Keberkesanan DLP

You might also like

You are on page 1of 21

TAJUK : TAHAP KESEDIAAN PENGETUA, GURU DAN MURID TERHADAP

PERLAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAM (DLP)

ABSTRAK

1.0 Pengenalan
Isu pengajaran dan pembelajaran sains dan Matematik bukanlah merupakan satu isu yang baru
diperkatakan , ianya telah lama diperdebatkan dalam sistem pendidikan Malaysia. Sesetengah
pihak berpandangan bahawa mata pelajaran ini perlu di ajar dengan menggunakan bahasa
kebangsaan iaitu, bahasa melayu. Walaubagaimanapun ada juga pihak yang mencadangkan
penggunaan bahasa inggeris untuk kedua-dua subjek ini. Pembelajaran sains dan matematik
dalam bahsa inggeris berfungsi sebagai pendekatan dua arah, ia membolehkan pelajar mudah
megakses pengetahuan dan maklumat selain daripada bersaing diperingkat global. Selain itu ia
juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang pekerjaan di masa
hadapan.

Menurut Hazita, 2003, bagi mengatasi penurunan penguasaan Bahasa Inggeris, kerajaan telah
memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untu sains dan matematik pada
tahun 2003. Malah, ia juga disebabkan oleh matlamat dan visi menjadi negara maju ,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mencadangkan pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik (PPSMI) sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan. . Pelaksanaan dasar
ini bermula pada tahun 2003 dengan murid Tahun 1 di Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 dan 6
rendah pelajar di Sekolah Menengah sebagai kohort perintis. Walau bagaimanapun, pada tahun
2012 dasar ini telah ditamatkan selepas perbahasan yang tidak berkesudahan . mata pelajaran
sains dan matematik telah dikembalikan kepada Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu). Untuk
memenuhi keperluan ibu bapa yang menyokong kesinambungan PPSMI, Kementerian Pelajaran
melaksanakan pendekatan ‘soft landing’ yang dinamakan 'To Uphold’ Bahasa Malaysia Untuk
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris '(MBMMBI). Di bawah dasar ini, inisiatif yang menyerupai
PPSMI telah diperkenalkan. Program Bahasa Dual (DLP) biasanya dianggap sebagai kelahiran
semula dasar PPSMI. Tidak dapat dinafikan, ia menyerupai PPSMI tetapi berbeza dalam
beberapa aspek pelaksanaannya.

DLP program yang memberikan pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa inggeris sepenuhnya bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu, pilihan di beri kepada sekolah berdasarkan
permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya.

Fokus utama kajian ini untuk melihat tahap kesediaan pengetua, guru dan murid terhadap
perlaksanaan DLP di sekolah masing-masing.

2.0 PENYATAAN MASALAH


Organisasi pendidikan terutama di peringkat sekolah berdepan dengan cabaran untuk
pelaksanaan program Dual Language Programme (DLP) yang melibatkan subjek Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah terpilih. Sebagai sebuah negara yang pesat
membangun, cabaran utama masyarakat Malaysia menjurus kepada penguasaan bahasa Inggeris
yang seiring dengan perubahan ilmu yang ke peringkat dunia. DLP yang diberi pilihan kepada
pelajar pula adalah program pengukuhan bahasa Inggeris iaitu sekolah diberi peluang untuk
menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa sama ada bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris (Khair Mohamad Yusof, 2015). Buat permulaan, sebanyak 300 buah sekolah
dikenal pasti melaksanakan DLP dan HIP secara rintis pada tahun 2016 (Noor Azlan &
Norhasnida, 2007). Pemilihan sekolah terbabit berdasarkan kepada permintaan ibu bapa dan
pengetua atau guru besar serta kesediaan sekolah berkenaan melaksanakannya.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan (2015) juga menetapkan agar pihak sekolah perlu
memastikan tahap bahasa Melayu di sekolah mereka telah mencapai tahap terbaik dari segi
pelaksanaan dan pencapaian sebelum melaksanakan kedua-dua program tersebut. Mohamed
Sabri (2015) menyatakan bahawa usaha kerajaan mewujudkan program dwibahasa (DLP) yang
disifatkan bertentangan dengan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuhkan bahasa
inggeris kerana langkah ini umpama mengulangi kegagalan dasar Pengajaran Pembelajaran Sains
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. Menurutnya lagi pelajar berasa tertekan dan kesannya akan
menjejaskan keupayaan dan semangat pelajar untuk menguasai mata pelajaran terbabit.
Kajian yang telah dijalankan oleh Noor Azlan & Norhasnida, (2007) mendapati bahawa murid
luar bandar masih lagi lemah dalam penggunaan bahasa Inggeris dan penggunaan kemudahan
yang disediakan oleh pihak sekolah kurang digunakan oleh para guru dan murid. Di samping itu,
setiap guru Matematik dibekalkan dengan laptop bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran dan melancarkan pelaksanaan PPSMI. Namun demikian, masih ramai guru yang
tidak mampu untuk menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya berikutan
daripada kekangan masa, minat, kemahiran dan sebagainya.

