You are on page 1of 8

Nama : Nur Aisyah bte. Mohd.

Yusof

No i/c : 8912209 – 23- 5062

Unit : PISMP Prasekolah 2 ambilan Januari 2009

Tajuk laporan : Projek Keceriaan Laman Prasekolah Cahaya Ria.

___________________________________________________________________

Pada semester akhir iaitu pada semester lapan , kami sebagai pelajar PISMP
ambilan Januari 2009 dikehendaki untuk mengendalikan dua program minor sebagai
gandingan bersama satu program major. Saya dan rakan seperjuangan telah
berbincang untuk menjalankan projek keceriaan laman Prasekolah Cahaya Ria di
Sekolah Kebangsaan Klebang Besar. Saya telah bergandingan bersama rakan
seperjuangan memandangkan gerak kerja yang dilakukan agak berat dan
merumitkan. Lantaran, melalui kerjasama dan kolabarasi antara dua pihak akan
menjadikan gerak kerja berjalan dengan lancar dan sempurna.

Projek ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang diwajibkan kepada


guru pelatih semasa menjalani internship di sekolah. Projek yang dirancang
khususnya memberi fokus kepada keceriaan laman prasekolah. Sehubungan itu,
projek ini adalah satu aktiviti yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru pelatih PISMP
Prasekolah Ambilan Januari 2009, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dengan
kerjasama daripada Pihak Pengurusan dan Pentadbiran serta Jawatankuasa
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar Melaka.

Objektif kami menjalankan projek keceriaan laman ini ialah untuk


mewujudkan kawasan laman prasekolah yang lebih ceria harmonis. Hal ini kerana,
murid-murid prasekolah memerlukan satu semangat untuk menghadirkan diri ke
sekolah. Sekiranya mereka tidak mempunyai tarikan yang mendalam mengenai
sekolah, maka secara tidak langsung akan menjadikan mereka tidak mahu
menghadirkan diri ke sekolah kerana faktor bosan dan tidak menarik.
Saya merasakan bahawa ini merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi
seorang guru prasekolah. Seorang guru prasekolah yang berdedikasi dan berkaliber
haruslah bijak mengatur langkah untuk menjadi seorang guru yang kreatif dalam
memastikan murid terus dapat menuntut ilmu yang ingin dicurahkan. Persekitaran
sekolah yang ceria dapat memberi keselesaan dan menggambarkan kecintaan
serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.

Keceriaan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu


pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah
tercapainya visi dan misi sekolah. Saya juga berpendapat bahawa kebersihan dan
keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke
masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat
sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam
keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik.

Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada


kerjasama dan pertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan menghasilkan
kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Melalui projek keceriaan laman prasekolah juga dapat memupuk sikap


bertanggungjawab terhadap sekolah. Ini merupakan satu nilai murni yang harus ada
pada semua hati dan jiwa murid agar mereka mencintai sekolah. Namun, dalam
projek minor ini, kami lebih menumpukan kepada memujuk jiwa dan hati murid –
murid prasekolah agar mempunyai sikap bertanggungjawab. Tanggungjawab yang
dimaksudkan ialah, melalui projek ini, mereka akan menyedari kepentingan menjaga
kebersihan dan sentiasa memastikan keadaan persekitaran dalam mahupun luar
kelas dalam keadaan yang kondusif.
Lantaran itu, saya dan rakan seperjuangan telah berusaha bersungguh-
sungguh bagi memastikan gerak kerja ini berjalan mengikut seperti apa yang telah
kami cadangkan. Kami bersyukur kerana mempunyai mentor yang sangat
membantu dan sering memberikan galakan dalam memastikan projek ini berjalan
dengan baik. Kami juga telah membentuk ahli jawatankuasa supaya melalui
organisasi yang teratur akan menjadikan projek keceriaan mudah dikendalikan.

Saya dan rakan seperjuangan juga telah merancang sudut dan corak-corak
yang ingin dilakukan agar laman akan menjadi lebih ceria dan menarik. Kami telah
berbincang secara kerap dan berpendapat bahawa kami ingin menjadikan laman
tersebut sebagai laman ilmu. Laman ilmu yang dimaksudkan ialah murid-murid
bukan sahaja boleh bermain , malahan mereka juga boleh menimba ilmu. Ini
merupakan satu bonus yang baik kepada murid dalam menjana pemikiran dan
pengetahuan mereka,.

Bak kata pepatah “ sambil menyelam, minum air” yang bermaksud dapat
melakukan dua perkara dalam masa yang sama ,contohnya bermain sambil
membaca. Kami begitu teruja dalam menghasilkan laman keceriaan ini, namun kami
memahami bahawa kami juga mempunyai komitmen lain yang perlu diselesaikan
mengikut kadar waktu yang telah ditetapkan.

