You are on page 1of 25

PEMBANGUNAN ITEM KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DAN ANALISIS

TAHAP KESUKARAN SERTA INDEKS DISKRIMINASI

Thamaiyanthi A/P Subramaniam, Kamarul Ariffin Bin Khamis, Nur 'izzati Binti Salleh

1.0 PENGENALAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Tujuan KBAT
diperkenalkan ialah untuk mengubah amalan hafalan kepada pemahaman, meningkatkan tahap
kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta), mewajarkan penyelesaian
dan penemuan dan ia diperlukan untuk penyiasatan saintifik.

Dalam membina sistem penentuan aliran soalan ini, pembina soalan mahupun pencipta
soalan telah menggunakan teori Taksonomi Bloom untuk ujian akademik. Taksonomi bloom mula
diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan
kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor.

1. Pengetahuan (Knowledge) - Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori,
hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
2. Pemahaman (Comprehension) - Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi
contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.
3. Aplikasi (Application) - Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina
graf daripada data, dan lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
4. Analisis (Analysis) - Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil,
membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
5. Sintesis (Synthesis) - Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri,
menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
6. Penilaian (Evaluation) - Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan
dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Analisis item adalah satu analisis yang dijalankan oleh guru bagi menentukan kesahan
item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Tujuan analisis item ialah untuk memastikan
item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Analisis item juga dibuat untuk
menghasilkan ujian yang bermutu tinggi dan guru dapat menilai kesesuaian item tersebut dari
kesukarannya iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu
kumpulan pelajar.
Analisis item bagi setiap ujian dilaksanakan dengan menentukan Indeks Kesukaran
(Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) seperti yang disarankan
oleh Macintosh dan Morrison (1969). Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama
ada soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. Item yang baik adalah
mempunyai aras kesukaran yang sederhana. Indeks pembezaan menunjukkan sama ada tiap-tiap
satu soalan atau butiran itu membezakan pencapaian di antara pelajar-pelajar yang baik dengan
yang lemah
2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Topik Kandungan Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisa Mengevaluasi Mencipta

Pecahan (10 1. Tambah Menambah Mencipta


soalan) pecahan hingga tiga soalan baru
nombor berdasarkan
melibatkan ayat
nombor bulat, matematik.
pecahan wajar
dan nombor
bercampur.

100% 20 30% 6 5% 1 25% 5


markah

2. Tolak Menolak hingga


pecahan tiga nombor
melibatkan
nombor bulat,
pecahan wajar
dan nombor
bercampur.

20% 4 15% 3 5% 1
3. Tambah Menambah dan Menyelesaikan
dan tolak menolak hingga masalah
pecahan tiga nombor melibatkan
melibatkan operasi
nombor bulat, tambah dan
pecahan wajar tolak pecahan.
dan nombor
bercampur.

20% 4 15% 3 5% 1

4. Pecahan Mengira Menyelesaikan Menyelesaikan Menilai


daripada pecahan masalah masalah maklumat
suatu daripada suatu melibatkan dengan yang diberikan
kuantiti kuantiti. pecahan mengabungkan untuk
daripada suatu pecahan digunakan
kuantiti. daripada suatu menyelesaikan
kuantiti dengan masalah.
penol

30% 6 5% 1 5% 1 15% 3 5% 1
3.0 SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN

Terdapat 10 item yang dibangunkan iaitu 4 soalan yang mengukur kemahiran berfikir aras
rendah (KBAR) dan 6 soalan untuk mengukur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Daripada
10 soalan yang dibangunkan juga, 6 soalan adalah berbentuk objektif dengan 4 pilihan jawapan
manakala 4 soalan lagi adalah berbentuk subjektif. Berikut adalah senarai soalan dan skema
jawapan untuk kajian ini:

Soalan 1

Konstruk Memahami

Konteks Tambah pecahan

Aras Kesukaran Rendah

Pengetahuan Sedia Ada Menolak nombor bulat

4 1
+ 2=
5

3 7
A. 1 10 C. 110

13 9
B. D. 10
10

Jawapan: A (1 markah)

