You are on page 1of 6

PENGURUSAN JURNAL

Bahagian ini menjelaskan bagaimana pengurusan keseluruhan jurnal dilaksanakan dan


diuruskan di UniMAP.
3.1 PENGURUSAN UMUM

Pengurusan umum menjelaskan bagaimana semua jurnal di UniMAP diuruskan.

3.1.1 Struktur Pengurusan.

Struktur Jawatankuasa Pengurusan Penerbitan Jurnal UniMAP

Berdasarkan carta Struktur Jawatankuasa Pengurusan Penerbitan Jurnal UniMAP;

 Semua jurnal yang diterbitkan di UniMAP diuruskan melalui sistem jawatankuasa


pengurusan jurnal berpusat.
 Jawatankuasa ini bernaung di bawah Jawatankuasa Penerbitan UniMAP.
 Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Penerbitan Jurnal UniMAP dilantik secara
automatis menjadi ahli utama Jawatankuasa Penerbitan UniMAP.
 Pengerusi Jawatankuasa ini akan dilantik selama dua tahun dan dianggotai oleh
semua Ketua-ketua Editor setiap jurnal. Dalam keadaan-keadaan tertentu, lantikan
boleh dibuat oleh pihak Universiti.
 Surat perlantikan dibuat oleh Naib Canselor atau wakilnya, Timbalan Naib
Canselor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Universiti.
 Penerbit UniMAP adalah sekretariat kepada jawatankuasa ini.
 Pengarah/Ketua Penerbit UniMAP atau wakilnya adalah ahli dalam jawatankuasa
ini.
 Jawatankuasa ini mempunyai sub-sub bahagian yang diketuai oleh mana-mana
ahli jawatankuasa yang dipersetujui bersama.
 Sub-sub bahagian yang dicadangkan ialah;
o Dasar, sistem dan undang-undang
o Pengawasan kualiti dan penilaian antarabangsa
o Latihan dan pembangunan
o Pemasaran dan promosi
o Bahagian penerbitan khas jurnal
Walau bagaimanapun, jawatankuasa boleh menambah dan mengurangkan bahagian-bahagian pengurusan
dalam jawatankuasa ini dengan persetujuan bersama.

3.1.2 Rasional Jawatankuasa Pengurusan Penerbitan Jurnal UniMAP

 Penerbitan jurnal ilmiah adalah salah satu tiang utama universiti penyelidikan.
Kecekapan pengurusan semua jurnal yang diterbitkan di UniMAP adalah kunci
kepada penyediaan persekitaran ilmu yang sihat dan memudahkan penerbitan
hasil-hasil penyelidikan ahli-ahli akademik di peringkat universiti.
 Kecekapan penerbitan jurnal-jurnal ilmiah di UniMAP juga adalah lambang
kepada integriti sesebuah universiti penyelidikan. Integriti ini adalah faktor asas
keyakinan yang boleh diperolehi daripada kalangan ilmuan di peringkat dalam dan
luar Negara bagi membolehkan UniMAP berada di tengah-tengah gelanggang
penyuburan dan pembangunan ilmu di semua peringkat. Sebuah jawatankuasa
yang dipertanggungjawabkan bagi melancarkan perjalanan semua jurnal di
UniMAP adalah diperlukan.
 Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh banyak institusi pengajian tinggi
mendapati sekiranya sesebuah jurnal yang diterbitkan itu dibiarkan bergerak
sendirian, perkara yang boleh berlaku adalah jurnal-jurnal tersebut
berkemungkinan melalui fasa-fasa yang boleh menggagalkan perjalanan sesebuah
jurnal itu. Sekiranya berlaku, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang tidak
sihat terhadap pembangunan ilmu di sesebuah universiti;
 Pengurusan Jurnal ilmiah adalah pengurusan ilmu. Sifat ilmu sangat dinamik.
Jawatankuasa ini boleh menjadi gelanggang perkongsian ilmu pengurusan jurnal
dalam kalangan ketua-ketua editor atau wakil-wakil mereka yang boleh membantu
semua jurnal melalui fasa-fasa perkembangan yang aktif.
Berdasarkan rasional tersebut, penggunaan jawatankuasa penerbitan jurnal sebagai mekanisma memperkasa
penerbitan-penerbitan jurnal di UniMAP adalah sangat perlu.

