarian bermaksud fahaman yang menyokong campur tangan pihak berkuasa
secara keseluruhan dalam pentadbiran negara. Biasanya, kerajaan yang
mengamalkan sistem ini adalah kerajaan diktator di mana pemimpinnya mempunyai
kuasa eksekutif penuh untuk mengawal pihak berkuasa seperti polis dan penguasa
tempatan. Namun demikian, sistem ini boleh juga wujud dalam sebuah negara
demokrasi. Masyarakat autoritarian cenderung setia kepada pihak berkuasa dan
percaya kepada pemimpin. Sistem ini kurang memberi keutamaan kepada hak
individu, sehinggakan rakyat sanggup menjadi hamba kepada kerajaan. Ini biasanya
menghasilkan kerajaan yang kuku besi, diktator, despot, totalitarianisme dan fasisme
(suatu gabungan autoritarianisme dengan nasionalisme).1 Autoriti ialah kuasa yang
sah dan diterima umum. R. Michels dalam ‘Encylopedia of Social Sciences’
mendefinisikan autoriti sebagai satu kapasiti, semula jadi atau diperoleh bagi
penggunaan untuk menentukan siapa yang berkuasa. Manakala Herbert R. Winter
dan Thomas I. dalam ‘People and Politics’: an Introduction to Political Science
berpendapat bahawasanya Autoriti merupakan kuasa yang diberikan oleh
warganegara yang dianggap sah. Ini tidak beerti seseorang bersetuju dengan setiap
perkara yang dicadangkan oleh seseorang yang mempunyai autoriti. Ia merupakan
perhubungan antara autoriti dan paksaan.2. Kewujudan autoriti muncul apabila
seseorang mempunyai kuasa luar biasa yang mampu mempengaruhi orang lain
tanpa dipaksa atau apabila seseorang mempunyai kuasa semulajadi yang istimewa.
Ahli Sosiologi Jerman, Max Weber mencadangkan tiga klasifikasi sumber autoriti
politik yang ada pada pemerintah dalam sesebuah negara moden. Tiga klasifikasi
tersebut adalah autoriti tradisional, autoriti karismatik dan autoriti legal-birokratik atau
legal-rasional.

1
https://ms.wikipedia.org/wiki/Autoritarianisme
2
http://akugpc.blogspot.my/2010/03/jenis-jenis-autoriti.html
Terdapat 3 jenis autoriti iaitu Autoriti tradisional, Karismatik dan Legal-Birokratik.3
2.1.1 Autoriti Tradisional
Autoriti tradisional ialah diberikan oleh adat dan amalan-amalan masyarakat yang
menerimanya. Seseorang pemerintah memiliki hak untuk memerintah yang
berpunca daripada penggunaan kuasa politik yang berterusan. Autoriti tradisi juga
merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang pemimpin secara turun-
temurun. Biasanya, jenis autoriti tradisi ini terdapat dalam masyarakat tradisional.
Masyarakat cina pada zaman kuno mempercayai bahawa maharaja-maharaja yang
memerintah empayar Cina diberi mandat dari syurga. Masyarakat ini tidak
membangkang dan akan mematuhi pemimpin ini tanpa sebarang bantahan kerana
mereka mempercayai bahawa kuasa pemerintah adalah mutlak dan harus dipatuhi
supaya tidak melanggar arahan dari tuhan. Kewibawaan pemimpin ini tidak akan
tercabar kerana ia diwarisi dari keturunan pemimpin terdahulu. Dalam masayarakat
melayu tradisional pula konsep daulat digunakan agar rakyat tidak menderhaka
kepada raja agar tidak menerima tulah atau balasan buruk kepada penderhaka.
Oleh itu, melalui kepercayaan yang dibina samaada daripada adat ataupun agama
kuasa pemerintah akan terus kukuh.
2.1.2 Autoriti Karismatik
Autoriti karismatik berpunca daripada ciri-ciri peribadi luar biasa yang ada pada
seseorang pemimpin. Pemimpin yang mempunyai autoriti karismatik mempunyai
personality yang menarik seperti ketabahan peribadi, kebolehan berpidato, sifat
kepimpinan yang baik dan sebagainya. Selain itu, pemimpin yang berkarisma ini
mempunyai bakat semulajadi yang istimewa sebagai seorang pemimpin yang
dihormati. Autoriti karismatik juga wujud dalam diri seseorang pemimpin apabila
mereka mampu menjalankan tanggungjawab mereka berdasarkan undang-undang
yang telah ditetapkan. Pentadbiran pemimpin yang berkarisma tidak hanya kerana
pangkat, tetapi kesedarannya untuk memimpin sesuatu kumpulan atau masyarakat.
Selalunya sifat karisma ini wujud disebabkan kesedaran setelah mengalami
penderitaan dan peperangan. Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan salah seorang

3
http://akugpc.blogspot.my/2010/03/jenis-jenis-autoriti.html
pemimpin yang disegani kerana autoriti karismatik yang dimilikinya. Beliau juga
diberi gelaran ‘Bapa Pembangunan’ kerana sepanjang tempoh beliau berkhidmat
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat, banyak pembaharuan dan
pembangunan yang dicetuskan oleh pemikirannya. Sebagai contoh, beliau telah
mewujudkan banyak prasarana canggih dan bertaraf antarabangsa seperti
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Lumba Antarabangsa
Sepang, Stadium Bukit Jalil, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur
dan banyak lagi sehingga berjaya melonjakkan nama negara di pentas dunia.