Kaedah Penyelesaian:

4𝑥2 1𝑥5
= +
5𝑥2 2𝑥5

8 5
= 10 + 10

13
= 10

3
= 1 10
Soalan 2

Konstruk Memahami

Konteks Pecahan Daripada Suatu Kuantiti

Aras Kesukaran Rendah

Pengetahuan Sedia Ada Darab dan bahagi nombor bulat

100 meter

3
daripada 100 meter bersamaan?
5

A. 25 meter
B. 37 meter
C. 49 meter
D. 60 meter

Jawapan: D (1 markah)

Kaedah penyelesaian:

3
× 100 𝑚𝑒𝑡𝑒𝑟 = 60 𝑚𝑒𝑡𝑒𝑟
5
Soalan 3

Konstruk Memahami

Konteks Tolak pecahan

Aras Kesukaran Rendah

Pengetahuan Sedia Ada Tolak melibatkan nombor bulat

1 3
3 −1 =
2 10
1
Jawapan : 2 5

Kaedah penyelesaian:

1 3 1×5 3
3 2 − 1 10= 3 2×5 − 1 10

5 3
= 3 10 − 1 10 (1 markah)

2÷2
= 2 10÷2 (1 markah)

1
= 25 (1 markah)

Soalan 4

Konstruk Memahami

Konteks Tambah dan tolak pecahan

Aras Kesukaran Rendah

Pengetahuan Sedia Ada Tambah dan tolak melibatkan nombor


bulat

5 1 1
+ − =
8 4 2
3
Jawapan : 8

Kaedah penyelesaian:

5 1 1 5 1×2 1×4
+ − = + −
8 4 2 8 4×2 2×4
5 2 4
= 8 + 8 − 8 (1 markah)

7 4
= − (1 markah)
8 8

3
=8 (1 markah)

Soalan 5

Konstruk Menganalisa

Konteks Pecahan daripada suatu kuantiti

Aras Kesukaran Sederhana

Pengetahuan Sedia Ada Menolak nombor bulat

6
Brandon membuat jem strawberi dan jem nenas. Dia membuat 24 botol jem strawberi, iaitu 7

daripada jumlah jem yang dibuat. Berapakah botol jem nenas yang dibuat oleh dia?

A. 20

B. 4

C. 32

D. 36

Jawapan: B (1 markah)

Kaedah penyelesaian:
6 kotak = 24 1 kotak = 4

6
= 1-
7

7 6
= -
7 7

1
=
7

=4

Soalan 6

Konstruk Menganalisa

Konteks Tolak Pecahan

Aras Kesukaran Sederhana

Pengetahuan Sedia Ada Samakan penyebut pecahan

1 1
Sebiji kek dibahagikan kepada 2 orang murid. Ali mendapat manakala Abu mendapat . Berapakah
3 5
baki kek?

13
A.
15

7
B.
10
7
C.
15

1
D.
12

Jawapan: C (1 markah)

Kaedah penyelesaian:

1 1 7
1− − =
3 5 15

Soalan 7

Konstruk Menilai

Konteks Pecahan daripada suatu kuantiti

Aras Kesukaran Tinggi

Pengetahuan Sedia Ada Mendarab dan membahagi nombor bulat

Jadual 1 menunjukkan bilangan setem yang dikumpulkan oleh tiga orang murid.

Nama Bilangan Setem

Mark 100

Martin 20 keping lebih daripada Mark

Mohan 4
daripada Mark
5

Hitung jumlah setem yang dikumpulkan oleh mereka bertiga.