Menurut Mohamad Ali Hasan (2015) menyatakan bahawa langkah kerajaan tanpa
mengumumkan program khusus seumpama Bahasa Melayu dianaktirikan dan ini menyebabkan
pelajar cemerlang mencatatkan keputusan kurang baik dalam subjek Sains dan Matematik
semata-mata kerana tidak mahir dalam Bahasa Inggeris. Menurutnya lagi, hal ini bakal
mewujudkan jurang penguasaan subjek antara pelajar berbeza tahap kemahiran dalam Bahasa
Inggeris.

Pelaksanaan DLP melibatkan 3 komponen sasaran utama iaitu guru, murid dan sekolah sendiri.
Setiap pihak memainkan peranan yang penting bagi memastikan segalanya berjalan dengan
lancar. Terdapat masalah yang perlu dikaji bagi memperbaiki keberkesanannya terutamanya bagi
pelajar. Segala masalah yang timbul mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap para
murid terutamanya dari segi pencapaian dan kefahaman murid terhadap konsep Sains dan
Matematik yang sepatutnya dikuasai.

3.0 LITERATURE REVIEW

Najib Razak (2015) mengumumkan peruntukan bagi program Dual Language Programme
(DLP) dan Program Immersif Tinggi (HIP) sebanyak RM38.5 juta melibatkan 300 buah sekolah
sebagai projek perintis dalam pembentangan baget 2016. Program ini dilaksanakan sebagai salah
satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI) untuk memberi peluang kepada pelajar meningkatkan akses dan penerokaan
pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran pelajar di
alam pekerjaaan. Program ini dapat membantu dan menarik minat murid yang ingin meneruskan
pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat
tertiari (Kementerian Pendidikan, 2015). Selain daripada itu, pelaksanaan DLP turut
meningkatkan masa pendedahan pelajar kepada bahasa Inggeris yang secara tidak langsung
dapat memperkukuh bahasa Inggeris mereka.

Penggunaan dwibahasa sebenarnya bertujuan untuk melindungi bahasa dan budaya minoriti,
mempromosikan penggunaannya di kalangan pelajar berbahasa Inggeris, dan memberi tumpuan
kepada pendidikan berkualiti untuk semua (Morrison, 1995). Elizabeth et. al, (2001)
menggunakan istilah dwibahasa sebagai istilah payung untuk empat jenis iaitu Two-way
immersion models, One-way immersion models, Developmental bilingual education, dan
Heritage language programs. Menurut Howard et. l, (2007) antara prinsip yang mencerminkan
dimensi utama perancangan dan pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) ialah penilaian
dan akauntabiliti, kurikulum, arahan, kualiti dan pembangunan profesional guru, struktur
program, keluarga dan masyarakat dan sokongan dan sumber.

Menurut María (2002) mendapati bahawa kebanyakan individu memindahkan pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh dalam satu bahasa kepada yang lain dalam tempoh lima hingga tujuh
tahun. Namun begitu, Cheong Yuen Keong (2010) dalam kajiannya mendapati 96.46% guru
Sains dan Matematik mengakui PPSMI (dwibahasa) telah membawa impak negatif yang tertentu
kepada murid di SRJKC. Hampir semua guru tidak menafikan pelajar menghadapi masalah yang
tertentu bila menggunakan bahasa Inggeris untuk mempelajari Sains dan Matematik. Sebanyak
98.2% guru Sains dan Matematik berpendapat masalahnya timbul lantaran pelajar belum dapat
menguasai bahasa Inggeris dengan baik, maka mereka tidak begitu memahami pengajaran guru
dan juga tidak dapat memahami isi kandungan dalam buku. Kelemahan penguasaan bahasa
pengantar telah menyebabkan mereka tidak mendapat keputusan yang baik (Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris) seperti yang dicapai mereka dalam subjek Sains dan
Matematik dalam bahasa Cina. Hampir semua guru berpendapat pencapaian pelajar dalam
kedua-dua subjek itu tidaklah sebaik keputusan pencapaian semasa pelajar hanya diajar dalam
bahasa ibunda.