2.1.3 Autoriti Legal-Birokratik


Akhir sekali ialah autoriti legal-birokratik atau juga dikenali sebagai rasional undang-
undang. Peraturan yang mencerminkan keupayaan untuk membuat sesebuah
institusi itu melakukan apa yang seharusnya mereka lakukan. Pegawai kerajaan dan
pegawai yang dipilih oleh sesebuah institusi akan menguasai autoriti jenis ini Melalui
autoriti ini, kuasa diberikan kepada seseorang berdasarkan kepada undang-undang
formal. Autoriti jenis ini wujud daripada jawatan politik yang dipegang oleh
seseorang individu dan bukan daripada individu yang memegang sesuatu jawatan.
Contohnya di Malaysia terdapat badan perundangan dan badan kehakiman yang
menentukan sesuatu hukuman keatas pesalah. Sesetengah pemimpin politik
mungkin memiliki autoriti politik tetapi tidak berupaya atau teragak-agak untuk
menterjemahkannya menjadi kuasa politik. Sebagai contoh, autoriti Jeneral de Galle
diiktiraf di kawasan yang diduduki oleh tentera Jerman di Perancis, tetapi kuasa
paksaan kerajaan Jerman dan kerajaan Perancis yang pro-Jerman menghalang
pertukaran autoriti menjadi kuasa politik.

3
3.0 MAKSUD MILITERISME

Militer adalah angkatan bersenjata dari suatu negara dan segala sesuatu yang berhubungan
dengan angkatan bersenjata. Padanan kata lainnya adalah tentara atau angkatan bersenjata.
Militer biasanya terdiri atas para prajurit atau tentera. Professor Cheah mengatakan Milimeter
atau colonial bermaksud eksploitasi dan penindasan tanah jajahan oleh sesebuah kerajaan
samada barat atau asia yang mempunyai tanah jajahannya. Dalam kehidupan militer memang
dituntut adanya hierarki yang jelas dan para atasan harus mampu bertindak tegas dan berani
kerana yang dipimpin oleh pasukan bersenjata.4 Militer, juga disebut angkatan bersenjata,
adalah kekuatan yang diberi kuasa untuk menggunakan cara-cara mematikan, dan senjata
mematikan, untuk mendukung kepentingan dari negara dan beberapa atau semua dari
penduduknya. Tugas militer biasanya didefinisikan sebagai pertahanan dari negara dan para
penduduknya, dan pelaksanaan perang melawan negara lain. Militer juga berfungsi sebagai
suatu subkultur terpisah di dalam masyarakat yang lebih besar, melalui pembangunan
infrastruktur yang terpisah, yang termasuk kepada perumahan, sekolah, produksi makanan
dan perbankan.5.Sistem ini memberikan kedudukan yang lebih utama kepada pertimbangan-
pertimbangan militer dalam kebijakannya daripada kekuatan-kekuatan politik lainnya.
Mereka yang terlibat dalam dinas militer pun mendapatkan layanan-layanan istimewa.
Kebijakan tersebut menyebabkan militerisasi di dalam masyarakat. Pengaruh dan kekuatan
militer digunakan di dalam pengambilan-pengambilan keputusan dalam bidang apa
sekalipun. Pengaruh-pengaruh ini sangat jelas dalam sejarah berbagai pemerintah, khususnya
ketika mereka terlibat di dalam ekspansionisme, misalnya Kekaisaran Jepang, Britania Raya,
Jerman Nazi, Kekaisaran Romawi Baru di bawah Mussolini, ekspansi Republik Sosialis
Federasi Soviet Rusia menjadi Uni Republik Sosialis Soviet dan pemerintahan Stalin yang
belakangan, Irak di bawah pemerintahan Saddam Hussein, dan Amerika Serikat pada masa
Manifest Destiny dan pembaharuan tenteranya.Milimeter meletakkan jaminan keamanan
negaranya adalah bergantung kepada kekuatan tenteranya.

4
https://id.wikipedia.org/wiki/Militer
5
http://artidanpengertian.blogspot.my/2016/02/pengertian-militer.html
4.1 ASIA TENGGARA
Istilah “Asia tenggara” seperti yang diterima secara umum sekarang meliputi seluruh
negara, iaitu Burma, Thailand, Vietnam, Kampuchea dan Laos yang digelar Tanah
Besar, disamping Malaysia, Indonesia, Singapura, Flipina dan Brunei yang dipanggil
“Kepulauan”. Penetapan Asia Tenggara ini telah berlaku semasa Perang Dunia
Kedua, terutamanya dengan pendudukan Jepun dan penubuhan “Southest Asia
Command” oleh Pihak Berikat untuk menyelaraskan usaha peperangan meraka.
Penggunaan nama “Asia Tenggara’’ ini menjadi semakin meluas selepas perang
tersebut kerana kawasan ini merupakan tumpuan kuasa-kuasa besar yang terbabit
dalam Perang Dingin6 .Negara-negaraa ini dikelompokkan atas pertimbangan
agama, sejarah, kebudayaan, ethnologi dan sebagainya.7.

