You are on page 1of 2

KOD ETIKA GBKSM

1. GBKSM hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan


tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
2. GBKSM hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti
sebagai seorang GBKSM dan integriti profesion.
3. GBKSM hendaklah sentasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan,
kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
4. GBKSM hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab,
objektif dan jujur.
5. GBKSM hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui
penyeliaan lazim dan sokongan perunding.

TANGGUNGJAWAB GBKSM
1. GBKSM bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.
2. GBKSM hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat
yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang
akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.
3. GBKSM hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi
klien serta menerima mereka tanpa syarat.
4. GBKSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta
tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.
5. GBKSM hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap
bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.
6. GBKSM hendaklah merujuk klien kepada pihak yng berkaitan jika mengikut
pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang
kepakarannya.
TANGGUNGJAWAB GBKSM TERHADAP RAKAN PROFESIONAL
1. GBKSM hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan
profesionalismenya.
2. GBKSM hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap
rakan profesionalnya.
3. GBKSM bertanggungjawab mengingatkan rakan profesional mengamalkan nilai-
nilai dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya.
4. GBKSM hendaklah bersedia membantu rakan profesional yang teraniaya.

TANGGUNGJAWAB GBKSM TERHADAP MASYARAKAT


1. GBKSM hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio budaya
masyarakat.
2. GBKSM hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak
masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.

TANGGUNGJAWAB GBKSM TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN


1. GBKSM hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta
meningkatkan kecekapan, keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
2. GBKSM hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
profesionalismenya.
3. GBKSM hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dengan ahli-ahli dalam
organisasi.

You might also like