A. 200

B. 316

C. 300
D. 280

Jawapan: C (1 markah)

Kaedah Penyelesaian:

Bilangan setem Martin

= 100+20

= 120

Bilangan setem Mark

4
= 5x 100

= 80

Jumlah semua setem

= 100+120+80

= 300

Soalan 8

Konstruk Mengaplikasi

Konteks Tambah dan Tolak Pecahan

Aras Kesukaran Tinggi

Pengetahuan Sedia Ada Menentukan nilai anu

1 1
Berapa perlu ditambah kepada hasil tolak bagi pecahan 5 dan supaya jumlahnya 10?
4 3
1
A. 5
12

5
B. 4
12

11
C.
12

1
D.
6

Jawapan: A (1 markah)

Kaedah Penyelesaian:

1 1
𝑥 + (5 − ) = 10
4 3
11
10 − 4 =𝑥
12
1
𝑥=5
12

Soalan 9

Konstruk Aplikasi

Konteks Pecahan daripada suatu kuantiti

Aras Kesukaran Sederhana

Pengetahuan Sedia Ada Darab dan bahagi nombor bulat


840 ekor kambing

1
Raju menternak 840 ekor kambing. Dia telah menjual 3 daripada jumlah kambingnya kepada

rakannya. Berapakah jumlah kambing yang telah dijual oleh Raju kepada rakannya?

Jawapan: Raju telah menjual 280 ekor kambing kepada rakannya.

Kaedah Penyelesaian:

1 1
𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 840 𝑒𝑘𝑜𝑟 𝑘𝑎𝑚𝑏𝑖𝑛𝑔 = × 840 𝑒𝑘𝑜𝑟 𝑘𝑎𝑚𝑏𝑖𝑛𝑔 (1 markah)
3 3

840
= 𝑒𝑘𝑜𝑟 𝑘𝑎𝑚𝑏𝑖𝑛𝑔 (1 markah)
3

= 280 𝑒𝑘𝑜𝑟 𝑘𝑎𝑚𝑏𝑖𝑛𝑔 (1 markah)

Soalan 10

Konstruk Mencipta

Konteks Tambah pecahan

Aras Kesukaran Tinggi

Pengetahuan Sedia Ada Tambah melibatkan nombor bulat


Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan sebuah ayat matematik. Murid diminta untuk membina sebuah cerita yang
sesuai berdasarkan ayat matematik yang diberikan.

Kaedah penyelesaian:

Pak Ahmad telah balik kampung ke Perlis. Beliau bertolak dari Tangkak dan bersinggah di Ipoh.
2
Perjalanan dari Tangkak ke Ipoh mengambil masa selama 5 3jam. Kemudian, beliau bertolak dari
3
Ipoh dan sampai ke destinasinya Perlis dalam masa 26 jam. Jumlah perjalanan Pak Ahmad dari
1
Tangkak ke Perlis ialah 8 6 jam. (5 markah)
4.0 METODOLOGI

Kajian ini bertujuan untuk membuat analisis tahap kesukaran dan indeks diskriminasi
untuk 10 item yang dibangunkan. Topik yang dipilih untuk membangunkan 10 item ini adalah
topik Pecahan Tahun 5. Oleh itu, sampel kajian ini adalah pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan
Kangkar Pulai 2 yang telah belajar topik pecahan. Seramai 20 orang pelajar Tahun 5 dipilih
menggunakan kaedah persampelan rawak. Pelajar-pelajar ini telah dipastikan sudah belajar topik
Pecahan untuk Tahun 5. Pelajar ini akan diberikan 10 soalan yang merangkumi item KBAR dan
KBAT dan perlu menjawap semua soalan. Seterusnya berdasarkan jawapan yang diberikan,
penilaian dan pemarkahan dilakukan berdasarkan skema jawapan seperti yang diterangkan di atas.
Kemudian, tahap kesukaran dan indeks diskriminasi untuk setiap item dikira menggunakan
formula seperti berikut:

𝑇𝐵+𝑅𝐵 𝑇𝐵 𝑅𝐵
𝑇𝑎ℎ𝑎𝑝 𝑘𝑒𝑠𝑢𝑘𝑎𝑟𝑎𝑛, 𝑝 = Indeks diskriminasi, 𝐷 = −
𝑇+𝑅 𝑇 𝑅

TB = Bilangan pelajar tahap tinggi yang betul / Jumlah markah pelajar tahap tinggi