4.1 Perbezaan sistem autonomi dengan sistem Milimeter


Secara luaran, autoritarianisme dan totalitarianism/ Milimeter kelihatan hampir
sama. Kerajaan kedua-dua sistem ini biasanya berkuasa untuk menyekat hak asasi
manusia dan menindas rakyatnya secara kejam. Namun, menurut beberapa
penganalisa politik seperti Jeane Kirkpatrick berpendapat, terdapat banyak
perbezaan di antara kedua-dua fahaman ini. Misalnya dalam kerajaan autoritarian
pemerintahnya akan menumpukan perhatian kepada pembangkang politik. Suatu
masa dahulu, Singapura hanya mempunyai satu parti yang berkuasa iaitu PAP dan
parti pembangkang tidak diberi ruang untuk bergerak. Di setengah negara pula,
tindakan ekstrem akan diambil terhadap pihak pembangkang. Contohnya, pada 21
Ogos 1983, sewaktu pemerintahan Ferdinand Marcos, pembangkangnya yang
utama Senator Benigno Aquino, Jr. telah mati dibunuh. Walaupun begitu, kerajaan
ini tidak berkuasa untuk mengawal kesemua aspek kehidupan masyarakatnya.
Akhirnya, kerajaan Marcos telah dijatuhkan oleh balu Senator Aquino iaitu Corazon
Aquino.Manakala dalam sistem totalitarian, kerajaannya mempunyai penguasaan
total terhadap rakyatnya. Setiap aspek kehidupan berada di bawah telunjuk parti
pemerintah, termasuklah pekerjaan, gaji, dan hak beragama. Malah, survival setiap
rakyatnya adalah dikaitkan dengan survival regim yang memerintah.8
5

6
Modul Jms214,m.s 10
7
Harry J.Brenda,1962. The structure of Southest Asian History : Some Preliminary Observation
8
https://ms.wikipedia.org/wiki/Autoritarianisme
5.1 NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA YANG MENGAMALKAN SISTEM
AUTOROTRIAN PERANANNYA DALAM SEJARAH MODEN ASIA TENGGARA

Myanmar dan Thailand mengamalkan sistem beraja sebelum kedatangan barat.


Raja mengamalkan penguasaan secara autonomi dan mutlak.Sistem beraja
merupakan satu bentuk pentadbiran yang diamalkan di kebanyakan Negara Asia
termasuklah Thailand dan Myanmar. Sistem ini berasaskan campuran sistem
tempatan dengan pengaruh agama Hindu dan Buddha melalui proses Keindiaan.
raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam semua aspek
kehidupan meliputi politik, ekonomi dan sosial. Thailand ditadbir oleh Dinasti Chakri
bermula pada tahun 1782 dan berjaya mengekalkan kemerdekaan negara tersebut
terutama hasil pentadbiran / pembaharuan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.
Myanmar pula ditadbir oleh Dinasti Konbaung (1752 – 1886) tetapi gagal
mempertahankan kedaulatannya apabila jatuh ke tangan British pada 1886. Di
Myanmar raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal. Kanun India Manu
meletakkan raja Myanmar bersifat separuh ketuhanan. Rakyat tidak boleh
mempersoalkan hak dan kehidupan raja. Raja-raja Myanmar juga terikat dengan
konsep ‘dharma’ yang menjadi ikatan antara raja dengan rakyat. Rakyat juga
percaya raja mereka adalah jelmaan dewa melalui konsep ‘devaraja’. Keadaan yang
sama juga berlaku di Thailand yang mana raja-raja Thai juga terikat dengan konsep
‘dharma’ dan ‘devaraja’. Rakyat tidak boleh melihat raja dan apabila mengadap raja
rakyat perlu meniarap, sujud dan menyembah tetapi keadaan ini telah dimansuhkan
oleh Raja Mongkut. Kedudukan dan ketinggian raja-raja di kedua-dua buah negara
disokong oleh unsur kebendaan terutamanya gajah putih yang menjadi simbul
kedaulatan dan kegagahan sesebuah kerajaan serta pengiktirafan bahawa raja
mempunyai kuasa luar biasa.

6
5.2 Peranan sistem Beraja (berkuasa Mutlak / autonomi)

Raja memainkan peranan penting kerana memiliki kuasa Mutlak ke atas


pentadbirannya. Berikut merupakan peranan Raya yang berkuasa autonomi.

Ketua Agama

Pemerintah Myanmar dan Thailand dikaitkan dengan unsur Buddha terutama


Buddha Theravada yang menerapkan konsep kosmologi dan keselarian antara
Tuhan dan manusia. Kerajaan dianggap lambang kepada konsep kosmos dengan
istana dianggap sebagai pusat kawalan cakerawala. Golongan Brahmin adalah
panasihat raja dalam hal keagamaan.Di Myanmar raja adalah penaung segala
upacara keagamaan malah bertanggungjawab terhadap pembinaan kuil / pagoda
malah bertanggungjawab terhadap kesuciannya. Raja Mindon pernah menjadi Sami
Buddha malah berusaha mengembalikan kegemilangan Buddha termasuklah
mebina Pagoda Besar di Bandar Mandalay.Di Thailand juga keadaannya hampir
sama yang mana raja merupakan penaung kepada ucapara keagaamaan malah
Raja Mongkut sendiri pernah menjadi sami Buddha dan terlibat termasuklah dalam
usaha membina kuil / wat.

Pentadbiran

Raja memainkan peranan utama dalam sistem pentadbiran dikedua-dua buah


negara. Kuasa raja bersifat mutlak dan menyeluruh dalam pelbagai aspek
termasuklah politik, ekonomi dan social. Segala tindakan yang dilakukan oleh raja di
kedua-dua negara tidak boleh dipertikaikan oleh rakyat malah di Thailand sesiapa
yang mempertikaikan raja akan dihukum sebat 30 kali. Dalam bidang pentadbiran,
raja bagi kedua-dua buah negara dibantu oleh pembesar sama ada di peringkat
pusat mahupun wilayah. Pada kebiasaanya raja bertanggungjawab melantik para
pembesar. Di Myanmar terdapat pembesar seperti Wungyi, Wundsuk dan Atinwun
(Atwinwon) manakala di Thailand pula para pembesarnya terdiri daripada Chao.