3.1.3 Fungsi Jawatankuasa Penerbitan Jurnal


 Mengurus selia secara kolektif urusan yang bersifat umum jurnal-jurnal yang
diterbitkan oleh Penerbit UniMAP
3.1.4 Fungsi dan Objektif Jawatankuasa Pengurusan Penerbitan Jurnal UniMAP
 Mengurus selia secara kolektif urusan yang bersifat umum jurnal-jurnal yang
diterbitkan oleh penerbit UniMAP.
 Menjadi pihak yang bertanggungjawab secara ilmu dan pentadbiran untuk
menjaga dan meningkatkan mutu jurnal di UniMAP.
 Menjadi kumpulan pemikir bagi memperkasakan jurnal-jurnal terbitan UniMAP
ke peringkat antarabangsa.
 Bertanggungjawab untuk memastikan semua jurnal UniMAP diterbitkan tepat
pada masanya.
 Membantu jurnal-jurnal UniMAP mengatasi masalah dan mendapatkan idea-idea
baru untuk meningkatkan prestasi.
3.2 PENGURUSAN KHUSUS
Pengurusan khusus bermaksud dasar dan sistem pengurusan setiap jurnal yang diterbitkan di bawah Penerbit
UniMAP.

3.2.1 Dasar Pengurusan Editorial


Pengurusan jurnal perlu dimantapkan dengan melantik sekumpulan penyunting atau sidang pengarang yang
lebih khusus. Berikut adalah struktur pengurusan jurnal di UniMAP.

 Setiap jurnal perlu mempunyai ahli-ahli pengurusan berikut dalam pengurusan


editorial masing-masing;

o Ketua Editor/Chief Editor/Editor in Chief (dari UniMAP)


o Timbalan Ketua Editor/ Deputy Chief Editor/ Deputy Editor in Chief (dari
UniMAP)
o Editor Teknikal/Technical Editors (Penerbit UniMAP)
o Editor Bersekutu/Associate Editor (Dari dalam dan luar
UniMAP) Editor/Editors (dua orang atau lebih dalam kalangan staf akademik
UniMAP)
o Panel Perunding Editor/Panel of Editorial Advisors (Pakar bidang jurnal
berkenaan yang mewakili Asia Tenggara, Asia, Asia Barat, Eropah, Amerika
Syarikat, Amerika Latin dan Negara-negara lain yang sesuai.)

 Tempoh lantikan bagi setiap jawatan dalam jurnal adalah dua tahun.
 Perlantikan untuk Ahli Jawatankuasa Penerbitan jurnal dibuat oleh Naib Canselor
UniMAP atau wakilnya, Timbalan Naib Canselor yang juga Pengerusi
Jawatankuasa Penerbitan Universiti.
 Pelantikan ahli-ahli sidang editorial sesebuah jurnal dibuat oleh Timbalan Naib
Canselor atau wakilnya, iaitu Dekan atau Pengarah/Ketua Penerbit UniMAP;
 Semua perlantikan perlu dibuat secara rasmi.
3.2.2 Dasar Bahasa

 Bahasa yang digunakan adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan penerbitan
jurnal UniMAP.
 Menggunakan dua bahasa dalam sesebuah jurnal juga dibolehkan selagi ia tidak
menghalang prestasi ilmu jurnal berkenaan di peringkat antarabangsa dan selagi
tidak mencacatkan pengiktirafan dari mana-mana badan yang memberikannya.
 Sekiranya artikel ditulis dalam Bahasa Melayu, tajuk, abstrak dan kata kunci
untuk artikel tersebut perlu juga disertakan dalam bahasa Inggeris.
 Sekiranya jurnal dalam bahasa Melayu, maka judul jurnal mestilah dalam bahasa
Melayu atau istilah-istilah yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.2.3 Format
Format bermaksud reka bentuk jurnal, warna, ukuran atau saiz, reka letak, fon, pola susunan kandungan dan
bahan-bahan lain, sistem rujukan dalam artikel dan sistem bibliografi, persembahan grafik, peta, jadual, gambar
rajah, gambar dan lain-lain.

 Format penulisan, jadual, gambar rajah, graf dan peta perlu mengikut format yang digunapakai oleh
Penerbit UniMAP. Bahagian rujukan pula, perlu mengikut format APA untuk bidang sains sosial dan IEEE
untuk bidang kejuruteraan seperti yang disyorkan oleh Penerbit UniMAP.

