You are on page 1of 2

GB6023 KAEDAH PENYELIDIKAN II

PROJEK MINI STATISTIK (BERKUMPULAN 25%)

Objektif

1. Memberi pendedahan kepada pelajar bagi mengumpul dan mengurus data statistik.
2. Membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh bagi menganalisis data statistik dan
membuat kesimpulan berdasarkan maklumat.

Hasil Pembelajaran

1. Mengumpul dan menguruskan data secara sistematik (Ms. Excel/SPSS).


2. Menganalisis dan mempersembahkan data menggunakan pelbagai analisis statistik yang bersesuaian.
3. Menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan berdasarkan dapatan kajian.

Tugasan

Anda perlu bekerja dalam satu kumpulan yang mempunyai tiga orang pelajar sahaja dan boleh terdiri daripada
pelajar pelbagai set kuliah. Pelajar mesti melengkapkan perkara berikut:

1. Setiap kumpulan perlu melaksanakan kajian mini dalam bidang pendidikan bagi menyelesaikan
masalah/persoalan yang diutarakan. Tarikh akhir penghantaran kertas cadangan adalah pada 10/11
Oktober 2019 kepada coach yang akan dikenal pasti oleh penyelaras kursus.
2. Pelajar perlu berbincang dengan coach yang terlibat berkaitan kertas cadangan mini penyelidikan yang
meliputi:
a) Tajuk
b) Isu/masalah yang ingin ditangani
c) Persoalan kajian
d) Pengumpulan data berdasarkan pemboleh ubah yang diukur
e) Analisis data
f) Lampiran instrumen
3. Anda perlu berusaha untuk mendapatkan satu sampel rawak yang mengandungi sekurang-kurangnya 50
orang responden bagi menjawab minimum tiga (3) persoalan kajian.
4. Analisis data perlu melibatkan sekurang-kurangnya satu (1) analisis deskriptif dan dua (2) analisis inferensi.
5. Salinan instrumen yang dipilih/dibina dan data yang diperoleh (cetakan SPSS/Ms-Excel) perlu dihantar pada
akhir semester.
6. Sediakan laporan tugasan (lihat bahagian penilaian) yang memenuhi ciri-ciri 1.5 spacing, Times New Roman
font 11, dan anggaran 10-15 muka surat.

Penilaian

Produk akhir projek mini ini adalah sebuah laporan yang berbentuk manuskrip penulisan yang menyatakan
keseluruhan proses penyelidikan. Satu artikel yang berkesan dapat menyampaikan hasil kajian dengan cara yang
jelas dan ringkas. Artikel yang ditulis perlu mengandungi enam bahagian berikut:

1. Penyataan masalah: Huraikan soalan-soalan yang anda hadapi dan isu-isu utama yang mengelilingi persoalan
bersama sokongan literatur.
2. Pengumpulan data: Jelaskan cara anda mengumpul data. Apakah pembaca mudah memahami perkara yang
dilakukan dan hujah-hujah yang anda buat?
3. Analisis: Huraikan analisis yang dilaksanakan dan perlu menjelaskan kesignifikanan kaedah tersebut. Apakah
teknik statistik (deskriptif dan inferensi) relevan bagi menjawab persoalan kajian? Nyatakan etika penyelidikan
yang telah dipatuhi.
4. Hasil dapatan: Sediakan jadual atau graf yang menyokong analisis anda secara berhemah. Nyatakan
keputusan analisis statistik inferensi yang telah dilaksanakan.
5. Kesimpulan: Apakah anda menjawab persoalan kajian yang mencabar, menarik, atau anda hanya mengumpul
statistik deskriptif (kurang nilai)?
6. Perbincangan: Apakah implikasi terhadap populasi kajian? Apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki
kajian jika ia dilakukan semula? Apakah jenis bias yang wujud?

Tarikh akhir penghantaran laporan projek mini adalah pada 19 Disember 2019. Penilaian artikel adalah
berdasarkan rubrik penilaian yang akan disediakan. Selain perkara di atas, pelajar juga akan diminta bagi
membuat penilaian rakan sebaya (peer-assessment) bagi menilai penglibatan rakan dalam kerja kumpulan. Oleh
itu adalah penting memastikan setiap ahli kumpulan menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi
melengkapkan keperluan kursus.

Berikut adalah sampel persoalan kajian:

1. Apakah hubungan antara jumlah jam belajar (seminggu) dan markah peperiksaan akhir Matematik?
2. What is more important to UKM students when choosing a major: interest in the subject, career
aspirations, family influence, or ability in the subject?
3. To what extent students at UKM eat, sleep, and go to mosque with different frequencies than non-
UKM students?
4. To what extent the results of federal elections have an effect on the education system?

Templet Kertas Cadangan

Tajuk Kajian Tinjauan Pencapaian GB6023 dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah


Isu/ Masalah yang ingin Pencapaian statistik yang rendah, sikap yang negatif, pengetahuan asas
ditangani yang lemah
Persoalan Kajian Pengumpulan Data (Pemboleh Analisis data
ubah kajian)
Apakah anggaran masa yang a)Masa mengulang kaji dalam Deskriptif
diperuntukkan dalam seminggu seminggu (selanjar) perwakilan grafik/ukuran
bagi mengulang kaji GB6023 b) skor pencapaian (selanjar) kecenderungan memusat
dan skor pencapaian?
Apakah terdapat perbezaan a) Skor pencapaian (selanjar Inferensi
skor pencapaian berdasarkan b) Status pengajian (kategorikal) -ujian t tak bersandar/ujian Mann
status pengajian (part time/full Whitney
time)?
Apakah hubungan antara masa a)Masa mengulang kaji dalam Inferensi
mengulang kaji GB6023 seminggu (selanjar) -ujian korelasi
(seminggu) dengan skor b) skor pencapaian (selanjar) (pearson/spearman)
pencapaian?
Instrumen Perlu lampiran instrumenMohon kerjasama pelajar bagi
melengkapkan soalselidik ini
https://forms.gle/1cSkJ8safjh8edKe8. Terima kasih.

You might also like