7
Perudangan

Raja bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara masing-masing


dengan nasihat daripada pembesar dan Brahmin dan bertindak sebagai pemutus
dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang. Raja dikedua-dua negara
berperanan sebagai Ketua Hakim dan sebarang hukuman yang dijatuhkan adalah
muktamat termasuklah hukuman mati.Di Myanmar, Raja dianggap sebagai
penggubal undang-undang Wagaru Dhammathal (ringkasan undang-undang Manu
India) dan Brahmin adalah penasihat utama raja dalam bidang perundangan.Raja-
raja Thailand menggunakan Kod Undang-undang Tiga Tera yang dipengaruhi oleh
unsur Hindu dan Buddha. Raja dianggap sebagai hakim dan boleh menjatuhkan
hukuman mati.Kod Undang-undang Tiga Tera menjelaskan raja adalah pemilik
tanah, wakil tuhan dan berkuasa mutlak malah soal hidup-mati seseorang rakyat
bergantung kepada raja.Walau bagaimanapun kuasa mutlak raja dikedua-dua
negara telah diseimbangkan oleh agama Hindu-Buddha agar raja tidak bertindak
sewenang-wenangnya.

Ekonomi

Raja-raja Myanmar dan Thailand berkuasa ke atas semua tanah kerajaan dan
dianugerahkan kepada para pembesar untuk ditadbir dan diusahakan.Raja-raja
kedua-dua Negara menguasai hasil negara terutamanya pungutan cukai, hasil
pertanian, perdagangan dan lain-lain. Pembesar menjadi perantara antara raja dan
rakyat dalam kegiatan ekonomi raja. Walau bagaimanapun terdapat beberapa
komoditi ekonomi yang menjadi monopoli diraja. Di Myanmar perlombongan
permata, kayu jati, petroleum dan kapas manakala di Thailand, beras merupakan
monopoli diraja hinggalah ditamatkan oleh oleh Rama III.

8
Melantik Pembesar

Di Myanmar dan Thailand, pembesar merupakan tulang belakang dalam


pentadbiran. Pembesar merupakan pembantu kepada raja dalam menjalan
pentadbiran sama ada di peringkat pusat, wilayah mahupun daerah. Kebanyakkan
pembesar adalah kaum kerabat raja. Pembesar-pembesar di Myanmar terdiri
daripada Atwinwun (raja muda), wungyi (ketua menteri), wundauk (menteri muda),
atinwun (pegawai istana), myowun (gabenor daerah) dan myotungyi (ketua
Bandar).Pembesar-pembesat di Thailand pula terdiri daripada Chao ( kerabat diraja
yang menjadi menteri kanan)

Perpaduan dan kesejahteraan rakyat

Di Myanmar raja bertanggungjawab terhadap kewujudan perpaduan dan


kesejahteraan rakyat dan merupakan pelindung kepada rakyat daripada sebarang
bentuk ketidakadilan mahupun pencerobohan luar. Keadaan ini akan membawa
kepada kesetiaan yang tidak berbelah bahagi rakyat terhadap raja.Di Thailand raja
berperanan melindungi rakyat daripada penindasan dan pencerohan luar malah
bertanggungjab untuk mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan hidup rakyat. Raja
juga berperanan untuk mengekalkan adat resam tempatan kerana ia juga
merupakan faktor penyumbang kepada perpaduan dan kesejahteraan rakyat
dikedua-dua negara.9

9
Norizan Yusof, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, 2003, Petaling Jaya, Federal.
6.0 NEGARA ASIA TENGGARA YANG MENGAMALKAN SISTEM MILITERISME
DAN PERANANNYA DALAM SEJARAH MODEN ASIA TENGGARA

Antara negara yang turut tercatat dalam sejarah mengamalkan sistem Militerisme
adalah negara Thailand.Thailand antara negara yang mampu mengekalkan
kemerdekaan serta kedaulatan negaranya sehingga tidak pernah dijajah. Revolusi
1932 merupakan titik tolak kepada tercetusnya penguasaan golongan tentera yang
cukup besar di dalam tampuk kepimpinan dan pentadbiran Thailand.10 Selepas
kejatuhan sistem monarki mutlak pada tahun 1932, pemerintahan kerajaan Thailand
majoritinya didominasi oleh golongan tentera di bawah pemerintahan sistem monarki
berperlembagaan. Bermulalah pemerintahan Phibun Songkram pada tahun 1938
yang telah memberikan kelebihan kepada imej tentera sebagai institusi demokratik
kerana ugutan rampasan kuasa akan dilakukan oleh golongan tentera jika suara
mereka tidak diendahkan. Pegawai-pegawai tentera terdiri daripada Phibun
Songkram, Phin Chunnhawan, Sarit Thanarat, Phao Srinayond, Thanom
Kittikachorn, Prapat Charusathien dan Krit Sivawa. Pegawai-pegawai tentera
Thailand seringkali merampas kuasa politik kerana beranggapan bahawa ahli-ahli
politik menjalankan pentadbiran secara tidak adil dan tidak bermoral. Kedudukan
tentera ini akhirnya tergugat pada tahun 1970-an.11

10

10
David Joel Steinberg et. al. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm. 437.
11
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm. 218.
Antara Peranan sistem Militeranisme adalah menjadi Agen pemodenan dalam aspek
pelbagai aspek iaitu dari aspek pentadbiran negara, politik, sistem pertahanan,
ekonomi, dan sosial.