RB = Bilangan pelajar tahap rendah yang betul / Jumlah markah pelajar tahap rendah

T = Bilangan pelajar tahap tinggi / Jumlah keseluruhan markah pelajar tahap tinggi

R = Bilangan pelajar tahap rendah / Jumlah keseluruhan markah pelajar tahap rendah

Analisis data untuk tahap kesukaran dan indeks diskriminasi adalah seperti ditunjukkan
dalam Jadual 4.1 dan Jadual 4.2 di bawah.

Jadual 4.1: Analisis Tahap Kesukaran

Julat Tahap Kesukaran Huraian

p > 0.70 Tidak boleh diterima dan perlu dibuang atau


diubahsuai

0.30 < p < 0.70 Baik dan boleh diterima

p < 0.30 Tidak boleh diterima dan perlu dibuang atau


diubahsuai

Jadual 4.1: Analisis Indeks Diskriminasi


Julat Indeks Diskriminasi Huraian

D > 0.40 Boleh diterima dan sangat baik

0.30 < D < 0.39 Boleh diterima tetapi boleh ditambah baik

0.20 < D < 0.29 Marginal dan perlu ditambahbaik

D < 0.19 Tidak boleh diterima dan perlu dibuang atau


diubahsuai
5.0 TAHAP KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI

Dapatan kajian daripada 10 item yang telah diberi kepada 20 orang murid Tahun 5 dinilai
dan diberi pemarkahan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.1. Pengiraan tahap kesukaran dan
indeks diskriminasi menggunakan data yang dianalisis daripada dapatan kajian. Berdasarkan
Jadual 5.1, 5 orang senarai pelajar yang teratas berada tahap yang rendah dan 5 orang senarai
pelajar yang terbawah berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 5.1: Markah Keseluruhan Murid Tahun 5 SK Kangkar Pulai 2

Berikut adalah pengiraan untuk mengukur tahap kesukaran dan indeks diskriminasi untuk
setiap soalan:
Soalan 1

Tahap Tinggi Tahap


Rendah

Betul 5 5

Salah 0 0

Jumlah 5 5

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


5+5 5−5
𝑝= 5 + 5 𝐷= 5
=1 =0

Nilai p>0.70 menunjukkan tahap kesukaran Nilai D<0.19 menunjukkan indeks


untuk soalan 1 tidak boleh diterima dan perlu diskriminasi untuk soalan 1 tidak baik dan
dibuang. perlu ditolak.

Soalan 2

Tahap Tinggi Tahap


Rendah

Betul 5 1

Salah 0 4

Jumlah 5 5

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


5 + 1 𝐷= 5
5−1
𝑝=
5 + 5 = 0.80
= 0.60
Nilai D>0.4 menunjukkan indeks
Nilai 0.30<p<0.70 menunjukkan
diskriminasi untuk soalan 2 boleh
tahap kesukaran untuk soalan 2 boleh
diterima dan sangat baik.
diterima dan hampir berada pada
tahap optimum (0.625).
Soalan 3

Skor Tinggi Skor Rendah

Jumlah 13 2

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


13 + 2 13−2
𝑝= 15+15 𝐷 = 15
= 0.5 = 0.73

Nilai 0.30<p<0.70 menunjukkan tahap Nilai D>0.4 menunjukkan indeks diskriminasi


kesukaran untuk soalan 3 boleh diterima dan untuk soalan 3 boleh diterima dan sangat baik.
hampir berada pada tahap optimum.