Junaidi Awang (2010) Hasil kajian ini membuktikan prestasi pencapaian subjek sains dan
matematik dalam tempoh pelaksanaan PPSMI adalah semakin merosot, terutamanya di sekolah
harian luar bandar, kerana pihak-pihak yang terlibat tidak memahami istilah/konsep Inggeris
dalam subjek-subjek tersebut, tidak menguasai asas bahasa Inggeris itu sendiri, pengajaran tidak
jelas dan kekurangan bahan pengajaran. Bagi guru yang terlibat dalam pengajaran, 87.5 peratus
di Terengganu dan 91.3 peratus di Selangor, menyatakan tidak dapat meningkatkan minat
khususnya pelajar Melayu. Ibu/bapa juga, majoritinya tidak bersetuju PPSMI meningkatkan
pencapaian anak Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Malahan pencapaian
mereka semakin merosot kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru.

Sebagaimana yang kita ketahui, subjek Sains dan Matematik merupakan mata pelajaran yang
berteraskan ilmu dan kemahiran. Oleh itu, kedua-dua subjek tersebut memerlukan kefahaman
untuk menguasainya. Oleh itu, dipercayai bahawa murid-murid sekolah rendah dapat menguasai
kedua-dua subjek ini dengan lebih baik sekirannya menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa
pengantar. Memandangkan bahawa kelemahan PPSMI adalah tidak setimpal atau lebih daripada
kebaikan PPSMI di kalangan sekolah rendah, maka kerajaan boleh mengkaji bahawa sama ada
melaksanakannya secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur di peringkat sekolah
menengah supaya pelajar-pelajar kita masih dapat bersaing dengan pelajar-pelajar negara asing
dalam era globalisasi ini yang mengutamakan bahasa Inggeris. Jika ingin meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, maka usaha perlu dibuat untuk memperbaiki
pengajaran dalam subjek tersebut atau menambah waktu belajar bahasa Inggeris
4.0 KERANGKA KONSEP

Rajah 1.0 Kerangka konseptual Kajian Tahap Kesediaan Pengetua, Guru dan Murid
terhadap pelaksanaan DLP.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk ;
1. Mengenalpasti tahap kesediaan pengetua, guru dan murid dalam melaksanakan program
DLP disekolah.
2. Mengenalpasti tahap kesediaan guru sains dan Matematik dalam melaksanakan program
DLP berdasarkan faktor demografi jantina.
3. Mengenalpasti perbezaan tahap kesediaan murid berdasarkan faktor demografi jantina
terhadap perlaksanaan DLP.

6.0 PERSOALAN KAJIAN


Persoalan kajian yang ingin dilihat adalah :
1. Apakah tahap pengetahuan pengetua dalam melaksanakan program DLP disekolah.
2. Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan guru sains dan Matematik dalam
melaksanakan program DLP berdasarkan faktor demografi jantina.
3. Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan murid berdasarkan faktor demografi jantina
terhadap perlaksanaan DLP.

7.0 MODEL
antara model-model yang diperkenalkan dalam Dual Language Programme (DLP) diperingkat
antarabangsa ialah Two-way immersion models, One-way immersion models, Developmental
bilingual education, dan Heritage language programs (Elizabeth et. al, 2001).

i. Two-way Immersion Model


Model ini melibatkan jumlah pelajar yang sama tetapi mempunyai dua latar belakang bahasa
yang berbeza (Lisa M, 2015). Contohnya, program baru di Carthage, Missouri, kira-kira 50%
penutur bahasa Inggeris asli dan 50% penutur bahasa Sepanyol asli. Pelajar menghabiskan
setengah hari mereka belajar beberapa mata pelajaran mereka dalam bahasa Inggeris dan
setengah hari mereka dengan guru lain, mempelajari mata pelajaran lain dalam bahasa Sepanyol.