Aspek Pentadbiran

Di Thailand, masalah yang sering timbul di kalangan rakyat mahupun pemimpin


ialah mengenai tafsiran yang diberi kepada demokrasi itu sendiri. Masalah ini timbul
sekitar tahun 1960-an dan awal 1970-an. Demokrasi digelar dengan bahasa mereka
iaitu prachathipathan, namun orang Thai menyifatkan perkataan tersebut sebagai
satu sikap umum terhadap kedaulatan, keabsahan dan perwakilan(Morell dan Chai-
Anan, 1981:25). Demokrasi yang diamalkan tidak mempunyai kaitan dengan
kedaulatan rakyat, penguasaan parlimen ke atas eksekutif ataupun kuasa terhadap
rakyat. Perkara ini bertambah rumit apabila rakyat memandang rendah terhadap
politik dengan menganggap bahawa politik bersifat kotor, tidak bermoral, rasuah.
Dan ini termasuk ahli-ahli politik yang gila kuasa, mementingkan diri, suka
bertengkar dan tidak cekap.12 Dengan demikian juga, pegawai-pegawai tentera pula
menganggap ahli-ahli politik ini ialah ‘pelacur politik’ yang menjadi penghalang
kepada perjalanan serta pembangunan dalam pentadbiran negara.Oleh yang
demikian, memang wajarlah golongan tentera seringkali merampas kuasa politik.
Keadaan kucar-kacir yang berlaku di Thailand menyebabkan rampasan kuasa
berlaku semula pada tahun 1976 yang disebabkan golongan tentera berpendapat
bahawa kerajaan Thailand gagal menjaga kepentingan dan kebajikan dari aspek
ketenteraan sehingga berlakunya pengurangan yang ketara dalam bantuan
ketenteraan sebagai contoh aset-aset tentera dan kebajikan tentera. Pentadbiran
Thai pernah diberi peluang kepada ahli-ahli politik untuk memerintah Thailand
selama tempoh tiga tahun, namun perkara yang dijanjikan tidak tercapai. Kemajuan
dan pembangunan yang diigini hancur lebur. Hal ini telah memaksa golongan
tentera untuk merampas semula kuasa pada tahun 1976 bagi menjamin kestabilan
negara.13

11

12
Zakaria Ahmad & Harold Crouch.1985. Military-Civillian Relations in South-East Asia. Singapore:
Oxford.hlm 295
13
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm. 218.
ASPEK POLITIK

Selepas rampasan kuasa golongan tentera dilakukan, banyak perubahan dari segi
politik di diubah oleh Phibun Songkram dengan menjanjikan pilihanraya yang adil
dan bersih serta mengurangkan kawalan terhadap aktiviti politik. Semasa
pentadbiran Phibun terdapat empat kumpulan tentera yang mengadakan ramapasan
kuasa sekitar tahun 1951 dan mengurangkan pesaing Phibun iaitu hanya Jeneral
Phao Siyanon dan Jeneral Sarit Thanarat yang memegang jawatan Komander
Tentera Pertama di Bangkok. Pada tahun 1957, parti Phibun dituduh melakukan
penipuan besar semasa pilihanraya dan ini telah menyebabkan Sarit Thanarat telah
mengadakan satu rampasan kuasa pada September 1957 dan berjaya
menyingkirkan Phibun dan Phao. Denga kuasa yang dimiliki oleh Sarit, beliau telah
memperkenalkan satu undang-undang iaitu “Martial Law” dan dapat melihat corak
pemerintahan autokrasinya melalui dua cara iaitu beliau meminta Kebudayaan
Thailand untuk menyusun semula susunan sosial masyarakat dan beliau ingin
meningkatkan taraf ekonomi dan membangunkan pelbagai sektor negara
terutamanya dimulakan dengan sektor sosial di Thailand. Keadaan politik di Thailand
yang tidak stabil di mana rampasan kuasa dengan mudah dilakukan oleh golongan
tentera yang berpengaruh lalu mereka membentuk satu ikatan atau regim yang
bersifat autoriti bagi memerintah negara. Dengan sering terjadinya rampasan kuasa
ini, pada tahun 1958, Sarit telah memperkenalkan satu sisitem demokrasi versi Paw
Khun iaitu demokrasi Agama Buddha bagi menggantikan demokrasi bercorak barat.
Sarit menolak sistem demokrasi yang digunakan oleh Parti Rakyat kerana tidak
sesuai dengan sosio-budaya Thailand. Sistem Paw Kun ini adalah satu sistem yang
sesuai dengan sosio-budaya Thailand kerana ianya berasal daripada adat resam
dan tradisi orang Thailand.14 Paw Kun bermaksud the greatest father of all father
iaitu menggambarkan kepada kita peranan atau kuasa nasab bapa yang terkandung
serta diamalkan dalam budaya Thailand dalam kehidupan seharian.