Disebabkan itu, kami telah menyusun atur tarikh yang sesuai untuk
melaksanakan aktiviti , agar kami dapat melakukannya dengan tenang dan tidak
tergopoh- gapah. Kami telah memilih tarikh pada 12 sehingga 19 Julai 2012
sebagai waktu yang sesuai. Dalam masa seminggu yang telah ditetapkan, saya dan
rakan seperjuangan berusaha untuk memberikan yang terbaik terhadap projek minor
kami ini.
Semasa kami sedang mengendalikan beberapa projek lain yang harus
diselesaikan mengikut kadar waktu yang diberikan, saya dan rakan seperjuagan
telah merancang anggaran perbelanjaan dan kos pelaksanaan aktiviti. Kami telah
menyenaraikan senarai barangan yang kami perlukan dan kami telah usulkan
kepada mentor mengenai perbelanjaan yang kami ingin gunakan untuk menghias
laman keceriaan prasekolah.

Kami juga menggunakan alternatif lain sebagai salah satu cara untuk
mendapatkan dana dengan menggunakan kewangan biasisiwa kami. Kami tidak
berasa terbeban untuk mengeluarkan sedikit kewangan dari pihak kami kerana saya
merasakan ini satu amal ibadat yang akan berkekalan pahalanya hingga ke akhirat
kelak. Lantaran itu , saya dan rakan seperjuangan merasa sungguh bertuah kerana
dapat menyumbang sedikit dana untuk memastikan projek ini dapat dikendalikan
dengan baik.

Kekuatan yang saya dapat dalam projek laman keceriaan Prasekolah Cahaya
Ria ialah dapat menarik minat murid-murid prasekolah untuk menuntut ilmu. Mereka
akan teruja untuk menghadirkan ke prasekolah apabila melihat pelbagai corak dan
hiasan yang menarik di dalam mahupun di luar kelas mereka. Tumpuan mereka
untuk belajar juga akan lebih berkembang kerana dapat mendapat ilham dan ilmu
pengetahuan melalui persekitaran mereka yang berinfomatif dan ceria.

Kekuatan kedua yang saya dapati berdasarkan pengalaman menyiapkan


projek keceriaan laman prasekolah ialah kerjasama dan toleransi yang telah
diberikan oleh rakan seperjuangan. Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai
rakan seperjuangan yang begitu memahami dan sering membantu ketika
memerlukan. Kerjasama merupakan satu elemen yang penting bagi memastikan
setiap gerak kerja dapat dijalankan dengan baik dan mesra tanpa perlu bermasam
muka dan bermusuhan.
Sekiranya, kita mempunyai masalah antara rakan setugas, ia sekaligus akan
menganggu gerak kerja dan menjadikan kita menjadi kurang selesa untuk bekerja
dalam situasi yang sebegitu. Rakan seperjuangan saya telah memberikan idea-idea
yang bernas dan saling memberikan pendapat dan teguran yang membina ketika
menjalankan projek keceriaan ini. Setiap pendapat dan teguran rakan seperjuangan
akan saya abadikan dalam ingatan dan akan saya aplikasikan apabila telah menjadi
seorang guru prasekolah kelak.

Kekuatan ketiga ialah melalui sokongan dan galakan yang positif daripada
mentor dan pembantu mentor yang tidak pernah padam. Ini merupakan satu faktor
yang sangat penting bagi memastikan kami lebih bersemangat dalam menjalankan
setiap program yang dijalankan. Saya berasa sungguh bertuah kerana mempunyai
mentor pembimbing iaitu Puan Shamilla dan pembantu mentor pembimbing iaitu
Puan Marliyana kerana telah memberikan bantuan berupa bahan dan peralatan
keceriaan dan adakalanya mereka akan membantu kami untuk menyiapkan tugasan
ini.

Saya dan rakan seperjuangan berasa sungguh bertuah kerana mempunyai


mentor pembimbing yang sangat efektif dan kreatf kerana sering memberikan
pendapat dan idea yang bernas. Saya dan rakan seperjuangan juga berpeluang
untuk keluar bersama seramai empat orang ketika membeli bahan untuk
menyiapkan projek keceriaan laman prasekolah. Kami berasa sungguh bertuah
kerana mempunyai mentor pembimbing dan pembantu mentor pembimbing dan
saya akan menyimpan setiap memori yang telah dilalui sebagai kenangan yang
indah.

Saya tidak menafikan terdapat juga beberapa kelemahan yang kami lalui
sepanjang mengendalikan projek laman keceriaan ini . Namun, saya dan rakan
seperjuangan menganggap bahawa itu adalah cabaran-cabaran yang mematangkan
fikiran kami agar menjadi lebih berdikari dalam membuat sesuatu keputusan. Saya
dan rakan seperjuangan juga menganggap ia merupakan satu kemahiran baru
kepada kami dalam menyelesaikan masalah yang mendatang secara tiba-tiiba.
Lantaran itu, setiap cabaran itu pasti punya hikmah tersendiri.