 Setiap jurnal bebas menentukan dasar yang boleh melonjakkan status jurnal berkenaan dalam
kalangan para ahli dalam bidang yang difokuskan oleh sesuatu jurnal itu.

3.2.4 Kekerapan Penerbitan


 Kumpulan editorial sesuatu jurnal boleh menetapkan;

o Kekerapan penerbitan.
o Bentuk penerbitan adalah wajib untuk atas talian dan cetakan pula adalah
berdasarkan permintaan dan dikenakan bayaran.
o Jumlah artikel. Walau bagaimanapun ia perlu memenuhi jumlah minima yang
biasa digunakan oleh jurnal-jurnal lain di peringkat dalam dan luar Negara,
iaitu antara 8 ke 15 artikel.
3.2.5 Penilai Artikel/Pewasit

 Penilai artikel ialah orang yang pakar dalam sesuatu bidang yang dikenal pasti dan
dilantik untuk menilai kesesuaian dan mutu sesebuah artikel sebelum sesuatu
artikel itu dibenarkan untuk penerbitan.
 Ciri-ciri Penilai/Pewasit;

o Memiliki kepakaran dalam bidang yang diberi fokus oleh sesebuah artikel.
o Sekurang-kurangnya berkelulusan doktor falsafah (PhD).
o Mempunyai kemahiran bahasa yang baik dan sesuai dengan bahasa yang
digunakan dalam artikel.
o Perlu menyerahkan CV kepada Ketua Editor dan Editor teknikal.

 Kumpulan editorial perlu memilih dan melantik pakar ilmuan dalam sesuatu bidang
jurnal itu sebagai penilai artikel. Penilai ini boleh terdiri daripada pakar dalam dan
luar UniMAP, dalam dan luar Malaysia.
 Setiap penilaian hendaklah dilaksanakan secara single blind review.
 Tempoh penilaian artikel dengan penilai adalah tidak lebih dari sebulan.
 Setiap pelantikan penilai/pembaca luar perlu diluluskan oleh editorial.
 Pihak pengurusan penerbitan perlu menyimpan latar diri dan maklumat lain yang
sesuai untuk dijadikan rekod bagi tujuan kawalan kualiti di peringkat UniMAP
dan antarabangsa (Scopus).
3.2.6 Sebarang tindakan yang hendak diambil oleh sidang editorial sesebuah jurnal
perlulah dibawa untuk perbincangan dengan Jawatankuasa Penerbitan jurnal UniMAP;
3.3 JANGKA HAYAT JURNAL

 Jawatankuasa Penerbitan Jurnal UniMAP boleh mencadangkan kepada


Jawatankuasa Penerbitan UniMAP sekiranya terdapat sesebuah jurnal itu tidak
konsisten penerbitannya dan mewujudkan pelbagai masalah, maka dicadangkan
untuk diberhentikan.
 Jurnal yang gagal mendapatkan pengiktirafan Scopus dalam tempoh paling lama
lima [5] tahun, maka Jawatankuasa Penerbitan boleh mencadangkan jurnal
berkenaan ditamatkan.
 Pihak pengurusan universiti boleh pada bila-bila masa menghalang penerbitan
sesuatu jurnal atau menamatkan penerbitan sekiranya ia gagal memenuhi standard
yang dimahukan dari segala segi.
3.4 HAKCIPTA/ PLAGIARISME

Tertakluk kepada dasar hak cipta dan plagiarisme UniMAP.

3.5 PENERBITAN ISU KHAS JURNAL


Setiap permohonan mestilah mengisi Borang Permohonan Penerbitan Jurnal Isu Khas. Prosedur ini adalah
untuk memudahkan proses mengemukakan cadangan menghasilkan Penerbitan Jurnal Isu Khas kepada
Penerbit UniMAP untuk kelulusan sama ada permohonan penerbitan tersebut layak atau tidak diterbitkan. Hanya
permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan dan diluluskan untuk penerbitan. Penerbitan Jurnal Isu
Khas yang telah dipersetujui bersama akan dikenakan bayaran tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa
Editorial Penerbit UniMAP.

3.6 PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN JURNAL BARU

UniMAP bersikap terbuka terhadap usaha menghasilkan jurnal baru atau jurnal usaha sama dengan mana-mana
agensi, universiti, pusat-pusat penyelidikan sama ada di peringkat dalam atau luar Negara. Sebarang tindakan
yang hendak diambil perlu melalui Jawatankuasa Pengurusan Penerbitan Jurnal UniMAP dan seterusnya
Jawatankuasa Penerbitan Universiti.
3.7 CARA PEMOHONAN

 Mengisi borang pengwujudan jurnal baru yang terdapat di Penerbit UniMAP.