12

Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Kings, Country and Constitutions: Thailand’s Political Development.
14

New York: Routledge Curzon. hlm 12


Bagi memastikan pentadbiran Thailand berjalan dengan lancar, sistem Paw Kun
sekerasnya menolak konsep Parlimen yang dibawa oleh Parti Rakyat sewaktu
pemerintahan mereka dahulu di mana parlimen mempunyai kuasa tertinggi dalam
bidang legislative dan sebaliknya digantikan dengan semua kuasa tertinggi terletak
di bawah kuasa eksekutif termasuk kuasa menjatuhkan hukuman bunuh pada bila-
bila waktu. Pemerintahan kuku besi yang dijalankan adalah terdiri daripada golongan
pemerintah yang elit di bawah pimpinan seorang yang cukup berkaliber dan
menjalankan pentadbiran untuk kebaikan bersama. Perkara ini bermaksud, kuasa
penuh perlu diberikan kepada pemimpin yang diterima oleh semua orang dan ini
tidak perlulah pilihan raya diadakan yang hanya akan mencetuskan konflik dan
perpecahan dalam kalangan masyarakat. Sarit Thanarat sewaktu pemerintahannya
iaitu pada tahun 1958-1963, beliau sering mengadakan hubungan baik dengan
institusi raja iaitu dengan menggunakan kuasa perlembagaan dan tradisional diraja
sebagai sumber kesahan kuasa politik dan pentadbirannya. Dengan itu, Sarit
menggelarkan raja sebagai ‘Palladium of the nation’ yang membawa maksud raja
mempunyai hak dalam pentadbiran negara tetapi sebaliknya dalam sistem Paw Kun
memperlihatkan institusi diraja sebagai penyumbang yang penting di Thailand.
Terdapat dua fungsi utama monarki iaitu sebagai pengesah politik kerajaan dan
polisi dalam regim ketenteraan dan sebagai penyumbang kepada program yang
dijalankan oleh regim yang melibatkan derma masyarakat dan kerja-kerja kebajikan.
Justeru, pengaruh dan kuasa tradisional raja dapat diperkukuhkan.

ASPEK EKONOMI

Tanggungjawab golongan tentera yang telah mendominasi politik moden Thailand


juga dapat dilihat peranan mereka dalam aspek pembangunan ekonomi Thailand.
Kita boleh lihat sejarah ekonomi Thailand sebelum pemerintahan Sarit di mana
Kerajaan Thailand telah berusaha untuk meningkatkan sektor perindustrian bagi
mengelakkan ekonomi rakyat Thailand daripada dimonopoli oleh pengusaha Cina
dan pelabur asing. Tetapi, usaha tersebut mengalami perubahan yang mendadak
pada penghujung 1950-an kerana sektor perindustrian Thailand tidak diurus dengan
cekap. Ini telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian yang amat tidak
memberangsangkan. Selepas daripada pemerintahan yang dibawa oleh Sarit,

13
beliau telah mendapat arahan dan saranan daripada pihak Bank Dunia agar
meletakkan kepentingan ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor
pembekalan kemudahan seperti tenaga, pengangkutan dan infrastruktur yang lain.
Dengan kemajuan ini, kerajaan Sarit sedar akan berlakunya persaingan pelaburan
asing daripada perusahaan kerajaan ataupu swasta dan prospek untuk
mendapatkan pinjaman luar akan bertambah baik dengan mengehadkan
penglibatannya dalam sektor perindustrian. Oleh itu, kerajaan telah memulakan
langkah dalam mengembangkan ekonomi Thailand dengan memperkenalkan polisi
ekonomi bagi meningkatkan jumlah pekerjaan dan meningkatkan hasil pengeluaran.
Sarit juga telah memperkenalkan Rancangan Ekonomi Kebangsaan pertama (1961-
1966) yang menjadi inspirasi kepada perkembangan ekonomi moden di Thailand.
Bagi memastikan kedudukan keluaran dalam negara Thailand bergerak lancar, Thai
Technical and Economic Cooperation Comittee telah dibentuk manakala National
Economic Development Board (1959) dibentuk bagi menyediakan rancangan-
rancangan ekonomi. Perancangan ini tidak akan terlaksana sekiranya kurang
kemudahan-kemudahan seperti sistem pengangkutan yang baik, kemudahan
berkomunikasi, sumber tenaga seperti elektrik dan lain-lain. Dengan adanya
perkembangan sistem pengangkutan yang baik dan infrastruktur di Thailand yang
memberangsangkan maka menyumbang kepada perluasan sektor pertanian
komersial di Thailand. Selain daripada itu, melalui sektor pertanian. Sarit telah
menjalankan dasar mempelbagaikan jenis tanaman. Ini dapat dilihat pada tempoh
tahun 1950 sehingga 1967, di mana perangkaan menunjukkan bahawa keluasan
tanaman padi di Thailand telah meningkat sebanyak 15 peratus. Di samping itu,
keluasan tanaman lain juga telah bertambah sebanyak empat kali ganda.
Pencapaian yang baik pada tahun 1968 di mana keluaran tanaman padi berjaya
dihasilkan sebanyak 33 peratus daripada pendapatan sektor pertanian. Selain itu,
tanaman daripada sektor pertanian selain padi, dapat juga kita lihat tanaman seperti
jagung, ubi kayu, kelapa, getah, tebu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Hasil
keluaran tanaman lain serta makanan laut turut meningkat.

