You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 Kod sekolah


Bandar Baru Kangkar Pulai, JBA 1136
81300 Johor Bahru, Telefon
07 5583661
Johor Darul Ta’zim. Faksimili
07 5583661

Ruj. Kami : JBA 1136/100-19/3/ 3( )


Tarikh : 8 OGOS 2019

Kepada :

En. Mohd Najib bin Basiran


YDP PIBG ,
SK Kangkar Pulai 2,
Johor Bahru.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN WANG TUNAI UNTUK YURAN PESERTA PERINGKAT ANTARABANGSA BROWNIES LEAD
INTERNATIONAL CAMP 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa seorang murid Tunas Puteri Tahun 4 SK Kangkar Pulai 2, telah layak dan terpilih
untuk menyertai perkhemahan peringkat antarabangsa ’Brownies Lead’ tahun 2019 pada 29 Ogos 2019 hingga 1 September
2019 di Jugra Lakeview, Banting Selangor.

3. Kos yang diperlukan adalah seperti berikut :

BIL PERKARA KOS


1 YURAN PESERTA RM 300.00
2 BAYARAN PENGANGKUTAN RM 170.00
JUMLAH RM 470.00

4. Sehubungan dengan itu, kami dengan rasa rendah diri dan penuh hormatnya memohon sumbangan sebanyak
RM 400.00 daripada jumlah kos sebenar bagi menampung keperluan di atas.

4. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala bantuan dan budi baik yang dihulurkan oleh pihak tuan.
Sesungguhnya bantuan tuan amatlah bermakna buat kami dan dikenang sehingga akhir nanti.

Sekian. Keprihatinan, didahului dengan penghargaan dan kesyukuran.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,

( NOOR HAFIZAH BT AHMAD HASHIM )


Ketua Guru Penasihat
Persatuan Pandu Puteri Tunas
Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2,
81300 Johor Bahru,
Johor.

You might also like