Cabaran pertama yang saya perolehi ketika melaksanakan projek keceriaan


ini ialah kekurangan bahan yang terdapat di prasekolah menjadikan idea dan gerak
kerja agak terbatas namun dapat di atasi dengan kecekapan mentor dan pembantu
mentor mencari bahan dengan segera. Saya dan rakan seperjuangan telah
dimaklumkan lebih awal oleh pihak sekolah bahawa mereka kekurangan dana untuk
menyediakan perbelanjaan projek keceriaan kami. Sungguhpun begitu, kami tidak
mengalah dan berputus asa. Saya sentiasa percaya setiap masalah ada
penyelesaiaannya .

Sebagai solusi, saya dan rakan seperjuangan telah menggunakan peralatan


sedia ada yang terdapat di dalam kelas prasekolah. Kami juga mengitar semula
bahan-bahan yang sudah lama tidak dipakai untuk dijadikan sebagai medium
menghias laman keceriaan kami. Ternyata, dengan berkat pertolongan Allah s.w.t
dan berkat usaha kami , akhirnya kami dapat menggunakan peralatan di dalam
kelas dengan secukup tanpa menggunakan dana daripada pihak lain, Ini
merupakan satu kebanggaan kepada kami kerana melalui usaha yang tidak putus, ia
berjaya mencipta satu solusi yang terbaik.

Kami dapat membina lanskap sebagai pelengkap taman mini. Tujuan taman
mini diwujudkan agar murid-murid dapat mempelajari cara pertumbuhan pokok dan
tumbuhan secara fizikal. Saya dan rakan seperjuangan percaya bahawa kanak-
kanak akan lebih memahami apabila mereka melihat dengan secara fizikal. Taman
mini juga dapat menyemaikan nilai mencintai alam sekitar dan kepentingan menjaga
alam sekitar di persekitaran terutamanya di kawasan sekolah.
Cabaran kedua yang saya dapati ialah cuaca yang tidak menentu
menjadikan kami terpaksa menangguh gerak kerja buat seketika. Hal ini kerana,
laman tersebut berada di luar kawasan kelas menjadikan adakalanya kami terpaksa
berhadapan dengan risiko seperti ini. Sungguhpun begitu, kami tidak mudah
mengeluh dengan setiap dugaan yang mendatang. Bagi pendapat saya dan rakan
seperjuangan, setiap yang hadir itu adalah satu semangat untuk memajukan diri ke
arah yang lebih baik.

Saya dan rakan seperjuangan sanggup menggunakan waktu senggang kami


dengan menghias laman selepas waktu persekolah. Kami telah menggunakan
waktu tersebut sebagai emas dan ia menjadikan kami lebih bersemangat untuk
menyiapkan projek tersebut mengikut kadar masa yang telah ditetapkan. Kami
telah menghabiskan masa senggang di Sekolah Kebangsaan Klebang Besar selama
beberapa hari bagi memastikan projek keceriaan berjalan dengan lancar.

Saya berasa sungguh bertuah kerana mempunyai rakan seperjuangan yang


mempunyai semangat untuk menghias laman keceriaan prasekolah .Rakan
seperjuangan yang sehati sejiwa dan saling memahami menjadikan saya begitu
selesa bekerja dengan beliau. Alhamdulilah, saya memanjatkan setinggi kesyukuran
kepada Allah s.w.t kerana telah dikurniakan rakan seperjuangan yang baik hati dan
sentiasa bertoleransi. Saya percaya, bahawa sekiranya mempunyai masalah
bersama rakan seperjuangan mahupun pihak pentadbir, pasti akan merosakkan
suasana kerja. Saya tidak mahu mengambil itu sebagai risiko dalam mengendalikan
projek ini, lantaran itu kerjasama adalah satu faktor penting kejayaan.

Kesimpulannya, keceriaan kawasan sekolah adalah penting bagi


meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang
dan selesa ke arah tercapainya visi dan misi sekolah di samping dapat menyediakan
suasana yang ceria, selesa dan harmoni untuk kanak-kanak. Sekiranya pihak
sekolah tidak dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kondusid kepad
murid-murid prasekolah, saya percaya ia akan sedikit sebanyak membantut minat
mereka untuk menghadirkan diri ke sekolah untuk menuntut ilmu. Benarlah kata
pepatah, didikan awal itu bermula dari rumah. Sekolah juga merupaka rumah
kepada murid-murid untuk menjadi selamat dan selesa. Lantaran itu, guru
bertanggungjawab dalam memastikan “rumah” ini dapat dijadikan sebagai teduhan
yang berilmu kepada isinya.

Saya juga ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Allah s.w.t
kerana telah memudahkan gerak kerja kami. Benarlah firmanNya bahawa setiap
kesusahan pasti ada kesenangan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan kasih
kepada warga Sekolah Kebangsaan Klebang Besar kerana telah memberikan
kerjasama yang sangat baik kepada kami. Jasa kalian tidak dapat kami lupakan
sehingga bila-bila dan Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan setugas
kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi seorang ketua.
Saya berharap agar amanah ini telah dijalankan dengan sempurna, walaupun
terdapat kekurangan dari beberapa sudut, namun saya akan berusaha untuk
melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Semoga projek keceriaan
laman prasekolah ini akan dijadikan sebagai tempat yang kondusif untuk murid-
murid prasekolah menimba ilmu.

You might also like