 Borang yang lengkap diisi akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Penerbitan Jurnal UniMAP untuk dinilai dan dicadangkan untuk diluluskan oleh
Jawatankuasa Penerbitan Universiti.

3.8 PROSES PEMOHONAN PENERBITAN JURNAL BARU

Proses pemohononan jurnal baru adalah seperti berikut:

 Borang akan disemak dan sekiranya maklumat lengkap, permohonan akan dibawa ke Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Penerbitan Jurnal UniMAP untuk dinilai.
 Jawatankuasa Pengurusan Jurnal UniMAP akan mengesyorkan dan mencadangkan penerbitan jurnal
ini kepada Jawatankuasa Penerbitan Universiti setelah menilai permohonan.
 Jawatankuasa Penerbitan Universiti akan meneliti sama ada meluluskan atau menolak pemohonan.
 Sekiranya pemohonan ditolak, ianya akan dikembalikan kepada pemohon semula untuk
penambahbaikan cadangan atau membuat permohonan semula.
 Sekiranya pemohonan diluluskan, Surat Akuan Terbit akan dikeluarkan.
 Kertas makluman akan disediakan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti.
 Lihat (Lampiran 1. Carta Alir Proses Pemohonan Penerbitan Jurnal baru)Mengisi borang pewujudan
jurnal baru yang terdapat di penerbit UniMAP.
Borang yang lengkap diisi boleh dihantar ke alamat berikut:

Penerbit UniMAP (Jurnal)


Universiti Malaysia Perlis
No. 98, Aras 1, Blok A, Taman Pertiwi Indah,
Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab,
01000 Kangar, Perlis.
(U/P: Pn. Fatin Nadia Abdul Aziz) atau email fatinnnadia@unimap.edu.my

3.9 PROSES PENERBITAN JURNAL UniMAP


3.9.1 Proses Penerbitan Penerbit UniMAP

 Proses penerbitan jurnal UniMAP akan dimulakan dengan setiap Sidang Editorial jurnal baru perlu
membina laman sesawang (web). Reka bentuk dan pembangunan laman sesawang perlu dibangunkan oleh
Penerbit UniMAP bagi memastikan adanya kawalan kualiti.
 Penerbit UniMAP juga akan membuat pemohonan untuk mendapatkan no ISSN dan E-ISSN.

 Pihak Sidang Editorial akan menghantar manukrip atau artikel yang telah disunting dan disahkan oleh
Sidang Editorial Jurnal kepada Penerbit UniMAP. Bagi tujuan kawalan mutu, jurnal perlu dihantar dalam
tempoh dua [2] bulan sebelum keluaran.

 Penerbit UniMAP akan membuat semakan artikel yang dihantar untuk memastikan artikel tersebut
memenuhi kriteria mengikut format yang ditetapkan.

 Penerbit UniMAP akan melakukan dua proses suntingan, iaitu Penyuntingan Bahasa dan Penyuntingan
Naskhah.

 Sekiranya artikel atau manuskrip ada pembetulan, ianya akan dikembalikan kepada Sidang Editorial.

 Sidang Eitorial akan menghantar kembali artikel atau manuksrip bersih kepada Penerbit UniMAP.

 Penerbit UniMAP akan membuat kerja-kerja menyediakan reka letak halaman (layout).

 Penerbit UniMAP akan mengeluarkan pruf dan menghantar kepada Sidang Editor untuk semakan.

3.9.2 Proses Penerbitan Sidang Editorial

 Terima artikel daripada pengarang

 Merekod dan menghantar kepada Editor Bidang bagi menentukan dan menghantar artikel untuk dinilai.

 Setelah mendapat laporan penilaian, Sidang Editorial perlu bersidang untuk memutus dan membuat
pemilihan artikel untuk dimuatkan dalam keluaran (isu) jurnal.

 Menghantar dan meminta pengarang mengisi Borang Penyerahan Hak Cipta kepada Penerbit UniMAP.

 Editor membuat penyuntingan.

 Artikel yang telah disunting bersih akan dihantar kepada Penerbit UniMAP untuk proses reka letak
halaman dan diterbitkan.

 Lihat (Lampiran 2. Carta Alir Proses Penerbitan Jurnal )

You might also like