14
Dengan kebijaksanaan Sarit di mana beliau telah mengatasi masalah cengkaman
penguasaan sektor industry oleh orang Cina dan orang asing dengan menumpukan
perhatian beliau kepada sektor perdagangan bebas serta beliau telah membentuk
saluran-saluran untuk pegawai-pegawai kerajaan sebagai pengarah-pengarah
syarikat baru. Dengan jawatan pengarah yang dimiliki, para pegawai akan menerima
bayaran yang lumayan untuk perkhidmatan dan mereka perlu memastikan dan
menguruskan syarikat dengan baik, jujur, amanah dan yang paling penting ialah
cekap dan bertanggungjawab. Dasar baru Sarit ini mendapat sambutan yang baik
daripada pelabur-pelabur swasta. Kemudian, Rancangan Ekonomi Kebangsaan
Kedua juga telah diperkenalkan pada tahun 1967 sewaktu pentadbiran Thanom.
Intipati rancangan ini adalah untuk mempertimbangkan isu-isu sosial dan nama
rancangan ini telah diubah kepada ‘National Economic and Social Development
Plan’. Rancangan ini juga ada menyentuh tentang pendidikan dan tenaga kerja.
Selain itu, turut menyentuh peranan sektor swasta dalam perkembangan industri,
perdagangan dan perkhidmatan. Hal ini kerana sektor perindustrian lebih mendapat
pertumbuhan yang menggalakkan dengan pengeluaran penggantian import seperti
kaca, plastik, kasut, tayar, alatan rumah, radio dan barang-barang elektronik kecil.
Rancangan ini juga telah mengfokuskan beberapa matlamat dalam setiap polisi bagi
meningkatkan sektor industri dan komersial termasuk menyediakan insentif bagi
pelaburan, sebagai contohnya bantuan kewangan. Dengan demikian, apa yang
boleh dikatakan bahawa Thailand telah mencatatkan satu pertumbuhan ekonomi
yang menggalakkan semasa pemerintahan Sarit dan Thanom. Hal ini kerana, sikap
Sarit dan Thanom yang mengamalkan keterbukaan ekonomi berbanding pada era
pemerintahan monarki yang sangat berpusat kepada raja. Sudah terang lagi
bersuluh peranan golongan tentera dalam pemerintahan Thailand 1950 hingga
1990-an telah membawa satu kejayaan serta kemajuan yang baik terhadap aspek
ekonomi. Sistem yang diperkenalkan oleh mereka merupakan sistem yang
sistematik dan teratur yang membolehkan inflasi dan masalah ekonomi dapat diatasi
dengan baik.15

15

15
Muhammad Halib & Tim Huxley. 1996. An Introduction to Southest Asian Studies, London: Tourism
Academic Studies. Hlm. 199.
ASPEK PERTAHANAN THAILAND

Berikutnya, tindakan golongan tentera untuk mengukuhkan sistem pertahanan


negara dengan penyertaan aktif di dalam SEATO (Southeast Asia Treaty
Organisation). Dengan penyertaan ini pelbagai bantuan ketenteraan telah disalurkan
oleh SEATO kepada tentera Thailand. Melalui bantuan ketenteraan yang diberikan
oleh ahli-ahli SEATO, pasukan tentera pada saat tersebut lebih digeruni ekoran
senjata canggih yang dimiliki mereka. Bantuan tentera dari Amerika Syarikat di
dalam SEATO ini termasuklah dalam organisasi dan peralatan unit pasukan,
kakitangan dan latihan operasi serta penambahbaikan kemudahan logistik. JUSMAG
(Joint United States Military Assistance Group) dan MACTHAI (Military Assistance
Command-Thailand) merupakan dua agensi yang telah memperbaharui struktur
tentera di Thailand. Penerimaan bantuan ini telah meningkatkan jumlah bilangan
tentera semasa pemerintahan Sarit Thanarat. Ini bertepatan dengan matlamat Sarit
yakni ingin mempertingkatkan pasukan ketenteraannya. Selain itu, pada tahun 1960,
Sekolah Teknikal Militari SEATO telah ditubuhkan di Bangkok yang merupakan hasil
kerjasama antara kerajaan Thailand dan juga Australia. Kerajaan Australia telah
menyediakan bantuan yang hebat dari segi latihan kententeraan serta menjadi
penyelia-penyelia teknikal, tenaga pengajar yang akan mengetuai penghantaran
sekolah-sekolah dan bengkel-bengkel Diraja Ketenteraan Thailand, tentera laut dan
tentera udara. Latihan tenaga pengajar Thailand di Australia berterusan walaupun
keterlibatan Australian di sekolah tersebut berakhir pada tahun 1964. Berikut pada
tahun 1965, kerajaan Thai dan Australia pula telah melakukan sebuah projek
kerjasama yang baharu. Projek tersebut ialah projek mega bagi ketenteraan di
Bangkok yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Vehicle Rebuild Workshop’.
Sumbangan perbelanjaan sebanyak 60 peratus telah diberikan oleh kerajaan
Thailand manakala sumbangan kerajaan Australia pula terdiri daripada struktur
keluli, alat-alat mesin dan peralatan bengkel serta pakar-pakar untuk menyelia
pemasangan peralatan dan melatih kakitangan. Selain itu, kerajaan Thai dan
Australia juga telah menyediakan Pusat Latihan Mekanik Motor (Motor Mechanincs
Training Center) bagi menambahbaik Sekolah Latihan Teknikal tentera (Military
Technical Training School) pada tahun 1969.