Soalan 4

Skor Tinggi Skor Rendah

Jumlah 12 5

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


12 + 5 12−5
𝑝= 𝐷=
15+15 15
= 0.57 = 0.47

Nilai 0.30<p<0.70 menunjukkan tahap Nilai D>0.4 menunjukkan indeks diskriminasi


kesukaran untuk soalan 4 boleh diterima dan untuk soalan 4 boleh diterima dan sangat baik.
berada pada tahap optimum.
Soalan 5

Tahap Tinggi Tahap


Rendah

Betul 4 1

Salah 1 4

Jumlah 5 5

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


1+4 4−1
𝑝= 5 + 5 𝐷= 5
= 0.5 = 0.6

Nilai 0.30<p<0.70 menunjukkan tahap Nilai D>0.4 menunjukkan indeks diskriminasi


kesukaran untuk soalan 5 boleh diterima dan untuk soalan 5 boleh diterima dan sangat baik.
hampir berada pada tahap optimum (0.625).

Soalan 6

Tahap Tinggi Tahap


Rendah

Betul 4 0

Salah 1 5

Jumlah 5 5

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


4 + 0 𝐷= 5
4−0
𝑝=
5 + 5 = 0.80
= 0.40
Nilai D>0.4 menunjukkan indeks
Nilai 0.30<p<0.70 menunjukkan
diskriminasi untuk soalan 6 boleh
tahap kesukaran untuk soalan 6 boleh
diterima dan sangat baik.
diterima tetapi tidak optimum.
Soalan 7

Tahap Tinggi Tahap


Rendah

Betul 5 1

Salah 0 4

Jumlah 5 5

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


1+5 5−1
𝑝= 5+ 5 𝐷= 5
= 0.6 = 0.8

Nilai 0.30<p<0.70 menunjukkan tahap Nilai D>0.4 menunjukkan indeks diskriminasi


kesukaran untuk soalan 7 boleh diterima dan untuk soalan 7 boleh diterima dan sangat baik.
hampir berada pada tahap optimum (0.625).

Soalan 8

Tahap Tinggi Tahap


Rendah

Betul 3 1

Salah 2 4

Jumlah 5 5

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


3 + 1 𝐷= 5
3−1
𝑝=
5 + 5 = 0.40
= 0.40
Nilai D=0.4 menunjukkan indeks
Nilai 0.30<p<0.70 menunjukkan
diskriminasi untuk soalan 8 boleh
tahap kesukaran untuk soalan 8 boleh
diterima dan baik.
diterima tetapi tidak optimum.
Soalan 9

Skor Tinggi Skor Rendah

Jumlah 12 0

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


12 + 0 12−0
𝐷= 15
𝑝=
15 + 15 = 0.80
= 0.40
Nilai D>0.4 menunjukkan indeks
Nilai 0.30<p<0.70 menunjukkan
diskriminasi untuk soalan 9 boleh
tahap kesukaran untuk soalan 9 boleh
diterima dan sangat baik.
diterima tetapi tidak optimum.

Soalan 10

Skor Tinggi Skor Rendah

Jumlah 22 0

Tahap kesukaran Indeks diskriminasi


22 + 0 22−0
𝐷= 25
𝑝=
25 + 25 = 0.88
= 0.44
Nilai D>0.4 menunjukkan indeks
Nilai 0.30<p<0.70 menunjukkan
diskriminasi untuk soalan 9 boleh
tahap kesukaran untuk soalan 10
diterima dan sangat baik.
boleh diterima tetapi tidak optimum.

Jadual 5.2 di bawah menunjukkan analisis untuk tahap kesukaran dan indeks diskriminasi
untuk keseluruhan soalan yang telah dibangunkan. Berdasarkan Jadual 5.2, ** soalan daripada 10
soalan yang dibangunkan mempunyai tahap kesukaran yang tidak boleh diterima iaitu soalan 1, …
Selebihnya, nilai tahap kesukaran untuk ** soalan yang lain berada dalam julat yang boleh
diterima. Bagi indeks diskriminasi pula, sebanyak ** soalan yang tidak boleh diterima iaitu soalan
1, … Manakala, nilai indeks diskriminasi untuk baki ** soalan yang lain boleh diterima kerana
berada dalam julat yang ditetapkan.