ii. One-way immersion models,


Model ini melibatkan pelajar dari latar belakang bahasa yang sama untuk memperoleh bahasa
asing yang baru (Lisa M, 2015). Sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan Bahasa St Louis
menyediakan hampir 90% penutur bahasa Inggeris asli yang mempelajari subjek sekolah mereka
dalam bahasa Sepanyol, Perancis, atau Mandarin. Académie Lafayette di Kansas City
menghidangkan hampir 100% penutur bahasa Inggeris asli dan menyediakan pendidikan
kandungan dalam bahasa Perancis.

iii. Developmental bilingual education


Pendidikan dwibahasa pembangunan adalah serupa dengan One-way immersion models, tetapi
pelajar-pelajar ini biasanya berasal dari imigran atau keluarga migran, dan mereka datang ke
sekolah bercakap bahasa selain daripada bahasa Inggeris (Lisa M, 2015). Di A.S., maka, model
ini bertujuan untuk terus membangun bahasa atau bahasa asal pelajar serta bahasa Inggeris.
Program bahasa dwibahasa bahasa Sepanyol-Inggeris adalah biasa di Texas.

iv. Heritage language programs


Program ini hampir sama dengan One-way immersion models, tetapi pelajar adalah daripada latar
belakang linguistik dan budaya yang sama, yang biasanya hanya bertutur dalam bahasa Inggeris,
bukan bahasa warisan keluarga mereka. Matlamat unik program sedemikian adalah untuk
memulihkan bahasa keluarga atau budaya (Lisa M, 2015). Contohnya termasuk program bahasa
asli Hawaii.

Bagi pelaksanaan DLP dalam pendidikan di Malaysia, model yang sesuai digunapakai bagi
masyarakat yang berbilang kaum dan latar berbeza ini adalah Developmental bilingual education
kerana rakyat Malaysia kebanyakan dari imigran atau keluarga migran terutama semasa
pemerintahan penjajah menyebabkan dan mereka datang ke sekolah bercakap bahasa selain
daripada bahasa Malaysia terutama sekolah jenis kebangsaan di Malaysia. Maka, model ini
sesuai digunakan bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris
dalam sistem pendidikan di Malaysia.

8.0 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Sampel dipilih secara persampelan bertujuan bagi
membolehkan penyelidik mengumpulkan maklumat yang bersesuaian dengan konteks kajian. Ini
bermakna responden yang dipilih dapat memberi maklumat yang lebih mendalam, bermakna dan
seterusnya menjawab objektif kajian. Hal ini selaras dengan pandangan Cresswell (2014) yang
berpendapat bahawa persampelan bertujuan sangat sesuai bagi responden yang telah mengalami
sendiri fenomena atau isu yang dikaji serta mampu memberi maklumat yang diperlukan.
Instrumen yang digunakan adalah soal selidik di mana instrumen diedarkan kepada 3 kumpulan
yang berasingan iaitu pengetua, guru dan murid. Seramai 4 orang pengetua, 8 orang guru-guru
yang mengajar DLP dan 45 orang murid yang terlibat dalam kelas DLP telah menjawab borang
soal selidik yang telah diedarkan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 2.0. Skala yang
digunakan bagi analisis tersebut adalah skala likert bermula dari 1= tidak setuju, 2=kurang
setuju, 3=setuju dan 4= sangat setuju. Perkiraan min pula ditetapkan mengikut pengukuran
seperti di bawah:

SKALA TAHAP

1.00 - 2.00 RENDAH

2.01 - 3.00 SEDERHANA

3.01 - 4.00 TINGGI


9.0 DAPATAN KAJIAN

Penganalisaan dalam bab ini terbahagi kepada tiga bahagian iaiatu tahap kesediaan pengetua,
guru dan murid terhadap kesediaan pelaksanaan program Dual Languange Program. Data
dianalisis dengan menggunakan program excel 2013 dan Statistical Packages for Social Sciences
(SPSS) versi 22.0.