16
Oleh yang demikian, pada tahun 1971, Thailand telah memiliki lebih kurang 170,000
angakatan tentera yang mahir dan bertujuan mengembangkan angkatan bersenjata
bagi menghadapi ancaman komunis. Seterusnya, pada tahun 1964 di mana titik
hitam bagi Bangkok apabila terlibat dalam peperangan di Indochina dengan
memberikan bantuan logistik serta jet-jet pejuang dan pegebom Amerika yang
berpusat di Isan seperti di Khorat dan Nakorn Sawan (Thailand). Pada tahun yang
sama juga, Bangkok sekali lagi menghantar unit-unit tentera udara, laut dan darat
untuk melancarkan misi gerakan tentera di Vietnam sehingga mencapai jumlah
11900 orang pada tahun 1969 atau hampir 14 peratus pasukan tentera negara.
Pertolongan bantuan ketenteraan yang diberikan oleh Thailand ini adalah
berdasarkan prinsip timbal balas. Prinsip timbal balas yang diamalkan oleh Thailand
ini secara tidak langsung telah menguatkan dan mengangkat mertabat golongan
tentera Thailand.16

ASPEK SOSIAL

Sekitar 1950-an, pemerintahan Phibun secara keseluruhannya telah mengabaikan


beberapa aspek sosial yang penting misalnya peluang pengajian tinggi, perniagaan
yang tertutup, ketenteraan dan golongan sami Buddha. Kemasukan ke universiti
diperketatkan syarat, sebagai contoh di Universiti of Thammsat. Dalam bidang
ketenteraan pula, kebanyakan daripada ahlinya adalah mereka yang tidak pandai
dalam bidang pendidikan tinggi. Selepas memasuki arena politik, kebanyakan ahli
tentera akan menikmati hasil negara atau kekayaan masyarakat sehingga ianya
menimbulkan kemarahaan ramai pihak. Sarit dan ramai lagi pemerintah tentera yang
lain berusaha untuk mengubah pentadbiran sosial di Thailand. Antara usaha yang
dapat dilihat ialah membaikpulih sistem jalan raya, mengurangkan kadar jenayah,
aktiviti pelacuran berada di bawah pengawasan undang-undang dan melaranga
penjualan candu. Selain daripada itu, dalam konteks sosial lain yang dapat dilihat
ialah apabila kerajaan telah mengambil berat tentang hal kemasukan pelajar ke
pengajian tahap yang lebih tinggi. Bilangan sekolah ditambah dan tahap kualiti
pendidikan ditambahbaik dengan melatih tenaga pengajar sehingga mahir.
17

16
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm. 226.
Kemudian, kajian-kajian R&D yang difokuskan oleh Sarit dalam setiap hasil
pengeluaran yang akhirnya mampu melihat negara Thailand mampu bersaing di
peringkat yang lebih tinggi. Secara keseluruhannya, pemerintahan Sarit adalah lebih
baik dan hampir mencapai tahap kualiti yang diigini. 17

18

17
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm. 289
KESIMPULAN

Sistem beraja Thailand harus dipuji kerana mendapat mengekalkan kedaulatan dan
kemerdekaan Thailand. Golongan tentera cuba membawa masuk ideology
demokrasi dalam pentadbiran dan juga melakukan pembaharuan demi
pembaharuan ke atas Thailand. Walau begitu, sebenarnya keadaan politik tidak
stabil sehingga berlakunya 15 kali rampasan kuasa, 14 kali pilihanraya dan 13
perlembagaan. Namun akhirnya, pemerintahan tentera dilihat berjaya menstabilkan
ekonomi dan sosial masyarakat Thailand. Segala pemodenan dan pembangunan
tidak mengalir ke bahagian selatan Thailand kerana masalah budaya, agama dan
politik. Akhirnya, tentera sememangnya merupakan elemen pemodenan yang
bertanggungjawab membawa pembaharuan dan pembangunan Thailand antara
tahun 1950 sehingga 1990 an. Walaupun pemodenan yang dilakukan adalah
bersifat tertumpu ke arah pusat negara tetapi perkara itu telah membuka mata ramai
pihak kelemahan yang dimiliki oleh kerajaan monarki dahulu sewaktu memerintah.
Sebagai kesimpulan, kita dapati bahawa sistem pemerintahan beraja yang
diamalkan di Thailand khususnya mula mengalami perubahan setelah kemasukan
kuasa-kuasa Barat di negara mereka. Di Thailand, peranan raja-raja tidak
mengalami perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial tetapi perubahan
dilakukan oleh raja-rajanya seperti Mongkut dan Chulalongkorn agar pentadbirannya
setanding dengan Barat. Oleh itu, diakui bahawa sistem autonomi dan militer
memain peranan yang penting dalam sejarah asia moden.

19
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
SUMBER INTERNET
https://ms.wikipedia.org/wiki/Autoritarianisme
http://akugpc.blogspot.my/2010/03/jenis-jenis-autoriti.html
http://akugpc.blogspot.my/2010/03/jenis-jenis-autoriti.html
https://id.wikipedia.org/wiki/Militer
http://artidanpengertian.blogspot.my/2016/02/pengertian-militer.html

BUKU ILMIAH
Ong Loo Chen, Sejarah STPM Kertas 940/2, 2005, Bangi, Penerbitan Pelangi.

Norizan Yusof, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963,
2003, Petaling Jaya, Federal.

Rahman Mustar dan Raihanulazmi Muhamad, Lembaran Praktis Sejarah Asia


Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, 2005, Puchong, Local Pub.

Harry J.Brenda,1962. The structure of Southest Asian History : Some Preliminary


Observation

David Joel Steinberg et. al. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden.
.
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 218.

Muhammad Halib & Tim Huxley. 1996. An Introduction to Southest Asian Studies,
London: Tourism Academic Studies. Hlm. 199.

Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Kings, Country and Constitutions: Thailand’s


Political Development. New York: Routledge Curzon. hlm 12

20

You might also like