Jadual 5.2: Jadual Tahap Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Keseluruhan Soalan

Nombor Tahap Indeks


Analisis
Soalan Kesukaran Diskriminasi

Item tidak boleh diterima dan perlu


1 1 0
diubahsuai.

2 0.60 0.80 Item boleh diterima dan dikekalkan

3 0.50 0.73 Item boleh diterima dan dikekalkan

4 0.57 0.47 Item boleh diterima dan dikekalkan

5 0.50 0.60 Item boleh diterima dan dikekalkan

6 0.40 0.80 Item boleh diterima dan dikekalkan

7 0.60 0.80 Item boleh diterima dan dikekalkan

8 0.40 0.40 Item boleh diterima dan dikekalkan

9 0.40 0.80 Item boleh diterima dan dikekalkan

10 0.44 0.88 Item boleh diterima dan dikekalkan


6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, jadual spesifikasi ujian (JSU) seperti yang telah dibina dapat
membantu menetapkan bilangan soalan mengikut aras kesukarannya. Mengikut taksonomi yang
digunakan aras kesukaran sesuatu item soalan yang dibina bergantung pada kemahiran yang perlu
diuji. Dengan ini, kita dapat mengetahui bahawa soalan aras mengingat dan memahami adalah
lebih mudah berbanding dengan soalan mengaplikasi dan menganalisa yang merupakan soalan
sederhana. Manakala soalan yang menguji tahap mengevaluasi dan mencipta merupakan soalan
yang susah. Tambahan pula, dengan penggunaan JSU kita dapat mengelakkan daripada membina
ujian sembarangan, mengiktirafkan kesahan isi kandungan sesuatu ujian serta menentukan
perseimbangan antara topik dengan aras kemahiran yang diuji.

Tambahan pula, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi membantu kita mengenalpasti
item yang telah dibina mengikut jsu boleh diterima atau perlu digantikan dengan soalan baru.
Contohnya, mengikut jadual 5.2 kita dapat mengenal pasti bahawa soalan 1 perlu dibuang dan
digantikan dengan soalan baru kerana tahap kesukaran ialah 1 dan indeks diskriminasi ialah 0. Ini
bermaksud soalan tersebut adalah agak mudah kerana semua murid dalam kumpulan tinggi dan
rendah dapat menjawab soalan tersebut. Walaubagaimanapun, pembinaan item-item lain bermula
daripada soalan 2 hingga soalan 10 dapat diterima dan dikekalkan. Ini adalah kerana item-item
tersebut merupakan soalan yang bukan terlalu mudah dan terlalu susah jika berbanding dengan
analisis tahap kesukaran dan indeks diskriminasi. Oleh itu, semua item yang dibina adalah sesuai
kecuali soalan 1. Dengan ini, kita dapat menentukan bahawa soalan ujian ini menjamin kesahan
item-item yang telah dibina.
7.0 REFERENS

Intan Suriana bt Mohidin. (14 Oktober, 2011). Jadual Spesifikasi Ujian. Retrieved from Wadah
Pelajar IPG: http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/10/jadual-spesifikasi-ujian.html

Jolin Bintaimin. (25 Julai, 2009). Jadual Spesifikasi Ujian. Retrieved from Kepentingan Jadual
Spesifikasi Ujian: https://www.slideshare.net/Sanomikayo/jadual-spesifikasi-ujian-jsu

Macintosh, H. G., & Morrison, R. B. (1969). Objective Testing. London: University of London
Press Ltd.

Mohd Hanafi. (19 Januari, 2012). Kepentingan Indeks Diskriminasi. Retrieved from Pengukuran
dan Penilaian : https://www.slideshare.net/akusngus/pengukuran-dan-penilaian

Nur Afifah Amira binti Ahmad. (12 Ogos, 2011). Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian.
Retrieved from Analisis item indeks kesukaran:
http://duniabmm3103.blogspot.com/2011/08/analisis-item-indeks-kesukaran.html

You might also like