Data Demografi
Data demografi subjek akan ditaksirkan untuk mengekspresikan situasi sebenar subjek sebagai
sampel kajian. Subjek dipilih berdasarkan tiga kumpulan yang berbeza iaitu daripada kumpulan
pengetua, guru dan murid. Setiap kumpulan dinyatakan aspek demografi yang berbeza ianya
dinyatakan pada jadual 9.1.
Jadual 9.1
Analisi Data Demografi Subjek Kajian

Kumpulan Demografi Subjek

Pengetua (n = 4) Nama sekolah


Jenis sekolah
Jawatan
Bilangan kelas DLP
GPMP BM(2016) UPSR/SPM
Guru (n = 8) Nama sekolah
Umur
Kelayakkan akademik
Opsyen
Pengalaman Mengajar
Bilangan kelas Sains dan Matematik yang
diajar

Murid (n=45) Nama sekolah


Kelas DLP
Jantina

Tahap Kesediaan Pelaksanaan program DLP.

Rajah 9.1
Tahap Kesediaan Pelaksanaan Program Dual Language Program

Rajah 9.1 menunjukkan tahap kesediaan pelaksanaan program DLP diantara pengetua, guru dan
murid. Graf bar menunjukkan terdapat perbezaan min antara subjek dari segi tahap kesediaan
pelaksanaan program DLP. Berdasarkan rajah tesebut menunjukkan min murid memperolehi min
yang tinggi berbanding pengetua dan guru iaitu pengetua memperolehi nialai min 3.12, guru 3.06
dan murid 3.68. Keputusan menunjukkan murid lebih bersedia untuk mengikuti pelaksanaan
program DLP. Ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan syarat bagi murid
untuk mengikuti pelaksanaan program DLP ialah murid perlu menguasai dan mempunyai
keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang baik dalam peperiksaan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3(PT 3).

Rajah 9.2
Tahap Kesediaan Pengetua Terhadap Pelaksanaan Program Dual Language Program
Mengikut Konstruk

Berdasarkan rajah 9.2, menunjukkan graf tahap kesediaan pengetua terhadap pelaksanaan
program DLP mengikut konstruk. Konstruk tujuan DLP dan pengurusan DLP memperolehi
min yang sama iaitu 3.33, diikuti konstruk pelaksanaan DLP 3.09 dan konstruk kriteria DLP
memperolehi min 3.0 yang menunjukkan konstruk yang memperolehi min yang rendah.
Analisis Kesediaan Guru Mengikut Jantina

Perbezaan Tahap Kesediaan Guru Lelaki dan Perempuan Terhadap Pelaksanaan

Program DLP

Rajah 9.3
Rajah 9.3 menunjukkan analisis kesediaan guru terhadap persediaan pelaksanaan program DLP
mengikut jantina berdasarkan konstruk. Berdasarkan graf diatas, konstruk Kemahiran Berbahasa
Inggeris menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jantina kerana memperolehi min yang
sama iaitu 2.9. Bagi konstruk Kefahaman Mengikut Dasar, Tahap Kesediaan Guru dan Persepsi
Guru terhadap PGB, guru lelaki memperolehi min yang tinggi daripada guru perempuan.
Manakala bagi konstruk Pengetahuan tentang DLP dan Sikap guru terhapat persediaan
pelaksanaan DLP guru perempuan memperolehi min yang tinggi berbanding guru lelaki.

Jadual 9.2

Group Statistics

JANTINA N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

MEAN LELAKI 4 3.0469 .65625 .32813

PEREMPUAN 4 3.0703 .52872 .26436

Independent Samples Test

Levene's
Test for
Equality
of
Variance
s t-test for Equality of Means

95% Confidence
Interval of the
Sig. Difference
(2- Mean Std. Error
F Sig. t df tailed) Difference Difference Lower Upper

MEAN Equal .155 .707 -.056 6 .957 -.02344 .42137 -1.05449 1.00761
variances
assumed
Equal -.056 5.740 .958 -.02344 .42137 -1.06591 1.01904
variances
not
assumed

*nilai signifikan 0.05

Beradasarkan jadual 9.2 di atas, ujian analisis Independent Sampel Test yang menggunakan
perisian SPSS menunjukkan min perbezaan antara jantina bagi tahap kesediaan guru dalam
melaksanakan program DLP. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang ketara
bagi jantina lelaki dan perempuan terhadap guru dalam kesediaan melaksanakan program DLP.
Keputusan menunjukkan nilai min bagi jantina lelaki ialah 3.04 manakala bagi jantina
perempuan ialah 3.07. Bagi penentuan nilai signifikan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara jantina lelaki dan perempuan bagi tahap kesediaan guru dimana nilai signifikan .957 >
0.05. Ini bermakna menolak Ho, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
konstruk guru dalam kesediaan pelaksanaan program DLP mengikut jantina.

Analisis Kesediaan Murid Terhadap Pelaksanaan Program DLP

Rajah 9.4 Perbezaan Tahap Kesediaan Murid Lelaki dan Perempuan Terhadap

Pelaksanaan Program DLP Mengikut Konstruk


Rajah 9.4 menunjukkan perbezaan tahap kesediaan murid lelaki dan perempuan terhadap

pelaksanaan program DLP mengikut konstruk. Berdasarkan rajah tersebut murid lelaki

memperolehi min yang tinggi terhadap konstruk kemahiran berbahasa inggeris berbanding murid

perempuan iaitu 0.13. Bagi konstruk kognitif dan minat murid perempuan memperolehi min

yang tinggi berbanding murid lelaki.

Jadual 9.4

Std. Error
JANTINA N Mean Std. Deviation Mean

Mean L 23 3.6087 .26100 .05442

P 22 3.4513 .38332 .08172

Independent Samples Test

Levene's Test for


Equality of
Variances t-test for Equality of Means

95% Confidence
Interval of the
Difference

Sig. Mean Std. Error


F Sig. t df (2-tailed) Difference Difference Lower Upper
MEAN Equal .003 .958 -.163 43 .871 -.01101 .06743 -.14700 .12498
variances
assumed

Equal -.163 42.604 .871 -.01101 .06751 -.14720 .12518


variances not
assumed

*nilai signifikan 0.05

Berdasarkan jadual 9.4 di atas, analisis SPSS menunjukkan perbezaan bagi tahap kesediaan
murid terhadap pelaksanaan program DLP mengikut jantina. Keputusan menunjukkan terdapat
perbezaan min bagi jantina lelaki dan perempuan terhadap dalam kesediaan murid dalam
pelaksanaan program DLP. Keputusan menunjukkan nilai min bagi jantina lelaki ialah 3.60
manakala bagi jantina perempuan ialah 3.45. Bagi penentuan nilai signifikan, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara jantina lelaki dan perempuan bagi tahap kesediaan murid
dimana nilai signifikan .113> 0.05. Ini bermakna menolak Ho, menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara konstruk guru dalam kesediaan pelaksanaan program DLP.

10.0 PERBINCANGAN

Kualiti pengajaran dan pendidikan di sekolah bergantung kepada penguasaan

pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang hendak diajar. Ilmu dan kepakaran yang dimiliki

oleh seseorang guru akan memberi kesan atau mempengaruhi tugasnya di dalam menjalankan

pengajaran di dalam bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan murid lebih bersedia untuk

mengikuti pelaksanaan program DLP. Ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah

menetapkan syarat bagi murid untuk mengikuti pelaksanaan program DLP ialah murid perlu

menguasai dan mempunyai keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang

baik dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3(PT

3). Maharam Mamat (2016), menyatakan dalam konteks dunia pendidikan , seseorang murid

perlu menguasai bahasa Inggeris untuk memahami bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris

yang lebih banyak dan mudah diperolehi. Bahasa Inggeris telah menjadi perantara dalam

interaksi dalam kalangan penduduk dunia, termasuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan,
rujukan dan pengajaran pembelajaran ilmiah bermutu tinggi yang boleh didapati dengan meluas

secara dalam talian

Analisis berdasarkan konstruk pula menunjukkan konstruk kesediaan guru dalam

pelaksanaan program DLP menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan anatara

konstruk. Konstruk persepsi guru terhadap PGB mempunyai nilai min yang tinggi. Ini kerana

pengetua memainkan peranan yang penting dalam kesediaan pelaksanaan program DLP.

Kemahiran instruktional pengetua dapat mempengaruhi tahap kompetensi guru dalam

melaksanakan bidang tugasnya. Penyataan ini disokong dengan hasil dapatan kajian Yusri (2015)

pula mendapati kepimpinan instruksional pengetua mempunyai hubungan yang positif serta

peramal signifikan terhadap efikasi kendiri guru, efikasi mengajar guru, kompetensi pengajaran

dan pencapaian akademik.

Berdasarkan analisis kesediaan guru dan murid mengikut jantina pula menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina lelaki dan perempuan. Pebezaan jantina tidak

mempengaruhi tahap kesediaan guru atau murid dalam pelaksanaan program DLP. Ini kerana

Noraini, dan Krish (2008), dalam kajiannya mendapati tahap penguasaan bahasa seseorang

pelajar bergantung kepada aspek mendengar, membaca, menulis dan bertutur yang menjadi

kemahiran asas pembelajaran.

11.0 KESIMPULAN

Kajian ini adalah untuk melihat Tahap Kesediaan Pengetua, Guru dan Murid terhadap
pelaksanaan DLP. Hasil kajian merumuskan bahawa Pengetua, guru dan murid sangat bersedia
dalam melaksanakan DLP di sekolah.
Kajian ini mendapati murid mempunyai kefahaman yang sangat tinggi dalam pelaksanaan DLP
di sekolah. Murid-murid di pilih mengikut prestasi mereka dalam mata pelajaran Matematik dan
Bahasa Inggeris. Kebanyakan murid yang dipilih merupakan murid yang cemerlang dalam
kedua-dua mata pelajaran. Murid lelaki lebih memahami dan bersedia dengan program DLP
berbanding perempuan.

Pengetua juga merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan DLP.
Pengetua bukan sahaja faham akan tujuan pelaksanaan DLP malah mampu menguruskan
pelaksanaan DLP dengan berkesan di sekolah.
Dalam kajian ini dapat dilihat tidak terdapat perbezaan yang ketara antara guru lelaki dan guru
perempuan dalam pelaksanaan DLP di sekolah. Guru lelaki dan perempuan bersedia
melaksanakan DLP berdasarkan konstruk yang dibina.

Begitu juga dengan perbandingan yang telah dibuat antara murid lelaki dan perempuan. Murid
lelaki lebih mahir berbahasa Inggeris berbanding murid perempuan walaupun dari aspek kognitif
dan minat, murid perempuan lebih cenderung dalam pelaksanaan DLP ini.

Rujukkan

Maharam Mamat (2016). Penguasaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu

Di UKM.

Mohd Yusri (2015). Model Kepimpinan Maya dan Kesejahteraan Kerja Pemimpin

Sekolah Malaysia: Perantaraan oleh Komunikasi Dalam Kumpulan. Jurnal

Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 1–10.


Cheong Yuen Keong. 2010. Impak Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris ke atas Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Terjemahan Alam &

Tamadun Melayu 1(2): 21 – 38.

Elizabeth R. Howard, Natalie Olague & David Rogers. 2001. The Dual Language
Program Planner: A Guide for Designing and Implementing Dual Language Programs.
Center for Research on Education, Diversity & Excellence.

Howard, E. R., Sugarman, J., Christian, D., Lindholm-Leary, K. J., & Rogers, D.
2007. Guiding principles for dual language education (2nd ed.). Washington, DC:
Center for Applied Linguistics.

Junaidi Awang Besar Mohd Fuad Mat Jali. 2010. Pemansuhan Dasar PPSMI: Tinjauan
daripada Persepsi Parti Politik, Ahli Akademik dan NGO serta Pengalaman di
Sekolah. Jurnal Melayu (5): 177-197.

Khair Mohamad Yusof. 2015. Pelaksanaan DLP. Kementerian Pendidikan Malaysia.


Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language
Programme (DLP).Versi 1.0

Lisa M. Dorner. 2015. What is Dual Language Education?. University of Missouri-


Columbia. Combio Centre.

María E. Torres-Guzmán.2002. Dual Language Programs: Key Features And Results.


Direction in Language and Education. National Clearinghouse for Bilingual
Education.

Mohamed Sabri Mohd Arshad. 2015. Bertentangan Dasar MBMMBI. Berita Harian.
dicapai pada 10 Disember 2017.
Noor Azlan Ahmad Zanzali & Norhasnida Binti Mohamad. 2007. Keberkesanan
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di
Sekolah Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like